Rajan Mathew ni dulu memang selalu antar emel secara berkala
berpunca dari sebab kemungkinan saya ada terklik benda alah yang salah tika
melayar internet. Memandangkan emel Si Rajan ni memang ada ruang untuk sort of
like unsubscribe but not like normal unsubscribe yang biasa-biasa kita bikin. Saya
pun dah buat benda alah tu, cuma semalam dapat emel di atas.
Saya sudahpun membalas emel ini dengan mengatakan saya akan
buat report kalau dia teus berdakwah kepada saya. Berdakwahkan agama lain kepada penganut Islam adalah satu
kesalahan di Malaysia ini.
Tapi sebab dia orang ni dah miang sangat nak berdakwah,kan,
mari saya khabarkan sesuatu. Agama saya mengajar, salah satu tanda orang yang
disayang tuhan adalah orang yang disayangi rakan dan taulan. Orang Islam yang
menyendiri adalah orang Islam yang dicondongkan hatinya oleh Allah untuk menyendiri bukannya terpaksa
menyendiri kerana kerana dibenci.
Andai anda merasakan dunia membenci anda, apa yang perlu
anda buat ialah selidiki puncanya. Tanyakkan orang yang dekat dengan kamu
kenapa. Ibu bapa kamu ialah orang yang mustahil membencimu walau macam mana
teruk, pun kamu. Dan merekalah yang paling kenal kamu dan tau kenapa kamu
dibenci/disisih. Jangan jadi gila membela-diri, menafi kekurangan, sekerasnya
dengan percayakan yang kamu itu sudah diambil tuhan kerana kePERFECTan kamu setara
nabi yang maksum. Takut nanti kamu dapat penyakit delusi grandeur.
No comments:
Post a Comment