Monday, January 7, 2013

GATAL & WABAK


Kawan FB yang percaya dirinya pandai dan semua orang pun tak boleh kata dia tak pandai sebab dia dulu sekolah sains meng “quote” cakap orang pandai lain  yang bunyinya kalau diterjemah dalam bahasa Malayu “kebodohan itu satu wabak”. Kawannya yang juga pandai dan diakui pandai kerana berkerja sebagai seorang engineer membalas “kegatalan pun wabak”, tapi wabak itu sama ada disalah-eja, atau ntahlah…saya tak ada masa nak buka kamus.

Saya  tambah  “bodoh+gatal=termengandung yang tidak dikehendaki”

Saya nak tambah lagi lebih banyak equation, tapi saya takut peminat-peminat fanatic kawan FB saya yang glemer akan marah dan buat sesuatu yang akan bikin pada keesokkan harinya kawan FB saya akan bising-bising, marah,  ada orang yang kacau dia, menyamar jadi dia, dan macam-macam lagilah. Pendek kata digangu oleh stalker misteri yang sangat sangat jahat, atau mungkin gila ala-ala novel Stefen King yang telah difelemkan. Ntah apa tajuk tah, tapi pelakunnya utamanya Katie Bates yang gemuk itu.  Jadi saya tambah di sini sahaja:-


i)
Bodoh + gatal = unwanted pregnancy
Unwanted-pregnancy yang selalunya diselesaikan dengan jalan mudah iaitu Abortion - pengguguran janin, atau meletakkan bayi ini di rumah-rumah pelindungan bayi jika si ibu masih ada rasa belas-dan rasa perikemanusian. Itu di Negara Barat. Tapi di Malaysia, biasanya  kalau gadis itu berbangsa Melayu yang pokai, selalunya gadis-gadis ini akan cuba makan segala macam benda-benda tajam, atau panas seperti jamu bila menyedari haidnya sudah lewat, jika itu tidak berjaya mereka akan menyorokkan kehamilannya dan setelah melahirkan anak tersebut mereka akan meninggalkan bayi itu di masjid ka, surau ka, bus stand/station di waktu orang tak ada, selalunya dalam pekat malam yang menyebabkan kadang-kadang bayi ini mati kesejukan. Yang lebih extream, buang dalam tong sampah, tempat sampah, dalam sungai, bakar pun ada terjadi kepada bayi yang hadirnya tidak dikehendaki ini.

ii)
pandai + tak gatal = mandul

Dan ini adalah satu yang jarang-jarang berlaku pada zaman ini.  Saya yang bolehlah dikatakan sebagai perempuan baik-baik, (in real life) pernah juga disapa-rasa-gatal-yang bikin saya tersenyum2 seorang diri, layan blues yang ntah apa-apa tah. He he he… Mandul tu terlalu kesat la pula ek untuk kes orang-orang asyik seperti Rabiatul Adawiyah. Oklah saya rewrite the equation ok,

Pandai +  tak gatal = childless.

iii)
pandai + gatal = birth control

Dan bukanka ada orang pandai, ada yang dah bimbang yang penurunan kadar kelahiran merupakan satu ancaman baru dalam abad ke 21 kepada Negara-negara maju? Yeah, buat kata kawan FB, saya pun WABAK.

iv)
Pandai + gatal = generasi cemerlang
Ustaz-ustaz panggil ulul-albab

Dan ini juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, kerana untuk mengekalkan momentum kegatalan perlukan banyak pengorbanan, baik-sangka, lapang-dada, juga kesihatan diri dan stamina yang baik.  Dan perkara yang menyedihkan yang boleh berlaku, akibat kehilangan momentum gatal ialah, bunga-bunga hati layu sebelum kembang, buah cinta jadi rosak dan busuk dek kerana perang-mulut-perseteruan berterusan ibu ayah. 

No comments: