Wednesday, November 12, 2014

SENSITIVE

Sebenarnya cendikiawan barat sudah lama tolak Kristian, sejak kurun ke-18 lagi. Lagi-lagi masa kini bila ada yang mencadangkan Jesus ada anak dan berkahwin, mereka ok aje. Bila pengkarya kreatif mereka mengangkat teori ini dalam karya fiction, novelnya jadi laku-keras. Kemudian, dipunggah ke layar perak. Pecah panggung bukan sahaja di Amerika, di Malaysia pun kalau kau tak tonton filem itu, hallamak, aku malu nak ngaku ko kawan aku,lah. Tak hip langsung! Ni baru keluar gua mana ni?

Kita orang Islam tentulah kata, Hai apalah mustahilnya Jesus itu ada anak. Sebab yang disalib itu bukan nabi Isa, tapi salah seorang pembenci Isa. Allah tukar mukanya, pembenci yang lain terkeliru dan menyalib lelaki yang disangkakan Nabi Isa yang pada ketika itu telahpun diangkat ke langit.

Tapi tak sangkalah pula benda macam ini boleh bikin orang Kristian di Malaysia marah. Iya isu yang sangat-sangat sensitive yang boleh bikin gugat keharmonian Negara tercinta ini, jika dibincang dalam medium social seperti FB, tweeter dan sebagainya. 

Sudah semistinyalah saya tak sampai hati untuk menyinggung perasaan perempuan secantik dalam gambar yang saya curi di sini. Hatta, mau singgung perasaan pengikut/penyokong setia beliau, saya tak tergamak. Anda pula bagaimana?


No comments: