Dulu masa kecil, mak akan suruh saya tumbuk lada guna lesung, nak masak asam pedas. Kami cuma berempat saja, jadi tidak perlu masak gulai banyak-banyak, cukup sekadar cilinya ditumbuk saja. Kecualilah bila nak buat sambal tumis, atau ketika musim buah-buahan, cuti sekolah, ramai sepupu datang bertandang, kita akan guna batu lagan kita. Itu pun Busu yang akan menggiling. Berlainan pula dengan keluarga makcik Nab saya. Anak dia ramai, 6 orang. Kalau makcik nak bikin masak gulai asam pedas, Angah terpaksa menggiling lada. Angah tak bulehlah tubuk cili bawang macam saya.
Kalau saya balik rumah nenek di Singapura, Mak Andak pula yang kerja giling cili bawang. Saya akan leka melihat Mak Andak, Anggah dan Busu menggiling cili. Sesekali saya minta cuba, tapi mereka tak kasi, sebab mereka kata saya masih kecil dan tak pandai. Pernah saya mak andak membiarkan saya mencuba menggiling, tapi semua bersepah, tapak tangan pula yang pijar. Habis dia pula dimarahi nenek. Saya perhati, memang lamalah mereka dok sorong tarik batu lagan tu untuk melumatkan cili yang diperlukan untuk masakan. Hari ini saya terfikir, agaknya berapa banyakkah kalori yang terbakar semasa aktiviti menggiling cili itu mereka lakukan.
Mak cerita semasa nenek masih duduk di rumah sewa, nenek dan jiran-jiran akan basuh baju gi paip awam. Mereka pergi mencuci dekat satu jam lebih. Maklumlah nenek anaknya ramai. Ada pula adik yang menumpang duduk sama. Memang banyak kain bajulah. Kawan-kawan nenek pun anak-anak ramai juga. Masing-masing akan bawa baju setimbun gitu untuk dicuci.
Cuba banyangkanlah lagi, berapa kalori yang telah terbakar. Dan yang paling menariknya, hanya otot lengan yang berkerja. No wonderkan bahagian dada dan lengan mereka tidak terjejas, kekal cantik walau beranak ramai mana pun. Tak ada orang pun ribut-ribut nak beli losyen inilah, itulah, cucuk kolegenlah, botoxlah untuk memejalkan apa yang dah kendur.
Lama dulu memang saya sangat terkejut bila seorang selibriti tunjuk dia cucuk kolegen bukan saja pada muka bahkan pada bahagian lengan juga. Saya terkejut yang mengelebeh buleh jadi pejal dan cantik balik dalam masa yang singkat. Hari ini saya terbaca ada teknologi baru, gosok-gosok dengan alat khas, buleh bantu rantaian lemak di tempat yang degil terurai dan dibuang melalui salur kencing. Jadi yang terbonjol-bonjol tu semua hilanglah. Amboi senangnya. Ada pula sauna yang portable. Boleh diangkut kesana-kemari dengan mudah dan selesa. Semua-semua benda ini tercipta untuk membantu membuang lemak yang degil.
Saya terfikir balik sebagai umat Islam bolehkah kita membazir duit cara begini? Maksud saya dah terlebih makan pun satu dosa. Akibat terlebih makan, terlebih lemak, terpaksa pula bayar untuk buang lemak. Memanglah saya sudah berkira nak pergi pakai mesin buang lemak tu. Tapi saya takut dosa jadi berganda. Sama jah macam tabiat perempuan berzina, mengandung, lepas tu pi gugurkan anaklah pula.
Ya true dosa terlebih makan idaklah sebesar dosa berzina, tapi dosa tetap dosa. Ayah kata, ramai orang masuk neraka bukan sebab dosa besar, tapi sebab dosa-dosa kecil yang berkumpul bertempek-tempek, jadi gunung. Makan memanglah tak berdosa, tapi saya tak pernah pula terfikir nak memuhasabah tabiat makan saya. Adakah tabiat makan saya selama ini telah menjurus kepada satu perbuatan maksiat. Maksiat terlebih ikutkan nafsu makan.
Kenapa tak bikin equation calorie intake must be equal or about the same to calorie burn? Kalau bikin perkiraan begitu, perut saya akan sentiasa rasa kosong dan macam ada lubang gitu. Nak buat kerja pun tak boleh focus. Alternatives yang saya ada hanyalah meninggikan pembakaran kalori. Itu ajelah. Aduh, malas sungguh nak ribut-ribut mau bersenam nihhh.
No comments:
Post a Comment