Orang kata bila kita makin jauh dari Nabi maksud saya zaman nabi, kita akan jauh menyimpang. Cubalah kira dah berapa lama Junjungan Besar kita Nabi Muhammad meninggalkan kita. Maka tidak hairanlah pada hari ini semua benda pelik-pelik yang Nabi pernah ceritakan sewaktu hayat baginda boleh kita saksikan iaitu perkara yang berbentuk negetif dan merunsingkan jika berlaku kepada diri kita dan orang dekat-dekat kita yang kita care. Maksud saya kita rungsing adakah kita nanti dapat berkumpul di Jannah bersama. Perkara yang kita panggil gejala.
Kita ada macam-macam gejala dan yang terbaharu, tapi tak baharu juga, agak lama jugalah ialah gejala Andalusia. Dulu orang bijak pandai namakan sebagai fenomena, tapi ada orang yang lebih bijak lagi sudah mengukur fenomena ini telah memasuki fasa yang lebih membimbangkan lalu diketegorikan sebagai gejala. Bila dah sebut gejala, maka jalan penyelesaiannya kenalah mereka fikir dan cari bersama-sama. Apa nak dibuat dengan anak-anak dara terlebih umur ini? Apakah kesalahan dan kerosakkan yang telah kami lakukan? Adalah agaknya perkara yang kami dah buat itu sehingga menganggu ketenteraman awam. Bermula dari ketenteraman awam, kalau tak dibendung jadi mengancam keselamatan Negara pula nantinya. Aduhai. Maklumlahkan Malaysia, yang tamadunnya bermula di Melaka ini dulu sejarahnya dikenali sebagai Bumi Emas. Dah emas tu semua mau, kenalah bagi extra care sebab banyaklah ancamannya.
Tak kisahlah iye kita tunggu saja apakah langkah yang akan diambil terhadap anak-anak dara tua seperti saya ini. Saya menantikan senarai kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh anak-anak dara tua ini. Yang saya tau satu anak dara tua yang sangat femes dan terhangat dalam blogsfere dikata-kata sebagai anak dara tua terlampau ialah Faekah, Setpol kepada Menteri Besar Selangor. Oh jangan lupa pula seorang lagi rakan kami Cik Teresa Kok yang pernah buat kecoh sampai ke Negara Cina sana. Adakah perlu Parlimen kita menggubal satu undang-undang untuk memperbetulkah salah laku Faekah ini dan Teresa ini? Nak klasifikasikan sebagai criminal ka, sivil?
Saya kira pun ada eloknya kalau intelek, bijak pandai buat undang-undang untuk kami agar kami lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang kami ambil. Manalah tau saya juga pernah melakukan perbuatan yang difikir sebagai gangguan kepada ketenteraman awam. Al Maklumlahkan sekarang ini zaman orang banyak fikir banyak stress dan mudah penat, letih dan tak larat, mudah benar terganggu ketenteraman mental dan fizikal mereka.
Saya cuma sedang berfikir-fikir apakah bentuk tindakannya. Adakah macam kempen Anti Rahsuah, Anti Merokok? Apapun wahai anak-anak dara tua semua, janganlah kamu rasa takut, malu segan atau apa-apa rasa negetif, sebab kawan-kawan yang merasuah atau dirahsuah, juga yang merokok, tak de bising-bising, ok, relek aje gituh.
No comments:
Post a Comment