Tuesday, March 4, 2014

Amigurumi

Salah satu kemahiran kraf yang selalu dimiliki remaja perempuan zaman-zaman saya dulu ialah kemahiran mengait, atau nama glemer dia crochet. Nak katakan semua sepupu perempuan saya mahir mengait crochet ini. Dulu masa-masa lepas SPM rajin juga saya mengait macam-macam, tapi bila dah umur macam ini pegang jarum kait aje, mulalah rasa mengatuk. Saya tidak mampu lagi menyiapkan projek-projek besar seperti zaman remaja saya.

Bila usia semakin meningkat saya rasakan saya sudah tidak boleh betah duduk diam dengan kerja-kerja halus untuk satu jangkamasa yang lama. Pun begitu, baru-baru ini bila ntah apa gilanya saya menyiapkan sebuah projek mini yang berasaskan seni kait-mengait yang lebih dikenali sebagai amigurumi.

nah ini dia gambar amigurumi anak beruang saya. Kawan-kawan semua kata saya patut bikin pula kawanya. he he he.....bukankah beruang amigurumi saya situ sudah ada kawan?




No comments: