Cerita pejabat yang kita suka dengar ialah cerita pasal staff yang kita rasa taklah seberapa, bahkan kadang tu menjengkelkan pun ada, tapi dia jadi buah-hati bos. Jadi bermula dari hari ini mari kita kisahkan kisah pertama.....
LELAKI I
Sapa kata wanita hanya tertarik dengan pangkat dan harta?
Kelembutan lelaki, kefahaman mereka, baik budi manis tutur kata jua boleh
menjerat perasaan, walau poketnya kosong.
“apalah yang menariknya dia tu, dahlah tak berdisplin,
datang kerja ikut suka hati mak-bapak, keluar minum berjam-jam. eish menyakitkan hati
akulah. Kalau ini syarikat aku, dah lama dia kena tendang” kata kawan saya
dengan penuh emosi sekali.
“dia pandai buat kerja” kata saya
“eleh, pandai sangatlah tu, macamlah orang lain semua
bodoh! Disiplin hancus, tak guna. Bagus
jugalah CR (Chief Registrar) tetapkan nak dapat APC, kedatangan, cuti kena
tengok sama” kata kawan tak mau kalah.
Saya malas nak sakit-sakit hati akan orang yang menjadi
kesayangan bos ini. Saya ini pun bos dah boleh terima seadanya saya sudah
sukur, dan tidak mau bergaduhan, tak puas-puas hati dengan
kesayangan-kesayangan bos.
Dah tau bos sayang dia, tentu bos akan terluka jika kita
mencederai, bermusuhan orang yang dia sayangi. Pada saya bos tak pandang, tak
hargai kita dengan sepatutnya pun tidak mengapa asal jangan sampai dia anggap
saya musuh yang ada agenda untuk menjatuh/mengeluarkan dia dari organisasi ini.
Iya benar kadang-kadang itu sikap kesayangan bos ini memang
membuat ada diantara kita kecil hati dan terpinggir, dia buat tak apa, kita
buat tak boleh tapi tak mengapalah, dah tau kau bukan kesayangan, jangan cari
pasal, yang bisa bikin bos marah udahlah.
Cara ambil hati bos yang tak berapa berkenankan kita senang
aje, berbaik dengan kesayangan dia, walau kita rasa mau terbalik isi perut kita
buat begitu. Kita tak nak hidup susah. Nak terbalik-pun, sebenarnya tidaklah
terbalik sangat, pun. Kita baik dengan dia, dia baik balik dengan kita. Kita
pergi kerja nak berkerja bukan bergossip berkawan mengolok, menghina kena-mengena dan
merendah-rendah kan orang. Apa masalahnya,kan, Datang kerja say only nice thing
to everbody. Cukup lapan jam pulang rumah…well apa masalah? Kalau ko rasa
bengang lagi mari aku teman ko pergi SPA, berurut, mandi bunga, mandi susu, relex,
kasi buang itu stress.
No comments:
Post a Comment