Saya terbaca cerita ini dalam FB, bukan kawan pun, tapi ada orang like maka dapatlah saya baca. Macam jenis tazkirah juga, tapi tazkirah kewangan. Memang betul apa yang Encik Raja ni tulis. Saya suka jadi saya panjangkannya di sini.
Encik Raja kata:-
"The cost of living does not go up all by itself. Did you think that the cost of living is a magic thing – decides to go up or down at its whims and fancies? If you did think so, then you are an idiot. The cost of goods and services depends on demand and supply. When demand grows faster than supply, the price will go up. [I know some of you will argue that government policies and taxes control prices.... but the point is even with the taxes, there is still a big demand for things]. Of course, there are unscrupulous practices and bad policies which can influence prices of certain goods – but for the national economy as a whole, these are not the main drivers."
Dalam bahasa Melayunya yang saya ringkaskan kos sara hidup tidak naik secara sendiri-sendiri. Jika anda fikir penyangak utama yang bikin kos ini naik ialah kerajaan. Polisi kerajaan, kerajaan tak pandai urus negara, bolehlah, jika nak bertekak memang betul sangatlah. Tapi harus ingat dalam kita sibuk menyalahkan pihak lain, kita pun ada juga saham yang bikin kos ini meningkat kerna kos barangan dan perkhidmatan juga bergantung kepada penawaran dan permintaan. Bila permintaan bertambah dengan kadar lebih laju dari perkhidmatan, peningkatan harga akan berlaku.
Artikel Encik Raja ini secara spesifiknya berbicara tentang Restoran Mewah yang dikatakan meletakkan harga pada kadar yang tidak munasabah. Secara pedasnya Encik Raja berpendapat yang ini berlaku semata-mata kerana sikap masyarakat sendiri yang berlumba-lumba memilih restoran jenis ini. Tidak ada kaitan dengan orang lain.
Komen saya...
You choose your lifestyle....ada orang gaji RM1,000 pun dia rasa dia dah cukup kaya dah. Gaji RM1,000 tak cukup. Di Melakalah, gaji RM900 pun budak tak mau kerja katanya gaji kecik. Barang mahal. Saya tak salahkan budak-budak ni juga...di sana, apa kelas ko pi kerja bawa bekal? Hujung minggu apa kelas ko bekelah-kelah kat pantai klebang jak. Klebang sana air tak best, kotor orang suka curi pasir pantai... dah tercemar.
Mustahil mereka nak tiru gaya budak-budak Bangla, Nepal yang berbodong-bondong pegi kerja jalan kaki, bawa bekal, hujung minggu bersesak-sesak naik bas jalan-jalan di area bandar Melaka. Memang tak hips langsunglah,kan.
Kata dah kije...takkan nak blaja kawan kat McD jah...kurang-kurang pun Old Town, Cofee Bean, Starbuck barulah ada gaya orang berkerja.
Eh malu ooh dah kije keluar bandar makan kat warung aje. Orang mengata. itu belum cerita pasal benda lain lagi tu. Rasa inferior ooohhhh nak-nak dalam bulan pose ni bukak FB semua pakat tayang ifftar di hotel, restauran mewah-mewah. Abeh tu nak wat macam mana dah tak mampu. Kalau saya makan di sana alamat, ada hari-harinya nanti saya kena ikat perut makan maggie aje, atau alamatnya bajet duit raya kena potong, duit bajet belanja kueh, biskut raya pun kena potong sama.
Sekali makan ifftar di Restoran, boleh dapat 2, 3 biji kek coklat. Pada saya the joy of baking chocolate cake for raya surpasses the joy of uploading makan-makan picture at fancy restaurant, so I choose baking.
Orang lain pula, lain rasaya, pilihan gaya-hidup itu citarasa masing-masing. Kita tak payah bising-bisinglah. If you choose gaya hidup mewah memang ko rasa sakit dengan kadar gaji di Malaysia ini. If you choose yang lagi satu ko rasa lapang, tapi...hidup ko tak up to the par, tak up to the standard sebagai penghuni sebuah negara yang sedang menuju negara berpendapatan tinggi.Jika lifestyle sangat penting bagi kamu, jangan pula ko marah sama orang yang kata lifestyle itu satu penyakit....saya tak kata tapi ada orang kata, tak caya bacalah pesanan no 35 dalam artikel ini.
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Monday, June 29, 2015
Saturday, January 21, 2012
Sabar itu separuh daripada IMAN
Beberapa minggu yang lepas sesiapa yang memang minat politik
dan mengikuti perkembangan politik melalui alam maya, pasti terkejut dengan
video sekumpulan muslimah yang berkelakuan agak memalukan di perkarangan letak
kereta berdekatan dengan mahkamah tempat DSAI dibicarakan dengan kes liwat.
Dari kita terus-terusan mengutuk perbuatan Muslimah-muslimah
PAS, saya lebih suka melihat apa rasionalnya disebalik perbuatan yang nyata
tidak rasional. Dan sememanganya beliau ada kisah sedih untuk dicerita bagi membenarkan
tidakan yang telah mencemar imej organisasi yang beliau wakili. Pemimpin Muslimah PAS Dr Mariah pun sudah menyatakan sokongan 100%
tidak berbelah bagi dalam mempertahankan perbuatan Muslimah yang kita kira agak
mengerunkan itu jika diukur dari pandangan kita orang timur yang terkawal,
skema dan kaya dengan adab sopan ini.
Jadi saya fikir isu MUSLIMAH melampau ini sudah selesai. Pokok bicara pada
hari ini, selepas berlalunya insiden yang tak patut itu ialah kita orang perempuan, terutamanya perempuan Melayu tak kira dari parti mana, sokong parti pun mau
kelihatan tenang dan sabar. Kita mau mengembalikan jati-diri, adab kebiasaan orang timur yang kian hari kian terhakis? Kita mau betah
tinggal di Bumi Malaya nan indah ini, nah sedih pun sabar, marah pun sabar,
apatah lagi tika menerima berita gembira, harus juga sabar. Tapi kalau orang
nak rampas hak yang 100% kita pasti memang ditakdirkan Allah untuk berada dalam
jagaan kita, janganlah kita sabar. Kita Lawan balik! Lawan jangan tak lawan. Lawan
guna akal bukan guna emo.
Walau saya bukanlah seorang yang pandai bersosial dan sabar
dengan kerenah manusia yang saya lihat ntah-apa-apa tah itu, (bebulu biji mata
den mandang eh) tapi kita semua mestilah belajar macam mana nak letak lidah di hati,
bukan meletak hati di mulut. Mengambil kata pegawai di tempat saya berkerja ini
pun. “Simpan sikit dalam hati, bukan lepas gitu-gitu aje. Untuk langkah pertama
jadi sabar, kenalah tahu apakah perkara-perkara yang boleh menghakis sabar
dalam diri kita;
Pertama:-
Tergesa-gesa.
Kedua:-
Marah
Ketiga:-
Rendah diri
Seterusnya, kita banyakkanlah membaca buku-buku motivasi
mendengar ceramah bimbingan kerjaya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang
tips bagaimana kita sikit-sikit boleh kurangkanlah perkara-perkara yang boleh
menghakis sifat sabar dalam diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)