Saturday, January 21, 2012

Sabar itu separuh daripada IMAN


Beberapa minggu yang lepas sesiapa yang memang minat politik dan mengikuti perkembangan politik melalui alam maya, pasti terkejut dengan video sekumpulan muslimah yang berkelakuan agak memalukan di perkarangan letak kereta berdekatan dengan mahkamah tempat DSAI dibicarakan dengan kes liwat.

Dari kita terus-terusan mengutuk perbuatan Muslimah-muslimah PAS, saya lebih suka melihat apa rasionalnya disebalik perbuatan yang nyata tidak rasional. Dan sememanganya beliau ada kisah sedih untuk dicerita bagi membenarkan tidakan yang telah mencemar imej organisasi yang beliau wakili. Pemimpin Muslimah PAS Dr Mariah pun sudah menyatakan sokongan 100% tidak berbelah bagi dalam mempertahankan perbuatan Muslimah yang kita kira agak mengerunkan itu jika diukur dari pandangan kita orang timur yang terkawal, skema dan kaya dengan adab sopan ini.

Jadi saya fikir isu MUSLIMAH melampau ini sudah selesai. Pokok bicara pada hari ini, selepas berlalunya insiden yang tak patut itu ialah kita orang perempuan, terutamanya perempuan Melayu tak kira dari parti mana, sokong parti pun mau kelihatan tenang dan sabar. Kita mau mengembalikan jati-diri, adab kebiasaan orang timur yang kian hari kian terhakis? Kita mau betah tinggal di Bumi Malaya nan indah ini, nah sedih pun sabar, marah pun sabar, apatah lagi tika menerima berita gembira, harus juga sabar. Tapi kalau orang nak rampas hak yang 100% kita pasti memang ditakdirkan Allah untuk berada dalam jagaan kita, janganlah kita sabar. Kita Lawan balik! Lawan jangan tak lawan. Lawan guna akal bukan guna emo.

Walau saya bukanlah seorang yang pandai bersosial dan sabar dengan kerenah manusia yang saya lihat ntah-apa-apa tah itu, (bebulu biji mata den mandang eh) tapi kita semua mestilah belajar macam mana nak letak lidah di hati, bukan meletak hati di mulut. Mengambil kata pegawai di tempat saya berkerja ini pun. “Simpan sikit dalam hati, bukan lepas gitu-gitu aje. Untuk langkah pertama jadi sabar, kenalah tahu apakah perkara-perkara yang boleh menghakis sabar dalam diri kita;

 Pertama:-
Tergesa-gesa.

Kedua:-
Marah

Ketiga:-
Rendah diri

Seterusnya, kita banyakkanlah membaca buku-buku motivasi mendengar ceramah bimbingan kerjaya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang tips bagaimana kita sikit-sikit boleh kurangkanlah perkara-perkara yang boleh menghakis sifat sabar dalam diri. 

No comments: