Monday, July 12, 2010

Aqua (hobby terkini saya)



Masa cuti trimester lalu saya tiba-tiba saja tergerak nak call kawan saya. Dia cakap kebetulan dia pun nak call juga. Dia nak bagi tau yang ketika itu dia tengah belajar berenang. Jadi saya pun menumpang sekakilah gamaknya.

Saya punyalah suka berendam dalam air. Mula-mula memang cuak, juga tapi kini saya dah boleh terapung dan dah boleh kicking. Memandangkan belajar berenang itu ber wat to say, wats the Malay words ah, piak pi, clash dengan tutorial, maka saya hanya dapat belajar bersama kawan saya sebanyak 3 lesson sahaja. 3 minggu saya tak berenang saya jadi sangat rindu nak berenang. Maka saya pun browse internet cari swimming lesson, atau pool. Punyalah terkejut rupa-rupa orang belajar berenang dekat-dekat tempat saya kerja part-time aje.

Jadi Ahad lepas, semalam, saya mula semula belajar berenang dengan cikgu baru. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya yang saya berenang dalam kolam, lepas tu kolam kat kelab pula tu. Memang selama ini saya ada belajar accounting for non-profit organization tentang Club. Oh macam itu rupanya Club. Club tempat orang main golflah. Amboi kemudahannya eish mak datuk memang orang kata, memang terkedulah kiranya bagi orang kecil macam saya.

Cikgu mengajar renang itu relex sangat, malam semalam saya baring eiish pusing kiri, pusing kanan, rasa eiish tak puasnya berenang. Pagi tadi saya call kawanlah nak cerita saya dah dapat belajar berenang kat tempat baru. Dia kata hari ini memang dia nak call sebab sekarang dia sedang berkursus di tempat hotel kami belajar berenang dan nak saya temankan dia berenang. So apa lagi haiii rasa macam nak melompat-lompatlah gitu. So after class tadi, saya terus pi kolam. Best sangat. Esok saya akan kekolam lagi. Wah kira dendam 3 minggu tak kekolam berbalas gitu. Tadi saya buka MMLS, Encik Azizi, lecture Business Law, masih tak upload tutorial untuk slot esok, puh kiri, puh kanan alahai minta-mintalah kelas tutorial esok kensel, bule cepat skeet pi berenang.

Tiba-tiba saya teringat, eh tak ka Apartment Ixora tu ada kolam renang? Eish seganlah nak berenang kat situ, sebab takut ada budak boys yang kenalkan saya. Tak kisahlah sebab sekarang saya dah dapat tempat port untuk berendam. Jika saya pandai berenang esok saya berhajat mau belajar menyelam pula. Wah besarnya hajat saya tu. Mesti, kalau saya focus dan saya rasa seronok, pasti satu hari nanti tak lah saya cuma dapat menyaksikan keindahan dasar laut melalui kaca televisyen saja.

Saya pun teringat pada paus. Orca!!! Orang kata paus dulu duduk di daratan, tapi dek kerana beratnya yang tinggi, maka kehidupan di laut lebih selesa untuk paus, dan itu pasal hari ini paus duduknya di laut. Saya pun merasa yang saya sangat suka bergerak dalam air sebab saya rasa lebih ringan.

No comments: