Nabi s.a.w bersabda: “Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba` (yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih).
Saya cut & paste dari kawan FB DrMAZA.com. Dr Maza ini tidak asing lagi bagi saya. since dia belum dilantik sebagai Mufti Perlis lagi. Dia ni senior sepupu saya di KISAS. Saya kenal dia, tapi dia tak kenal saya. Maklumlah Asri ini sejak zaman KISAS lagi sudah menunjukkan bakat kepimpinannya dan sangat disegani rakan dan dibenci oleh budak-budak yang tak suka dengan caranya. Caranya berterus-terang, tegas, laser pedih telinga pun ada,ntah orang kata sikit KEREK, eksyen pun ada dia nih.
Masa saya baru blogging saya dapat beberapa emel memburuk-burukkan beliau. Tapi yang menghantar emel itu itu nak mengenalkan diri pun tak berani, cuma guna nama samaran aje. Tentulah bila saya dapat emel-emel macam ini saya rasa tak seronok dan mau “menyiasat” what is actually going on. How come ada manusia yang tega merendah-rendahkan seorang pemimpin pelajar yang sangat disegani semasa di Sekolah sampai macam itu sekali.
Lama-lama saya fahamlah yang KISAS tu bukan macam Sains Muar. KISAS itu kilang Pemimpin pelapis Negara…ooohhh kira ini bakal jadi orang besar yang ada kuasa menentukan hala-tuju Negaralah kiranya dia nih. Saya juga belajar yang pembunuhan kerekter itu satu benda biasa dalam circle orang-orang elit kita rupanya. Manalah kita tau, kita ni kerani cabuk aje.
Saya tidak mau memanjang-manjangkan lagi cerita pasal ini, now lets we go straight to the hadis highlighted by Dr MAZA, or biasa budak-budak KISAS panggil Asri aje. Bererti Islam akan jadi masa mula-mula sampai pada nabi, orang mengamal Islam diejek, dibuat macam-macam benda tak elok dan sebab Nabi tu nabi terakhir maka memang tak akan berulang lagilah zaman kegemilangan Madina.
Kalau ada Islam pun Islam macam hari ini. Jadi makanya sesapa yang sangat tegar mau Islam, sesolid Islam orang Madina zaman nabi akan kecewa. Itu faham saya.
Dulu cikgu saya, iya cikgu saya yang ada phd tu, tanya…hebat ka tidak anak murid ni, cikgu dia tanya dia tuh… ‘apa kita nak buat’ ntah saya tak tau pun apa yang saya jawab apa tah, saya tak ingat. Yang saya ingat saya kena balun bage nak rak dengan kawan-kawan dia di blogsfere, kawan-kawan saya sendiri di alam realiti. Saya perempuan perampas/pengacau kebahagiaan orang lain yang bakal masuk wad gila tak lama lagi. Siap bikin puisi lagi dengan judul ‘berlalulah hai Puspa’ . Tak cukup dengan puisi, kawan dia yang lelaki plak, siap karang novel lagi “Menara Gedembai”
Manalah saya tau yang cikgu saya itu bakal jadi keluarga orang besar-besar kita. Dia cakap dia tak de girlfriend, so aku suka hati mak bapak hakulahkan nak cakap apa. Kemedian tu baru saya tau ada anak dara jelita orang besar kita yang berkenankan cikgu saya. So faham-fahamlah ajelahkan kerenah orang besar ni. Kita cuma nak hidup aman, dan kita tak mau cari gaduh dengan sesapa, apatah lagi orang-orang besar kita yang selama ni dah bagi macam-macam keselesaan pada kita. Selagi mereka mengaku Islam dan berpenampilan Islam, Islam plastic ka, depan kemera jah sembahyang tonggang tonggek, off camera, balik blakang nak buat pragai, minum arak, berzina itu lantak kolah.
Itu ko punya pasal. Pasal aku, tanggungjawab aku, ikut cakap ko. Ko kata wawasan 2020, kita wawasan, ko kata, hidup gaya sihat, kurangkan obessiti, kita buat apa termampu, kita senam 3xseminggu, kita dah tak makan nasi lemak dah. Mulai hari ini kita akan cuba makan rebus-rebus aje, kita nak tukar nasi lemak dengan Queker Oat. tapi kalu obess juga, darah tinggi juga, jangan marah. I dah ikut semua saranan doktor-doktor yang orang besar-besar kita lantik dan gajikan. Itu perjuangan saya sebagai rakyat Jembel lagi MARHEAN.
Orang lain nak keluar BERSIH, pegilah sebab seBERSIH manapun nak nak n’gantikan yang hada ini, cerita ni tetap sama. Saya kena sembahyang, puasa, kumpul duit nak pegi haji. Kena excersise kena ikut cakap doktor, jaga kesihatan agar dapat pergi kerja cari duit, beli makanan baik-baik, supaya ada tenaga nak sembahyang, puasa dan menyempurnakan ibadat haji dengan mudah.
Hada ka dengan menukar yang lebih BERSIH, saya tak payah penat-penat bersenam, tak payah penat-penat pergi opis berkerja, bule makan Nasi Lemak, Pizza, Rendang Nogori, Masak lemak cili api, Ayam Goreng, Mc Donald, nasi lemak sesuka hati saya. Jawabnya tidak. TAK BULEHHHH!
.
No comments:
Post a Comment