Showing posts with label Findings. Show all posts
Showing posts with label Findings. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Whistle Blower

Nampaknya cerita 1MDB dah jadi makin lama makin dah tak mengujakan. Dah tau dah sapa menang. Anti 1MDB pun dah redho kekalahan mereka. Jadi tukang kipas 1MDB kasi panas kena cipta sensasi lain iaitu YaPEIM. Baru kejab nak panas dah mati.

Jadi gigit jarilah sapa yang berangan nak jadi sefemes Madam Cythia Cooper itu. Kita tak moh cite pasal Whistle Blower, tapi saya nak nasihat sikit orang yang selalu harap-harap tiupan wisel dari pejuang-pejuang kebenaran ini agar tidak kecewa, kecewa, dan kecewa lagi.
Madam yang comel
Anda mesti cakap "kenapa saya tak boleh nak gantung keterujaan pada bunyi tiupan wisel yang membingitkan itu? Dulu saya pernah gembira bila Ketua Wanita UMNO tewas kerana kes Lembu Kondo. Kenapa lembu itu sangat berjaya? Kenapa?" Maka jawab saya, dari sapa pula Lembu ini datang? Apa? Tony Phua? Rafizi Ramli? no no no no...bukan. Ok dari mana plak 1MDB terbit? YaPEIM bermula?

Saya bawa kamu mengembara, mengibas kembali kisah Madam Cooper. Siapa dia dengan pihak yang telah tumbang dek kebingitan tiupan wisel beliau. Beliau orang dalam. Jawatan yang disandangnya dalam Enron, juruaudit dalam. Dari dalam dia tiup keluar. Itu yang buat isu yang diangkatnya berjaya menyelamatkan pemegang saham dari terus ditipu oleh pihak pengurusan Enron.

Ok mari jawab sama-sama dari mana Lembu terbit? Jawabnya Laporan Ketua Audit Negara
Dari mana 1MDB bermual? - Sarawak Post dan Suami Ummi Aida
Bagaimana pula YaPEIM? - dari NOW, singkatan dari National Oversight and Whistle Blower

Jadi lain kali kalau ada orang spin isu korupsi, tengok dulu sumber asalnya sebelum kita mau gantung harap ia jadi isu yang Ketua Audit Negara kata "water tight" gerenti manang. Adakah ia datang dari dalam organisasi itu sendiri atau luar.

Ini ramalan untuk ISU tahun depan.... 1Bistari Net, mungkin juga Kolej Vokasional. Yang ini kalau terangkat pasti malatop. Tapi saya fikir our PM seorang lelaki yang amat bijak dan perkara ini tidak akan disensasikan. Kementerian lain saya tak tahulah saya cuma tahu yang dekat dengan saya aje.

Oklah ye kawan-kawan, kalau ada isu fraudulent, cerita peminpin baham duit rakyat, tengok dulu dari sapa...kalau dari Laporan Ketua Audit Negara silalah raikan, kalau bukan baik buat popia basah makan waktu hujan-hujan ini pun lagi sodap.

Selamat berhujung minggu... tau baru Rabu ni, tapi mo cuti-cuti tumpu pada peperiksaan both peperiksaan Jabatan dan final Under grad. Itula tuhan bagi saya rezeki lewat, dah tua-tua baru dapat peluang mengulit buku. Kalu tak dulu berangan 24 mo jadi Pengetua Akademi Fantasia.


Tuesday, June 23, 2015

Mengendap/analisa psiko kucing

Anda pernah dengar pseudoscience? Dia bunyi macam sains tak sebenar tak sains pun contoh nak cerita sini analisa psiko, personality inventory. Bunyi macam saintifik, kalau yang inventori, tu siap dengan questionernya,kan tapi taklah sesains mana pun. Apa rasa anda jika orang kata saya sedang melakukan inventori personaliti terhadap tuan-puan? Scary?

The best auditor is the one that can make good personality inventory? Itu kalau one dulu kece-kece gemar baca buku penyasiatan, mata-mata gelap, Nancy Drew, Hardy Boys dan yang sewaktu dengannya atau yang kini popular siri kartun Detektif Conan. But auditor is no mata-mata or detektif. Kita lapor saja. Walau saya pernah ditegur sebagai suka menpsiko analisa orang, but I only keep it to myself or share it with those yang saya rasa are open untuk dibaca.

Not many people selesa dibaca. dan kadang tu, pembacaan kita tak betul pun. Macam mana anda boleh kenal seseorang hanya berdasarkan tulisan, blog dan pemerhatian? Kecualilah anda benar-benar berinteraksi dengannya di alam nyata. Itu kata mereka yang mengatakan bahawa analisa psiko Sigmund Freud tergolong dalam satu cabang pseudoscience. Jika anda ingin kata TAKKK analisa, inventory saya tak pernah meleset, saya nak juga baca kamu sebagai begitu, begini, begitu, well terserah. Tak ada yang larang. Bacalah.

Bagi saya pula baca orang, kalau tak kena cara nanti boleh bikin orang marah, mengamuk dan sebagainya, jadi saya baca kucing aje. Juga saya berfikiran yang ianya sangat rude jika kita memulakan mukadimah ceramah kita dengan statement "saya sedang melakukan inventori personaliti terhadap tuan-puan" aku tau la ko tu sokme jadi penal penemuduga.

Jadi meh kita hendap kucing. Selalunya kucing adalah haiwan yang manja. Tapi ada kucing tak manja. Saya jarang jumpa kucing yang hostile, tidak mesra. Tapi kadang tu ada juga jumpa. Biasa kucing garang/tak mesra ini sangat cantik. Jantan. Kalu kucing kurap coreng-coreng muka kesan gaduh, atau yang betinanya, dah tua sikit dah pernah mengawan, memang manja. Tapi jangan usik yang baru beranak tengah menyusu...garang, sebab dia fikir kita mau culik anak-anaknya.

Kucing sombong ini memang lawa gebu... tak caya meh tengok gambar....

Mana tak cantik, berdandan jak kerjanya

Lepas tu tidur....... penatla, jangan usik saya bule tak?


ahhh patutlah garang, rupa-rupanya di luar sana ada pesaing...
meh zoom sikit muka dak Putih ni, haaa,kan gebu,kan.

Pun untuk pengetahuan anda, analisa saya ini teramatlah silapnya. Saya sedar kesilapan saya hanya bila saya bercakap-cakap pasal kucing ini dengan tuannya. Kucing ini sebenarnya amat manja...tapi dia hanya lalok-meleleh liur bila ko ayun dia dengan kaki. Dia tak biasa digendong, dibelai dengan tangan, dia hanya suka meleset-leset pada kaki. dan amat suka jika kamu hayun dia dengan kaki. Tapi hari itu mood kucing tak baik, dia semacam ketakutan. Pada paginya rumah tuannya dimasuki ular tedung kecil, dialah yang mengejutkan tuannya agar kasi bunuh itu ular. Lepas tu, si putih di luar sana, asyik bikin bising saja. Jadi si "grey mackerel tabby" ini ada bad mood sikit. Takut pun iya tu barangkali.

Friday, October 31, 2014

Once Upon A time A KATAK

Antara hujah pengikut DSAI untuk menafikan dakwaan Saiful Bukhari yang DSAI telah meliwatnya tanpa kerelaan dirinya, ialah Saiful muda, DSAI dah tua, takkan Saiful tak berupaya untuk mempertahankan maruah diri. Lama perkara itu berlegar-legar sehingga Pendakwaraya tampil memberikan penjelasan kepada perkara ini semalam di Mahkamah. Saiful mangsa penderaan seksual majikannya sendiri. Tak usahlah saya nak ulas panjang-panjang pasal ini. Yang saya nak cerita ialah keterkejutan saya bila DSAI kata penghujahan pihak pendawaraya tak lebih untuk bangkit ghairah pihak-pihak tertentu. OMG OMG….

Sungguhnya bagaimana Datuk Shafiee sudah bertukar jadi penghibur porno. OMG OMG…oh itukah dia taste orang intelek Malaysia. Boleh terangsang dengan prosiding pendakwaan di Mahkamah. Mmmmm patutlah tak boleh baca buku cerita yang tak bertapis.

Barulah saya yakin, memang kerajaan wajib berbelanja untuk kawal, pantau lambakan bahan bacaan di pasaran. Tak sangka orang bijak-pandai-pemikir ulungan dunia ini yang tinggal di bandar ini cepat terangsang rupanya. Iyalahkan kita ni manusia tak sama. Kita orang kasta rendah duduk di kampung dah biasa tengok anjing, kucing, babi, kambing segala bagai haiwan mengawan, dan kita tau manusia pun macam itu juga tinggal tak buat kerja tu bersepah macam binatang jadi kita dah tak heran.

Saya masih ingat masa musim durian, kami tidur berhimpit di pondok dengan sepupu-sepupu lelaki. Rumah nenek, jambannya luar rumah. Oklah tu ada jamban, sebelum tu, memang tak de jamban, memerut kat tempat khas...yang dipagari pohon mengkuang. Hah mengkuang yang gemuk-gemuk itulah kami proses daunnya untuk tikar menjemur padi, bakul junjung isi padi. Ok berbalik pasal qada' hajat yang dah tak berjadual ni lagi penangan jadual makan pun dah jadi huru-hara bila dah berkumpul beramai-ramai. Nasib tak baik memang malam-malam sakit perut, sapa lagi nak teman kalau bukan sepupu lelaki,kan.  Tak jadi apa pun. Teringat pula dulu mak-mak sidai kain berkemban. Seingat saya tak de dengar pun kejadian rogol di kampung.

Lalu saya teringat tika saya mengulang-kaji peperiksaan Sekolah Khas Agama Negeri Johor, sedara kepada sepupu saya dari Bandar tumpang baca kitab kami, dia bekelaluan pelik bila tiba bab yang kata “dibolehkan suami ______ biji________ isteri jika itu sahaja caranya untuk siisteri ___________. Sikit lebih kuranglah gitu, ntah saya tak ingat. Baru saya tau, dia terangsang rupanya.

Betullah manusia ada pelbagai ragam. Ada tu baca kitab fekah pun boleh naik steam. Apa tah lagi baca novel macam the Wedding Breaker oleh Everlyn Rose,kan. Aku Budak Setan oleh Akhdiat Akasya. Patutlah menjerit mau bahan bacaan ditapis. Kita ni plak kawan, pun dengan kengkawan serupa kita ja. Kataklah katakan. Katak yang malas nak merayap keluar dari tempurungnya.

Masalahnya sekarang adakah kerajaan punya bajet lebih untuk itu? Implikasi kewangan, kos melepas. Orang yang serupa mana pula  yang nak menapisnya. Ya semalam aku memang gian nak duduk kat jabatan tapis-menapis, tapi hari ni, kalu ko suruh aku, duduk di situ, aku pun dah mula jadi takut nih. TAKUTnya. Dengar prosiding mahkamah yang pada saya lebih kepada menjurus ke arah teori psikologi, pun boleh naik steammmmm LAAAARIIIIIIIIII.


Kalau sayalah menteri kewangan, kalau betul ada duit lebih baik ku bagi kat Jabatan pendaftaran Negara untuk buat belanja daftar anak-anak tak bernegara itu, kat Sabah tu supaya mereka boleh dapat kemudahan asas persekolahan. Nak menapis bahan lucah. Ada sapa nak? Eh tak nak se. Takut.

Wednesday, October 12, 2011

If only you can make us see


Semasa bikin diploma itu hari topik hok last-last tu pasai share, KLSE, bursa tu, lecturer bagi kebebasan kami explore sendiri  “to see apa itu bursa, wats make our bursa is a bursa, and indeed bukan satu platform gajah putih yang ditubuhkan saja-saja/cosmetic, kalu Amerika ada, kita mesti ada gak untuk Boost ego pemimpin2 UMNO/BN yang kerdil itu yang dulu masa skolah bukan nak blajar, berfoya, berkepit dengan perempuan aje, tapi masuk politik sebab atas tiket bapa. KLSE, SSM, GLC tu semua bapa dialah yang cipta agar bila habis blaja walau tak lulus buleh jadi juga orang besar.

That is to say, if our leader have a dream to make Malaysia global financial Hub, it is not “angan-angan Mat Jenin” . Based on my exploration and reading, I conclude that yeah, we can make it if we are serious about it. This is indeed our jihad as muslim.  No such thing as this place dah “fully booked or wat so ever”  But if we choose to ignored it,  or think it is not for us, it is haram for us to even come near to it, then all the facilicities and the opportunity will be taken by others.

If we choose to ignore, it is still ok, yang lagi teruk kita menghasut-hasut, menakut-nakutkan, memomok-momokkan orang dari datang dekat apatahlagi mau memesrai satu bentuk perdagangan perniagaan yang baru ini.

Kita momok-momokkan orang lain dengan nas-nas, ayat-ayat Quran yang cair di mulut kita dengan harapan ntah apa harapan tak taulah. Mungkin kita takut sebenarnya. Takut terpesong bila dah kaya. Maka ayat-ayat, kisah-kisah pasal kemusnahan, kemurkaan Allah terhadap orang kaya pun kita uar-uarkan. Kita sibukkan minda  dengan cerita mencapai  idealistik dengan perang berdarah-darah, bersabung nyawa.

Kita patut, wajib suka berperang, anak jantan harus berdarah dan lebam-lebam bergasak, barulah jantan.  Dan kita tengoklah di Syria sana, apa dah jadi?

Saya teringat perjumpaan terakhir dengan Tuan PPD kami, antara kata-kata Tuan, dia jadi relex dan tak marah-marah ie cool, sebab dalam bertugas dia cari orang yang “ahli”. Contoh kalau mau jalankan sukan dia cari pengawai sukan sebab kalau cari ustaz, ustaz keluar nas, memang tak jalanlah sukan itu. As if Nabi tak pernah bersukan, sukan bukan untuk umat Islam, Melayu yang Islamic tak main sukan, main sukan  blakang unta aje.  Sikit lebih kuranglah tu.  Dia cakap macam ini sebenarnya “kalau saya nak sukan, saya jumpa XXX, kalau saya jumpa ustaz, hah ustaz keluar nas dia” gelak-gelak kecil…titik

Di sini bolehlah saya anologikan, kalau kita mau jadi No 1 dalam stail perniagaan baru ini, kita pergi cari “wahyu” dari seorang yang berfahaman sosialis totok, memang banyak hujah dan contoh yang dia boleh keluarkan untuk membantutkan anganan kamu mau jadi player dalam dunia perniagaan baru ini (nak kata baru taklah, British masa datang sini dulu, itulah modal, kaedah mereka).  Bolehkah intelek sosialis a.k.a “A Rustam Sani wannabe” ini nampak “peace through trade?”  Trade yang zaman nabi dan Siti Khadijah tak ada orang buat lagi, trade yang zaman British Hindia Company baru ada.

If you can make him or her see it, memang magicallah tu.
  

Monday, March 28, 2011

Psiko Melayu

Isu Novel Interlok masih tak habis-habis, ingatkan dah habis. Selepas bersidang, berbincang bla..bla..bla, dan secara grafiknya sasterawan yang itu hari keluar paper muka depang menangis, dahlah sakit tua, tambah sakit terlentang terus dek gara-gara interlock, dah pun bule masuk paper tersenyum. Saya pun tak tinguk sangat muka orang tua yg tersenyum tu, karang angau karang susah pula. Ahaks. Pandang gambar lelama pun rasa samalah hukumnya dengan pandang direct real life lama-lama juga. Kalu seronok semacam rasanya dah violated larangan tuhan dalam surah Annur ayat 30 & 31. Rasa-rasa sayalah yang mengaji tafsir quran sampai tahap darjah 6 jah sekolah Agama Negeri Johor.

Ok berbalik pasal Interlok yang masih diperkatakan. Adalah sorang mamat tu kata, kenapa cuai, kenapa pilih novel yang macam itu. Dah macam itu orang India dah kecik ati, tulis ajelah Novel lain, apa pinda-pinda? Sikit lebih kuranglah gitu-gitu ‘gist’ yang saya dapat dari pembacaan saya tentang kenyataan mamat yang ramai blogger-blogger nyamuk tak ntah skola ntah tidak ini gelar sebagai Din Pudu Raya. Hmm eloklah tu korang pakat reramai kata dia Din Pudu dia kata korang ntah apatah kita tak tau.

Isu dah tak ada isu lagi dah, perwakilan masyarakat India dah tak mengamuk lagi, penulis pun dah tersenyum. Apa lagi masalah? Lainlah kalau masyarakat India masih marah, atau penulis pula berdegil tak mau ubah apa-apa atau kedua-duanya sekali. Bagi pihak penulis, beliau boleh saja ambil keputusan untuk tidak membenarkan naskah tersebut dijadikan teks KOMSAS.

Namun kita orang Melayu ini psikonya kita lebih rela meng”adjust” dari dibuang terus. Kita bukan macam orang kapitalis barat yang kalau tak suka buang terus, “you are fired”. Buat kata kawan saya masa kat KDN pun kita ntah “beger2” macam itu bajulah kalau tak sedap pakai kita adjust2lah kasi sampai sedap. Kalau baju tu terketat? Kita kena kuruskan badanlah sampai tak ketat. Gitu-gitulah. Hanya orang yang benar-benar faham psiko Melayu aje rasanya boleh betah dengan cara Melayu. Mungkin ada yang tak puas hati dengan penyelesaian Kes ini. Rasa seolah Melayu kalah, tapi memang sikap Melayu macam gitu mudah mengalah. Dalam isu Interlok ini, kalah kah kita?

Kalau kita sebut “Interlok, Melayu memang cepat mengalah” memang kita rasa teruk, tapi kalau kita ubah pula “ Interlok melihatkan tahap toleransi yang tinggi umat Melayu” lainlah pula perasaan kita. Sukahati kitalah apa bentuk statement yang kita nak masukkan dalam minda kita. Kalau kita lihat kita sebagai bangsa yang cepat mengalah memang kita akan jadi macam itulah, tapi kalau kita lihat kita sebagai bangsa yang toleran, itulah kita. As for me, I would rather winning some, and loose some dari losing everything. Ada ada benda yang eloklah dapat sikit dari tak dapat terus he he he.

Saturday, March 26, 2011

Matlamat kita (FOKUS)

Kita nak masuk syurga
kita nak bahagia dunia akhirat

Kita jangan fokus sangat nak tengok orang lain masuk neraka, sengsara dunia akhirat.
Kita juga jangan expect sangat buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, jam-jam tu la ni juga, macam kisah ummat nabi Musa yang jahat dok sembah patung sapi. Saya terjumpa ayat-ayat dalam Quran yang menyebut, ummat Muhammad yang membuat onar, Allah tangguhkan siksaan dihari pembalasan nanti.

Memang Quran tak pernah salah. Sebagai hujahnya untuk diri sendiri, saya tingok krisis timur tengah. Zionis yang bertahun2 balun Palestine dok eksyen gagah sampai la ni juga.