Malas nak buka internet la ni, buka-buka asyik-asyik pray
for MH370. Eish menyampah betul, sehingga saya tanya ada sorang kawan tu, “dia
nak suruh kita doa apa ni? Kan dah jumpa tompok minyak, dah matilah tu!” Masa
tu belum pula ada yang pengesahan yang tompokan minyak itu bukan dari pesawat
malang itu.
Sehingga hari ini pun saya begitu sukar nak pray for them.
Ntah menyampah betul. Tak tau kenapa boleh naik menyampah sakan. Mungkin sebab
dalam kelas saya ada batu api. 1+1=3…synergy.
Mereka mengutuk habis pengstrukturan semula bailing out, pengstrukturan
semula GLC-GLC yang hidup segan, mati tak mau itu walau taklah secara
spesifiknya mereka mengata yang MASlah satu-satu petaka yang maha menggerunkan.
Dalam pasaran yang 100% market driven, kalau tak kerana kerajaan BN yang
diterajui UMNO, MAS dah lama boleh dikuburkan. 1+1 memang jadi 3 tapi
sebahagian 3 yang terpaksa dibayar oleh jerit perih rakyat marhaen melalui
khazanah dan macam-macam. Ada PNB, dan kalau PNB, adalah KWSP. Adoiiai.
For those yang Islamis, yang ada mencarum dengan KWSP, walau
KWSP ada pegang saham sikit dalam MAS pun, hati dia rasa perih seolah 99.99%
saham MAS, KWSP yang punya. Perih waima sumbangan mereka walau sekecil zahrah ia ada diguna untuk sambung
nyawa seekor gergasi untuk ia boleh terus serve arak pada gergasi yang lebih
besar lagi. Saya sendiri yang baru sekali naik MAS, memang tak tau langsung dalam
MAS ada hidang arak. Macam manalah nak berkat,kan. Idaman hati para
pemuda-pemudi islamis ni satu jer. Alangkah bagus dekat logo MAS, ada logo
kecik, logo halal JAKIM…he he he…
Lebih selesa untuk mengaktif kan helah-bela diri dengan mengata, gambar tipu, perempuan tu bukan pramugari MAS, tapi ntah model mana tah yang di upah untuk mengaibkan MAS |
Dah tu bila ada orang suruh tobat, marah-marah dan kata “Allah
tak inaya orang lain sebab kealpaan/kekhilafan orang lain” peduli dia. Mujur
saya tak kaya, kalau saya kaya dan ada saham bertimbun dalam PNB, ckit-ckit
dapat serpih-serpih saham MAS, waima satu unit pun, mesti saya bertegak-tegak tak
mau taubat, tak mau langsung ada cita-cita nak lihat logo kecil JAKIM pada
badan MAS. Geliiii….aku negok bebudak kopiah putih budak pempuan tudung labuh
yang baru nak idup, tapi semua benda nak ada cop logo JAKIM. Mujurlah saya ini
orang marhean yang tak ada saham berkepuk-kepuk. Setakat ratus-ratus tu adalah.
Mustahil orang Melayu tak sokong PNB,kan.RM10 hengget pun jadilah. Tanda kita
orang Melayu.
So saya rasa itulah punca sakit hati saya pada kempen pray-pray ni.
Pray pada entiti yang buat semak mata, kalau tak ada lagi bagus,kut. Pun betapa
sakit hatinya,saya, saya orang Melayu. Orang Melayu memang baik hati lagi tak sampai hati. Sejahat-jahat orang Melayu
mereka idaklah sampai hati mau lihat MAS lingkup, hilang dari sejarah aviation
dunia. Buat kata pensyarah saya yang menggulung perbahasan hebat, hebat dok demalah….
Saya diam tak berbunyi. Zaman saya berdebat dah lama berlalu. Biar idealis-idealis
tegar tu je yang berbahas,kan. Ok buat
kata pensyarah saya pun 1+1=3…MAS mesti terus hidup sebab itu maruh kita
sebagai rakyat Malaysia…Rolls-Royce pun pernah melalui hari-hari sukar sehingga
terpaksa di “nationalisasikan” sekurang-kurangnya MAS hanya di khazanahkan aje….ok sila bagi tepukan kepada Pensyarah saya yang sangat pandai itu. Pensyarah tu saya seorang perempuan muda tau, bukan lelaki.
No comments:
Post a Comment