Apabila kita dikumpulkan bersama dengan orang dari negeri lain menyertai program peringkat nasional, contoh macam PLKN, atau dapat melanjutkan pelajaran ke University ternama Negara macam UM atau UKM, barulah kita rasa kita orang Melaka. Atau ada orang malu mengaku dia orang Melaka ka? Mungkin sebab orang Melaka ini bahasanya kasar, kalau tak betul-betul boleh tahan, memang tak mampu nak bertahan dengan kami.
Dalam kita semacam taksubkan Negeri kita, (saya pun dulu lebih suka mengaku orang Johor dari mengaku orang Melaka he he he) Selalu rasa orang Johor lebih refine, teratur, standard bahasa mereka dari negeri-negeri lain kerana bahasa Melayu-Riau yang diguna secara meluas di Johor telah kerajaan pilih sebagai bahasa standard Negara. Orang Melaka? Orang Melaka bahasanya tak baku, tak standard. Itu pasal bahasa. Namun setelah saya menetap di Melaka, saya rasa walau orang Melaka pakai bahasa tak standard, orang Melaka peramah. Sebab kami peramahlah kami ini orang kata pandai dan sangat organized teliti dalam mengatur apa-apa event seperti majlis kenduri Kahwen. Event orang Melaka mesti meriah dan pesona. Ada bunga api wah memang best, walau kini junjung2 usung-usung pengantin dah tak main lagi. Ntah kut la lepas saya tulis ini ada pengantin nak berjunjung pulak, majlis tetap meriah. Pendek kata Melaka memang teratur.
Ok kalu dah Melaka teratur, negeri manalah pulak yang bercaca-marba acara mereka? Kalau kenduri tu, tetamu tak di sambut, tak di rai? Ntahlah sebenarnya pergi kenduri kawen nasib-nasiblah mana-mana pun sama, kena rezki baik, pengantin sndri yang sambut, kena rezki tak baik tak de orang layan, pengantin, dengan mak bapak adik-beradik pengantinnya semua dah letih nak melayan tetamu yang datang. Oklah tinggal sebentar pasal kenduri, sebab saya nak mengutuk negeri yang sedang berkecamuk dan caca-marba urus tadbir negeri ini.
Negeri manalah lagi kalu tak Selangor. Saya pun tak tau kenapa memang saya selalu rasa Melaka lagi umph dari Selangor walau dalam apa-apa acara, terutama sukan, susah untuk Melaka kalahkan Selangor. Jadi kekecohan yang melanda Selangor mutahir ini memang bikin saya tersenyum sumbing kesukaan “hah, seronoknya, padan muka” Iya padan muka.
Selangor selalu semacam nak menunjuk alahai merekalah yang macam lebih alim dan wara’ berani dan tangkas tangkap sana-tangkap sini orang buat maksiat. Ini membuatkan macamlah pegawai pencegah maksiat dari Negeri lain bacul kaki penjilat dan tak buat kerja. Masa saya sekolah dulu heboh Mufti Selangor Datuk ishak Baharom dikecam hebat kerana menangkap ratu cantik. Kini orang Agama Selangor berani lucutkan apatah kelayakan seorang Ilmuwan agama yang rapat dengan politikus Negara, tak kira UMNO, PAS dua-dua dia rapat. Jadi tak kira Malaysia jatuh ke tangan BN, atau PR, Ilmuwan ini, kalau benar seperti yang didakwalah tetap akan ada kuasa dan pengaruhnya yang tersendiri.
Tak cukup dengan itu, orang kuat Agama Selangor ini juga berani menangkap ahli-ahli syiah yang sedang membuat hal merekalah, ikut suka merekalah, tapi kita majoriti memang tak suka, tak berkenan sangat pasal Syiah ini. Pendek kata Pegawai dari Selangor ini sungguh berani sehingga saya fikir orang dari negeri lain patut malu dengan kesungguhan dan iltizam pasukan Agamawan Selangor ini membela kesucian Agama Allah ini.
Dek kerana berani, kita semua rasa segan bila Agamawan ini dilantik sebagai setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Kali ini kita malu pula sebab Sultan yang selalu kita ejek-ejek sebagai kaki betina, suka berfoya-foya yang maukan orang agama menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri baginda. Malu-malu-malu-malu. Eh apa pula nak malu sebab Melaka memang tak de Sultan pun. Maksud saya dalam padanlah muka ko Selangor asyik kecoh tak sudah-sudah, dari isu pasir sampailah isu SUK, tapi kita hormati, kehendak dan keyakinan Sultan mereka memberikan kuasa kepada orang Agama dalam menangani kemelut yang sedang melanda Selangor ini.
Apa kemelutnya Selangor ini? Ntahlah biasalah kalau negeri dekat dengan ibu Negara, pusat nadi pentadbiran Negara, ramai orang pandai-pandai, bila dah yang pandai minda kelas A1 A1 berkumpul, sure meletop-letoplah kan. Banyaklah konflik dan krisisnya. Lainlah macam Melaka ini minda belacan. Sorang aje pandai, lain pak torot, ikut tanpa banyak bicara dan bahas. Selain dari berkumpulnya minda kelas A1, hiburan pun banyak, pusat Maksiat pun sama naik juga. Orang minda Kelas A1lah katakan, tak boleh ikut ini, aku ikut itu, janji aku tak deman terkulat-kulat, berkulat. Tak siok ikut depan aku pusing ikut belakang.
Satu yang saya tak faham pasal orang Selangor ini, kenapa mereka tak suka pegawai yang berani ini? Dulu mereka letak thumbs up pada petugas yang berani menangkap ratu cantik atas arahan Mufti, tapi hari ini kenapa mereka hina-hinakan pegawai ini sampai begitu sekali. Sampai keluar kenyataan dalam TV, cakap Pegawai ini tidak akan dibenarkan masuk apa-apa Mesyuratlahkan.
Ada pula pak yet-pak yet yang memang itu hari terpaksa panjat bumbung dek kena serbu dengan anak buah pegawai berani tadi, tulis pulak benda tak yang tak sedap kita dengar pasal pegawai ini. Kunun pegawai ini sebenarnya langsung tak layak jadi pegawai pun, berbahaya kepada Islam, pulak? Tak cukup dengan itu, Sultan mereka pun kena selepuk juga sebab kunun bergirlfriendkan perempuan Bengali. Apa kena mengena perempuan Bengali tu dengan keberkenanan Sultan dengan Pegawai ini? Ko ingat senang ka Perempuan Bengali tu nak lepas dari agama sikh dia dan masuk Islam, kalau dapat lepaslah memang rezki dan tuah Sultanlah dapat beristerikan perempuan Bengali itu. Sikh kuat agama, kuat disiplin, kuat berusaha, rajin memajukan diri, kuat adat oohhh. Untung, bertuah sapa dapat kawen dengan Sikh oh.
Dulu masa Sultan belum jadi Sultan, mereka benci baginda sebab kunun dakwa mereka baginda fasik, buta agama, gila dunia, jual benih kat pelacur FBI, CIA (isteri dulu American) hari ini, bila Sultan berkenankan orang agama, jadi macam ini pula ceritanya. ORANG MACAM INI TERLALU BANYAK SONGEHNYA, KALU TURUN PEMIMPIN DARI LANGIT PUN MEREKA TAK AKAN PUAS HATI. Macam cerita dalam Quran tu, dah bagi nabi, dia minta malaikat, bila bagi malaikat, dia kata mana buleh ikut dia, sebab dia Malaikat, saya manusia. Memang buleh jadi gila kalau dilayankan sangat kerenah mereka.
No comments:
Post a Comment