Wednesday, January 12, 2011

Interlok



Saya merayap-rayap juga ke blog-blog orang-orang muda sastera yang satu ketika dulu bising pasal KOMSAS, kununlah, kerajaan nak tukar teks yang ada kepada karya kreatif pop. Masa itu jenuh jugalah bersilat dengan cikgu sendiri pasal KOMSAS ni. Saya rasa cikgu saya ter”over” busy body dalam kes KOMSAS. Pertama dia bukan sasterawan pun. Iya, pemain-pemain sastera tinggi kita tidak boleh terima Frinjan. Jadi memang kelihatan macam gatal merenyamlahkan dah orang tak terima awak, tapi awak ya terhegeh-hegeh, hidung memang mancunglah pipi tersorong-sorong…. Memang tersorong-soronglahkan sebab, tumpang glemer kat blog kawan. Allah, getik lagi geteknya dia.

Pendek cerita, berjayalah puak-puak anti karya pop picis ni tadi. Maka kerajaan pun tak jadilah ambil novel Syarifah Abdul Salem sebagai teks KOMSAS. Iya, Che Syarifah yang tulis cerita Triology cinta dalam TV tulah yang ada Rosyam Noor sebagai hero tu, jangan tak tau…ok berbalik pasal pelayaran saya tadi. Saya sukalah juga nak tengok ayat berapi-api mereka pasal Interlok lah ni pula, bila orang dah bakar buku tersebut. Mestilah melentingkan. Bayangkan orang bakar buku Prinsip perakaunan kita, orang bakar companies Act 1965 kita, orang bakar kitab panduan kita, mesti ianya akan menjentik sensitiviti kita dan mengundang kita untuk memberikan respond dan tindak balas.

Namun so far semalam masih senyap, sehinggakan mendatangkan pula kemarahan rakan merekalah pula. Sehingga menuduh rakan-rakan yang berjuang dari tikar sejadah sebagai bacul. Lantak koranglahkan, nak kata apa pun. Mana tak baculnya, memang bacullah, awak yang mulakan isu, sedangkan ada rakan yang dah naik darah nak tukar dakwat dia dengan darah politikus yang berada di belakang pembakar-pembakar interlok, bila singgah blog depa, ada yang tunjuk plak gambar-gambar dekat luar Negara, kawan manalah yang tak rasa geram, hingga terpacul perkataan yang tak sepatutnya dilemparkanlah kan. Hudoh benar, orang intelek bertuduh-tuduhan macam itu.

Pada saya, calllah dulu tanya, itu lebih molek. Kita pemerhati pun buleh nampak, those yang tak participate mengancam politikus-politikus bangang tu, mungkin sudah mengkhusus memertabatkan susastera melalui keadah lain. Contoh yang tunjuk gambar dia di luar Negara, dengan cara itu menarik minat anak muda akrab dengan sastera, sebab biasa orang muda ini dia mudah tertarik dengan material. Dia tengok wah penulis sastera gereklah jalan kat oversea, maka dia pun sukalah sastera.

Itu pandangan sayalah. Cuba bayangkan, anda tulis something macam nak mengancam nyawa politikus-politikus bangang tu, ai saya pun takut dan akan lari lintang pukang dari saaaasssastra, tak berani nak dekat. Sapa tak takut mati…semua orang rasa ngeri untuk mati, sementalah kita berada di zaman serba canggih yang banyak melalai, melekakan sehingga kita tergelincir dan meremeh-remehkan perkara-perkara bersangkutan dengan bekalan di alam selepas mati.

Ada orang suka berperang, ada orang suka meniaga, bukan nak menggoda, tapi meniaga. Ikut suka yang manalahkan. Ada orang membuktikan cinta mereka terhadap sastera dengan merekodkan berapa banyak demo bantahan yang dia dah pergi, ada orang pula menunjukkan bukti-bukti bergambar berapa banyak buku sastera yang ada dalam koleksi dia, ada orang menunjukkan berapa banyak buku dan artikel yang telah mereka hasilkan dalam setahun, ada orang menunjukkan betapa mewahnya hidup dia hasil menulis, sebagai tarikan orang lain untuk turut sama bersastera. Tak kurang juga yang menunjukkan betapa passionate dia terhadap sastera dengan mengugut, memberi kata ancam terhadap terhadap mereka yang diyakini petualang, perosak yang akan mencemar kesucian sastera. Suka hatilah apa yang mereka nak tunjuklah kan. Sebab bila orang bilang cinta sayang, maka semacam sangat biadap jika pihak lain mempertikai atau meragui cinta mereka. Atau seolah semacam mempertikai, apa motif dia bilang sayang, bilang cinta, bilang passion sama sastera.

No comments: