Sunday, March 16, 2014

Sayang Tak Pernah Benci (part I)

Iya saya sungguh kasihankan kawan-kawan yang mengantung harap kepada Anwar Ibrahim untuk bawa perubahan politik Negara. Sudahlah dia dijatuhi hukuman penjara 5 tahun, kini akhbar luar pula cuba mengkaitkan yang juruterbang pesawat MAS yang hilang itu adalah pengikut fanatic Anwar.

Saya cuba menenangkan kawan-kawan yang tak sikit juga peminat Anwar. Kawan-kawan saya yang terdiri dari UMNO’s hater, PKR’s untuk lebih tepat lagi pensimpati Anwar adalah lebih ramai. Rasa-rasa semua kut sayang Anwar. Saya pun sayang dia juga, sapa tak sayang Anwar, semua sayang. Saya tak pernah benci Anwar, saya cuma benci perangai dia yang suka bikin huru-hara.

Oklah untuk kengkawan, saya saja jeh bikin maha fitna absurd ini. Saya kata begini:-

“ala, pilot tu jadi ahli PKR pun pada 2013, boleh jadi dia orang upahan UMNO”

“dia buat dajal biar orang semua cerita pasal kapal, hilang cerita Kajang Move, hilang cerita pasal Anwar kena inaya lagi sekali. Kapten kapal di arah tukar haluan dan tentera Amerika di Laut Hindi”

“Abeh tu dia orang tak mati lagilah ye?”

“ntahlah ada orang kata kapal terbang ni dia tak sama macam kereta, kalau pandu pelan dan rendah, dia lagi banyak pakai minyak, kemungkinan kapal tu tak sempat sampai, tu besar”


Ceh perbualan ini lagak macam orang intelek-intelek aje, kan. Walhal kita perempuan biasa-biasa aje, yang sijil setakat SPM aje.

No comments: