Saya teringatkan semula dengan sasterawan wanita yang
menyarankan saya agar menulis novel, dan buat masa ini saya sedang sangat ingin
mengabadikan beberapa kawan pejabat saya dalam cerita fiksyen saya. Pembetulan
bukan kawan tapi individu. Wanita. Dua individu wanita yang saya rasa sangat
saya minat untuk saya fiksyen,kan.
Saya mempsiko analisa keduanya begitu ghairah sekali. Saya umpama
stalker yang memerhati dengan penuh istiqomah. Setiap bahasa tubuhnya saya
ambil cakna saya catat dan pernah saya umpat-umpat bersama kawan-kawan dengan
penuh girang, semasa kami keluar minum-minum. Kegirangan bertukar jadi biang
keladi bila kawan-kawan suka dan seolah menyetujui hasil analisa saya.
Pabila siap cerita itu
saya akan bikin 2 salinan. Satu untuk simpanan saya, satu lagi untuk
saya persembahkan kepada sasterawan wanita itu, pasti dia gembira. Fikir saya.
Mungkin juga dia akan mencadangkan ke syambara barang-kali…fikir saya dengan
lebih keras menambah darjah keperasaanan saya…he he he…mungkin juga dia
mencampakkan ke muka saya dan memandang saya dengan penuh rasa meluat dan
berkata “macam ini rupa ko kata novel sastera” dan ketawa mengilai-ngilai macam
perempuan gila, sebelum mencaci maki saya dengan penuh berahi. Sambil menjerit-jerit
tahi...tahi..tahi…tahi, sah engkau ni memang taik.
Kemudian saya fikir lagi, apa kata saya bikin lagi 2 salinan
untuk saya beri setiap satu dari individu pejabat yang menjadi bahan utama
cerita saya dan semasa menghulurkan salinan itu saya beritahu kedua individu
tadi bahawa 2 watak yang saya nukilkan dalam karya fiksyen ini adalah kamu. Saya
pasti kalau Malaysia ini boleh kita membunuh, pasti saya akan jadi arwah
sejurus naskah tadi mereka bawa pulang dan dibaca bersama pasangan mereka. Tidak
bukan mereka yang bunuh saya, tapi suami mereka ha ha ha….
Pun begitu esok saya akan membeli sebuah buku nota dan mula
menulis, iaya menulis bukan menaip. Novel itu saya akan simpan untuk suka-suka
dan suruh kawan-kawan saya dan komen masa kita minum-minum lagi. Mungkin ada
baiknya saya membeli sebuah laptop saya taip macam saya menaip selalu agar
mudah saya edit, kemas-kan jika ada kawan-kawan yang ingin menambah-tokok
cerita saya…
Permulaan ayat saya tulis begini:-
Ini hanya sebuah tulis escapism tika esteem diri berada dalam zone
bahaya. Saja suka-suka untuk mengekalkan kewarasan diri dan menaikkan morale,
semangat untuk berkerja.
Sekian selamat pagi…
No comments:
Post a Comment