Friday, October 31, 2014

Once Upon A time A KATAK

Antara hujah pengikut DSAI untuk menafikan dakwaan Saiful Bukhari yang DSAI telah meliwatnya tanpa kerelaan dirinya, ialah Saiful muda, DSAI dah tua, takkan Saiful tak berupaya untuk mempertahankan maruah diri. Lama perkara itu berlegar-legar sehingga Pendakwaraya tampil memberikan penjelasan kepada perkara ini semalam di Mahkamah. Saiful mangsa penderaan seksual majikannya sendiri. Tak usahlah saya nak ulas panjang-panjang pasal ini. Yang saya nak cerita ialah keterkejutan saya bila DSAI kata penghujahan pihak pendawaraya tak lebih untuk bangkit ghairah pihak-pihak tertentu. OMG OMG….

Sungguhnya bagaimana Datuk Shafiee sudah bertukar jadi penghibur porno. OMG OMG…oh itukah dia taste orang intelek Malaysia. Boleh terangsang dengan prosiding pendakwaan di Mahkamah. Mmmmm patutlah tak boleh baca buku cerita yang tak bertapis.

Barulah saya yakin, memang kerajaan wajib berbelanja untuk kawal, pantau lambakan bahan bacaan di pasaran. Tak sangka orang bijak-pandai-pemikir ulungan dunia ini yang tinggal di bandar ini cepat terangsang rupanya. Iyalahkan kita ni manusia tak sama. Kita orang kasta rendah duduk di kampung dah biasa tengok anjing, kucing, babi, kambing segala bagai haiwan mengawan, dan kita tau manusia pun macam itu juga tinggal tak buat kerja tu bersepah macam binatang jadi kita dah tak heran.

Saya masih ingat masa musim durian, kami tidur berhimpit di pondok dengan sepupu-sepupu lelaki. Rumah nenek, jambannya luar rumah. Oklah tu ada jamban, sebelum tu, memang tak de jamban, memerut kat tempat khas...yang dipagari pohon mengkuang. Hah mengkuang yang gemuk-gemuk itulah kami proses daunnya untuk tikar menjemur padi, bakul junjung isi padi. Ok berbalik pasal qada' hajat yang dah tak berjadual ni lagi penangan jadual makan pun dah jadi huru-hara bila dah berkumpul beramai-ramai. Nasib tak baik memang malam-malam sakit perut, sapa lagi nak teman kalau bukan sepupu lelaki,kan.  Tak jadi apa pun. Teringat pula dulu mak-mak sidai kain berkemban. Seingat saya tak de dengar pun kejadian rogol di kampung.

Lalu saya teringat tika saya mengulang-kaji peperiksaan Sekolah Khas Agama Negeri Johor, sedara kepada sepupu saya dari Bandar tumpang baca kitab kami, dia bekelaluan pelik bila tiba bab yang kata “dibolehkan suami ______ biji________ isteri jika itu sahaja caranya untuk siisteri ___________. Sikit lebih kuranglah gitu, ntah saya tak ingat. Baru saya tau, dia terangsang rupanya.

Betullah manusia ada pelbagai ragam. Ada tu baca kitab fekah pun boleh naik steam. Apa tah lagi baca novel macam the Wedding Breaker oleh Everlyn Rose,kan. Aku Budak Setan oleh Akhdiat Akasya. Patutlah menjerit mau bahan bacaan ditapis. Kita ni plak kawan, pun dengan kengkawan serupa kita ja. Kataklah katakan. Katak yang malas nak merayap keluar dari tempurungnya.

Masalahnya sekarang adakah kerajaan punya bajet lebih untuk itu? Implikasi kewangan, kos melepas. Orang yang serupa mana pula  yang nak menapisnya. Ya semalam aku memang gian nak duduk kat jabatan tapis-menapis, tapi hari ni, kalu ko suruh aku, duduk di situ, aku pun dah mula jadi takut nih. TAKUTnya. Dengar prosiding mahkamah yang pada saya lebih kepada menjurus ke arah teori psikologi, pun boleh naik steammmmm LAAAARIIIIIIIIII.


Kalau sayalah menteri kewangan, kalau betul ada duit lebih baik ku bagi kat Jabatan pendaftaran Negara untuk buat belanja daftar anak-anak tak bernegara itu, kat Sabah tu supaya mereka boleh dapat kemudahan asas persekolahan. Nak menapis bahan lucah. Ada sapa nak? Eh tak nak se. Takut.

No comments: