Friday, January 11, 2013

Kisah orang-orang bagus


Kadang tu kita ni kerja kerajaan lepas tu naik pangkat atas dasar apa tah kita pun tak tau. Time-based-seniority, rezeki.  Lepas dah naik (lom saya lom lagi, tahun ini baru nak cuba. Tahun lepas saya tak isi borang atas sebab-sebab yang tertentu) naik ramai komplen macam-macam. Seperti mempertikaikan keputusan lembaga naik pangkat.

Too me, kita manusia memang macam-macam, dah dapat ni, kita nak macam ini pula, dah dapat itu nak macam ini pula, kehendak kita/nafsu kita kalau dilayan sangat akan menampakkan seolah kita ni manusia yang sangat difficult atau orang agama/ustaz-ustazah kata orang yang suka mengeluh dan kufur nikmat. Sudah tentu kita tak mau dikenali sebagai orang yang sukar dan mengerikan untuk didekati,kan/individu bermasalah.

Dan juga satu hari pasti jika ada rezeki atas dasar time-based, insyallah saya akan jadi juga pemimpin kecil. Jadi saya mau menafaatkan masa-masa dipimpin ini dengan tidak bising-bising, sebab tentulah bila tiba waktunya saya menyelia dan memimpin waima beberapa orang staff junior pun, saya tak mau saya jadi bahan umpatan dan kejian orang bawahan saya. Saya sangat percaya pada kata-kata “wat’s come around will come around” hari ni ko merungut-rungutkan penyelia ko, esok lusa ko naik jadi penyelia, ko rasakanlah…

Apala yang saya beberkan ini ya? Gini, penyelia saya bersungut kepadaku, katanya begini  “susah ya nak menegur orang yang bagus ini”.

Saya jawab begini “adalah lebih senang menegur orang lemau slalu kena golek macam kita ini. Kita ni kalau kita kesempitan/Allah turunkan kesusahan, kita kata kifarah tuhan tanda taubat kita diterima, sedangkan mereka-mereka ini akan berkata yang Allah menguji mereka untuk menaikkan darjat mereka”

Penyelia berkata lagi “orang yang benar-benar bagus tidak susah untuk kita tegur, saya lebih rasakan yang ada itu ialah orang yang perasan dirinya bagus”

“untuk insan itu jadi betul-betul bagus bukanlah sehari dua, mengambil masa. Kalau setakat kerja baru setempat dua, lagi setengah jalan nak dapat time based, belumlah boleh merasa dah benar-benar teruji dan betul-betul bagus lagi berpengalaman, melainkan rasa-rasa yang sendiri ajelah rasa macam tu, kalau pergi tempat lain back to square one juga”
One thing good about being an AG staff yang lemau (it’s not lemau, ok, aku saja tak kuasa nak tunjuk handal, nak tunjuk bagus) dan kalau nak pergi tak ada orang nak tahan dan tercari-cari macam saya ialah saya boleh pergi ke mana sahaja. Pergi tempat baru, back to square one again, have to learned new thing. It is also good to experience different kind of job in a different jabatan or kementerian. 

No comments: