Saya berangan pun sekejap-sekejap sahaja. Tidaklah berangan sampai tak makan, tak minum, tak pergi kerja...Saya masih mampu membeza antara angan dan realiti. Kalau angannya seindah bebunga mekar mengerna panca warna, realitinya adalah seperti dalam gambar di bawah....sakit,kan. Tapi tak apalah dalam dunia fantasi, sayalah bintang, sayalah bulan penyeri hidupnya (kekasih imaginasi saya yang mempunyai kerjaya sebagai seorang penyair dan pelukis...kira karyawan,lah yang omputeh kata artist yang dieje tanpa huruf "s" di belakangnya berbakatlah gitu eh):-
Diculik bukanlah maksud saya berangan kena culiklah, pula, tapi saya akan menghabiskan masa yang telah saya peruntukan untuk berangan mengubat kerinduan terhadap artist kesayangan saya dengan menghabiskan buku yang diberi judul The Portable Neitzsche. Memandangkan ianya sebuah buku berat dan saya bukan hanya perlu membaca tapi membikin reviewnya sekali, jadi lamalah agaknya blog ini akan ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment