Saturday, November 1, 2014

SALAM PERDAMAIAN

Kita selalu dengan orang bersungut “ele, dia ni harap muka, aje” Betul ka begitu? Saya memang tak berapa kritislah kalau orang yang ada rupa dan mau mengekspoiltasikan kerupawanan mereka. Dalam tempat kerja, dalam politik pejabat dah macam terjadi satu macam perlabelan. Kita tengok staff tu cantik sikit aje, hah mulalah kita macam alamak, gitu.

Saya cuma ada 4 orang staff untuk diselia, so  far teori staff cantik, hensem, tak pandai buat kerja, nak kata betul, atau nak tolak mentah-mentah jadi null hypothesis pun memang tak boleh, sebab sampling dia sikit/kecil sangat. Saya kena kerja lebih lama lagi, apprise lebih banyak borang LNPT. Ini baru setakat sekali, empat borang…memang tak boleh draw any conclusionlah,kan.

Now kita pergi pada satu keadaan yang lebih hanjeng lagi dari eksploitasi kerupawanan. Daya tarikan seksual. Rupawan satu element tarikan, aje….daya tarik ini bukan terletak kepada kerupawanan sahaja…ada macam-macam, dan ini semua orang ada. Janganlah fikir kamu tak cantik, kamu tak menarik, ya. Semua orang ada. Dan sejauh manakah ingin kita gunakan untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

Kalau ikut orang agama, orang yang mengeksploitasikan daya tarikan ini dosa. Tapi hari  ini kita harus ingat, zaman dah berubah, kita jauh dari nabi, jadi memang perlu berdamai dengan perkara-perkara ini. Saya melihatnya dalam zaman anak-anak generasi Y nanti. Staff saya pada masa akan datang. Masa ini semua ok-ok….tak de orang eh yang mengedik-gedik just to get what she or he wants. Itu dalam FB tu membohong ajelah.

Bukan kata tak ada, ada. Memang ada pun, tapi, dia sorang ajelah yang macam tu. Allahuakbar, apa masalah dia. Memang masalah dia memanglah masalah itu tu yang kat dalam kain, celah_____________, sepanjang saya serve dia selama 2 tahun, memang pernah terdengar dia menjerit “saya dah menopause, dah menopause.” “Menopause, menopauselah, KY Jellykan ada.” Sambut kawan yang nakal. Tapi berani ko masuk bilik dia, suruh dia promote KY Jelly kat suami dia?

So, I’m talking about the future, pentadbir yang tak kompetent, yang taksub percaya wang boleh menyelesaikan segala masalah. Contohlah Pegawai komplen kalau nak bikin mesyuarat luar pejabat mohon, pastikan internet lebih laju dari yang ada kat pejabat. Pentadbir kena take notelah perkara itu, bukan guna daya tarik seks pergi kat kewangan minta orang kewangan cari peruntukan beli plan data portable wifi untuk pegawai sorang satu,kan.Tapi kalau, nak nampak hips, bodek pegawai memang itulah solusinya. Pegawai mesti suka punyer…4G ma…comel aje boleh simpan dalam poket pun boleh. Besok 4G dah lembab ambil 5, 6, 7G lagi. Kerajaan kaya macam Brunei Darussalam bulehlah.

Ok berbalik cerita pasal daya tarikan seksual ni tadi, berbaliklah pasal si kecut yang dah menopause ni tadi. Dia memang percaya “orang tak akan sampai hati nak marahkan orang cantik” Pada dia mungkin dia nak memuji, nak nampak cool, hips dan bijak, lelaki semua bodoh, dan mudah cair dengan wajah cantik, memanglah dia hips cool kehadapan lagi bijak, tapi tak semua orang boleh terima perkara itu.

Memang kita tak suka, tapi kena bersedia….not so (orang kata), terlalu marah sangat akan hal ini. Tak terlalu ambil hati sangat. Not so nak patah balik kepada standard zaman kegemilangan Daulah Islamiyah. Orang kata demi kesejahteraan minda, kita perlu open akan hal ini dan menerima seadanya. Kalau kita bertegas nak betulkan keadaan, nak mengheret orang macam itu ke neraka jahanam, risikonya kita masuk sama, tak jumpa jalan keluar.

Orang, manusia ni selama manalah pun dia boleh sakiti kita, sebagai rakan, habis kuat kita hanya terpaksa tolong dia buat paper work, buat filing aje…tak ada hal sebenarnya benda ni, takkan lah tak kompetent langsung tahap gaban. Semua kerja gomen ni, paling busuk pun SPM, tak lama lagi generasi Y ni, kurang-kurang nak dapat kerani, pun kena ada diploma. Hah pasal plan data portable wifi, kita boleh terang baik-baik, isunya bukan wifi, tapi isu logistic pegawai yang melakukan kerja luar pejabat yang lebih ekonomik jika penginapanya disediakan secara pakej, tak perlu mencarut, pun.

Cuma bila asyik aku aje duduk dalam store, buat filing tu, dah asal nak beli barang je, nampak muka aku mulalah meleweh-leweh…. “puan, puan, puan” hada aje benda yang nak dibelinya, setan tu datang mengoda,kan, dan kita boleh hilang sabar. As for me, zaman buat filing, dah berlalu. As for orang jaga bajet pula, memanglah kalau kita tengok aksi exploit daya tarik seksual tahap gaban memang kita rasa nak muntah, tapi insyallah. Setakat ni, hanya buat dosa kat kafe mengumpat tu adalah, nak letupkan dengan C4 tu memang tak pernahlah. Mengumpat tu pun dah berdosa dah, jadi kena banyak berdamai, kita pun bukannya bagus, sangat pun,kan.


Saya dah mula berdamai dengan mereka yang orang dok umpat-umpat “dia ni harap muka jah lawa” dari zaman saya bikin filing lagi. Memang peninglah, semua tak gheti. Eh manja bebona…. Tapi kita sabar, orang macam ni like I said, memang tak ramai. Kes terpencil. Sepanjang perkhidmatan saya dengan kerajaan adalah sorang tu ajelah yang saya jumpa. Kalau setakat sorang, boleh bina hypothesis ka? Hypertension, hasty generalisation, bolehlah.

No comments: