Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Politik & Lobi


Kalu anda kerja kewangan lobi-melobi benda biasa. Pelanggan anda lobi anda, anda pula naik ke peringkat negeri dan dari negeri naik ke Federal /Putrajaya. Yang paling pandai melobi, dialah dapat peruntukan lebih…betul ka macam itu? Ntahlah saya pun tak tau. Itu kerja bos-bos. Kerja saya hanya mengakaun. Betulka ada kegiatan macam ini, memang sungguh, saya tidak ambil port. Kau rajin lobi ko naik ke atas itu usaha ko. Ko main lobi kotor pun aku tak kisah, itu urusan ko sama tuhan.

Begitu juga dengan kenaikkan pangkat, pun katanya macam itu juga. Ntah betul, ntah tidak saya pun tak pernah pusing mau ambil tau. Kisah catur-mencatur nak kerja dengan orang yang kita suka aje pun saya tak ambil port nak tau. Ko nak catur macam mana pun ko caturlah selagi ko boleh. Ko boleh bersuarakan sesuatu yang ntah-apa-apa tah, ntah betul, ntah tidak berlandaskan perasaan dan persepsi ko. Dalam ko heboh kata ko terinaya, tak mustahil, ko dalam drama dan sedu-sedan ko juga menginaya, ko tak perasan. Ko fikir bengan ko aje, bengang orang lain, ko tak tau, sebab ko rasa ko yang terbaik ko yang 100% perfect tiada cela.

 Apa saya merapik panjang-panjang ini. Ntahlah saya hanya mau berdoa dalam saya minta dilindungi dari fitna, saya  mau  minta juga tuhan jadikan apa yang keluar dari mulut kita ini sesuatu yang benar dan tidak menginaya orang lain. Kadang kita tak tau apa yang kita tuturkan boleh memberi kesan yang melukakan/menyusahkan pada orang lain. Kadang tu cuma andaian-andaian kita aje. Ntah betul-ntah tidak, kita pun tak tau apa-apa.

Monday, January 23, 2012

Jagalah baik hatinya


Topik yang saya ambil untuk tugasan Islamic Studies ialah “Entertainment, Humor, Sport and Music In Islam” dan saya banyak menggunakan Yusof Qardhawi as my first opinion leader dalam tugasan tersebut.

Diakhir kertas kerja saya menyarankan agar lebih ramai anak muda yang mempunyai pengetahuan Islam yang mantap untuk berani terjun dalam industry ini sebagai cabaran mendepani masalah hiburan yang agak kebaratan dan tidak begitu ‘ngam’ dengan nilai leluhur citra peribadi kita sebagai orang timur. Dalam kata lain berperanan menyediakan produk-produk hiburan yang syariah-compliance sebagai memenuhi permintaan pasaran.

Semalam saya terduduk lama mengikuti video kuliah dari satu ustaz, yang ntah sapa nama, tapi ustaz ini replacement for ustadz Fathul Bari yang glemer lagi kontroversi ini dalam topik apa kebendanya tah, pasal fitna dikalangan Agamawan sikit lebih kurang gitulah. Dan ustadz tersebut, melalui pengamatan, dan pandangan ulamak-ulamak muktabar, memilih untuk berbeza pendapat dalam beberapa pandanggan yang dikemukakan oleh Qardhawi.

Apa yang saya nak share kat sini ialah statement yang ‘agak’ power bila ustad melabelkan dakwah dalam bidang  suka-suka ini sebagai “syiaar ahli maksiat” No such thing as berdakwah sambil berhibur. Jika itu dibenarkan, nauzubillah, tak ada bezanyalah kita mukminin, mukminat sekelian dengan orang yang (well I hate to put this,  but I put juga) kafir.

Memang sebagai orang yang lahir dalam keluarga yang agak konservertif, memang kadang tu berjoget juga taik telinga kita bila orang-orang seni ini, keluar statement dalam surat khabar “ini cara kami berdakwah”. Lama-lama kita jadi biasa dan tak sensitive/tersinggung lagi dengan statement yang sedemikian.

Mungkin ada yang akan melenting-lenting jika saya kata “puisi, lagu, syair, pantun dan seloka adalah syiaar ahli Maksiat”, tapi anggaplah kata-kata keras ini hanya sebagai sebuah kata-kata yang tidak memiliki apa-apa konotasi melainkan setelah ada tindak balas berlaku.

Mesti ada yang sedih, marah dan defensive kalau tengok video ustad tadi. Kadang kita ini sensitive sangat pasal istilah dan perkataan negetif, namun kalau diperhalusi betul-betul, memang kita dalam zaman canggih hari ini, bila dikurniai bakat seni, kalau ahli agama nak kata kita dekat dengan maksiat memang kita patut berlapang dada dan iayakan aje cakap mereka. It is up to us untuk membuang, membenamkan terus bakat yang dikurnai Allah, atau berusaha untuk terus menggilapnya dan menggunakannya ke arah kebaikan.

As far as apa orang Agama nak kata bahawa dakwah itu hak eksklusif mereka. Mereka ada rasional untuk tidak membenarkan daie Islamiah dicampur adukkan dengan unsur-unsur seni yang berlebihan seperti music dan puisi yang berpaksikan maki-hamun-carut-mencarut,kata-kata (well eish bencinya aku nak nulisnya disini) romantis, straightforward lucah yang membangkitkan syahwat.

Mereka ada tugas mereka untuk memandu kita semua agar tidak terus tersesat jalan. Percayalah tugas yang digalaskan kebahu mereka adalah amat berat, dan janganlah kita nak bangkang-bangkang cakap mereka, sebab apa tujuanannya kita memaki-maki dan berkata-kata romantis itu, hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. Adakah hati kita sudah menjadi pendendam kepada manusiawi yang kita anggap telah mati digilis zaman sehingga niat kita digantung semata-mata melihat keruntuhan dan kemusnahan hanya kita dan Allah sahaja juga yang tahu.  

Semuanya bergantung atas niat. Niat yang baik terbit dari hati yang luhur insyaallah akan meninggalkan impak yang membina. Niat yang selfish terbit dari hati yang sakit, waima dialas kata-kata manis, bebas  unsur-unsur SX18, SGSX  dan disanggulkan dengan hadis-hadis dan ayat Al-Quran, berkemungkinan membawa hal yang tak mendatangkan apa-apa kearah membina ketamadunan manusia.  Mengabeh boreh lai, adalah…sampai dek kerana tak ada kesan, ada yang dah meroyan-royan  kata fortfolio agama ni ceremonial aje, letak beruk dan monyet pun tak apa.

Pendek kata semuanya bermula dari hati. Jagalah hati baik-baik, jagalah hati orang tua kita baik-baik. Saya sendiri sedang belajar menjaga hati, walau susah dan kadang itu meletihkan.  Honestly belajar matematik yang korang kata susah itu lebih mudah dari belajar jaga hati orang tau! Banyak hati nak kena jaga, situ nak jaga, sini nak jaga, jadi letih.

Friday, October 21, 2011

Jangan sampai orang kata kita ni "buek habeh boreh iyoooo"


Saya sangat tertarik dengan artikel yang saya baca siang tadi dalam utusan. Ntah siapa dia pengarang, siapa pula intelek yang disebut-sebut dalam artikel itu saya tidaklah mencatatnya agar saya boleh tulis di sini. Tak ingat tak kisahlah, saya tulis balik apa yang saya sangat suka tentang artikel itu di sini.

Ia pasal sains dan sainstis. Menurut artikel itu dalam awal-awal kecemerlangan Eropah, sains sudah jadi macam agama baru. Sains juga tanpa etika telah juga bawa banyak bencana. Di Eropah, saintis yang ‘jahat-jahat’ telah ditegur oleh ahli agama.  Di sini ntah. Menurut penulis belumlah lagi sampai orang tidak menghormati dan memandang serong akan kerja saintis ini. Kita tidak ambil peduli pun apa yang saintis buat. Kita berbaik sangka dengan saintis. Bahkan di sini kami sangat menghormati kepakaran yang ada pada seorang saintis. Sebab saintis diperlukan untuk menjawab dan menangani isu-isu terkini seperti bio teknologi dalam bidang pertanian dan penternakan, penentuan produk makan halal dan macam-macam lagilahkan masalah yang perlu diselesaikan oleh seorang saintis.

Ok kita tinggalkan pasal dunia sains, mari kita cerita pasal dunia kewangan, perakaunan dan perniagaan. Ya yang ini tak macam yang tadi, yang ini memang orang suka menegur. Aduh aduh aduh. Macam semua yang kami bikin semua tak betul. Memang depressinglahkan.  Yang menegur itu macam mak datuk ai macam dia lebih pandai dan lebih tahu saja lagaknya.

Contoh, kalau ada satu orang bisnessman Malaysia yang bikin business venture yang kita kata wah bagusnya alhamdullillah. Satu masalah umat manusia berjaya diselesaikan oleh orang Islam. Amin. Katakanlah perniagaan itu ada hubung kait dengan membekal makanan. Katalah beras atau kelapa sawit. Ahli perniagaan ini buka sawah ka, buka ladang ka di..., aha, katalah di Kemboja, atau Sumatera. Kita rasa seronok.

Ada orang yang sudah menanggapi yang ahli perniaggaan ini akan merampas tanah penduduk atau meneroka tanah secara haram. Dan mungkin juga dalam proses penerokaan tersebut, ahli perniagaan tadi mungkin telah membakar hutan, dan seterusnya menghasilkan jerubu yang menyusahkan kita seperti mana yang terjadi di Indonesia satu ketika dulu. Jerubunya terbang hingga ke mari. Alangkah sedihnya jika yang membuat kerja ini adalah ahli perniagaan beragama Islam.

Nah, disitulah letaknya teguran jika apa yang kita lakukan melanggar etika dan adab. Sepatutnya kita orang Islam tidak bersikap demikian.  Sepatutnya ahli perniagaan Islam perlu lebih beretika dan beradab. Ini mengingatkan saya untuk lebih berhati-hati dalam menekuni bidang  yang sangat saya suka ini. Mengira duit orang dan membelanjakan duit orang.

Iya saya sangat suka itu. Walau saya langsung satu sen pun tak dapat apa-apa. Tiap-tiap hari saya berbelanja. Bayar itu dan bayar ini. Wah seronoknya. Saya mengisafi diri, jika saya tidak beretika, hmmm satu hari mungkin orang lain akan tidak menghormati  dan memandang serong akan mereka yang terlibat dalam kerja kira-mengira, rekod-merekod duit orang ini.

Iya saya sangat sayangkan kerjaya ini dan saya tidak mau lihat satu ketika nanti orang akan mengejek-ejek kami “alahai korang nih, buek habish boreh iyooo, baik aku kira duit aku sendiri. Kalau tak undang-undang menetapkan yang korang ni mesti ada, korang ni memang patut balik kampung ya tanam jagung ya”

Saya memang tak boleh betulkan ahli-ahli perniagaan yang rakus dan suka merampas hak orang lain dan merosakkan alam, tapi saya boleh baiki diri sendiri agar saya pun tak jadi gila duit, sampai sanggup buat apa saja demi duit.

Saturday, June 25, 2011

Perihal orang gila

“kita bukan gila kuasa tetapi kita nak halang orang gila dari berkuasa”
YB Zulkifli Noordin

“Memang kita gila kuasa sebab kita nak rampas kuasa dari orang gila”
Abang Mat

Adakah orang gila yang dimaksudkan oleh YB Zul dan Abang Mat itewww orang yang sama? Seeloknya hukuman gila itu hanya datang dari doktor pakar. Lagi pula dalam dunia ini memang kedapatan manusia seperti John Forbes Jr yang bergelut dengan penyakit gila namun akhirnya berjaya, cemerlang, sehingga buah-fikirannya mendapat pengiktirafan yang tinggi..

Jika kita tak mau, tak suka pun dengan kepimpinan seorang pemimpin, ambillah ia atas alasan, kelayakan akedamiknya yang tidak berapa begitu baik dan rekod perkhidmatan yang lepas-lepas itu agak huru-hara dan kucar-kacir, dulu. Buat masa ini belum ada pakar yang mengistiharkan nama-nama pemimpin yang menghidap sakit gila. Bukannya apa, buatnya dia memang sah tak gila, bimbang anda yang 100% yakin tak gila pulak nanti jadi gila akhirnya.

Saturday, June 4, 2011

Sebenarnya, memang itulah yang kita mau

Aura negative seperti marah, sedih, kecewa, tak puas hati, menyesal, malu pasti menyelubungi ibu-bapa bila mana anak perempuan mereka menceritakan perihal dia mengandung anak luar nikah. Kalu ada parents yang suka itu saya tak taulah tu.

Reaksi selepas itu ialah bagaimana ibu-bapa tadi mau membuang kesan negetif dari berita yang sangat tak mau didengar, atau tidak keterlaluanlah kalu kita kata berita petaka. Anak yang berzina itu dalam masyarakat Melayu dianggap menconteng arang ke muka orang tua. Membawa aib kepada merekalah tu. Malu & aib, terlucut maruah dan harga diri jika perkara itu menjadi pengetahuan orang ramai.

Tapi kalu kamu banyak duit boleh sorok perkara itu kuranglah sidikit penderitaan yang dihadapi. You see saya selalu memikio, adakah ibu-bapa tadi malu dengan masyarakat atau malu dengan Tuhan. Berzina malu, makan bangkai sedara sendiri tak plak malu. Tak kisahlah dia nak malu dengan siapa pun. Saya hanya mau catat apa yang selalunya ibu-bapa bikin untuk melegakan tekanan emosi yang melanda jika mereka berhadapan dengan situasi begini.

Bagi ibu-bapa yang wara’ dan taat perintah tuhan, pasti mereka akan cakap konspirasi nak mencemar Islam. Takkanlah salah mereka mendidik anaklah pulakan. Itu kebiasaannyalah. Kita pun akan kehairanan kenapa kita yang taat perintah Allah ditimpakan bala sebegitu berat. Apa dosa kita? Mana kita ada dosa, kita bukan ahli maksiat, bla…bla..bla..bla..bla. Penghabisan putus akal kita nak memikir apa dosa kita, kita salahkan ajelah kerajaan. Bagi ibu-bapa yang ranggi, jauh dari Islam? Ntah saya tak taulah, kalau terlalu menekan sangat, dah habis ikhtiar berfikir, mungkin bunuh diri kut.

Bagi mereka yang rasa bukan salah mereka, tindakan selanjutnya ialah menukar kerajaan yang mereka fikir lebih baik dari yang sedia ada. Itu hak merekalah, sebab macam Bob Lokman tu dia dah habis pikir, dah habis kenang dah ni, apa silap, dia, silap mak ayah dia. Tak ada. Mereka memang perfect. Silapnya mereka satu aje, tak cukup kuat berusaha untuk menjatuhkan kerajaan thagut secular yang sedang berkuasa buat masa ini.

Masa terus berlalu, dek kerana tak kuatnya iman, keyakinan, iltizam dan usaha umat Islam Malaysia menjatuhkan kerajaan thaghut, pembawa segala bencana, petaka social yang melanda generasi muda masih tetap macam itu juga, bahkan sekian lama sekian tak ber”tapis” segala tingkah laku mereka. Bahan porno yang merangsang anak-anak muda untuk mencuba, dibiar melambak. Perempuan-perempuan semacam diajar berlumba-lumba untuk memaparkan aksi “panas” yang menggoncang iman. Pemimpinnya pula, sama mau jadi serupa artis juga turut tak mau ketinggalan melariskan surat khabar dengan bahan berita yang ntah apa-apa tah. Berlumba-lumba saja lagak mereka tu dalam kes publisiti skandal murahan sebegini..

Usaha terlalu ditumpukan untuk merampas tampuk kuasa, sehingga kolam pemikir kehabisan idea untuk memformulasikan petua macam mana nak “kawal” nafsu bila berhadapan dengan situasi yang menggelorakan dan mengocakkan perasaan ini. Atau pemikir-pemikir kita memang tak pernah menghadapi situasi genting digoda, dipujuk rayu untuk terjerumus dalam lembah kehinaan ini. Benda ini benda baru. Dulu perempuan kita tak seberani ini dalam menuntuk “hak” seperti wanita hari ini, macam-macam haklah yang kita nak tuntut seperti hak untuk ekspresi diri setaraf dengan lelaki (kalau kita ada Raja Frinjan, kita mesti ada Ratu Frinjan, kalau kita ada Raja Mencarut, mana Ratunya?). Sebab kehidupan pemikir itu dipagari dengan kehidupan mulus dan suci maka pemikir susah sikit (bukan susah sikit, memang susah banyakklah kan) nak keluarkan apa-apa tips/idea untuk dijadikan panduan kepada generasi hari ini.

Sunday, August 29, 2010

Belajar tentang Aib

Saya percaya yang manusia dilahirkan bersama sisi gelap. Antagonist dan protagonist saling bertarung dalam diri. Atau Freud kata peperangan antara id dan super ego, mana yang akan menang, mana yang lebih kuat itu akan terzahir pada perbuatan, percakapan dan lintasan hati. Berarti kita punya aib yang perlu kita selidiki.

Sewaktu kecil dahulu, nenek dan ibu saya selalu mengingatkan saya agar jangan jadi paku dulang paku serpih jika saya bergaduh dan mau memburuk-burukkan teman sepermainan. Ibu saya memang tidak akan kasi muka sama saya, kalau bergaduh, nak mengadu-ngadu, eh siaplah ko yang akan kena dulu. Mempelajari tentang aib sendiri memang satu proses yang memalukan, tapi setelah melaluinya kita akan kata, alah kita tengah belajar ni, tidak ada apa yang nak dimalukan.

Bagaimana kita nak tau aib kita? Imam Ghazali memberikan empat cara untuk mengetahuinya seperti di bawah ini:-

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan berbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia memasrahkan dirinya kepada sang guru dan mengikuti petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Sang guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara pengobatannya, tapi di zaman ini guru semacam ini langka.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki bashiroh ( mata hati yang tajam ) dan berpegangan pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan, serta semua aib batin dan zhohirnya, sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang cerdik, orang-orang terkemuka dan para pemimpin agama.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkapkan keburukan seseorang. Bisa jadi manfaat yang diperoleh seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya. Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan mengangnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hati jernih mampu memetik pelajaran dari berbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.

Tapi pada zaman moden inikan, no 1 dengan no 2 tu memang payah kita nak dapatlah. Cara yang saya praktikkan pula ialah dengan terlebih dahulu mengetahui kelas perangai saya. Saya mengetahuinya dengan melalui ujian psikologi. Setelah kita tau kelas kita, kita cari kawan yang bertentangan dengan kita (kawan-kawan sepsis yang kita eiii geramnya akuuuhhhh! Meluat dan menyampah yang kita rasa emo kangkung, ala-ala jiwang karat menghabeh boreh yoooo, tak kuasa aku nak layan, eeih budak ni kang aku sekeh juga kang)dan kita cuba dengarkan rungutan-rungutan mereka tentang kita.

Dari apa yang saya pelajari, kesanggupan kita dinilai dan keinginan kita untuk mengetahui kelemahan diri yang perlu dibaiki merupakan salah satu jalan untuk menuju kejayaan. Tak ada manusia dalam dunia ini yang mahu gagal. Semua mahu berjaya. Cuma mungkin ada orang datang jayanya pada usia muda, ada orang pula datang jayanya lewat usia, atau ada juga yang orang kata datang jayanya di penghujung nafas terakhir mereka. Kita ini sepsis pemburu cahaya di hujung terowong. Cuma ada orang duduknya dalam terowong lebih lama dari duduk bermandi cahaya di luar terowong.

Friday, July 30, 2010

Jom Makan-makan

Dulu masa kecil, mak akan suruh saya tumbuk lada guna lesung, nak masak asam pedas. Kami cuma berempat saja, jadi tidak perlu masak gulai banyak-banyak, cukup sekadar cilinya ditumbuk saja. Kecualilah bila nak buat sambal tumis, atau ketika musim buah-buahan, cuti sekolah, ramai sepupu datang bertandang, kita akan guna batu lagan kita. Itu pun Busu yang akan menggiling. Berlainan pula dengan keluarga makcik Nab saya. Anak dia ramai, 6 orang. Kalau makcik nak bikin masak gulai asam pedas, Angah terpaksa menggiling lada. Angah tak bulehlah tubuk cili bawang macam saya.

Kalau saya balik rumah nenek di Singapura, Mak Andak pula yang kerja giling cili bawang. Saya akan leka melihat Mak Andak, Anggah dan Busu menggiling cili. Sesekali saya minta cuba, tapi mereka tak kasi, sebab mereka kata saya masih kecil dan tak pandai. Pernah saya mak andak membiarkan saya mencuba menggiling, tapi semua bersepah, tapak tangan pula yang pijar. Habis dia pula dimarahi nenek. Saya perhati, memang lamalah mereka dok sorong tarik batu lagan tu untuk melumatkan cili yang diperlukan untuk masakan. Hari ini saya terfikir, agaknya berapa banyakkah kalori yang terbakar semasa aktiviti menggiling cili itu mereka lakukan.

Mak cerita semasa nenek masih duduk di rumah sewa, nenek dan jiran-jiran akan basuh baju gi paip awam. Mereka pergi mencuci dekat satu jam lebih. Maklumlah nenek anaknya ramai. Ada pula adik yang menumpang duduk sama. Memang banyak kain bajulah. Kawan-kawan nenek pun anak-anak ramai juga. Masing-masing akan bawa baju setimbun gitu untuk dicuci.

Cuba banyangkanlah lagi, berapa kalori yang telah terbakar. Dan yang paling menariknya, hanya otot lengan yang berkerja. No wonderkan bahagian dada dan lengan mereka tidak terjejas, kekal cantik walau beranak ramai mana pun. Tak ada orang pun ribut-ribut nak beli losyen inilah, itulah, cucuk kolegenlah, botoxlah untuk memejalkan apa yang dah kendur.

Lama dulu memang saya sangat terkejut bila seorang selibriti tunjuk dia cucuk kolegen bukan saja pada muka bahkan pada bahagian lengan juga. Saya terkejut yang mengelebeh buleh jadi pejal dan cantik balik dalam masa yang singkat. Hari ini saya terbaca ada teknologi baru, gosok-gosok dengan alat khas, buleh bantu rantaian lemak di tempat yang degil terurai dan dibuang melalui salur kencing. Jadi yang terbonjol-bonjol tu semua hilanglah. Amboi senangnya. Ada pula sauna yang portable. Boleh diangkut kesana-kemari dengan mudah dan selesa. Semua-semua benda ini tercipta untuk membantu membuang lemak yang degil.

Saya terfikir balik sebagai umat Islam bolehkah kita membazir duit cara begini? Maksud saya dah terlebih makan pun satu dosa. Akibat terlebih makan, terlebih lemak, terpaksa pula bayar untuk buang lemak. Memanglah saya sudah berkira nak pergi pakai mesin buang lemak tu. Tapi saya takut dosa jadi berganda. Sama jah macam tabiat perempuan berzina, mengandung, lepas tu pi gugurkan anaklah pula.

Ya true dosa terlebih makan idaklah sebesar dosa berzina, tapi dosa tetap dosa. Ayah kata, ramai orang masuk neraka bukan sebab dosa besar, tapi sebab dosa-dosa kecil yang berkumpul bertempek-tempek, jadi gunung. Makan memanglah tak berdosa, tapi saya tak pernah pula terfikir nak memuhasabah tabiat makan saya. Adakah tabiat makan saya selama ini telah menjurus kepada satu perbuatan maksiat. Maksiat terlebih ikutkan nafsu makan.

Kenapa tak bikin equation calorie intake must be equal or about the same to calorie burn? Kalau bikin perkiraan begitu, perut saya akan sentiasa rasa kosong dan macam ada lubang gitu. Nak buat kerja pun tak boleh focus. Alternatives yang saya ada hanyalah meninggikan pembakaran kalori. Itu ajelah. Aduh, malas sungguh nak ribut-ribut mau bersenam nihhh.

Friday, June 25, 2010

Harga sebuah kemerdekaan

Pergi

Seperti angin pagi
berpuput pergi,
diam dan sepi.

Aku mahu berlalu
dari satu belenggu
tanpa rasa ngilu.

Noktah ini
pilihan nurani
jiwa yang merdeka.

Poem yang menarik bukan? Kalu korang kenal sapa gerangannya yang menulis, mesti korang terkejut. Penulis poem ni adalah ahli akademik yang ada Phd. Setau saya orang ada ilmu akan bebas merdeka, tak ada belenggu sebab ilmu ialah kunci kemerdekaan. Ni apa dah jadi ni?

Ntahla, saya dalam perjalanan nak jadi orang intelek. Tapi ntahkan sampai, ntahkan tidak, itu saya tak berani nak cakaplahkan. Semua orang yang dulu masa kecik-kecik kat sekolah rendah dulu selalu dapat nombor satu, memang kalau boleh, memang suka kalau dikenali/dikenang sebagai orang intelek. Tapi bila baca puisi ni kita akan cakap alamak, tak mohlah jadi intelek, dibelengu rasa ngilu-ngilu. Lebih baik bodoh geduak tapi tak ngilu.

Namun, lecturer audit saya ajar yang auditor mempunyai kemerdekaan yang unik. Kalu nak ulang semula apa yang dia lecturekan nanti tak sebiji-sebiji, nanti jadi lebih sudu dari kuahlah pula, kan. Kalau nak tau lebih lanjut cari ajelah online MIA by-law, "Part B, 200.3 Threat & Safeguard." I pun tak baca lagi, sat-sat-sat. Itu pasal tak moh tulis, takut menyeleweng menulis benda sesat lah pula. Apapun saya nak share sikit akan harga sebuah kemerdekaan.

Lecturer saya kata, client kita boleh impose threat pada kita dan dia cerita ada seorang auditor, forensiklahkan, dia pergi ke satu tempat nak menyiasat penyelewengan, lepas tu the moment dia sampai dia kena bunuh. Hah tulah mahalnya harga sebuah kemerdekaan, bagi seorang auditor yang dah dapat label MERDEKA, tanpa kompromi. Mati syahid tu.

Tuesday, June 15, 2010

Period Genting

Esok segalanya akan selesai. Pasal Tanah Pusaka Tuk Fakeh. Esok saya akan tukar nama pada nama ayah terus. Kes ini pending since the death of my father. I may, or may not get a single cent, bahkan berhabis duitlah pula nak selesaikan kes ini.

Kalau saya tak dapat satu sen pun, saya gembira, sebab dalam ramai-ramai sedara saya yang intelek dan terpelajar, saya yang kerani cabuk ini yang dapat selesaikannya. Iayalah orang intelek mana ada masa nak turun naik pejabat kerajaan, pulak tu kena mengadap kakitangan kerajaan yang poyooo. Bengkek beb, bengkek.

Note of disappointment juga bila dah selesai segala ada lain cerita pula. Might as well back off aje. Syndrome of withdrawal? May be. Namun saya rasa non schitzo patient pun akan bikin benda yang sama seperti saya lakukan. Hati mana yang tak jauh kalau segalanya dah terburai terkeluar, yang selama ni mereka do think that I’m a mad genius.

Being genius is terkadang tu blasssing, sebab you don’t have to perah otak kuat sangat to gain result macam your kengkawan anda. On the other side of the story, people fear you. I guess just like the native of America fear Columbus for his advances. Like the people of America now a days fear the existence of super intelligent being from another galaxy.

You are feared by your own family. How sad. Maybe I’m just exaggerating things. Sometimes wealth makes you trapped in baseless fear. The ownership of an asset makes us restless. We afraid that it’s fall to the wrong people. We waste or time thinking things that should not be think at all.

By the way saya ni genius ka? When you come from Maths A plus circle, you will think yourself far from genius even though each trimester nama you listed in Dean list. Benda biasa, macam you all angkat berat, lari marathon gitu. Cerdik yahlah kut, but genius…??? Your definition of genius will be like Einstain yang dapat mencipta benda baru. Tapi lebih cerdiklah sikit dari they alls they alls semua tu. Yalah kalau dah nak ambil kuasa harta pusaka yang simple pun they alls tak boleh bikin. Kira saya ini lebih cerdiklah tu. Dia takut saya bolot semualah agaknya tu. So the best thing pulangkan saja semuanya pada yang penakut itu. Alah, reta dunia bukan boleh bawa masuk kubur pun.

Mungkin some of you think that saya ni lemah semangat, cepat berputus asa, tak ada daya juang untuk mempertahankan hak saya. Saya cuma tak nak dibebani harta pusaka. Apa yang ada pada hari ini cukuplah. Lebih-lebih karang takut tak terjagalah pula, terinaya orang yang tak sepatutnya kita inaya. Insayallah ada rezki lebih, nanti, kita acquire harta baru. Harta hasil dari susah payah, titik peluh dan air mata kita sendiri.

ii)
Once ada orang komplen yang saya ini pemecah umat. Saya sedih, malam-malam saya nangis sorang-sorang Last week my own family member cakap sendiri yang saya menyimpan cita-cita nak bunuh dia dan pecah belahkan her family. Am I? Saya ini apa ada kisah sama orang. Dialah yang dapat sense yang family dia yang nak falls apart. It has nothing to do with me. Since saya yang menghidap sakit mental, maka sesenanglah dia tuduh-tuduh saya. Ya saya tak akan melawan punya. Kalau melawan pun sapa ada mau percaya sama saya? Kira kambing hitamlah gitu. Kali ini saya tak nangis lagi, dah tak ada air mata dah. Dah kering.

So the best thing is shut-up dan tumpu pada kerja. Kadang tu kerja yang banyak itu escapism juga dari memikirkan hal-hal yang melukakan. Mungkin kita ok. Tapi hakikat luka itu tetap luka. Orang kata kelukaan itu ada terpamer dalam percakapan yang sarkastik.

So I believe, we are not naturally born sarcastic, our painful experience turn us like that. All we can do is to pray hard hati kita tidak berlarutan berada dalam kesakitan. Allah tak uji makhluknya dengan ujian yang tak kita tertanggung. Sungguh besar ya Allah ujian yang diKau berikan, ini. Pimpinilah aku dalam mengharungi ujian ini. Janganlah sekali-kali kau lepaskan urusan diriku, kepada diriku sendiri.

iii)

Previously saya ada sembang-sembang dengan family member yang lain. Family member tu cakap macam ini “dah nak kiamat ni, agaknya dalam keturunan kita ni, sapalah yang pertama akan bawa anak luar nikah” Nauzubillahkan.

iv)

Mak Itam saya pesan agar buat bunga cantik-cantik. Yah that’s wat I’m going to do now. Lagi 2 minggu nak pakai, banyak juga yang tak siap ni. He he he alamat berjaga malamlah saya nanti. Doakan semua beres, semua cantik dan cun, tak de cacat cela.