Saya pernah menulis puisi, kerna menyampah sangat dengan
ustaz, kepala usrah/ex imam sekolah, yang menyibuk dalam industri perbukuan kita dan mula
menghukum-nerakakan ramai penulis. Kalau dia nak menerakakan penulis kegemaran
saya, tak kisahlah jua, memanglah Nietzsche German kafir, Viginia Andrew kafir
yang kalau ko tanya paderi pun paderi akan kata orang yang bunuh diri itu haram
cium bau syurgawi, Sydney Sheldon, lagilah kafir. Semi-porno, you! J. Ni yang membacanya
pun turut pun turut dikafir-semi-pornokannya, apa masaalah,nya,kan. Itulah yang
membuatkan terhasilnya puisi yang sikit lebih kurang beginilah bunyinya, puisi
asal saya tak simpan:-
Setelah ko coret wajah dunia
Dengan celoreng warna terror, ‘
Kini kau hinggap di muka-surat tulis-baca kami
Untuk ko momok-momok, laga-melaga
Coret-mencoret adu-domba yang ntah apa-apa tah
Sudah-sudahlah tu
Bila ada sasteranita yang begitu berkenankan saya, saya tak
layan, walau rasa memang gatal sangat nak melayannya. Saya sedar yang diri saya
tak layak jadi sasterawan pun. Saya beronline,nak menyatakan betapa salahnya
jika ada yang percaya buku, ada kuasa untuk menjadikan seseorang itu stalker yang gila seks
dan obsess dengan berpelakuan cabul yang jika dibiarkan boleh membunuh sejarah
bangsa Melayu. Hobi membaca tanpa tapisan boleh mendatangkan mudharat besar kepada negara.
Then I told myself, Mardhiah, it ok mereka tak nak berhenti
memomokkan yang ada orang gila sedang berusaha keras membunuh penulis-penulis baik. It is ok kalau online orang nak percaya ko stalker, psiko
kuat berangan yang semi-porno, sebab suka sangat baca macam-macam jenis buku, termasuk buku yang ditulis oleh penulis yang bergelut dengan masalah metal. Tapi, off-line,
make sure pencen esok paling cikai pun Penolong Pegawai Diploma tapi ada Ijazah
Sarjana Muda. Tak perlu nak bertengang urat sangat, dengan mereka yang percaya ko
gila. Visit blog orang sampai 100,333 kali, walhal ko jumpa blog tu tak sampai
6 bulan, pun.
Pada sasterawanita itu saya kata dunia maya ni bukan boleh
bawa semua orang ke bintang, pun. Hanya segelintir yang benar berbakat dan
berkebolehan sahaja yang boleh mencapai immortality melalui dunia tulis-menulis
ni. Saya adalah orang kecil yang biasa-biasa yang dikemudian harinya
nanti…lepas masuk kubur 100 hari orang dah tak ingat dah.
No comments:
Post a Comment