“Dulu tak macam itu ek” kata A yang berbaju kurung merah
menyala
“Iya dulu memang tak macam itu” sokong B yang berkebaya biru
“ala dulu tak ada penasihat-penasihat ni” sambut C yang
berkurung oren. Gaya dan suara dialah paling dominan jika berbanding yang dua lagi.
Perbualan ini saya curi dengar waktu break semasa menghadiri
program rasmi. Iya saya dapat mencuri kerna saya keseorangan. Tika itu enjin
belum panas, belum kenal-kenal lagi, baru lapor diri, terus ada makan-makan, alahai. Karipap, apam gula hangus, seri muka mereka kuit-kuit,
kekenyangan barangkali kerna bungkusan nasi kerabu sudah mereka
kroyok-kroyokkan ke tepi. Mereka tengah menikmati minuman panas.
B yang bertubuh montel membetulkan sebutan C “p-u-n-a-i,
punai…”
C akur dan berkata
“punai-punai sehat”
“punai sehat, karipap kering tak guna!” gerutu A perlahan, sambil
mencocok karipap pusing bersaiz yang, alamak 2 kali cakup, dah selesai, dengan
garfunya geram. Lalu menyuakan kemulut dan karipap itu digigitnya dengan penuh
perasaan.
Mereka tergelak besar…dengan kata dan aksi A. Punai sehat,
karipap kering. Itu pasallah semua dah
jadi huru-hara simpul mereka. Sambil gelak-gelak dan terus gelak.
Terhenjut-henjut bahu masing-masing. A muka sposen, sikit pun tak gelak, cuma
senyum puas apabila seluruh karipap pusing itu dikunyahnya.
rupa karipap pusing |
Disclaimer : Cerita ini hanya khayalan sahaja tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
No comments:
Post a Comment