Showing posts with label crit lazer. Show all posts
Showing posts with label crit lazer. Show all posts

Wednesday, April 10, 2019

Cerita Dulu-Dulu 2

Ni sambung cerita semalam ya...

Macam mana pulak tetiba orang kata saya gila? Mustahil lelaki boleh jadi sejahat itu.

Ceritanya begini, dia sikit lebih kurang macam cerita Syed Sadiq pegi masuk lorong Pembangkang lepas tu kena boo dengan pembangkang. Cuma bezanya dia Sadiq, Menteri, saya Mardhiah, kerani cabuk gomen yang sedang dalam recovery journey in mental illness.

Cuba bayangkan Sadiq bukan Sadiq, hanya seoran kuli gomen yang sedang berjuang menangani masalah mental, termasuk kat lorang BN dan cakap "Bossku pencuri-pencuri-pencuri-pencuri". Hah gitulah ceritanya. Awat marah sangat? Benak sangat bodoh sangat ka penghuni-penghuni lubuk yang saya dah termasuk itu. Tidak. Tidak sama sekali. Bahkan mereka itu bijak-bijak belaka. Pendek cerita intelek. Tapi intelek dalam internet ajelah. Depa ramai dok pong-pang dalam online je. In real life suara dan aspirasi mereka orang tak ambil port pun.

Al-maklumlah lubuk itu namanya lubuk sastera. Sepatutnya jadi lubuk paling syumul, tapi di Malaysia apresiasi sastera ini tidak sehebat mana pun. Infact kalu nak banding persatuan sastera dan persatuan sakit mental semalaya, persatuan sakit mental lagi orang nak cakap eh, lagi banyak duit, kut. Malaysia ini dah sampai satu tahap semua kejayaan diwakili oleh RM dan sen. How much cash, asset that your persatuan have in the bank account. Gitu. Sebab masa tu di sini "CASH is THE KING"

Orang-orang sastera ini meroyan kunun gomen tak amik port pasal mereka. Cuba ko bayangkan, ada satu tahun tu derang buat event kat dewan sekolah je. Bayangkanlah persatuan sakit mental pun boleh buat dinner kat hotel. Ada ka idak dinner yang persatuan sastera sendiri organised tak tau la saya. Tapi kalu majlis-majlis hari raya ka, apa-apa majlis ka, derang buat kat rumah derang yang derang panggil "Rumah Pena".

Begitula orang-orang bijak ini jadi so-so macam itu ja... Saya pun menegurlah. Kebetulan derang ada gaduh pasal ada sekelompok penulis yang derang label penjual bakat, perosak pemikiran rakyat...iaitu penulis novel pop. Meroyan-royan derang. Silapnya saya teremel royanan mereka pada sahabat yang ntah ada sikit gaduh / tak berkenan dengan ada so and so la.The gist of the gaduh-gaduhan, "jangan marah rezeki orang, kalau betul kamu bagus, tulis bagus-bagus, jual sampai laku supaya lebih laku dari yang kamu marah sebagai pelacur bakat/penulis perosak"  Habis la jadinya. Perang gituuuu....

Perang, perang, perang sampai keluar gila-gila-gila ini. No big deal for melah.

Memang saya gila apa. So, jaga ajelah kesihatan, dapatkan nasihat doktor dan bersungguh-sungguh ikut program pemulihan agar kata-kata kesat dan tuduhan tak berasas mereka tidak memudaratkan kesihatan saya.

So sampailah hari ini, saya bukan setakat habis diploma je, sempat habis master lagi. Master dalam bidang akaun la. Kalau buat sastera agaknya tengah buat PhD. he he... Memang nak buat sastera, tapi saya kije kerani akaun, saya belajar akaunlah.

Itu ajelah ceritanya. Cerita saya memang succsesslah

Cerita derang tetaplah begitu juga. Tetap tu meroyan-royan menuduh gomen tak amik cakna kat deme. Betul la ni gomen yang naik tu gomen idaman hati mereka. Infact ada antara Jeneral-mereka dah dapat naik kementerian pun. Dari orang buku ke Parlimen. Tapi sorang itu ajelah. Yang lain-lain tetap tak puas hati sama gomen. Mereka kata Gomen not doing enuf.

Ala gomen baru 10 bulan. Nak realisasikan impian mereka tu perlu duit. kan Cash is the King. Masalah sekarang ni, politician faham impian mereka tapi asyik tak cukup duit memanjang. Mana saya tau tak cukup duit? Saya taulah sebab politician tu bos saya he he... dulu saya jaga KPI bab audit dia. Nasib baik Audit dah gugur dari KPI menteri. Stress agaknya kalau masuk juga. Mana tak stress, KPI asyik tak capai sebab tak de duit dan iron-up apa-apa masalah yang audit bangkitkan. Nasib baik audit tak audit sastera, kalau audit lagi pening Menteri nak jawab, kan. So la dah gugur, syukurlah. Menteri tak pening, Audit lagi tak pening,

Susahlah, kalau kita tak cukup duit,kan? Macam mana nak bawak derang makan kat hotel, nak bagi makan budak-budak sekolah selaras dengan menu cadangan Kementerian Kesihatan pun Menteri saya "sakit". Menteri bukan nak jaga orang sastera sahaja. Menteri ada ramai lagi budak sekolah yang dia nak jaga. Duit dapat banyak potong sana-potong sini. Manalah Menteri nak terlayan penulis-penulis sastera, ni kan?

Itu derang tak nak faham. Puncanya bergila-gila-gila ni juga sebab saya cuba nak fahamkan Menteri tak mampu nak bawak derang makan kat hotel. Marah derang... "memang tak mampulah sebab gaji orang gila macam kau buat akaun"--- Hey si Gila engkau tu gila, bini menteri curi duit pun mana kau sedar" itu dulu.

Hari ini bini Menteri yang kuat curi duit tu lakinya dah kalah. Naik Menteri baru yang derang harap-harap dapat bawa derang makan-makan hotel, naik kereta besar, rumah besar, sales besar, bini besar, gundik jak comel jelita. Tapi kan baru 10 bulan. Tunggulah 10 tahun lagi. Kalau 10 tahun lagi dok meroyan lagu yang sama, tak tahula kita, sapa yang sebenarnya gila.

Itu pasal masa derang kata saya macam-macam saya diam je. Sebab saya macam yakin gitu, tukarlah menteri dari langit pun, menteri akan lebih fokuskan budak sekolah dari budak sastera. Itu je... Ko nak semua besar, ko sendiri fikirlah macam mana nak membesarkan audience, follower kau. TU je. Jangan harap gomen nak membesarkan kau sangat-sangat.

Latest saya dapat dari FB feed saya. Betui, ka? Hat baru semalam melintas dalam FB saya Menteri dok puji-puji ada satu minah editor Institut rajin menjaja dan mencadang buku apa harus Pak Menteri beli. Jadi menteri ucap tahniah dan saran supaya terus menulis. Besok-besok kalau betul Institut di tutup bolehlah member fokus pada penulisan,kan. tak payah pergi parlimen jual buku lagi. By the way I just wonder ada berapa banyak buku laku/berbaloika kalu open table di sana?



Kalau mungkin bertukar sohih, memang malanglah nasib, mereka, kan? 
latest update:-

Tun Daim kata Pakatan only need another six month to sort things out. Hurmm walau saya sktikal, tak berharap sangat kali ini janji dikotakan, pun bagus juga kalau jadi nyata. Walau personally saya akan lebih seronok kalau lepas 6 bulan tak ada apa-apa pun jadi. Seronoklah sebab bole cakap kat kawan-kawan penyokong kuat PH " I told you so!"

Tapi tu, dari dok tunggu lagi 4 tahun lagi nak tukar kerajaan balik, (tapi kerajaan yang nak diganti tak pernah janji bulan-bintang macam yang ini) if reallylah pakatan yang ini boleh ada magic, lagi 6 bulan, harga petrol 1.50 seliter, peluang kerja lagi bagus, harga barang turun (walau it is too good to be true,kan) sapalah tak suka. Kau tak suka ka? Kalau dah pulih, apa payah nak tutup-tutup ITBNM, ni,kan? Kau nak pulih guna sihir ka? Jin Ifrid, ka? Lantoookkkk, yang rakyat tau please ea harga barang murah, semua murah, gaji nak tinggi. Itu je.

Cuma ramai juga cuak dengan si Daim dan Madey ni, takut he need another 6 month untuk pulihkan poket dia jer...poket rakyat masih juga koyak. Isyh isysh, kalau ini berlaku, memang malanglah rakyat.

Thursday, November 22, 2018

Budak Usrah 2

"She must be crazy already." bila saya baca catatan budak usrah berdebat dengan budak sekular kapir.

Isunya pasal budak usrah kata penawar pada sakit depressi ialah zikir dan baca quran. Saya rasa zikir dan baca quran itulah buat kau lebih depress dan rasa semua orang inayakan kau. Tuhan kau bagi ujian berat pada kau.

Pokok pangkalnya kau rasa berat sebab kau pandang rendah pada semua benda, kau pandang rendah kepada kemanusiaan.

Saya born, kera sumbang, saya tak suka berkawan. kalau berkawan saya asyik nak marah, sebab hai budak-budak ini, itu pun tak reti, ini tak reti, itu tak reti. Reti nak main je. Bila besar sikit, masak pun tak reti, kain baju, kemas rumah pun tak reti nak urus sendiri, tapi pandai pulak nak kawen. bab-bab kawen, buat anak cukup pandai.

But my mom in her special way make me understand yang semua benda susah, ramai orang tak pandai, anak dia sorang aje pandai, tapi kalau anak dia memandai-mandai, cepatlah saja anak dia kena "cili". My mom teach me to beralah. Orang ramai tak pandai kau pandai, kau kena beralah dengan orang tak pandai dan sebenarnya ada banyak benda yang kau boleh belajar dari orang tak pandai.

When I was teen Allah bagi saya sakit. Sakit ini datang bagi membantu mak saya mentarbiahkan saya yang garang dan cepat marah ini agar banyak bersabar pada orang yang tak pandai. Betul dia tak pandai belajar tapi dia pandai mengorat, sebab tu muda belia dah kawen. itu yang saya paling perasanlah.

Ada ramai kawan yang tak pandai, sembahyang tak pandai, jaga maruah pun tak pandai, kerja tak pandai, tapi mengawan pandai. Mak kata kasihanilah mereka. Ramai orang suka kutuk budak perempuan yang tak pandai jaga maruah. Tapi mak marah kalau saya marah. Mak suruh saya mengasihi mereka.

berbalik pasal budak dakwah yang hidupnya penuh dugaan. Dugaan akan jadi ringan kalau dia tak terlalu taksub nak membetulkan kami yang sekular ini. Saya malas nak menyampuk, tapi saya nak aje sampuk dan cakap begini "kau suruhla orang yang memang doktor dah sahkan sebagai depress dan murung untuk baca quran. Ada kemungkinan besar kau kena terajang"

Honestly as a mental patient, i feel like tampar aje budak-budak yang asyik sangat promote baca quran pada pesakit mental. padahal mereka asyik bekeluh-kesah diri diuji tuhan dengan ujian yang sangat berat.

Entah ujian berat apa tah tuhan bagi kat dia, saya pun tak tahulah. Nak kata tak de kerja, ada kerja. Mungkin berat sebab tuhan tak bagi dia laki, lagi kut? Dia ingat dapat laki semua selesai masalah? Hah! Tak de laki lagi tu sebab tuhan tahu kalau dapat laki dia akan lagi menyalak kat tuhan "Tuhan apa ke bangkai jantan dah kau bagi kat aku?"

Honestly juga memang pernah ada budak usrah, jadi sangat berani menyarankan saya berhenti meneruskan perubatan hospital dan menggantinya dengan kembali kepada agama dengan sebenar-benar kembali. Gila!!! saya tidak akan ambil risiko yang sebegitu gila. Lagi satu aish, saya rasa mereka sangat kurang ajar. Mereka lebih pandai dan lebih tahu dari doktor pakar? eh, susah tau kita nak cakap dengan orang yang perasan dia lebih tahu dari pakar.

saya mau juga kasi komen begini "pengajian kamu mungkin tak tertangguh, kamu dah jadi pegawai besar, gaji besar, your dream guy dah convert muslim dan korang dah happily married sekiranya kamu pergi jumpa Dr pakar saya dan ambil ubat anti-deprasi"

atau saya juga rasa compel untuk mengupdate FB saya begini:-

"Mungkin bagi sesetengah kita yang sering bermegah-megah sebagai manusia pilihan Tuhan akan berhenti bermegah jika mereka mendapatkan rawatan kesihatan mental"

atau saya rephrase begini:-

"Ada baiknya anda mendapatkan second opinion dari pakar dari bermegah-megah di med-soc mengaku pilihan tuhan yang hidup sengsara diuji dengan pelbagai ujian berat dari Tuhan"

But I won't do thatlah. It is very mean, kan to write something like that. Biarlah kita ada soc-med jak untuk meluahkan perasaan. Sekurang-kurangnya dia hanya melalak di soc-med sahaja. Dia tidak ambil tindakan pelik-pelik seperti pasang bom kat badan dia dan pergi bom kita semua.

Saya pula melalak dalam blog dan tak ambil tindakan gila pergi "serang" dan kasi satu penampar sama itu budak. hi hi.....

Tuesday, November 6, 2018

Budak Dakwah

Makcik bawang memang alergi dengan minah-minah dawah dari zaman school dulu. Dulu menyampah kat deme sebab asyik membawang budak-budak free hair. Masuk school diploma kat universiti prevet lagi lah geli geleman makcik dengan derang ni. taksub benar dengan HERO romatiang derang. Ketua Imam deranglah. Janganle ko cuit pun hero mereka. Harus kau disuruh bertaubat. Aik ini makcik, weh, makcik tegur sebagai anak pun tak boleh? TAK BOLEH ROMANTIANG utusan Tuhan Maksum, taraf nabi, tak ble tegur.

Kat school ada minah dakwah, kat opis pun ada sorang ni, aish geletik geleman makcik dengan dia ni,lah.... gatal is the word? Yeah, apalah yang dia terhegeh sangat dengan kita ni. Puas dibahasa-bahasakan yang kita tak minat dengan lifestyle gaya dakwah derang, pun tak reti-reti bahasa.

La ni megah dia mempromosi pula dengan clean foodla, exerciselah, ala-ala healthy life style omputih. Eh gelinya akuuu.... Makcik ni nak orang kampung hokey, makcik tak makan clean food. Food makcik semua dirty, berminyak bersantan hokey!!! lepas tu makcik bantai tidur 24 jam. Ko jangan la mengada-ngada nak nunjuk-nunjuk clean food kau tu. Brokoli,la, avacadola, kembang tekak aku. Aku makan kangkung, makan pucuk paku, pucuk ubi, ubi rebus, sambal tumis, ikan masin!!!.

Some of us do have to eat clean, due to medical reason and we don't want people to know about it. It is a curse to us. Why we wanna brag about our curse? Do you want to tell everybody that you are  curse thus you have to eat clean food? The answer is NO. I am are very proud of our rendang, nasi lemak, sambal tumis, kari ikan, asam pedas and all. I am very menyampah if you come and brang about your clean food sedangkan I know you cannot "tahan" our dirty food!!!, Selama ni kau membesar, dengan dengan dirty kampung food, hari ni sibuk pula nak berbrokoli, beravacado.

This budak dakwah I always don't understand them, why la dia suka nak nunjuk-nunjuk dia bagus sangat, walhal kalau bagus ko tak keje macai audit macam makcik ni deerrr.... ko dah duduk jadi manager ka, senior audit at least.  Kije macai nak mencacai healthy life style omputeh kunun, memangla mak bawang ni sakit hati.

Ni makcik nak tell u ya budak dakwah sekelian, all food are clean as long as you work clean.

note:

Hapa dia nak lagi ni kat kita ni, tak tau le ya. Dia nak boyfriend kita, kita dah bagi dah. Nak apa lagi???

Thursday, March 13, 2014

PRAY for MH370

Malas nak buka internet la ni, buka-buka asyik-asyik pray for MH370. Eish menyampah betul, sehingga saya tanya ada sorang kawan tu, “dia nak suruh kita doa apa ni? Kan dah jumpa tompok minyak, dah matilah tu!” Masa tu belum pula ada yang pengesahan yang tompokan minyak itu bukan dari pesawat malang itu.

Sehingga hari ini pun saya begitu sukar nak pray for them. Ntah menyampah betul. Tak tau kenapa boleh naik menyampah sakan. Mungkin sebab dalam kelas saya ada batu api. 1+1=3…synergy.  Mereka mengutuk habis pengstrukturan semula bailing out, pengstrukturan semula GLC-GLC yang hidup segan, mati tak mau itu walau taklah secara spesifiknya mereka mengata yang MASlah satu-satu petaka yang maha menggerunkan. Dalam pasaran yang 100% market driven, kalau tak kerana kerajaan BN yang diterajui UMNO, MAS dah lama boleh dikuburkan. 1+1 memang jadi 3 tapi sebahagian 3 yang terpaksa dibayar oleh jerit perih rakyat marhaen melalui khazanah dan macam-macam. Ada PNB, dan kalau PNB, adalah KWSP. Adoiiai.

For those yang Islamis, yang ada mencarum dengan KWSP, walau KWSP ada pegang saham sikit dalam MAS pun, hati dia rasa perih seolah 99.99% saham MAS, KWSP yang punya. Perih waima sumbangan mereka  walau sekecil zahrah ia ada diguna untuk sambung nyawa seekor gergasi untuk ia boleh terus serve arak pada gergasi yang lebih besar lagi. Saya sendiri yang baru sekali naik MAS, memang tak tau langsung dalam MAS ada hidang arak. Macam manalah nak berkat,kan. Idaman hati para pemuda-pemudi islamis ni satu jer. Alangkah bagus dekat logo MAS, ada logo kecik, logo halal JAKIM…he he he…

Lebih selesa untuk mengaktif kan helah-bela diri dengan mengata, gambar  tipu, perempuan tu bukan pramugari MAS, tapi ntah model mana tah yang di upah untuk mengaibkan MAS


Dah tu bila ada orang suruh tobat, marah-marah dan kata “Allah tak inaya orang lain sebab kealpaan/kekhilafan orang lain” peduli dia. Mujur saya tak kaya, kalau saya kaya dan ada saham bertimbun dalam PNB, ckit-ckit dapat serpih-serpih saham MAS, waima satu unit pun, mesti saya bertegak-tegak tak mau taubat, tak mau langsung ada cita-cita nak lihat logo kecil JAKIM pada badan MAS. Geliiii….aku negok bebudak kopiah putih budak pempuan tudung labuh yang baru nak idup, tapi semua benda nak ada cop logo JAKIM. Mujurlah saya ini orang marhean yang tak ada saham berkepuk-kepuk. Setakat ratus-ratus tu adalah. Mustahil orang Melayu tak sokong PNB,kan.RM10 hengget pun jadilah. Tanda kita orang Melayu.


So saya rasa itulah punca sakit hati saya pada kempen pray-pray ni. Pray pada entiti yang buat semak mata, kalau tak ada lagi bagus,kut. Pun betapa sakit hatinya,saya, saya orang Melayu. Orang Melayu memang baik hati lagi tak sampai hati. Sejahat-jahat orang Melayu mereka idaklah sampai hati mau lihat MAS lingkup, hilang dari sejarah aviation dunia. Buat kata pensyarah saya yang menggulung perbahasan hebat, hebat dok demalah…. Saya diam tak berbunyi. Zaman saya berdebat dah lama berlalu. Biar idealis-idealis tegar tu je yang berbahas,kan.  Ok buat kata pensyarah saya pun 1+1=3…MAS mesti terus hidup sebab itu maruh kita sebagai rakyat Malaysia…Rolls-Royce pun pernah melalui hari-hari sukar sehingga terpaksa di “nationalisasikan” sekurang-kurangnya MAS hanya di khazanahkan aje….ok sila bagi tepukan kepada Pensyarah saya yang sangat pandai itu. Pensyarah tu saya seorang perempuan muda tau, bukan lelaki.

Friday, June 21, 2013

Pembunuh

Minggu ini saya tengok ehwal-islam khas sempena keputeraan baginda YDPA kita. Ada ustaz Don Daniel. Tapi ustaz tu mungkin gabera ka teruja ka, dapat bercakap depan YDPA, jadi macam buat kata ada sasterawan muda Negara “pretencious lagi mengada-ngada” jadinya. Forget about him. Saya bukan mau menulis tentang  ustaz pujaan Malaya itu, walau sudah beristeri, tapi masih bujang 3 dan harap kawan-kawan sana tak ada yang terlalu ambitious menyimpan cita-cita untuk mengisi kuota 2, 3, dan 4. Cukup-cukuplah ustaz Azhar Idrus McD yang begitu.

Apa yang menginspirasikan saya untuk menulis buat kali ini ialah apa yang disentuh oleh Ustaz Kazim, pasal membunuh. Katanya kita bukan membunuh dengan pisau, parang, pistol, senapang, bom atau C4, tapi kita membunuh dengan lisan kita, dan menyeru agar kita berhati-hati dengan anggota badan kita yang satu itu.

Saya mengisafi dan memuhasabah diri. Eh memang banyak perkataan saya yang membunuh rasanya. I was born “mulut lasser” dan yang paling saya suka bunuh ialah orang yang membawa perkhabaran “so an so single, aku nak kenalkan dengan ko” sort oflah. Nak salahkan diri ini 100% tak mungkinlah,kan. Saya memang dah lama geram dengan dia yang sorang ini. Dia selalu cakap macam ini “aku doa ko  dapat jodoh ustaz  alim”. Ini perkataan yang sangat saya benci. Ya saya benci bila ada cubaan membayangkan saya bersanding sebelah lelaki yang berfesyen seperti ustaz Don, atau ustaz McD.

Pada saya lelaki macam itu jahat, ya sangat jahat, kerjanya tak lain dan tak bukan ialah menghina orang macam saya. Maksud saya ialah menghina orang yang perpendidikan secular. Saya ada pernah berjumpa dengan seorang lelaki macam ini yang fikir imaginasinya sangat kotor sehingga sanggup membayangkan semua lelaki yang belajar ilmu secular di luar Negara semua akan end-up jadi peliwat. Semua kami ini sangat suka berzina. Jumpa lelaki perempuan, zina, jumpa lelaki-lelaki liwat, jumpa perempuan-perempuan, saya masih belum jumpa istilah untuk ini. Bila dia tengok orang yang tak serupa mereka, aje, semuanya mereka bantai suka berzina, kalau rapat-rapat akan mengajak berzina.


Dan cara membunuh mereka melalui wakil mereka senang aje, ko pakai gelang emas besar-besar, ko tunjuk aje kat wakilnya dan kata “ini gelang mak aku belikan. Itu nanti ustaz ko tu nanti boleh dia bagi gelang sebesar ini untuk tangan kanan, kiri dengan kedua2 belah kaki aku (iya kita orang Melaka baju pengantin perempuan kita memang siap dengan eksesorri gelang kaki tau! Yang atas kepala yang dipanggil sanggul lintang tu tak usah cakaplah, ntah berapa kilo emas yang dijunjungnya, itu pasal orang perempuan Melaka sangat kuat, dari anak-anak dara lagi, udah praktis junjung padi/beras dulu:))?” Dan sudah tentulah cakap-cakap macam ini akan menimbulkan kebencian di hati mereka dan ntah2 pasal cakap macam inilah ustaz yang zuhud lagi dekat dengan tuhan agaknya mendoakan saya agar jadi anak dara tua selamanya.

Tak kisah. Lebih baik sendiri dari siang malam mendengar kutukan demi kutukan tentang sebahagian dari diri ini. Dan lebih menjengkelkan bila sudah berbuih mulut mengata, mengeji, menghina, disudahi dengan kata-kata begini “tapi saya kagumlah dengan awak sebab awak tak macam yang lain”fuuuuuckkkkk… We are all the same, sex is still one of human need. The only difference is, some of us put it as physiological needs while some of us only want in thus they put it in a higher hierarchy. And if you think all of us (orang secular) suka zina, meaning that you yourself put sex as a basic motivation in your life. Tak ada sex tak boleh “jalan” semua kerja jadi lembab dan semput. Income/kuasa beli/ kekayaan/kedudukan dalam masyarakat ada kolerasi (berkadar terus) dengan kekerapan melakukan senggama. Lagi banyak senggama, lagi banyak duit.  
   

Kesimpulan/pelajaran yang saya dapat ialah anda tidak akan dibunuh, jika anda sendiri tak memulakan untuk membunuh.

Friday, February 22, 2013

Melayu oh Melayu


Tak sabar betul nak tunggu PM announce bubar Parlimen. Bila dah bubar baru tau betul ka itu, betul ka ini.  Sok sek kata DAP nak tanding 150 kerusi Parlimen sedangkan jumlah keseluruhan kerusi hanya 222 aje.

Saya sukalah kalau betul-betul benda ini terjadi…he he he padan muka PAS? Memang padan. Saya suka, sangat. Apsal yang saya benci sangat dengan PAS tu? Saya tak benci PAS tapi perangai sesetengah orang PAS yang bikin saya suka kalau mereka diaibkan Cina DAP sampai ke tahap itu.

..***

Dulu saya sering sakit hati kalau balik Muar sembang pasal Melayu, rakan sembang saya akan kutuk anak orang UMNO, anak POLIS dahsyat-dahsyat.  Aku ni Melayu dan hanya orang Melayu aje boleh masuk UMNO, aku ni Melayu dan yang banyak kerja POLIS tu orang Melayu.  Aku ni Melayu yang kerja gomen. Aku pernah kerja KDN,  uruskan benda-benda hal polis. Polis kawan aku. Eish, kalau engkau dah tak suka tak seronok jadi Melayu janganlah ko anggap semua orang macam ko.

Memanglah banyak pahala berzikir berselawat, masa dengar dia menceceh, tapi orang kata tak berbaloi, sebab saya akan mengalami sindrom patah-hati-murung-sedih berhari-hari selepas itu. Oohh kesiannya saya kenapalah ALLah jadikan saya Melayu, tidak Arab, tidak Inggeris, Jepun atau la ni yang paling ngetop Korea??? Kesian orang Melayu, orang Melayu sendiri benci bangsanya sendiri dan macam tak sabar nak bagi kuasa kat orang lain

Lama-lama saya terfikir sendiri, kalau aku tak pakai tudung labuh, aku pakai biasa-biasa macam perempuan Melayu biasa, pakai kebaya, blouse dan skirt labuh, aku rasa lawan bicaraku mesti tak akan berghairah mengutuk Melayu. So now  I only pakai baju kurung dan kerudung labuh waktu official pejabat 7.30 to 4.30 dan kenduri kahwen atau kenduri/kendara yang lain.

Sekarang ni alhamdullillah kurang sikit rasa sakit hati aku.

…****

Kawan saya sudah rasa cuak bila saya mula bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia tau itu tandanya saya sedang sangat sakit hati dan dia takut bila saya sudah terlalu sakit, saya nekad tinggalkan dia sendiri buat kerja yang deadlinenya dah tak sampai 24 jam dah.

Saya bagi tau kawan, tika saya marah, saya rasa saya tak layak jadi Melayu dan tak layak berbahasa Melayu. Saya kata true Malay ialah seperti mereka berdua yang tak pernah marah atau meninggikan suara walau macam mana teruk pun orang bikin kita. Saya menuding kepada kawan yang ketiga dan berkata “hah ko itu sudah luntur Melayu ko”.

Kawan menjawab darah Melayunya memang dah cair sebab dia campuran Cina.

“Hah itu pasal aku tak nak kawen dengan  Melayu” balas saya

“ko nak kawen dengan Iban?”

“ya, Iban lagi bagus, besok kalau anak aku marah anak aku boleh cakap ko bitaskan ko, korang semua bangun pagi,  tempat kencing  dah beralih kat dahi”

So cam ner tu??? Dia sendiri tak nak kawen dengan Melayu….hmmmm kesiannya jadi Melayu tuhhhh…

Thursday, August 4, 2011

BITCHING OUR WAY UP TO THE TOP

Dulu masa zaman saya sekolah, kalu kat sijil SPM you tanda x, lepas tu you jadi diva kat layar perak, lepas tu dalam satu babak you separuh bogel, walau kita nampak blakang u aje, pastu you most of the time dalam movie tu u pakai baju tidur yang well quite reveling to us pada zaman tulah dulu, lepas tu you end-up jadi bini no-2 orang besar Negara, well who can blame emotionally sarcastic, acid tongue. L lady like me describe you as a persona who are bitching your way to the top?

I know, I know this is Ramadhan, and it is dosa to call people names of melazer yang ntah apa-apa tahkan. Hari ini pun suami dia dah berjaya didik dia dan skrang ni she doing great, so apa pasal plak ada orang tak puas hatikan.

Call this entry as muhasabah dirilah. Orang kata kuman sbarang laut nampak, gajah depan mata tak prasan…as a women, dalam kita sedar tak sedar mungkin kita pun 2x5 ajek…secara luar sedar, tak sengaja mana taukan kita terekspoit apa-apa yang sensual, apa-apalahkan crri-ciri kewanitaan yang ada pada kita to get our “bala tentera” out there to get going….

Atau dengan air mata kita ka, dengan cerita sedih kita ka, tak semistinya dengan aksi gedik aje ehh… kita telah membikin orang lain panas hati dan membelasah entah sapa-sapa tah yang dirasa patut kena belasah dengan apa cara skali pun atas kununlah nak orang kata jaga maruah kita kunun. After that kluar modal itu ni tak kira wang ringgit, pangkat, kedudukan to pave your way up to the well wat hah..to to to… like “welcome to the world of orang2 kehormat lagi elitis lagi prestigious”

Wat I mean is, if don’t get enuf education, IQ you tidak cukup tinggi untuk duduk di satu tempat tinggi, atau you memang educated dan berIQ tinggi tapi kerja cincai2, you tak boleh halang orang lain mengata yang you BITCHING YOUR WAY TO the top. Besides, cikgu saya masa kat skola agama Kerajaan Negeri Johor kata, kalu awak bikin benda yang buat orang teruja nak mengata,awak pun dapat sahamnya juga…

So GIRL, wat I mean is melahkan as this pagekan is for me to talk to myself, “be low-profile la hoh, don’t create so much havoc”. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.

p.s. itu pasal university itu bukan tempat nak cari networking, tapi tempat orang cari as many As as possible. Jangan kasi pensyarah kita “pengsan” dengan keghairahan kita nak bina network sampai mengabaikan pelajaran ok.

Thursday, June 30, 2011

BOS KO VS BOS AKU

Saya tidak akan pergi ke perhimpunan BERSIH walau pun saya orang PAS, sebab saya perempuan. He he he…cubalah suruh anak menantu perempuan Nik Aziz turun. Kita nak tengok juga Nik Amelina yang glemer tuh. Ada turun ka? Memang tak cantiklah orang perempuan turun ke jalanan lagu tu. Tapi orang kata hujah ini sangat mengada-ngada, kita cakap plak kita ini kerja gomen. Lepas tu mereka cakap plak kita jaga perik nasi. Kita cakap plak Ambiga tu anti shariah. Ambiga takut kalu shariah law ganti common Law Negara kita tak dikunjungi pelabur. Ambiga perempuan jahat sangka, Islamofobia, jadi kita tak nak berrally di blakang perempuan jahat sangka seperti dia.

Abeh tu korang cakap lagi, itu dulu sekarang dia dah berubah, cerita Bersih tak sama dengan cerita Shariah Law. Ini cerita pasal electrol list kita yang kotor dan minta pohon dibersihkan. Dah, dah, dah lah tu, orang tak turun, tak nak turunlah tak reti bahasa betullah. Orang tak nak turun bukan pasal orang ni penakut blab la bla dah jadi sama jahat juga dengan bos orang. Cuma orang rasa bos orang ok aje. Bos ko tu yang jahat sebenarnya tapi ko beriya-iya kata bos ko baik, bos orang yang naya sama bos ko, bikin crita yang bukan-bukan.

Eish sakitnya hati saya cuba nak bagi tau yang bos saya ok, saya kata bos saya ok, bos saya oklah. Cubalah buat reti bahasa sikit. Apa bos saya rahsuah, kroni, suka mean pempuan, ntah saya tak nampak, yang saya nampak bos saya pun sama tonggang tonggek sembahyang ,pegi mekah keliling kaabah. Ok aje. Bos ko tu, saya tak kata, tapi ini orang intelek yang kata BERSIH bos ko tu sebenarnya “self-serving agenda of a deeply-flawed politician”

Read my lips “deeply-flawed politician” ha memang betul itu memang saya nampak, masa bos ko duduk kat Treasury memang, memang dia memang buat banyak hal. Ha!

Sunday, June 12, 2011

On kelab Taat

Tekozut den, nak tesodak pun ado bilo Kelab isteri-isteri taat mengesyur yang ntah apa-apa tah. Terus den toringat cerito lampau den gurau aje dengan kawan cyber den. Suko-suko den ngumpat Bill & Hillary Clinton, + Hugh Grant dan Liz Hurly.

Den gurau2 ntahlah saja nak melegakan perasaan kawan yang dalam mood adjusting to a new environment. It is about why man cari man, bila dah lama-lama kawen. What I’ve written is exactly what kelab isteri taat nak ajar pada ahlinya. Saya tulis begini, secara berseloroh ya, bukan serius, dan memang tak patut diambil serius pun “tubuhkan satu akedemi dan lantik Monica Lewensky jadi penyelaras program”

It’s just junk piece of joke to cheer-up my mail-pal yang seolah macam sepi dalam ramai??? When you are bless with Chomsky & Voltaire kind of brain, when you finish all your mak nenek sekolah, you go back to your kampung, you kinda a miss all the hanky-panky-crazy-ntah-apa-apa-tah, mengarut kinda of talk, activities that you used to have with your rakan sekolah. You feel so lonely , you will feel so down, feel like terjun laut pun ada. That wat I always refer to sepi dalam ramai syndrome.

At that moment, I was young, early 30’s memanglah masa saya tulis tu, saya rasa disebalik gurauan ada logikanya saranan itu. Logika itu bersandarkan ustaz yang slalu cakap “kalau ada Mercedes Benz kat rumah wat pe cari Kancil”. but after I learn more, after I mature kut…after I know man,???huh more, (eh ini bila masa plak I know man more nih?), saya kata cadangan saya itu adalah 100% cerita orang gila yang kalu dipraktikkan akan membawa kemudharatan yang besar pada sapa-sapa yang nak mengamalkan/nak walk the crazy talk itu. Mind you, that super crazy talk dah ada yang menjalankannya. Risau den. Ada yang kiamat juga ni karang Malaysia ni. Melayu Malaysia aje yang pupus, kiamat, bangsa lain idup makin membiak, branak pinak.

Rentikanlah keje gila nak bebengkel, nak ngajo isteri-isteri jadi placurlah plak. Buat kata orang putih kata, great minds think alike…. Today I would say Crazy mind also think alike. If you think like out patient Jabatan Psikiatri, maknanya you alls pun layak menerima rawatan kat situlah. Kesian-kesian, blajar tetinggi dapat pangkat Dr kat pangkal nama, pun fikir macam out patient Psikatri Hospital Mlaka gak.

Oh I got an idea, I nak bawak tulisan ni kasi tunjuk sama Doktor saya on my next appointment Julai depan. Mana tau Dr I masukkan tulis ini dalam majalah bulletin they alls… glemer makcik.

Tuesday, April 19, 2011

Pagi yang tak berkat aka pagi yang suweh

Bangung pagi, orang solat tahajjud, kita celik mata, bangkit fikir nak selesaikan masalah kerja…

Ambil wuduk terus tercokoh depan netbook kunun nak access maklumat. Sakitnya hati, sesakit-sakitnya sebab ntah langung tak buleh masuk. Giler deme. Ape dah jadi dengan dengan laman AG, JANM. Pukui 5 pagi tak buleh access, aish, aish, aish…meragam plak tu jam orang tengah bersemangat nak “clearkan” masalah yang dah lama “pending.”

Apalagi dah kebetulan bertenet, berjalan2le kita kat virtual-raya ni. Kutu rayau internet??? Sikit lebih kuranglah. Bump dengan satu blog yang saya fikir meloyakan. Blog politik memanglah meloyakan, tapi bila pengendalinya itu memakai imej wanita yang tak patut cerita benda yang tak patut, walau dalam politik cerita orang singkap kain orang itu lumrah. Memang bukan ahli politiklah anda kalu naik pentas dapat mikrofon, tak memburuk-burukkan lawan….alahai anakmak…. Apa cerita mak meracau-racau pepagi hari ni??? Ok cuba ko bayangkan yang bercerita, menjaja cerita huduh itu pempuan, yang guna nama puteri, aish, aish, aish….tak sesuai. Kalu dia guna nama/imej/pesona mak cik Muslamah Lebar macam jiran Faisal Tehrani tu oklah juga.

Ini puteri….tak kisah kalu puteri sekali-sekala buka aib orang, tapi kalu dah almost 100% content ochehan sang puteri pasal skandal orang politik, aish, aish aish…alahai, alamark, apa nak jadi, memang mak risau. Nasib baiklah mak ni tau juga sikit-sikit agama, tau sikit-sikit pesan/gambaran nabi tentang akhir zaman. Hmmm fenomena akhir Zamanlah tu, sabau ajelah ye.

Mak urut-urut dada jah nyah/knot baca blog budak puteri tu…. Mak urut dada sebab nabi kata akhir zaman, wanita bla-bla-bla, (i.e. bersolek, berdandan sebab nak menggoda/menarik perhatian lelaki), idak pula mak terjumpa nabi kata akhir zaman nanti puterinya misi utama hidup dia bergossip, mencungkil dan meuar-uarkan dalam-dalam kain orang. Buat mak fikir balik, nak sedapkan hati, nak redakan sikit rasa sendat dalam dada nih…ntah-ntah yg menulis tu, budak-budak jambu yang selalu perasan diri terperangkap dalam tubuh sasa…aish,aish, aish…huduh benar politik melayu, dah memang dah nak hancur, terlepas kuasa dan mulia dari tanganlahkan kalu dah anak puteri pun diajak/didik berperang jatuh lawan, bunuh kerekter lawan dengan cerita skandal seks.

Macam tu ka gayanya orang nak mempertahankan Puterajaya??? Mempertahankan kubu dengan bom skandal? Mematikan hujah lawan dengan melondehkan aib orang? Orang lain sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu, awak??? Menghiasi diri dengan cerita skandal seks ala-ala mat bond spy… agen SB. Memang mak dah sumpah tak nak cakap-cakaplagi nak buang, delete terus ungkapan “macam tu ka gayanya” tapi pagi ni dek kerana geram tak dapat masuk laman AG---naik balik ungkapan dah didelete tu. Mereceh mengocehlah mak macam makcik mulut murai….he he he…

Friday, April 15, 2011

Pilihan saya, (orang pempuan yg biasa-biasa)

PRU lepas ajelah tu, bikin hati saya tak sedap, takut macam-macamlahkan sebab saya mengundi BN. Iyalah kita ni tergolong dalam orang kata, orang cerdik dan tahu agama, kita rasa berdosa jika undi BN. BN partai secular, BN korup. BN mengutamakan Kroni. BN mengamal nepotisme. Baik UMNO, MIC, MCA sama aje. Bila sedara dia jadi YB jah, yang lain-lain pun turut “merasa” he he he…

Sedara kalu tak tulun sedara, sapa lai nak tulun. Saya fikir kalu saya jadi YB pun, tak kira apa parti pun, saya pun buat benda sama juga. Mengarutlah kalu kita jadi YB, semua sedara dah tak kenal dah. Mengarut jugalah kalu sesedara saya tak datang mengendeng itu dan ini.

Ok berbalik pasal rasa tak sedap ni tadi. Undi rahsia ek, kita bukan nak crita pasal rahsia, kita nak cerita pasal rasa teruk dan bersalahnya kita sebab undi mike-mike yang berpakaian tak serupa macam “good muslim” Dalam minda saya ni good, best muslim pakai jubah, berserban, pempuannya bertudung labuh bla…bla…bla. Pemimpin UMNO, kalu dapat bini pake tudung nampak jambul pun dah kira ok sangatlah tu. Tapi saya pilih BN sebab masa tu saya undi bukan lagi berdasarkan pakaian dan penampilan tapi dari segi dasar secara menyeluruh.

Saya ambil pendekatannya begini, saya lihat secara makro, bukan micro. Saya banding TUN M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI). Benar Tun kelihatan seperti mengamal nepotisme. Buktinya teman baik Tun, Tun Daim itu kaya raya, Tun M sendiri anak beranak kaya-raya juga. Unsur sapa kaya, sapa miskin tak timbul di sini, sebab DSAI pun kaya raya juga. Pada PRU yang lepas orang kata, semua orang politik semua dah kaya dan berjaya. Anak beranak, menantu Nik Aziz pun kaya juga. Pendek kata orang melayu yang berkecimpung dalam bidang politik semua sukses-suksess blaka, tak kira parti pemerintah, mau pun pihak pembangkang. Semua kaya-raya. Betul-betul kaya atau tidak wallualam, tapi memang pada persepsi saya mereka ni semua kaya dan berjayalah. Tak de lagi naik teksi atau naik naik bas awam, semua sudah ada kenderaan sendiri.

Saya pilih Tun M bukan pasal DSAI lebih kaya dari Tun, tapi pasal DSAI tak kerja duduk dalam penjara pun bule kaya. Saya lihat baca tulisan yang telah dihasilkan oleh kedua orang tokoh ini. Saya lihat Tun ada kelainan walau cara Tun sering mendapat kritikan dari pakar-pakar Ekonomi yang saya suka. Tun caranya walau mereka kata tak konsisten, tapi idaklah membuta-toto’ ikut cara Amerika. Saya lihat dari sudut ilmu perakaunan, pula, sebab itulah bidang tempat cari makan saya. Malaysia ikut IFRS tidak GAAP.

Orang kata come onlah, Singapore saya sudah toto’ Amerika, at least kita ni lain-lainlah sikit, tok sah kita ikut sangat IMF tu, New World Foundation, ikut-ikutlah orang lainlah plaklah kan. Kalu Amerika dok toto’-totok pro pada korporat, kita prolah pada Tax Authorithy… hah Sosialis??? Eh ada benda macam Letrik, Air (natural monopoly) memang kena dimilik negarakan pengurusannya, tak buleh dikomersialkan, tidak boleh diberi milik individu.

Maka dengan itu saya tak pilih partai yang DSAI jadi ketuanya.

Adakah dalam PRU akan datang kalau DSAI tak jadi ketua saya akan tak undi BN? Tak semistinya begitu, sebab saya bukanlah macam besh friend Facebook saya Pak Bakaq penarik beca, asal bukan UMNO tu. Saya idaklah Mardhiah bte Mohd Yusoff asal bukan DSAI. Idok sesapa pun bule, DSAI pun bule lagi kalu dia bule keluar dari kemelut peribadinya yang tak sudah-sudah tu, tapi dengan syarat DSAI kena lebih baik dari Tun. Ada masa ka DSAI nak lawan Tun dalam tempoh 1, 2 tahun ni?

Kita tak pilih BN itu hari pun pasal oghang pempuan depa tak tutup aurat. La ni dah ramai orang pempuan BN yang beragama Islam tutup aurat, orang pempuan Islam parti lawan BN la pula dari tudung labuh, kain keras, berjubah, hari ni dah pandai berfesyen-fesyen, sedangkan dulu berfesyen dan melawa-melaram tu untuk Che abang sayang, intan payung sorang tu aje. Hari yang bukan Che abang, kengkawan sekerja, seopis pun ada yang dah buleh bau one-drop perfume yang wangi (takkanlah ko nak gie opis tak pakai apa-apa bedak langsung, langsung tak mandi? La ni sabun mandi semua wangi…pencuci fabric pun dah wangi-wangi, tak wangi badan pun, baju kita memang tak boleh elak dari berbau wangilah kan. Mana ada orang pakai sabun cap kapak buat mandi buat basuh baju?) dan murah iiitieww… jadi memang dah tak sebab nak rasa guiltylah kalu pangkah BN.

Pendek kata, kesimpulannya, dari segi berpakaian tu, perempuan BN yang beragama Islam ada peningkatan, dari berskirt pendek, ke bertudung, waima tudung glemer ala-ala Datuk Siti Nurhaliza, tapi perempuan Islam pembangkang saya lihat ada merudum. Kalu dulu masa anak dara berjubah berkerudung labuh, hari ini pakai baju kurung biasa jah. Ada juga yang dah buang tudung labuh, ganti tudung biasa-biasa macam yang Puteri UMNO banyak pakai tu.

Kesimpulannya lagi…kesimpulan besar dari segala benda besar yang tak sepatutnya dihempapkan atas kepala hotak kita yang ciput ni, atas dasar prestasi berpakaian ini, kalu trend ini kekal, memang tak payahlah kita nak rasa guilty kalau kita pangkah parti secular BN.

****
p.s. aha, semalam pun saya rasa nak tergelak pun ada tinguk ada sorang kakak tu punya fesyen…dia pakai blaus labuh, skali pandang macam baju kurung besar pakai seluar, berkerudung labuh. Mengingatkan smula zaman2 skola rendah, main net boll berbaju kurung dan berkerudung tapi bertrack bottom. Eh itu masa praktise atau main-main kat skola, Bila wakil skola kita pakai properlah. Idakle pakai baju kurung.

Tuesday, April 12, 2011

Madah bercili, hmmm...

“Is that how they plan to catch up with Harvard?”

Bukan, bukan saya yang cakap macam itu tapi kawan kepada W. Scott Thompson yang berbangsa Eropah dan kerja kat Algeria, tulis macam itu kat dia.

Nak tau sapa Encik Thompson ni sapa bacalah artikel beliau yang berjudul “Old Habits die hard despite revolutions” yang disiarkan dalam NST 13 April, 2011.

****

"kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?"

Yang ini plak ochehan YB Zul yang saya cut dari blog beliau dan paste kat sini.

Wednesday, April 6, 2011

Gaduhlah lagi...

Kerajaan Amerika sana ada kurang dari 72 jam aje nak luluskan budget Negara mereka. Kalu mereka ralit berdebat, dan tak dapat capai kata putus, kata pakar ekonomilah ia akan menyebabkan recession. Kelembapan ekonomi. Suka hati kamulah, sama ada kamu suka ekonomi Amerika merudum atau sebaliknya. Tapi rasanya ramai towkey kat Malaysia ini akan turut “semput” kalau Amerika sekali lagi merudum.

Tak kisahlah, itu hal korang, tapi saya suka juga kalu Amerika merudum, I’m expecting harga minyak akan turun he he he…I’m crossing my fingers “hah, gaduhlah, gaduhlah lagi sampai seminggu, sebulan, stahun lagi tak pe. Padan muka korang. Why not kita nak rasa bersalahlah pula mendoakan sesuatu yang tak baik pada mereka? Dia orang tu dah banyak buat onar dalam dunia ini. Korang ingat mereka tak ada hati ka nak tengok Budget kita tak lulus?

Kemelut Skandal Seks luar tabii ketua pembangkang kita pun satu rahmat gak, cubalah ko bayangkan kalu Ketua Pembangkang kita tak diharuk dengan masalah peribadi, sure otaknya boleh focus macam mana nak delay the budget. Macam mana hebatnya dia mendelay kes dia kat Mahkamah, macam tulah agaknya hebatnya dia to delay the budget bill to pass on time, kalau tak ada perkara lain yang mengganggu.

For those who think that America can only be defeated by combat-combat, Amerika boleh “jatuh” melalui ekonomi. If we think Ayatollah Iran aje yang teruk kena lutu dengan Amerika, apa kurangnya Che Det kita? If Iran hebat dengan teknologi saintifiknya, Pemikir kita, walau bukan berstatus Ayatollah pula hebat menangkis serangan ekonomi yang datang bertalu-talu, satu lepas satu…dan Allah masih sayangkan kita, walaupun kerajaan yang memerintah hari ini tidak dapat simple majority, Allah masih tak uji kita dengan ujian yang berat. Kita tidak diuji dengan ahli parlimen bertelagah sampai budget bill tak dapat diluluskan.

Wednesday, March 9, 2011

Tak tau mana satu yang gila

Ada penulis barat kata kita buleh pilih untuk rasa luka atau tidak. Kita orang Malaysia tentulah kita tak boleh sama sekali setuju dengan kata-kata ahli fikir bukan Islam ini. Sebab kalu dia Islam pasti dia tak berani memberi kata-kata yang macam itu.

Hari ini banyak perkara yang boleh melukakan hati kita. Kebanyakkan masa kita tak begitu ambil pusing, sebab kalu ambil pusing kita akan bertambah sakit. Namun luka itu tetap ada, kita tak boleh nafikan yang ianya melukan cuma kita boleh kawal perasaan agar tidak menunjukkan dalam bentuk yang keterlaluan yang kita terluka sampai jadikan keadaan tambah tegang dan lukakan bertambah parah.

Satu perkara yang melukakan hati generasi macam saya ialah budaya couple di kalangan anak-anak muda kita. Memang pantang nenek-moyang kita lelaki perempuan berlagak mengalah orang dah berumahtangga tapi sebenarnya tak ada ikatan apa-apa pun. Kalu dah berumahtangga pun couple kita Melayu totok tidak bersepah-sepah, berkepit-kepit laki bini depan khalayak. Itu dulu.

Kini lain. Zaman berubah, sapa kita nak halang budaya “loving” ala barat ini walau memang terkadang itu mendatangkan rasa meluat aje. Korang ni tak cukup kat rumah ka, sampai nak bawa keluar korang punya loving tu. Saya berbaik sangka aje yang ber”loving” tu semua dah ada lesen. Tapi ada kawan cakap yang ber”loving” tu yang belum ada lesen, yang dah hada tak buat macam tu. Ntahlah…

Dulu masa sekolah dulu budak yang loving ni ada yang kena buang sekolah, kena rotan. Hari ini kalu kementerian nak merotan budak-budak loving ni akan memeningkan kepala cikgu aje. Kenapa saya cakap nanti cikgu pening?

Saya pernah berbual-bual dengan kawan di MMU. Saya tanya pasal budaya couple. Dia cakap memang dah budaya. Kalu cikgu tau memang nahas, tapi pandai-pandai coverlah, jawab kawan tadi. Saya tanya lebih lanjut lagi adakah couple tu tahap sampai bersenggama? Dia kata iya. Kalu dah baligh tapi masih teruna, masih dara mereka akan diketawakan. Mereka tau bersenggama sebelum nikah itu dosa besar, tapi mereka akan lebih stress sampai tahap rasa macam nak gila, macam nak bunuh diri dipulaukan hanya kerana masih dara, masih teruna. Oh macam itu ka.hmmm.

Saya tanya lagi kawan yang lain. Mereka kata budak tu gila. Budak tu gila. Budak tu jeles sebab dah tak ada dara, tak de teruna dia nak orang lain sama tak berdara, tak berteruna macam dia jugak….. ha ha ha. Saya cuba cucuk… “ko tak takut jadi macam akak kah dah tua tak kawen-kawen sebab masa sekolah dulu tak giat bersenggama?” Mereka cakap lebih baik tak kawen terus dari buat dosa.

Group yang aktif bersenggama akan kata group yang aktif itu gila, dan group yang aktif pula akan kata yang tak aktif itu mengalami penyakit neurosis. Salah satu tanda neurosis ialah keinginan nak dapat good grade atau menyiapkan sesuatu projek dengan sempurna tahap melampau, yang menyebabkan orang sekitar rasa jengkel dan bengkek. Juga lama kelamaan bila berkerja esok buleh mengalami obsessive compulsive Personality disorder yang hallamak semua orang akan tak berani nak dekat.

Saya mendengar kedua-dua sisi. Saya cuba mengimbangkan keadaan saya. Adakah saya mengalami OCPD? Adakah penyakit OCPD ini hanya boleh dirawat dengan aktif bersenggama? Saya pernah jumpa seorang Auditor yang tidak berumah tangga walau dah tua, dan saya percaya dia bukan pengamal seks bebas. Saya 100% percaya dia seorang celibate dan yang mempesona dan menginsipirasikan ialah dia tidak langsung menunjukkan tanda-tanda OCPD.

Kalau kakak ini tadi boleh celibate tapi terhindar dari sindrom OCPD, kenapa tidak saya siasat dan tiru aje amalan kakak ini?

Saya percaya bila mendepani isu-isu macam budaya couple kakak tersebut memang luka, tapi tak le tahap dia luka sampai ambik tindakan menyertai mana-mana aktiviti atau badan-badan tertentu nak bagi preasure pada puak-puak pengamal budaya couple bebas. Jangan orang lain nampak macam kita mengalami compulsive personality disorder aje udahla...Kalu dah Luka simpan dalam dalam, sebab bila nak akhir zaman memang macam itu.

Saturday, March 5, 2011

KITE vs DEME

Ada juga orang yang suka kalu Malaysia end-up macam Tunisia dan Mesir. Kalu kita skeptical kata “buleka”, mereka akan meroyan tuduh kita ntah-apa-apa tah pun ada. Itulah gelagat orang yang taksub nak menang, tak moh kalah. Kalu dah sah kalah pun masih mau menafikan kekalahan dan lebih rela hidup dalam penafian yang panjang. Tak kisahlah, kita pun sbenarnya tak moh gaduh-gaduh dengan oghang mace itu…

Tapi tu dah nak kata saya ni hapa eh…jahat/jaki/hantu/jembalang??? 2x5nya aje tak moh kalah gak, saya nak tayang juga hujah-hujah saya untuk menyeport opss menyokong ramalan saya yang mengatakan Malaysia tak akan mengekori Tunisia dan Mesir. Malaysia tidak ada dalam set domino Tunisia dan Mesir. Bukan saya mau menafikan kemungkinan Malaysia tumbang melalui cara itu. Ya Malaysia bisa saja tumbang, tapi rasa dalam masa terdekat ini idaklah agaknya. Kalu memang sudah tertulis di Loh Mahfuz BN tumbang cara itu juga, bukanlah gerakan tumbang menumbang itu diketuai dengan pesona-pesona/pemuka-pemuka yang ada kini.

Orang yang nak lead gerakan itu kenalah setaraf macam Qardhawi…yang menggerakkan gelombang rakyat yang ada sekarang ni kalu nak kerja-kerja korang “menjadi” kenalah tiru macam Qardhawi, cara dia bercakap, cara dia beramal, pendekata segala-gala lifestyle dia korang kena tirulah gitu. Ini kalu korang melenggok gaya Shah Rukh Khan, Ranee Murkhaji, Siti Nurhaliza, Remy Ishak, Tiz Zaqiyah, aleh-aleh nak dapat macam Tunisia, macam Mesir, memang payahlah nak dapatnya. Dari melenggok gaya selebriti yang saya sebutkan ada lawa lagi lenggok gaya Mercedes…

Meh kita tengok hujah saya dulu. Gambar2 tu saya curi di sana dan sini tanpa izin sebab saya tau tuan punya gambar tu baik2, pemurah dan tak kisah saya tayangkan gambar diorang saya abadikan dalam blog saya:-

Wednesday, March 2, 2011

err Brag? Brat? wat ever....

Sapa/apa makhluk yang tak suka kalu kita sesama islam berbaik-baik dan saling bantu-membantu. Apa makhluk yang suka lihat orang bergaduh dan bermusuhan. Apa makhluk yang akan meraung, jadi tak keruan kalau kita semua bersatu padu dan saling kasih mengasihi….fikir-fikirlah

Bergaduh, saling benci, saling mengata huduh, merendahkan peribadi bukanlah perkara yang bagus pun. I know last ntri saya mengutuk orang yang tak memikirkan untuk menyediakan tempat perlindungan sendiri untuk anak isteri… memang tak patut saya kata begitulahkan. Memang satu sifat kejilah tu.

Oh ya lama tak lama juga ada kawan FB saya menasihati diri ini agar masuk PAS, saya memang nak tersedak bahak. Mujur depan PC aje, tak berdepan bersemuka. Setakat berbaik tu saya rasa ok. Nak masuk PAS, nak join ntah apa-apa lagi tah group yang dia sarankan minta mahap le. Saya pun idakla kuasa nak tanya adakah kawan saya ini member PAS…

Kalu dia member pun, kira member elitlah. Saya tak cerita pengalaman saya dengan orang PAS pun rasa saya akan melukankan hati orang yang saya ‘care’. Saya rasa ok kut jika sekadar saya kata di sini, saya pernah mengajar PASTi dan ketika saya diterima berkerja dengan Akauntan Negara, sebagai book keeper, memang mak saya tak benarkan sebab gaji kecik dan ayah(pak long) saya janji, PASTi saya itu akan tukar jadi SRIP dan saya akan diserap jadi guru.

Mujurlah isteri abang sepupu saya berjaya menyakinkan mak saya agar melepaskan saya ke Kuala Lumpur. Kalau tak kerana galakkan dan dorongan isteri abang sepupu, mungkin saya tak kerja dengan kerajaan. I love kids more then I like accounts & numbers. I don’t have any intention pun nak jadi cikgu budak SRIP, sebab orang kat Negara barat tu, mengaji budak-budak bukan tahap ijazah aje, sampai tahap phd pun masih bergelumang dengan kanak-kanak. Saya pun tak tau why I accepted the job, maybe bayangan nak jadi cikgu budak PINTAR tu tak appealing langsung. Tapi yang pastinya, isteri abang sepupu saya have given me one good piece of advice and I really appreciate it sampai bila-bila. I guess that was the best decision that I ever made in my life. Leaving the job that you really enjoy for the other which you are not really sure, but after sometimes you finally think “this is what I suppose to be doing, this is my destiny”, and discovering strength, talent, potential which you never think that you have.

Dan Kepada kawan FB yang menyarankan saya itu dan ini, saya jemput kalau sudi datanglah ke PASTi Assolihin, Merlimau, bantu apa yang patut. PM2lah saya kalu dapat bikin impian ayah saya nak tengok PASTi membesar jadi SRIP jadi kenyataan. PM kalau ada budget sebesar start up cost for SRIP aje…
Materialistik, selfish… well masa itu emas…Kita kena selfish dan sarkastik lebih-lebih lagi kepada people talk/brag about this and that. We have to be very careful isn’t it? Saya fikir tak salah kita tanya berapa budget dia.. NO MONEY don’t talklah. Buat sakit ati aje mendengo eh. At least teach/ disciplined ourselflah (have some inner control). Talk only the thing within our range.

Tuesday, March 1, 2011

Aik, rumah Kerajaan aje!!!????

Kalau kita cakap depa tak tau rancang ekonomi depa marah. Depa kata hang tu anak dara tua jahat, mata duitanla bla, bla, bla, bla…. Tahap mengimaginasikan yang bukan-bukan pun depa sanggup…apa-apalah depa nikan. Depa memang “benci” dengan anak dara tua, itu kita tak pernah nak marah, walau banyak jugalah cakap depa yang menghiris hati kita. Itu kita tak brapa nak ambik port sebab kalu ambik port sangat bule gila. Cuma kita bule doa jah one day nanti one of their many anak dara turn out to be anak dara tua.

Will they think of their dosa, anaknya pernah berbohsia masa muda penyebab anaknya tak berjodoh? Kalu anak orang memang sedaplah mereka mengteori dan mengata, tak boleh kut tu, kut ini. Forget it la, knowing them, their hatred, depa akan kata anak orang UMNO bomoh anak depa sampai tak kawen-kawen he he he he Kalu jadi anak dara tua betul sebab hilang dara tanpa nikah pun, depa salahkan anak orang UMNO juga. Kalau betul anak orang PAS yang hilangkan dara anak depa pun depa kata anak orang UMNO bomoh anak orang depa, kasi gila terus rogol anak depa. Anak-anak depa takkan buat kerja tak bermoral itu sebab mana mungkin, mana mungkin, mana mungkin, mana mungkin ahli syurga buat benda tak senonoh macam itu, unlesslah kalau under influence Iblis yang hanya boleh merasuk orang2 UMNO aje. Tapi kita pun tak nak doa buruk-buruk macam itu pada sedara sesama Islam, sebab nabi kita tak pernah ajar kita doakan celaka pada sesama saudara yang sama agama.

Berbalik pasal ekonomi tadi, kalau kita kata mereka tak tau ekonomi mereka marah, tapi kalu laki bini kerja gomen, umur laki dah 38, duduk kat kampung ceruk macam sini. Melaka pulak tu, tapi masih duduk rumah kuarters kerajaan sah, memang sah, ada dua kemungkinan aje satu, memang tak reti ekonomi, dua bini dia geli nak duduk sempit-sempit kat rumah murah macam rumah I ini. Ya ya ya rumah kos rendah memang untuk orang macam-macam I aje. tapi kalu kat Jasin ini, itu hari memang siap offer sorang sebijik rumah kos rendah ni sebab kat Jasin ni semua orang kekaya, semua orang ada tanah, dari beli rumah kos rendah baik diri rumah PPRT, rumah ntah apa tu…tah. Baik kita bikin rumah sebiji, ada laman, ada segala.

Tak kisahlah rumah apa pun, rumah tetap rumah, rumah keperluan asas. Kalu anda duduk kat Melaka ni, jika anda seorang lelaki, dah umur 38, kalu tak de rumah sendiri memang something wrong with your perancangan ekonomilah. Atau bukan orang Melayu Melaka tulen, sebab memang tabiat orang Melayu Melaka gian buat rumah, tambah rumah, soyok sana, soyok sini. Itu kita punya purpose in life, nak hidup, nak kerja, nak cari duit lebih, nak besarkan rumah, lepas balik haji, balik umrah. Period.

Thursday, February 17, 2011

Cerita Budak & Cikgu

Dulu orang kalu antar anak belajar siap pesan sama cikgu, “cikgu nak buat apa kat anak saya buatlah, janji dia pandai” terkadang sebab nak ngajar itu mak-bapak tak kisah jika guru menggunakan sedikit kekerasan terhadap anak mereka.

Mak bapak pun samalah juga. Saya sendiri pun memang selalu juga “kena” baik “kena” secara fizikal mau pun verbal. Nak kata nakal tak juga, tapi mak saya kata kelilit, ralit, asyik. Kalau suruh apa-apa lambat nak gerak. Pemalas??? Iya saya memang malas tolong nak saya dalam bab-bab kerja rumah ini, suka saya ialah kalau tak melukis menonton tv dan main pondok-pondok dengan sepupu-sepupu saya. Kalau melukis tu cantik tak apalah juga, masalahnya tak cantik. Pendek kata saya memang tak ada bakat melukislah, tapi suka sangat melukis ntah-apa-apa tah.

Kat sekolah saya tidak menghadapi masalah yang besar sebab dalam bab belajar saya cepat pula faham. Tapi pada mak kita orang perempuan orang tak tengok pasal pencapaian kita di sekolah. Yang orang tengok ialah kecekapan kita mengurus rumah dan yang penting mentatarias diri kita agar cantik dan sedap dipandang mereka dan berlawanan jenis agar cepat kita dapat jodoh. Tak guna kerja bagus-bagus tapi tak ada orang lelaki nak ambil buat isteri.

Berbalik pasal sekolah, terbalik pula dengan perangai di rumah. Saya tidak memeningkan kepala cikgu-cikgu saya. Bagi yang suka peningkan kepala cikgu memang “siap” ko. Sungguh saya tak peningkan kepala cikgu pun ada juga kena berdiri atas kerusi, kena rotan, tok sah cakaplahkan. Memang nakallah…berborak dengan rakan sekelas, bising, pantang cikgu pergi tandas lama sikitlahkan, kelas itu kita dah buat macam “pesta”, terlupa bawa buku, tak hafal sifir, semua-semua itu membuatkan kita kena denda. Tapi kita tak pernah pula nak melawan cikgu kita dan kata cikgu kita sebenarnya tak layak jadi cikgu.

Berlainan dengan hari ini, cikgu tak boleh buat sesuka hati. Penasihat undang-undang cikgu memang selalu nasihatkan cikgu tentang the do & don’t masa mengajar. Masa dalam bilik darjah memang orang kata jeling pun kalau anak murid itu ada asas, locus standi yang kukuh untuk bawa kes itu kemahkamah, cikgu boleh dikenakan hukuman atas dasar mendera murid secara emosi. Apatahlagi jenis penderaan emosi yang dipanggil verbal abuse.

Cerita yang saya nak kongsi pada hari ini ialah pasal verbal abuse bukan dalam bilik darjah tapi dalam blog. Adalah cerita dari negeri antah berantah. Taklah di Amerika sana. Kalu kat sini verbal abuse itu salah semasa waktu berkerja, cikgu ini meluahkan rasa marah di dalam blog. Kira release tensionlah gitu. Cikgu ini mengandung, jadi orang kata bahasa dia pun ada sikit “baik” sana. Kira dia mengumpat anak murid dialah. Dan ramailah orang setuju dengan cikgu tadi budak-budak sekarang di amerika memang jahat, kecik-kecik dah pandai cerita pasal dadah, malas belajar tapi kalu dapat gred rendah dah pandai marah kata cikgu tak tau mengajarlah pula.

Pendek cerita tak taulah ntah budak tu ka, emak-bapak budak-budak tu ka tak puas hati pasal blog cikgu ni tadi, lalu mereka dah pakat-pakat suruh cikgu ni tutup blog tersebut dan dengar khabarnya cikgu tadi akan diberhentikan kerja sebab “verbal abuse” yang digunakan semasa memblog menjadikan cikgu tadi tak layak jadi cikgu. Ntahlah apa-apalah. Ya ya ya cikgu sepatut mendidik dengan kasih dan adalah tidak layaklah orang itu bergelar cikgu kalau dia pandai guna “verbal abuse” seperti “bodoh, pemalas, jahat bla-bla-bla” perkataan yang menghina dan merendah-rendahkan murid adalah tidak wajar berada dalam perbendaharaan kata seorang guru.

Itulah cerita dunia pendidikan pada hari ini. Cikgu tak boleh marah. Dulu pula mak-bapak suruh marah biar pandai. Hari ini kalau marah akan jadi bodoh. Saya teringat satu cerita yang kununnya sebatang pokok boleh kita tumbangkan hanya dengan memaki-hamun pokok tersebut. Kunun budak-budak tu pokoklah gitu, kalau marah sangat nanti dia boleh mati. Ntahlah eh. Kadang tu memang ada jenis budak yang ntahlah nak cakap apa. Hati kita akan berkata, kalau dibiarkan macam ini dah besar besuk apa ko mau jadi…bule jadi orang ka engko ini? Kalau dulu untuk menjadikan budak macam ini menjadi “orang” mak ayah, cikgu, kita boleh guna kekerasan. Hari ini tidak boleh begitu. Melanggar hak asasi kata mereka. Violated their right.

Wednesday, February 16, 2011

HAPPY POST VALENTINE DAY

(Semoga pendek umurnya)

Ramai blogger pro-establishment, pro-UMNO yang meramalkan PKR akan mengalami nasib seperti Semangat-46 tidak lama lagi. YB Zulkiflee yang merupakan ahli PKR sendiri tapi la ni dah keluar sebab gaduh kecewa dengan ntah sapa…kak Wan??? Yang meramalkan sedemikian.

Ramailah orang marah dan memaki sumpah seranah mendoakan YB Zul dan yang mereka-mereka yang cakap PKR akan jadi Semangat 46 cepat mampus. Harus diingat, blog-blogger ini yang meramalkan jangka-hayat PKR yang pendek ramai juga yang mengaku mereka bekas reformis yang pernah berjuang bermati-matian bersama-sama Kak Wan dan Anwar. Kira kawan-kawan YB Zullah tu.

Jadi saya fikir bila mana mereka cakap macam itu sebenarnya samalah seperti exMufti Perlis cakap tak mustahil fenomena yang melanda bumi di Mesir dan Tunisia akan berlaku di Malaysia. Maka ramailah juga orang-orang yang marah mengata dia wahabi dan ntah apa-apa tah lagi. Sedangkan pada perkiraan saya ia tak lebih sebagai macam ungkapan emak-emak dan nenek-nenek kita yang marah kita masa kecil-kecil dulu “orang malas nak pergi sekolah, malas nak pergi mengaji akan bodoh, akan hidup melarat” atau ungkapan nenek-nenek dan emak-emak zaman kini “pergilah engkau merempit kalau dah rasa umur itu panjang sangat” Adakah nenek dan emak kita benci dan mengharapkan benda buruk pada kita bila dia cakap macam itu?

Samalah juga seperti exMufti dan exReformis yang mengata umur kuasa, umur parti politik Negara ini akan pendek jika pemimpinnya tidak akur akan aspirasi rakyat. Jika sekiranya mereka turun ke bawah dan mendengar disertai dengan apa-apa juga bentuk tindakan yang patut, tak akan orang yang meramalkan keburukan dan kebinasaan mana-mana pihak. Adakah orang yang meramalkan keburukan pada kita itu memang sememangnya mau dan suka lihat kalau anda binasa?

Benda yang mereka cakap itu betul apa? Kenapa tak dengar dan buat? Kenapa mau marah-marah? Kenapa marah, sebabnya marah itu lebih mudah dari memperbetulkan apa yang ditegur. Marah itu lebih mudah dari berubah.

Saturday, January 22, 2011

Mau Standard tak?

Saya baru saja menyiapkan tugasan terakhir sebagai pelajar MMU. No saya tak akan sambung degree sebab cuti saya pun akan berakhir hujung bulan Mac nanti. It’s about the need for convergence, harmonization of an accounting standard through the world. Memang ada “real” need for the convergence due to globalization. I said “real” bukan tak real yang sengaja diada-adakan, pretentious lagi mengada-ngada.

Zaman hari ini memang banyak benda mengada-ngada yang sengaja diada-adakan untuk mengutip laba, keuntungan dan kepuasan peribadi. Self-fish? Ikut nafsu-serakah, tak ingat tuhan. Tak kisahlah. Penganut secular memang sudah lama merajuk sama tuhan lama dulu. Ada yang nak rujuk semula, ada juga yang mau terus merajuk dah tak kisah besok mati nanti kena bakar dalam api neraka. Oleh sebab sudah tidak ada tuhan, cuma ada manusia sesama manusia aje. Undang-undang sumer bikinan akal fikiran manusia.

OK berbalik kepada standard dalam perakuanan ini. Busisnesslah. Orang Inggeris memang handal dalam bidang business ini. Mereka tak sama macam Portugis. Mereka datang nak berniaga. Ratu mereka bukan kisah pun ko Islam ka, pagan ka, hindu ka, Budha ka, asal kita boleh berniaga, boleh buat untung kita boleh bersama. Freemason? Ada tujuan lain disebalik penubuhan East-India Company? Ntahlah. Saya lebih suka memikir East-India Company hanya sebuah badan perniagaan biasa yang objektif utamanya mau untung. Sultan Muhammad Jiwalah yang gatal-gatal tulis surat pada Sir Francis Light minta mereka campur tangan dalam urusan Istana.

Ratu England tidak pernah merestui permintaan Sultan Muhammad Jiwa ini, tapi Sir Francis Light yang memandai masuk campur dan natijahnya East-India Company untung besar. Ratu pun tak marah, yang penting saham dia dalam East-India Company melonjak naik dan tiap-tiap tahun dia dapat dividen yang bagus. Namun busisness mana yang akan kekal, penghabisannya East-India Company pun dah tak wujud lagi dah. Perang dengan Jepun dan Jerman menyebabkan kerugian yang penghabisannya membuat syarikat ini terpaksa gulung tikar.

Evolusi perniagaan moden bermula di England. Penyata kewangan, analisa semua bermula bila yang berniaga itu orang lain, yang keluar modal orang lain. Bermulalah ada ntah saya pun dah lupa apa dia, macam pihak ketigalah gitu untuk mengesahkan kesahihan pelapuran dalam penyata kewangan. Ini bagi menjamin pengeluar modal tidak tertipu manakala pihak yang “menjalankan” modal tersebut berlaku jujur dan berkerja bersungguh-sungguh untuk memajukan syarikat.

Hari ini cara pelapuran dan analisa kewangan jadi semakin kompleks dan ada bermacam-macam cara dan gaya orang melapurkan kedudukan kewangan mereka. Bila kita mau menjemput orang luar melabur, cara yang paling baik ialah memastikan apa yang kita lapurkan adalah real dan boleh dipercayai, bukan sebarangan pelapuran yang boleh dipetik-petik dari langit. Dengan kemudahan internet, lagilah pula, orang dari mana ntah sapa-sapa tah boleh melabur dengan sapa-sapa tah, walau tak pernah jumpa bersua mukapun boleh bikin business deal yang kemudian harinya akan mendatangkan sama ada laba atau rugi.

Sapa mau rugikan, jadi sebelum melabur kenalah tilik betul-betul, boleh jalan atau tidak, sungguh bagai dikata bagus sesebuah perniagaan itu. Jadi cara menilik ini ialah dengan membaca lapuran kewangan. Nak suruh orang luar baca lapuran kita dan percaya kita ini trustworthy untuk menjadikan pelaburan mereka bertambah, kenalah bikin lapuran yang standard dan difahami semua.

Kini seperti sudah ada dwi standard, satu yang berbudayakan komeresial, satu lagi pula yang menjaga kepentingan penguasa cukai dan pemuitang. Kita di Malaysia cukup bertuah kerana kerjaan kita telah meng“enact”kan Financial Reporting Act 1997 yang membolehkan satu lembaga yang diberi nama Malaysian Accounting Standard Boad (MASB) menjalankan apa-apa tugas yang patutlah. MASB ini pula di awasi oleh ntah dah lupa ada badannya, fondation. Financil reporting Foundation. Kita ini dalam hal ini pula kita dah nama Malaysia, dan pengasas ekonomi baru kita tu Tun Mahathir, tentulah kita ini pro pada penguasa cukai. Jadi ini mau full convergence dengan IFRS by 2010.

Berlainan pula kepada England yang pernah mengaset syarikatkan Malaya dalam akaun East-India company mereka lebih cenderung kepada menjaga kepentingan pemodal maka kiblat mereka adalah Amerika dan kitab panduan mereka adalah US GAAP. Memang ada banyak bezalah jika kita guna dua standard yang berbeza ini. Nak cerita bezanya saya kenalah belajar lagi dan tulis sebuah buku barulah ngam gitukan.

Kat Malaysia ni pula macam nak tak nak aje dengan IFRS. Iyalah syarikat ini kalau untung, kalau buleh memang tak sorok seberapa banyak untunglahkan, mau taknya cukai Corprate 25% ooohhh gitu-gitu aje bagi kat kerajaan. Kalu buleh tu tak mohlah, memang nak buat derk ajelah dengan IFRSkan. Tak pepasal kena bayar cukai lebih, sapa mau. Tak pepapasal kena disclose apa-apa kurap kudis untuk tontonan bakan pemuitang, sapa mau. Kalau ada bentuk pelapuran yang boleh menyorokkan segala gala untung dari disingkap Lembaga hasil dalam Negeri, bagus juga boleh bikin make-up yang hodoh dan jelik jadi cantik, kenapa mau dedah-dedah benda ini semua.

Persoalan utama kalu tak mau standard, pelabur jeling pun tak mau. Lagi satu MASB memang komited mau laksanakan standard IFRS pada tahun 2012, kalau tak ikut…apa akan jadi? Boleh sajalah mereka ini buat apa-apa, sampai tak kasi disenaraikan dalam KLSE pun buleh. Ntah saya pun belum arif lagi. Memandangkan topic standard, convergence, harmonization ini memang mengujakan nampak gaya saya kena belajar lagilah ni. Terpaksalah den kerja sama blajar sebab cuti belajar dah habis.