Aura negative seperti marah, sedih, kecewa, tak puas hati, menyesal, malu pasti menyelubungi ibu-bapa bila mana anak perempuan mereka menceritakan perihal dia mengandung anak luar nikah. Kalu ada parents yang suka itu saya tak taulah tu.
Reaksi selepas itu ialah bagaimana ibu-bapa tadi mau membuang kesan negetif dari berita yang sangat tak mau didengar, atau tidak keterlaluanlah kalu kita kata berita petaka. Anak yang berzina itu dalam masyarakat Melayu dianggap menconteng arang ke muka orang tua. Membawa aib kepada merekalah tu. Malu & aib, terlucut maruah dan harga diri jika perkara itu menjadi pengetahuan orang ramai.
Tapi kalu kamu banyak duit boleh sorok perkara itu kuranglah sidikit penderitaan yang dihadapi. You see saya selalu memikio, adakah ibu-bapa tadi malu dengan masyarakat atau malu dengan Tuhan. Berzina malu, makan bangkai sedara sendiri tak plak malu. Tak kisahlah dia nak malu dengan siapa pun. Saya hanya mau catat apa yang selalunya ibu-bapa bikin untuk melegakan tekanan emosi yang melanda jika mereka berhadapan dengan situasi begini.
Bagi ibu-bapa yang wara’ dan taat perintah tuhan, pasti mereka akan cakap konspirasi nak mencemar Islam. Takkanlah salah mereka mendidik anaklah pulakan. Itu kebiasaannyalah. Kita pun akan kehairanan kenapa kita yang taat perintah Allah ditimpakan bala sebegitu berat. Apa dosa kita? Mana kita ada dosa, kita bukan ahli maksiat, bla…bla..bla..bla..bla. Penghabisan putus akal kita nak memikir apa dosa kita, kita salahkan ajelah kerajaan. Bagi ibu-bapa yang ranggi, jauh dari Islam? Ntah saya tak taulah, kalau terlalu menekan sangat, dah habis ikhtiar berfikir, mungkin bunuh diri kut.
Bagi mereka yang rasa bukan salah mereka, tindakan selanjutnya ialah menukar kerajaan yang mereka fikir lebih baik dari yang sedia ada. Itu hak merekalah, sebab macam Bob Lokman tu dia dah habis pikir, dah habis kenang dah ni, apa silap, dia, silap mak ayah dia. Tak ada. Mereka memang perfect. Silapnya mereka satu aje, tak cukup kuat berusaha untuk menjatuhkan kerajaan thagut secular yang sedang berkuasa buat masa ini.
Masa terus berlalu, dek kerana tak kuatnya iman, keyakinan, iltizam dan usaha umat Islam Malaysia menjatuhkan kerajaan thaghut, pembawa segala bencana, petaka social yang melanda generasi muda masih tetap macam itu juga, bahkan sekian lama sekian tak ber”tapis” segala tingkah laku mereka. Bahan porno yang merangsang anak-anak muda untuk mencuba, dibiar melambak. Perempuan-perempuan semacam diajar berlumba-lumba untuk memaparkan aksi “panas” yang menggoncang iman. Pemimpinnya pula, sama mau jadi serupa artis juga turut tak mau ketinggalan melariskan surat khabar dengan bahan berita yang ntah apa-apa tah. Berlumba-lumba saja lagak mereka tu dalam kes publisiti skandal murahan sebegini..
Usaha terlalu ditumpukan untuk merampas tampuk kuasa, sehingga kolam pemikir kehabisan idea untuk memformulasikan petua macam mana nak “kawal” nafsu bila berhadapan dengan situasi yang menggelorakan dan mengocakkan perasaan ini. Atau pemikir-pemikir kita memang tak pernah menghadapi situasi genting digoda, dipujuk rayu untuk terjerumus dalam lembah kehinaan ini. Benda ini benda baru. Dulu perempuan kita tak seberani ini dalam menuntuk “hak” seperti wanita hari ini, macam-macam haklah yang kita nak tuntut seperti hak untuk ekspresi diri setaraf dengan lelaki (kalau kita ada Raja Frinjan, kita mesti ada Ratu Frinjan, kalau kita ada Raja Mencarut, mana Ratunya?). Sebab kehidupan pemikir itu dipagari dengan kehidupan mulus dan suci maka pemikir susah sikit (bukan susah sikit, memang susah banyakklah kan) nak keluarkan apa-apa tips/idea untuk dijadikan panduan kepada generasi hari ini.
No comments:
Post a Comment