Menarik juga baca blog-blog politik ni especially masa PRK ini. Sama ada betul atau tidak kita tak payahlah amik port sangat pun. Macam-macam cerita ada. Serangan peribadi itu memang sudah lumrahlahkan. Dari satu sudut bagus juga, supaya sapa yang nak tawar diri jadi wakil rakyat/law maker ukur baju di badan sendiri. Secara automatiknya kita sebagai pemilih berhak dapat lawmaker yang senonoh bukan main tangkap muat aje.
Ada satu kempen kata kunun Haji Hadi melalui Hassan Ali secara sulit minta ahli PAS sokong UMNO bagi men”gajar”, mengejutkan Nik Aziz yang tengah leka dan lena dengan puja-puji melambung-lambung pihak yang sebenarnya mau ummat Islam jadi less Islamik. Mungkin hanya rekaan aje. Jika Haji Hadi bersikap demikian, maksud saya jika apa yang saya baca itu memang betul, sohih bukan rekaan, memang saya gembira. Samalah kita (saya & Haji Hadi).
Bagaimana saya mau pilih jika calon yang dihadapkan suaminya sakit, anaknya pun kata mengidap gangrene yang memerlukan amputation sebagai jalan penyelesaian. Bolehkah dia focus pada pekerjaannya barunya sebagai Lawmaker sedangkan dia hanya guru pendidikan Khas sahaja, berbanding pula lawan beliau yang memang seorang ADO yang kalau orang kata ADO ini kaki tidur, kaki malas, orang mai ADO tak pernah nampak, sekurang-kurangnya ADO yang bergred M44 memang didedahkan secara sistematik akan urus tadbir kerajaan. Mereka memang peka akan undang-undang. Isterinya mungkin tembun tak cantik, dah beranak 3 mungkin dah grip dah tak seperti dulu, nanti bila kasi dia jawatan lebih dia akan mungkar dan curang. Itu perkara, perkara ghaib yang bukan dalam pengetahuan kita yang marhean ini. Maka tidak bolehlah dituduh kita ini akan dibakar di neraka kerana enggan menerima calon yang anak dan suaminya sakit.
Bercakap macamlah saya ini pengundi di Tenang. Namun itulah dia serba sedikit pertimbangan yang akan pengundi ambil bila mereka memangkah parti bukan Islam. Bukan kita tolak Islam, tapi kamu tidak yakin dengan calon yang diberi. Bila Allah beri Muhammad, beliau yang ketika itu berumur 40, walau tidak tahu membaca, beliau bukan sahaja lelaki yang kacak, tapi sudah mencatat rekod sebagai usahawan yang berjaya dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh melalui modal isteri beliau Siti Khadijah. Isterinya walau orang kata lebih tua dari beliau, sejarah tidak menunjukkan beliau seorang yang sakit-sakit bahkan dalam ramai-ramai isteri (setelah kewafatan Khadijah) yang ada beliau seorang saja yang bertuah memberikan zuriat pada nabi, selain dari budak hadiah dari Puak ntah saya lupa…Mariah apa tah. Mariah, satu-satunya wanita yang nabi yang dijatuhkan talak ke atasnya. Tak betullah ye kalau ada orang bersangkaan yang seumur hidupnya Muhammad tidak melafazkan talak.
Sakit-sakitnya Khadijah hanya selepas Nabi di utus Allah untuk menyampaikan risalahNya. Menyeru puak jahilliah yang jauh menyimpan untuk kembali kepada Allah. Bayangkanlah jika Khadijah yang segak dan bergaya itu pun boleh sakit-sakit selepas dilayak sedara mara yang lebih selesa menyembah patung dari Allah yang maha esa, bagaimana pula keadaannya dengan pasangan yang memang sudah disahkan doktor mengalami depressive disorder. Tidakkan kejam namanya kalau kita tugaskan pasangannya jadi Lawmaker untuk bertarung dalam state Assembly membawa risalah Islam.
Orang kata kerja Lawmaker ini senang yeah. Senang ka? Wat if usul itu tidak menyebelahi Islam. Buleh anda lawan dengan serang-serangan peribadi, ko ada pempuan simpan, ko ada bela pelacur, ko bocor, ko kafir, ko kaki judi, ko alat Amerika, ko perompak harta rakyat bla bla bla… Tidakkah itu kebudak-budakkan dan nampak tidak cukup ilmu? Kita sudah tengok Cikgu Mala bersilat mempertahankan MC 21 hari yang diberikan pada suaminya…. Sudahlah rasa macam mau keluar muntah hijau. Belum lagi hentak dia dengan …. Nanti ntri akan datang saya nak bagi Cikgu Mala jawab soalan Mock subjek Company Law saya. Barang diingatkan soalan yang akan saya uploadkan pada ntri akan datang hanyalah untuk budak-budak Accounting yang amat superficial lagi kulit semata-mata.
No comments:
Post a Comment