Nak bagi tau kelas saya start 20 Januari ni. Kat Open U jah.
Hajat hati tu memang nak menawan scroll dari UKM, tapi itu boleh tunggu sarjana
nanti. Dijangkakan 5 tahun, mungkin kurang bergantung pada berapa transfer
kredit yang boleh saya dapat. So kemungkinan blog ini akan tak berupdate
sekerap biasa, itu ada.
Tetiba jah jumaat lepas berubah angin, pencen nanti nak jadi
peguam yang ambil kes assigned counsel (AC). Ingat ati nak habiskan accounting
sampai phd. Memang dah kira-budget, rasa umur 50-55 bule habis phd. Tapi tu
ntahlah, kut manalah tau masa bikin Ijazah, ni nanti bosan, lecturer Open U
ni tak cantik, tak kacak, lepas tu
kedekut plak nak bagi A+. Tak macam lecturer MMU, yang rata-ratanya sangat
cantik-cantik dan kacak-kacak serta petah, most probably saya akan ambil law,
straight away. Saya rasa saya mula suka law masa business law dulu. Pastu kerja kat Mahkamah ni, jadi bertambah
suka. Tapi, rasanya saya dah suka law dari dulu. suka Perlembagaan Persekutuan,
suka Arahan Perbendahaaraan.
Oklah enuf membebel.
Lets talk about AC. Persepsi orang pasal AC ni, memang teruklah sampai
orang kata “ala, AC, memang tak menang, buat kerja cincai, separuh hati. In case you never heard of AC, mustahil lah
pula tak,kan peminat John Grisham, tak tau AC tu apa. Incase kat US atau dalam
novel , Grisham tulis lain.
AC ni peguam bela yang kerajaan panggil dan bayar jika Orang
Kena Tuduh (OKT) tu miskin, tak mampu mengadakan team pembelaannya yang
sendiri. Janganlah pandang cita-cita saya ni nobel,heroic , nak membantu, simiskin
yang terinaya borjois kapitalis yang rakus lagi anggkuh ha ha
ha…(prasan-prasan, tak sudah-sudah). Apa? Nak jadi jaguh Poleter yang
melarat/tertindas??? Tak de maknanya.
Saya kesian kat majistret dan hakim yang terpaksa mendengar kes
yang berat sebelah dari segi kesungguhan/preparation para penghujah/pendebat.
Itu aje. Kalu sama berapi-api, sama hebat barulah tu dia seronok. Itu yang kita tengok tu dalam
drama TV, hakim Islam terpaksa solat istiqorah, masa nak jatuh kes.
Kesian gak kat pembayar cukai. Orang bayar cukai bayar
servis ko, buatlah kerja sepenuh hati. Saya tak taulah betul ka tidak,
peguam-peguam ni buat kerja cincai. Ni gossip jah nih dari perempuan2 yg suka
bergossip, gossipnya, kunun law firm akan hantar staf dia yang gitu-gitu aje.
Mestilah mereka hantar staff yang chargeable hour masih rendah, sebab bayarannya
memang rendah, pun. Cuma kami pempuan ni, memang. Kadang-kadang loss the sense
of actual value in term of RM & sen, bila perasaannya diusik kesian,(kesian pada diri sendirilah, sebab aku
ada gak dalam saham bayar income-tax, bayar cukai itu, cukai ini, denda itu,
denda ini, tau!), lepas tu benci pula pada silaw-lawyer penegak undang-undang
kafirun tinggalan penjajah yang kaya-raya itu. Itulah yang jadi kadang tu kalau
orang lelaki tak jaga perempuannya betul-betul, pandangan dan penilaian orang
perempuan boleh jadi tak adil dan menelokopkan waima sebuah Negara-pun-buleh. Ko
kan dah kaya. Bagi free tak bule tak. Khidmat masyarakat.
Dan, bila lepas baucar RM9,000.00/8,000 memang dia rasa duit
tu dah besarlah. Dia tak tau barapa pula kos melepas, opportunity cost yang
terpaksa Law firm tu tanggung dengan menjadi AC. i.e. berapa dia boleh charge
kalau dia handle non-AC cases. Saya agak, RM9K macam macam 90 sen je kut.
No comments:
Post a Comment