Wednesday, February 16, 2011

HAPPY POST VALENTINE DAY

(Semoga pendek umurnya)

Ramai blogger pro-establishment, pro-UMNO yang meramalkan PKR akan mengalami nasib seperti Semangat-46 tidak lama lagi. YB Zulkiflee yang merupakan ahli PKR sendiri tapi la ni dah keluar sebab gaduh kecewa dengan ntah sapa…kak Wan??? Yang meramalkan sedemikian.

Ramailah orang marah dan memaki sumpah seranah mendoakan YB Zul dan yang mereka-mereka yang cakap PKR akan jadi Semangat 46 cepat mampus. Harus diingat, blog-blogger ini yang meramalkan jangka-hayat PKR yang pendek ramai juga yang mengaku mereka bekas reformis yang pernah berjuang bermati-matian bersama-sama Kak Wan dan Anwar. Kira kawan-kawan YB Zullah tu.

Jadi saya fikir bila mana mereka cakap macam itu sebenarnya samalah seperti exMufti Perlis cakap tak mustahil fenomena yang melanda bumi di Mesir dan Tunisia akan berlaku di Malaysia. Maka ramailah juga orang-orang yang marah mengata dia wahabi dan ntah apa-apa tah lagi. Sedangkan pada perkiraan saya ia tak lebih sebagai macam ungkapan emak-emak dan nenek-nenek kita yang marah kita masa kecil-kecil dulu “orang malas nak pergi sekolah, malas nak pergi mengaji akan bodoh, akan hidup melarat” atau ungkapan nenek-nenek dan emak-emak zaman kini “pergilah engkau merempit kalau dah rasa umur itu panjang sangat” Adakah nenek dan emak kita benci dan mengharapkan benda buruk pada kita bila dia cakap macam itu?

Samalah juga seperti exMufti dan exReformis yang mengata umur kuasa, umur parti politik Negara ini akan pendek jika pemimpinnya tidak akur akan aspirasi rakyat. Jika sekiranya mereka turun ke bawah dan mendengar disertai dengan apa-apa juga bentuk tindakan yang patut, tak akan orang yang meramalkan keburukan dan kebinasaan mana-mana pihak. Adakah orang yang meramalkan keburukan pada kita itu memang sememangnya mau dan suka lihat kalau anda binasa?

Benda yang mereka cakap itu betul apa? Kenapa tak dengar dan buat? Kenapa mau marah-marah? Kenapa marah, sebabnya marah itu lebih mudah dari memperbetulkan apa yang ditegur. Marah itu lebih mudah dari berubah.

No comments: