Friday, March 21, 2014

PERKS OF BEING A FILTER

Sedari awal kehilangan pesawat MH370 saya dah sangat-sangat teruja dengan kebarangkalian faktor emosi pilotlah yang menjadi punca kepada kehilangan pesawat tersebut. Dek kerana teruja saya bercakap-cakap….suicidal pilot,lah, pilot terlalu asyik main game stimulator sampai jadi “weng”lah. Sempat saya marah-marah sikenit yang memang minatnya main game. Tak pasal-pasal si kenit tu dapat marah free he ehhe…. 

Dia lebih suka main game dari main-main out-door dengan kawan-kawan. Saya perhatikan dia macam perasan dia bagus (tak salah kalau dia nak perasan,pun sebab pada umur sekenit darjah 2, pun dan ada budak perempuan yang berani cakap kat abang dia yang “adik kamu itu hensem” Masyaallah) dan tak suka sangat berkawan. Marah saya “hah main game banyak-banyak nanti jadi macam pilot tu, boleh  gila tau !…” Kebetulan si kenit memang ada hati nak jadi pilot, nak jadi sebijik macam abang sepupu dia yang baru lepas habis kursus di Australia yang kini kerja dengan SIA.

Kejam,kan. Memang. Tapi tadi kekejaman saya mendapat balasan yang setimpal bila immediate bos saya yang merupakan membenci kuat PM kita, sort of like bagi warning besar. Kawan mengajak saya berlawan hujah dengan bos, tapi buat apa nak lawan,kan. So, saya diam aje. Silent is a golden.

Pun begitu saya masih mencucuk-cucuk, cuba mempengaruhi kawan yang semacam boleh saya cucuk dengan menununjukkan artikel ini. Kawan sarankan agar saya tunjuk balik pada bos, tapi saya kata bos dah tau saya baca uncle scribe, dan saya pernah dimarahi dia kerana baca uncle scribe aje tak baca yang lain. Saya tidak berfikiran terbuka, saya bias. Uncle scribe juga kena marah. Uncle sribe jahat, Uncle scribe dah rosakkan minda saya, Uncle scribe penulis tak berwibawa lagi berat sebelah, Uncle scribe pencacai Najib. Mana dia tau Uncle pencacai, sebab saya kata Uncle dulu kerja NST. Bos kata semua NST, Utusan itu semua penulis/wartawan jahat. Taklah dia kata macam tu, dia kata berbunga-bungalah dan saya tak ingat semua. Kalau dirakam ditulis semula bule jadi sepanjang esseilah,kan. Taklah muat satu perenggan nih.

Bos saya kata petaka MH370 adalah sandiwara politik atasan. Konspirasiiiii??? Dan Kapten Zaharie adalah kambing hitam, maka perbuatan menjaja teori “emosi pilot” sebagai sebab kepada petaka kehilangan MH370 adalah perbuatan songsang dan dia mau perbuatan itu dihentikan segara. Dia taklah bagi direct order serupa itu macam. Tapi ko faham-faham sendiri sudahlah,kan.

No freedom of speech huh, the death of freedom of speech. Whateverlah. 

Saya lagi suka mengenang fenomena yang sangat ekstream yang melanda  saya pada hari ini sebagai:-

Bos yang berkemahuan (bersyahawat..pun boleh jika mau frinjan) tinggi untuk  mengambil manafaat dari being a filter, while I am into a perk of being a sponge. 

Saya menghormati syahawatnya itu. Itu Anugerah tuhan yang patut diraikan, bukan ditekan-tekan. Kuatnya dia menapis apa-apa bentuk idea yang ada potensi mengoyahkan kepercayaan dan ketetapan yang sudah Tuhan condongkan hatinya untuk dia pilih, sangat mengujakan untuk dibaca. I wish saintis ada reka alat untuk mengukur syahawat manusia eh he he…. Dan saya tidak kisah, kalau dia tidak menghormati kecondongan hati saya dan mau menspsiko semua untuk bersama memiliki kecondongan serupa dia.

oh btw...

Ada juga kawan yang ikhlas bersimpati dengan saya, yang cakap "Mar hanya cerita apa yang dia baca, kenapa dia nak marah, sangat. Iya saya cuma berkongsi keterujaan saya, itu sahaja" Wat to do kengkadang keterujaan kita telah menjadi ancaman kepada yang lain, so kita diam ajelah,kan. Buat apa bising2,kan.

No comments: