Thursday, July 8, 2010

Kerana hanya Dia yang lebih mengetahui




Kadang-kadang kat opis ka, kat mana ka, kita akan didatangi oleh kawan, sahabat yang ada masalah cinta. Syukur sebab boleh dikatakan saya memang tak ada kawan jenis macam ni. Dulu tu adalah, tapi sorang dua aje. most of my friend jenis macam I, tak popular, tak cantik, garang pulak tu, jadi tak ada budak lelaki yang berselera/berani nak mengendeng. Jadilah rutin hidup kami sebagai pelajar itu sangat lurus dan murni. Kadangkala saya terfikir, eish, kalaulah kami diganggu dengan cinta yang tunggang-langgang, ntah-ntah ada yang mati bunuh diri entah. Orang suruh pergi sekolah dia pergi buntingkan diri dia sendiri, family plak jenis ultra konsevertif, ayahnya plak jenis macam ustaz Mat Sabu gitu, tak ka kalau mereka dapat tau, pasti kena belasah habis-habis, ntah2 tak sempat bunuh diri, nyawa kita tah melayang dihujung senapang patah bapak kita sendiri. He he he

Bila dah kerja tu adalah sorang dua kawan, yang kisah cinta mereka tidak seperti yang kebiasaan. Lazimnya kawan-kawan saya semua perjalanan cinta mereka tak ada masalah. Ada sorang ni yang keluarga pakwe dia tak berapa suka, sorang lagi ntah, kalau dari cerita-cerita dia, pakwe dialah yang kacang hantunya.

Dalam kedua-dua cerita ini, kita akan sering menasihati kawan kita untuk mencari cinta baru moving on with life. Bahkan ada ketika kita cuba mengenalkan dia dengan orang lain agar dia melupakan pakwe dia yang dah dia sendiripun kata lousykan. Dia sendiri sering merintih tersiksa dalam perhubungan tersebut. Dah tersiksa, apa tunggu lagi?

Ok kalau setakat bercinta, bolehlah kita kata baik putus sahaja sebelum terlambat. Wat if dah bernikah. Kita nasihatkan juga agar bercerai kah? Let say situasinya begini, tetiba si suami ada perempuan lain. Apa nasihat kita? Kalau isteri ada lelaki lain, memanglah kalau nak disimpan juga itu dayus namanya. Atau sudah nikah, mentua masih bikin dajjal menyakitkan hati kawan kita. Kawan kita sering berendam air mata dek kerana kerenah mentua.

Kita akan jadi sangat bosankan melayan, mendengar cerita yang sebegini. Dah bukankah dari mula ko dah tau dia (mentua) memang tak berkenankan ko. Dah memang ko tau, dia tu lelaki jenis problematic, tapi ko yang nak jugakan.

Disebalik itu, pernahkah anda terfikir sebenarnya bila kawan mengadu itu, apa yang dia suka nak dengar dari kita agaknya? Have you? If you asked them to berpisah, meaning you still don’t know wat exactly your friend want to hear from you. Memang katakanlah yang sebenar walau ianya menyakitkan. Tapi saya merefleks balik kisah kawan opis saya yang sering mengadu pakwenya lousy. I never met the pakwe, so how can I say this pakwe is lousy berdasarkan cerita-cerita kawan saya saja. Ada kemungkinan yang kawan saya paranoid or too perfectionist?

Ya ya ya, kalau memang betul pun anda kenal benar dengan mentua, atau pasangan kawan kamu itu dan memang in your judgement mereka itu terlalu lousy gila untuk kawan anda yang baik itu. Anda sayangkan kawan anda itu dan tak mau lihat dia terus merana. Itu pasal anda sibuk-sibuk mencarikan mereka cinta lain, atau anda sendiri menawarkan cinta anda kepada dia. Have you ever think yang sebenarnya dia yang pilih untuk sengsara, dalam bahasa sebenarnya, Allah ilhamkan dia membuat pilihan yang menjuruskan dia untuk berada dalam keadaan sedemikian? So biar ajelah macam tu, doa sajalah moga segalanya akan jadi positive. Mungkin itu kehidupan yang terbaik untuknya. Dalam kesengsaraan itu dia lebih takwa kepada Allah.

No comments: