Showing posts with label politik pejabat. Show all posts
Showing posts with label politik pejabat. Show all posts

Sunday, November 16, 2014

Curi Dengar

“Dulu tak macam itu ek” kata A yang berbaju kurung merah menyala

“Iya dulu memang tak macam itu” sokong B yang berkebaya biru

“ala dulu tak ada penasihat-penasihat ni” sambut C yang berkurung oren. Gaya dan suara dialah paling dominan jika berbanding yang dua lagi. 

Perbualan ini saya curi dengar waktu break semasa menghadiri program rasmi. Iya saya dapat mencuri kerna saya keseorangan. Tika itu enjin belum panas, belum kenal-kenal lagi, baru lapor diri, terus ada makan-makan, alahai. Karipap, apam gula hangus, seri muka mereka kuit-kuit, kekenyangan barangkali kerna bungkusan nasi kerabu sudah mereka kroyok-kroyokkan ke tepi. Mereka tengah menikmati minuman panas.

B yang bertubuh montel membetulkan sebutan C “p-u-n-a-i, punai…”

C  akur dan berkata “punai-punai sehat”

“punai sehat, karipap kering tak guna!” gerutu A perlahan, sambil mencocok karipap pusing bersaiz yang, alamak 2 kali cakup, dah selesai, dengan garfunya geram. Lalu menyuakan kemulut dan karipap itu digigitnya dengan penuh perasaan.

Mereka tergelak besar…dengan kata dan aksi A. Punai sehat, karipap kering.  Itu pasallah semua dah jadi huru-hara simpul mereka. Sambil gelak-gelak dan terus gelak. Terhenjut-henjut bahu masing-masing. A muka sposen, sikit pun tak gelak, cuma senyum puas apabila seluruh karipap pusing itu dikunyahnya.

rupa karipap pusing
Disclaimer : Cerita ini hanya khayalan sahaja tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Saturday, November 1, 2014

SALAM PERDAMAIAN

Kita selalu dengan orang bersungut “ele, dia ni harap muka, aje” Betul ka begitu? Saya memang tak berapa kritislah kalau orang yang ada rupa dan mau mengekspoiltasikan kerupawanan mereka. Dalam tempat kerja, dalam politik pejabat dah macam terjadi satu macam perlabelan. Kita tengok staff tu cantik sikit aje, hah mulalah kita macam alamak, gitu.

Saya cuma ada 4 orang staff untuk diselia, so  far teori staff cantik, hensem, tak pandai buat kerja, nak kata betul, atau nak tolak mentah-mentah jadi null hypothesis pun memang tak boleh, sebab sampling dia sikit/kecil sangat. Saya kena kerja lebih lama lagi, apprise lebih banyak borang LNPT. Ini baru setakat sekali, empat borang…memang tak boleh draw any conclusionlah,kan.

Now kita pergi pada satu keadaan yang lebih hanjeng lagi dari eksploitasi kerupawanan. Daya tarikan seksual. Rupawan satu element tarikan, aje….daya tarik ini bukan terletak kepada kerupawanan sahaja…ada macam-macam, dan ini semua orang ada. Janganlah fikir kamu tak cantik, kamu tak menarik, ya. Semua orang ada. Dan sejauh manakah ingin kita gunakan untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

Kalau ikut orang agama, orang yang mengeksploitasikan daya tarikan ini dosa. Tapi hari  ini kita harus ingat, zaman dah berubah, kita jauh dari nabi, jadi memang perlu berdamai dengan perkara-perkara ini. Saya melihatnya dalam zaman anak-anak generasi Y nanti. Staff saya pada masa akan datang. Masa ini semua ok-ok….tak de orang eh yang mengedik-gedik just to get what she or he wants. Itu dalam FB tu membohong ajelah.

Bukan kata tak ada, ada. Memang ada pun, tapi, dia sorang ajelah yang macam tu. Allahuakbar, apa masalah dia. Memang masalah dia memanglah masalah itu tu yang kat dalam kain, celah_____________, sepanjang saya serve dia selama 2 tahun, memang pernah terdengar dia menjerit “saya dah menopause, dah menopause.” “Menopause, menopauselah, KY Jellykan ada.” Sambut kawan yang nakal. Tapi berani ko masuk bilik dia, suruh dia promote KY Jelly kat suami dia?

So, I’m talking about the future, pentadbir yang tak kompetent, yang taksub percaya wang boleh menyelesaikan segala masalah. Contohlah Pegawai komplen kalau nak bikin mesyuarat luar pejabat mohon, pastikan internet lebih laju dari yang ada kat pejabat. Pentadbir kena take notelah perkara itu, bukan guna daya tarik seks pergi kat kewangan minta orang kewangan cari peruntukan beli plan data portable wifi untuk pegawai sorang satu,kan.Tapi kalau, nak nampak hips, bodek pegawai memang itulah solusinya. Pegawai mesti suka punyer…4G ma…comel aje boleh simpan dalam poket pun boleh. Besok 4G dah lembab ambil 5, 6, 7G lagi. Kerajaan kaya macam Brunei Darussalam bulehlah.

Ok berbalik cerita pasal daya tarikan seksual ni tadi, berbaliklah pasal si kecut yang dah menopause ni tadi. Dia memang percaya “orang tak akan sampai hati nak marahkan orang cantik” Pada dia mungkin dia nak memuji, nak nampak cool, hips dan bijak, lelaki semua bodoh, dan mudah cair dengan wajah cantik, memanglah dia hips cool kehadapan lagi bijak, tapi tak semua orang boleh terima perkara itu.

Memang kita tak suka, tapi kena bersedia….not so (orang kata), terlalu marah sangat akan hal ini. Tak terlalu ambil hati sangat. Not so nak patah balik kepada standard zaman kegemilangan Daulah Islamiyah. Orang kata demi kesejahteraan minda, kita perlu open akan hal ini dan menerima seadanya. Kalau kita bertegas nak betulkan keadaan, nak mengheret orang macam itu ke neraka jahanam, risikonya kita masuk sama, tak jumpa jalan keluar.

Orang, manusia ni selama manalah pun dia boleh sakiti kita, sebagai rakan, habis kuat kita hanya terpaksa tolong dia buat paper work, buat filing aje…tak ada hal sebenarnya benda ni, takkan lah tak kompetent langsung tahap gaban. Semua kerja gomen ni, paling busuk pun SPM, tak lama lagi generasi Y ni, kurang-kurang nak dapat kerani, pun kena ada diploma. Hah pasal plan data portable wifi, kita boleh terang baik-baik, isunya bukan wifi, tapi isu logistic pegawai yang melakukan kerja luar pejabat yang lebih ekonomik jika penginapanya disediakan secara pakej, tak perlu mencarut, pun.

Cuma bila asyik aku aje duduk dalam store, buat filing tu, dah asal nak beli barang je, nampak muka aku mulalah meleweh-leweh…. “puan, puan, puan” hada aje benda yang nak dibelinya, setan tu datang mengoda,kan, dan kita boleh hilang sabar. As for me, zaman buat filing, dah berlalu. As for orang jaga bajet pula, memanglah kalau kita tengok aksi exploit daya tarik seksual tahap gaban memang kita rasa nak muntah, tapi insyallah. Setakat ni, hanya buat dosa kat kafe mengumpat tu adalah, nak letupkan dengan C4 tu memang tak pernahlah. Mengumpat tu pun dah berdosa dah, jadi kena banyak berdamai, kita pun bukannya bagus, sangat pun,kan.


Saya dah mula berdamai dengan mereka yang orang dok umpat-umpat “dia ni harap muka jah lawa” dari zaman saya bikin filing lagi. Memang peninglah, semua tak gheti. Eh manja bebona…. Tapi kita sabar, orang macam ni like I said, memang tak ramai. Kes terpencil. Sepanjang perkhidmatan saya dengan kerajaan adalah sorang tu ajelah yang saya jumpa. Kalau setakat sorang, boleh bina hypothesis ka? Hypertension, hasty generalisation, bolehlah.

Thursday, May 15, 2014

KAMBING HITAM YANG CERIA



Saya dah lama tak bercakap-cakap dengannya hari itu dimajlis walimah adik dua-pupu kami sempat berbual sekejap. Walau sekejap memang seronok dan menginspirasikan. DIa ibu saudara dua pupu saya. Ada Phd. Walau dia pendidik, saya pula kerani aje, kami mempunyai persamaan itu, menyibukkan diri dengan buku, menelaah pelajaran sementara menunggu dijemput pulang.

DIa dah habis belajar sedang saya masih terkial-kial lagi diperingkat sarjana Muda, saya mau ikut jejak langkah dia. Kami berkongsi cerita politik pejabat. Hmmm sama aje, anak dara tua yang gemarkan buku adalah penjahat no wahid kepada oraganisasi. Kawan saya bercerita yang dia baru lepas merasa satu azab, rasa dimalukan dek permainan ini. Dia redho, kata dia, walau pada mulanya dia rasa sangat malu.

Saya tak taulah jika dia ada cita-cita untuk well jadi somebody dalam sector pelajaran di Negeri ini, tapi saya rasa dia tidak begitu. Dia belajar sampai peringkat tertinggi sebab dia memang suka belajar. Dia tak ada apa benda nak bikin, so dia pergi sekolah,lah. Tapi tiba-tiba kata dia, dia ditukarkan ke sekolah yang well…gred lebih rendah. Bila jadi macam tu kira macam rasa demotedlah. Esteem jadi macam jatuhlah gitu, dihantui suara-suara “anak dara tua tak guna, jahat” pun ada. Itu kata dia,lah. Kata orang yang menjerumuskan dia ke kancah ini mungkin lain,lah pulakan. Adalah sebab dia ditempatkan ke sekolah yang lebih rendah ratingnya. Mula-mula dia sedih, tapi hari ini dia kata syukur, sekolah baru, lebih dekat dengan rumah, dan kurang memeningkan kepala.

Pelajaran yang saya dapat dari perbualan pendek tadi ialah, tiba-tiba dijerumuskan jadi kambing hitam  politik pejabat bukanlah perkara besar, sangat pun. Biar apa pencatur tu nak justifikasikan atas perlunya mengkorbankan seekor kambing hitam, gasak dia,lahkan. Yang penting jangan sesekali kita percaya apa yang dia kata tentang kita. Biar dia mengungguli tiap percaturan. Kita yang tewas, tak semistinya kita tak betul/bermasalah, atau pembawa bala bencana.

He he he…cakap macam ko bermasalah aje nih…

Iya memang pun, dan saya dah isi borang pertukaran pun. Buat apa gaduh-gaduh, nak lawan-lawan balik. Bumi Allah luas, rezeki ada di mana-mana.

Tapi kawan kata muka saya pucat. Ntahlah kenapa pucat ye…saya sudah merendam sebesen bunga-bunga segar untuk mandi-mandian. Kasi segar badan. Saya ini pakai macam daei imej kenalah ceria dan murah dengan senyum. Pucat-pucat nanti kasi tambah buruk sama imej Islam. Imej kena jaga. Tetiba aje macam orang gila fikir pasal imej ni kenapa eh…..


gambar ni saya masa google-google

Wednesday, May 14, 2014

BUKAN GADUH TAPI BERJUANG


Dalam kelas mungkin kita juara, rumus, persamaan, imbangan bla…bla..bla..mungkin dapat kita selesaikan dengan pejam mata aje…namun dalam menangani politik pejabat belum tentu kita hebat.

Jadi satu macam benda persepsi, kalau kita duduk satu tempat lama-lama maksudnya kita bagus. Let say kita terjebak dalam permainan politik pejabat, ada orang sungguh-sungguh mau bikin kita keluar, tapi kita kekal, orang tu pula yang minta keluar, makna kita berjaya. Bila resume kita tunjuk banyak pergerakkan means kita orang tak pandai menyesuai diri. Kita kena pandai berpolitik agar kita hapa ek, pandai bikin sesuatulah agar kita tak bikin bos atau kesayangan bos kecil hati dan decide untuk make our life miserable kerna perbezaan pendapat atau apa-apapunlah, sebagai contoh tudung kita lagi freeda dari dia, dompet, kasut, beg tangan kita lebih mengancam dari dompet, kasut, beg tangan dia….well, well well who knows bacaan quran kita lagi baik dari dia, CGPA kita lagi gembak dari dia????? alamak... Pendek kata, di psiko keluar organisai kerna hal peribadi, bukan sangat pasal hal kerja.

Saya belajar pasal ini dari kawan yang kita rasa eleeeh biasa-biasa aje, tapi dia gagah, kekal, cool. Kita tengok cara dia, kita belajar dari mereka yang IQnya jauh lebih rendah dari kita. Politik. Selalu kena libas bagai nak rak, esok dia gagah datang kerja, gagah bagi senyum paling manis, walau semalam (rasanya jika saya yang kena dah berkecai hancur berkecai digilis hancur badang saya esok gak aku isi borang minta tukar), diaibkan, dibikin, umpamanya dia anak delinquent /spoil brat yang paling difficult on earth, sedangkan dia sudah bercucu dan akan pencen cukup tahun ini. Hai hai hai…

Iya saya sedang belajar dari orang-orang ini. Siang tadi saya cuba mempraktikkannya. Tapi agaknya tak menjadi, macam plastik patung kayu yang sengal….ha ha ha…pengsan den, habis kena libas balik. Esok macam nak EL aje. Tapi menumpangkan kawan naik kereta separuh jalan berchatting, bagi semangat baru. Esok mesti gagah. Lawan rasa sedih rasa tak guna yang sedang merasuk fikiran buat masa ini. Saya tidak bermasalah. Kalau saya sorang yang selalu kena, mungkinlah saya yang bermasalah, tapi kalau lepas kena libas, bukan sorang kawan kata tapi 3, 4 orang kata “saya kena lagi teruk dari akak, akak buat bodoh aje dah la…” means memang aku tak bermasalah, tapi yang melibas itu ada masalah bil air tertunggak kut he he…joke siyal yang slalu kita main untuk hibur hati tika esteem kita berada dalam zon bahaya. Aik hari ni Rabuuuulah….bukan Jumaat, Rabu pun ada billing ka, ganas jua orang tua ni ye! Uish, uish, uish uish.

Iya..iya..semangat-semangat-semangat usaha tangga kejayaan. Betapa pun orang cuba bikin ko rasa tak guna, ko lawan-lawan-lawan.

Sunday, May 11, 2014

KISAH KESAYANG-SAYANGAN BOS (II - final)



LELAKI II

Ada orang simply tak boleh buat kerja tapi orang luar, suka. Pandai cakap macam YB..The job it’s not suitable for him, tapi orang ibupejabat sana kata dia perfect, macam dia pandailah lagi efficient, tapi itu semua cakap kosong, cerita sana-sini, penatnya aku, penatnya aku, semua benda aku kena buat, tak ada orang lain boleh buat melainkan aku seorang aje boleh, tapi aku asik kena marah, kena rejek. Orang dalam menjeruk rasa. Bos kecik sini pula mau dia jadi kambing hitam. Bos besar makan hati, tapi tak mau dilihat sebagai manusia yang tak manusiawi atau mau dilihat lelaki budiman, kawan-kawan marah semua bengang, semua marah….I aje yang cool gileer seh….

Macam mana saya boleh cool? Saya tergigit lidah. Pernah jua sekali saya memang tak boleh tengok muka dia. Alhamdullillah saya kembali ok. Hey orang lelaki ada ego ok…berhati-hatilah menangani ego sang lelaki. But never ever make he feel like dia tak guna.

Kerja memang tak jalan tapi pandai salahkan orang. Bukan saya seorang yang pernah rasa mau tumbuk dia, tapi dah ada juga yang rasa begitu. The job it’s not suitable for him, but bos nak dia bikin sebab boleh kambing-kambingkan dia…that the key word  Mardhiah, kambing hitam. Dah ada sekor, ko tak payah pening nantinya nama ko pula yang naik kalau ada-apa-apa masalah.

Sabar-sabar-sabar. Harap semua sabar. Mari makan kek coklat, atau have abreak, have a kit kat, tapi Mardhiah lagi suka coklat dalam gambar bawah ni:-



Hidup ini memang banyak kena sabar. Selalu kenang apa yang kita ada dari tak ada. Politik pejabat memang pening, tapi jangan diambil pusing sangat. Life is too short to be pening-pening…

PEREMPUAN PULA


Asyik cerita lelaki, tak adil kalau tak cerita perempuan, nanti dikata bias. Perempuan lagi teruk ha ha. Biasalah perempuan cantik bos lelaki sayang, tak kasi kerja lebih-lebih. Bos perempuan pula guna perempuan cantik tadi untuk cover line, kalau bos nak menyinga, singa termasuk dek aura perempuan cantik tadi.

Jadi setiap kali bos panggil, bos kecik akan bawa perempuan cantik. Semua marah….saya lagi sekali cool giler…saya cakap bos mid-life crisis. Biasalah orang lelaki, antara tandanya dia suka perempuan muda yang cantik. Saya menceceh pasal mid-life-crisis…Nampak macam kawan termakan, dan sudah tidaklah macam sedih. Iya dulu bos pandang orang pandai kerja, tapi hari ini lain jadinya. Langsung dah tak pandang dah. Semua yang pandai itu diragui, dicuragai dibimbangi ada bikin ntah apa-apalah,kan. Black Hidden Agenda??? Almaklum orang jaga duit juta-juta, ni,kan. Kita pergi jengjalan soping pakai duit yang dihimpun melalui permainan, undi pun kalau orang nak kata, orang kata juga.

Sori kau pun cantik juga, tapi ko dah tua….jahatnya saya. Apakan jadi pada yang hodoh macam saya ini? Tempat dia lepas marah. Syukurlah kena marah aje, tak dibuang kerja.

Life is not fair? Kalau ko fikir macam itu, itulah jadinya. Fair sebenarnya, ia untuk masa depan. Saya kira, bila kita tau kita sasaran kemarahan, kebencian bos, kita akan sangat berhati-hati agar tidak dimarahi. Bayangkan dia yang cantik yang langsung tak diberi tugasan mencabar, hilang cantiknya nanti apa dia boleh bikin? Bos cari yang lebih cantik, dan muda.

Sekurang-kurangnya kita yang tak cantik sedar diri, ambil insiatif tingkatkan pengetahuan, cari ilmu, tingkatkan kemahiran, dan bila tua life akan macam biasa, terisi penuh dengan program-program yang menceriakan. Ilmu tak akan pernah tua dan orang yang berilmu itu akan sentiasa menarik dan muda.

What do u plan to do when you get old hah Mardhiah? Roadshow cerita pasal sakit mental,lah…apalah lagi,kan. Tak kan nak berperang –polemik dengan grup penulis/sasterawan syumul penyelamat sastera negaralah pula,kan.

KISAH KESAYANG-SAYANGAN BOS (I)



Cerita pejabat yang kita suka dengar ialah cerita pasal staff yang kita rasa taklah seberapa, bahkan kadang tu menjengkelkan pun ada, tapi dia jadi buah-hati bos. Jadi bermula dari hari ini mari kita kisahkan kisah pertama.....

LELAKI I
Sapa kata wanita hanya tertarik dengan pangkat dan harta? Kelembutan lelaki, kefahaman mereka, baik budi manis tutur kata jua boleh menjerat perasaan, walau poketnya kosong.

“apalah yang menariknya dia tu, dahlah tak berdisplin, datang kerja ikut suka hati mak-bapak,  keluar minum berjam-jam. eish menyakitkan hati akulah. Kalau ini syarikat aku, dah lama dia kena tendang” kata kawan saya dengan penuh emosi sekali.

“dia pandai buat kerja” kata saya

“eleh, pandai sangatlah tu, macamlah orang lain semua bodoh!  Disiplin hancus, tak guna. Bagus jugalah CR (Chief Registrar) tetapkan nak dapat APC, kedatangan, cuti kena tengok sama” kata kawan tak mau kalah.

Saya malas nak sakit-sakit hati akan orang yang menjadi kesayangan bos ini. Saya ini pun bos dah boleh terima seadanya saya sudah sukur, dan tidak mau bergaduhan, tak puas-puas hati dengan kesayangan-kesayangan bos.

Dah tau bos sayang dia, tentu bos akan terluka jika kita mencederai, bermusuhan orang yang dia sayangi. Pada saya bos tak pandang, tak hargai kita dengan sepatutnya pun tidak mengapa asal jangan sampai dia anggap saya musuh yang ada agenda untuk menjatuh/mengeluarkan dia dari organisasi ini.

Iya benar kadang-kadang itu sikap kesayangan bos ini memang membuat ada diantara kita kecil hati dan terpinggir, dia buat tak apa, kita buat tak boleh tapi tak mengapalah, dah tau kau bukan kesayangan, jangan cari pasal, yang bisa bikin bos marah udahlah.

Cara ambil hati bos yang tak berapa berkenankan kita senang aje, berbaik dengan kesayangan dia, walau kita rasa mau terbalik isi perut kita buat begitu. Kita tak nak hidup susah. Nak terbalik-pun, sebenarnya tidaklah terbalik sangat, pun. Kita baik dengan dia, dia baik balik dengan kita. Kita pergi kerja nak berkerja bukan bergossip berkawan  mengolok, menghina kena-mengena dan merendah-rendah kan orang. Apa masalahnya,kan, Datang kerja say only nice thing to everbody. Cukup lapan jam pulang rumah…well apa masalah? Kalau ko rasa bengang lagi mari aku teman ko pergi SPA, berurut, mandi bunga, mandi susu, relex, kasi buang itu stress.