Saturday, July 17, 2010

Selamat beronline


Tengah tengok-tengok tivi semalam keluarlah iklan pasal perkhidmatan baru dari geng-geng cyber Malaysia, Cybersecurity Malaysia yang antara perkhidmatannya ialah menjejak sapa yang suka antar spam emel. Iyalah kan IT IT ni semua di initiate of kerajaan. Dari Tun Mahathir sendiri. Bila ada IT, adalah ancaman-ancaman yang akan menyusul. Sudah tentulah pemikir ulung macam Tun dah fikir semua tu. Sudah tentulah beliau dan think-tank sudah memikirkan makanisme yang boleh mengurangkan risiko ancaman internet ini. Nak expect geng Cybersecurity Malaysia ini hapus 100% ancaman cyber ini mustahillahkan, tapi sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan risko ketika berintenet.

Pernah masa induksi tu ada perserta tu argue dengan penceramah kunun dia nak abstain dari dunia cyber, IT lah gitu-gitu. Takut pengaruh video lucah, endup berdating dengan orang lucah, orang sex maniac tapi berlagak alim, pijak semut pun tak mati, terbernikah pula dengan lelaki pengamal kinky orgy or mass orgy. Iyalah masa induksi tu tahun-tahun awal 2000 gitu, kita kalu internet ni, apa threat utama? Tentulah yang lucah-lucah hajelahkan. Masa tu cyber-marketing kat Malaysia ni tidaklah significant sangat. Masa tu tak de pay-pal lagi, tak de mybank2u, tak de lagi the CITI never sleep lagi. Facebook pun masih tidak ada. Yang ada forum chat aje. Lepas chat-chat pi dating gitu. Ada gak kes di mana kawan dating pura-pura tertinggal beg duitlah, ajak masuk rumah, end-up kena rogol. Itu sebablah peserta tadi, seorang yang masih single, takut nak online-online.

Pendek cerita penceramah, malas nak layan budak pempuan perasan suci ni menceceh yang bukan-bukan beliau pun cantas, “tak buleh, tak buleh, awak nak wawasan 2020, awak kena dedahkan diri awak pada kesembilan-sembilan point yang saya cakap ni. Kalau awak tak mau, itu awak punya pasallah. Nanti bila orang semua dah kehadapan, awak tercicir, jangan jadi drama queen kat opis hasut kengkawan nak jadi ratu reformasi kunun, pergi ramai-ramai turun buat demonstrasi jalanan menentang kerajaan, nak tumbangkan kerajaan ”

Taklah percermah tu teruk dan kasarnya bahasa jawabannya. Budak penanya itu pun taklah sampai menceceh-ceceh cerita artikel dia baca kat majalah wanita yang ada wanita kene rogol gara-gara main internet. Tak sempat nak cerita kut dah kena cantas. Penceramah pula tentulah beliau cakap bagus-bagus, bahasa cantik, bahasa orang intelek, akauntanlah katakan. Saya dah tak ingatlah nak tulis sebiji-sebiji apa yang dia kata, tapi tu lebih kurang samalah dengan bahasa pasar yang saya tulis tu.

Terkedu, terduduk, terbisu, terbiuslah mek yang menyanggah wawasan IT yang terkandung dalam wawasan 2020 tu. Lepas balik kursus induksi, dia pun sikit rajin buka internet. Hari ini dia belajar di university multimedia, hari-hari dia kena online untuk nota dan catatan pensyarah-pensyarah dia walau masa dia mula-mula masuk university dulu dia pernah jugalah kena marah dengan kawan dia, “eish pergilah tengok kat online,” bila dia tanya “kita cuti bila?”

Siapakah Mek bangang buduh yang prasan bagus itu, berlagak, berangan suci seolah-olah dia sedang dalam pertapaan di Gunung Ledang itu? Sapa lagi, sayalah. He he he

No comments: