Saya sangat tertarik dengan formula yang dikemukakan oleh blogger yang juga seorang orang surat khabar tersohor Negara A Kadir Jasin mengenai Pakatan Rakyat. Bagaimana menyatu-padukan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat agar menjadi pesaing yang akan menggerunkan Barisan Nasional. Saya percaya kewujudan pembangkang (saya lebih suka pesaing dari pembangkang) akan menguntungkan rakyat.
Sebagai rakyat yang membayar cukai, amat jahatlah jika kamu kafir-kafirkan dan menggesa agar saya segera bertaubat jika saya undi Barisan Nasional yang kamu taksub bagai nak rak merupa-jelmakan ia sebagai pakatan Sekular, satu sen tak da guna kepada Islam sebaliknya hanyalah sebuah boneka Tangan Ghaib yang berfungsi untuk menghancurkan Islam lagi melacur-leburkan anak-anak kamu untuk keseronokkan dan hiburan askar bala tentera, tak lupa agen & spy oohh ohh tak lupa juga think tank kepadaTangan Ghaib tadi.
Dalam keghairahan kamu mencari agen-agen tangan ghaib tadi, kamu terabai untuk membaja-hijaukan ikatan yang baru kamu bina bersama selepas ribut taufan tsunami PRU yang lalu. Atau memang cara kamu membaja ikatan dengan bercakap hodoh dan memburuk-burukkan musuh ops pesaing kamu agaknya. Atau terlampau nak membaca kamu terbakarkan satu kunci formula perpaduan yang terkandung dalam sebuah karya fiksyen yang diberikan judul Interlok.
Saya masih tak ada mood nak baca novel itu lagi walau sudah berada di rak buku saya lama dulu, sekarang ini saya pindahkan dalam kereta, agar saya tak lupa untuk mencapai dan membacanya bila saya ada masa bosan. Dah tu, macam mana pula saya pandai-pandai kata Interlok itu kunci, formula kepada penyatu-paduan Pakatan Rakyat? Saya baca ulasan blog orang intelek pejuang sasteralah. Manalah lagi kan saya dapat rumusan yang sebegitu intelek sedangkan obsessi saya hanyalah setakat kepada mengenal variasi bunga-bungaan, baik artificial, maupun real dan juga menghasilkan kulit karipap yang garingnya sampai kepetang. Goreng pagi, petang makan, gaaaariiiiing juga indak ada beza.
Oklah dah orang besar Intelek sastera ini kata Interlok itu kunci, maka memang amat malanglah bila pembakaran Interlok berlaku dalam kawasan jagaan Pakatan Rakyat dan kunun nampak semacam Tangan Ghaib telah berjaya membuatkan seolah upacara pembakaran Interlok itu direstui oleh wakil Pakatan, walaupun sesudah habis majlis pembakaran, Wakil tersebut mati-mati kata apa-apa yang patut beliau katalah. Beliau dah berkata dalam akhbar harian, jadi tak payahlah saya tulis balik apa beliau kata. Kawan-kawan lain pun dah ganyang beliau cukup-cukup. Buta seni, itulah dia hadiah yang diberikan oleh wakil anak dara tua yang kepetahan-mulus bicaranya memang selalu membikin kita terhinjut-hinjut kesakitan digigit semut api giant.
Tak kisahlah yang dah terbakar tu biar terbakar, sekarang ini saya memerhati adakah Pakatan akan mengikut saranan intelek muda sastera ini untuk mengambil Interlok untuk mengunci komponen pakatan yang kelihatan selama ini menjadi kuda tunggangan dari diterbangkan kepasukan lawan untuk menjadi kuda tunggangan orang belah sanalah pula. Lebih tepat lagi bolehkah pemikir-think-tank Pakatan mengolah-menterjemah isi-intipati Interlok menjadi sebuah kunci real bukan sekadar cakap-cakap dalam blog.
Ya ya ya kita kena perhati mereka-mereka ini, kita perhati bukan nak godam, sekadar perhati untuk menimbang mana satu bakal dipilih pada pilihan raya umum akan datang, atau mana taulah ada kena keluar mengundi untuk pilihan raya kecil. Kami ini pemilih, bukan pemain. Kami pilih mana yang mantap, jadi kalau belum mantap, kami rejek, jangan kata kami kafir busuk yang bakal dihumban dalam neraka jika tak segera bertaubat.
No comments:
Post a Comment