Monday, November 24, 2014

FACEBOOK BASH

Saya agak terperanjat juga bila anak buah saya memuatnaik kegusarannya di laman FB group kami. Rasa memang macam mau tumpang semangkok dan melezer dengan kata begini “hmmm macam ni nak kalahkan Zionis, konon. Buat bajet pun tak pandai!” Sila gunakan imaginasi anda dan baca line itu dengan gaya Nyonya Mansur Ibu mertuaku.

Pun begitu bimbang pula ada yang geli-geleman memikir ada orang gila berdelusi “holier-than-thou”, who sit at the table of GOD,  sedang frust menonggeng tak dapat rembat batang butuh, jadi saya tulis dalam blog sahaja. Memang pelik orang bijak pandai ini. Kenapalah otaknya tidak diguna untuk menolong orang bawahan seperti kami.

Peruntukan dah kosong, tapi baucer se betengkek-tengkek

Kerjanya mari ke bawah, marah, marah, marah. Itu ka gayanya kunun sebuah bangsa yang akan memegang obor dunia satu masa nanti? Kadang rasa mau mencarutkan pegawai pentadbir yang nak kata bodoh, semua keluar universiti dan untuk anda menjawat jawatan sebagai  pegawai tadbir diplomatik bukanlah mudah. Hanya yang terbaik dikalangan terbaik yang terpilih.

Bila terpilih, lain pula halnya. Orang kata bajet kementerian terbesar negara ini, macam inilah dia. Tiap-tiap tahun lewat sampai. Bayangkan saya dan krew he he he…mengambil istilah glemer Air Asia, hanya ada 5 minggu dari tarikh akhir penutupan akaun, masih banyak lagi baucar yang tidak dapat diproses kerana ketiadaan peruntukan.

Kita minta peruntukan lain, peruntukan lain yang tak berkaitan pula yang akan turun. Bukan kita tak butuh apa yang akan diturunkan, tapi bayangkanlah dalam masa 5 minggu kena kasi licin semua yang turun, prestasi perbelanjaan kena 99.99%.

Ironi, ironi sebuah bangsa yang percaya mereka jelmaan Pahlawan Al-Fateh sedang …apa-apalah heh, sedang berperang melawan Pontianak/Puaka Zionis dan segala mak nenek proksinya, (semua orang proksi zionis nak perosak anak,cucu cicit dia, nak punahkan sejarah tamadun bangsa dia) menang perang dan mengubahnya jadi daula Islamiyah sehebat zaman nabi di Madinah??? Hehehe…

Ia memang saya rasa mau carut-carutkan mereka-mereka yang perasan ni. Buat kata nenek pun, cakap berdegar-degar, tahi tersangkut atas gelegar.

No comments: