Saya melawat blog-blog kepunyaan penulis yang satu ketika
dulu macam pernah saya bengang, atau saya bikin mereka bengang, sapa bikin sapa
bengang dulu, tak kisahlah… Ceritanya sikit-sikit macam ini, saya berkawan
dengan seorang penulis itu, penulis kreatif, adalah satu insiden (fitna/salah-faham)
telah berlaku dan saya bersimpati dengan beliau.
Ceritanya lagi begini, ia kisah penulis pop yang sedang
pop-pop sehingga seperti DBP iaitu sebuah badan yang diberi amanah menjaga hal
tulis-tulis karya tinggi Negara, turut terpop-pop menjemput penulis pop-pop
yang penulis tinggi kelaskan sebagai pelacur Negara ke majlis mereka.
Terpop-poplah cerita kunun si kawan ini berpakat dengan pop-pop ini dalam agenda
melacurkan kerja tulis-tulis Negara. Pendek cerita itu hanya halusinasi sang
penulis aje. Kawan saya tak kenal pun si pop-pop itu dan tidak ada sebarang
transaksi tunai telah bertukar tangan demi sebuah artikel yang ditulis oleh
penulis import dalam memperbetulkan sikit keparanoian yang sedang melanda komunitas pemimpin kerja
tulis-tulis bina Negara Bangsa.
Ok enuf pasal Paranoia senduk pengacau import, sambung pasal
kisah saya merayap ke blog-blog penulis suci yang satu dulu pernah melompat
terpop-pop dek kerana kegatalan DBP menjemput penulis pelacur anjing kapitalis
pop-pop ini ke majlis mereka. Saya melawat blog-blog dewa,( dewi-dewinya semua
dah mampus agaknya kena mamah anjing/serigala
kapitalis ganas) penyelamat bangsa ini kerana saya nak tengok apa reaksi
mereka pasal politik kita. Tak ramai ada 2,3 aje yang masih aktif.
Saya agak kecewa sebab mereka lebih suka pasal nostalgia
kampung, zaman kecik-keciklah, atau membalun ombak-ombak rindu yang mereka
anggap satu masterpiece untuk orang bodoh, dungu, IQ rendah dalam industry seni-seni
ini. Maknanya kita orang Melayu ini masih berada di bawah paras dungu dalam
menilai kerja seni. Usahlah risau sangat kalau dilabel bute seni, bab lain kita
cerdik dan celik. Buta seni tak menyebabkan kita kena buang kerja dan hilang
mata pencarian. Jadi untuk kesekian kalinya saya mengingatkan diri sendiri agar
usah risau kalau buta seni.
Kalau dulu yeah, mereka tak segan-segan membalun ahli
politik, hari ini mereka senyap bila orang politik yang mereka rasa sepatutnya
memerintah, tapi tak dapat memerintah, bila mana akhirnya dapat juga mengusai beberapa negeri pada pilihan-raya
umum yang lalu tidak memerintah seperti mana yang mereka impikan. Kedai arak, lessen
benda-benda maksiat masih macam dulu, hudud jauh panggang dari apilah, yang
teruknya bukan sahaja pelacur yang main felem lucah, ketua pemerintah umum yang
satu masa dulu mereka sanjung pula jadi actor terlaris dalam video lucah tanah
air kita.
Adalah sekali tu saya terperasan yang seorang dari mereka menulis yang beliau dimarahi oleh rakannya bila dia buka mulut dan
menulis pasal benda yang selama ini dia suka iaitu politik. Demi hati kawan, agaknya, penulis tersebut
tulislah cerita-cerita masa dia kecik-kecik aje.
Saya bukan nak menghasut, nak share, pengalaman bila saya
bersimpati dengan pop-pop dan cuba menerangkan yang ianya hanya satu khilaf
yang tidak akan diulang, bukan gerakan halus mau kuasa pentas DBP, saya juga
rasa “sakit” kena tinggal dan kena ganyang kaw-kaw oleh orang yang saya anggap
sebagai kawan, tapi saya terus tulis dan tulis, tulis, tulis, saya tak peduli.
Dalam pada itu saya temui kawan dan set of lifestyle yang baru yang tak
memerlukan kita berpolemik, mendedah dan menjaja aib kawan hanya kerana tak mau
orang lain MENANG membangkang kita.
Tapi itulah orang kata life goes on, kalau rakan kita
sanggup menganyang kita sehingga ketahap mempertaruhkan cerita dalam kain kita,
(ie kata orang intelek pun, berpolemik instead of berdebat), buat bodo dan teruslah saja menulis benda yang kita
tulis, walau benda itu menyakitkan hati kawan kita. Tapi kalau menyakitkan hati
teman tidur kita, saya nasihatkan agar jangan tulis. Masjid yang dibina itu
lebih utama untuk dipertahankan dari benda lain dalam dunia ini. Hah, tulis ajelah cerita pengalaman
kecil-kecil kamu, atau cerita kopi pahit rakan kamu yang dihimpit bukan sahaja
penulis pop-pop, tapi juga penulis luar sastera yang lebih cerdik dan tinggi IQ
dalam menguasai/memonopoli peruntukan kerajaan yang disalur melalui program-program DBP.
Akhir sekali, satu aje saya nak cakap, banyak kebencian yang
ada di dunia ini yang tidak semistinya diakhiri dengan kematian. Jika kita
mengharap akan matinya individu/perbuatan atau aktivitinya yang kita benci, kematian
akan melingkari kita dan kematian yang paling dahsyat bagi seorang penulis
ialah kematian ilham.
Saya ambil kata-kata tadi bukan dari buku-buku falsafah,
atau kata-kata pensyarah saya di Universiti, tapi dari pembikin syiar Syaitani (mengambil label yang diberikan oleh intelek agama yang memilih untuk berselisahan pendapat
dengan Oardhawi dalam hal wanita dan hiburan) Saya ambil dari cerita felem yang
diberi kelas sebagai 18SG yang ditayangkan dikaca TV sempena tahun Baru Cina
yang lalu.
No comments:
Post a Comment