Kita orang Islam selalu fikir yang kita cukup kenal nabi dan
Tuhan. Contoh macam saya yang dulu, saya yang baru-baru ini. Saya fikir dengan
memarahi, menyumpah, memukul manusia
yang embrace slogan “agama itu Candu” dan orang ajak kita pelihara anjing,
sedangkan anjing termaktub sebagai najis mughalazah yang amat menyusahkan diri
sediri juga untuk kita menyimpan najis berat ini, sebagai peliharaan kita.
Kita fikir dengan bergarang-garangan dengan orang seperti
ini, tuhan akan sayangkan kita. Kita semacam memakwe/mengawekskan tuhan. Tuhan
itu seolah perempuan manja memegang falsafah “my boyfriend must be my soldier
who are ready to draw blood with those who disputed me”
Adakah sebenarnya Tuhan itu begitu? Begitu pondankah tuhan
sedangkan banyak cerita yang kita dengar akan kehebatan Tuhan. Tuhan kalau dia
nak buat apa-apa pun dia boleh. Misal, dia boleh mandulkan orang, dia boleh memanah-petirkan
orang pun boleh.
Kenapa perlu saya pula perempuan yang lemah ini pergi pukul
mereka semua untuk tuhan. Jawabnya memukul mereka bukan untuk tuhan, tapi untuk
diri sendiri. Amarah diri, ketakutan diri. Takutkan bintang 3. Tengoklah sahaja
apa dah jadi. Kerna kekhilafan saya mengawekskan tuhan menjadikan fitna pada
diri sendiri, kan dah jadi anak dara tua dah, yang semua orang benci. Sebelah
ada pen sebelah ada parang? Katie Bates dalam Filem Misery???
Jadi fitna kepada agama, kepada Islam. Islam dilihat
extream, tak boleh diajak berkompromi, penuh kebencian, kekejaman, sukakan
perkelahian, dan peperangan. Kita juga menfitnakan Nabi. Kita sebagai umat
Islam memperlihatkan Nabi itu menyebar Islam dengan mata pedang. Walhal itu
tidak benar sama sekali.
Nabi kita seorang yang lemah-lembut, penuh kecintaan. Apabila
baginda menyebarkan Islam lalu baginda dicaci hina dan disakiti lantas malaikat
menawarkan untuk menghancurkan mereka yang telah menyakitinya. Baginda menolak.
Baginda menaruh harapan, biarlah ibu/bapa mereka tidak boleh menerima syiar
yang baginda bawa, asal anak-anak mereka dapat menerimanya jua dikemudian
harinya.
Begitulah indahnya pekerti nabi, yang tak mampu saya jadikan
ikutan. Bila saya tak mampu, saya malu besar sebenar. Apa dah, orang perempuan
garang nak mampus nih? Untuk coverline malu, saya mengawekskan tuhan. Saya kata
aku berjihad menghapuskan kebejatan ummat, aku bernahi-mungkar.
Bukan saya tak tahu akan keperluan berhablumminannas….saya
persetankan itu semua. Aku pendekar kekunci komputer yang telah menginfakkan
diriku untuk membela kesucian agama. Kata saya. Kata saya yang bersalah dan
ingin merasionalkan tindakan saya yang langsung tak selari dengan pekerti nabi.
Pun begitu hidup ini sebuah perjalanan yang panjang….hari ini saya gagal, esok
lusa pasti berjaya, dan saya optimistic dengan keinginan mau jadi Mathama
Ghandi, alaf 21, berkat doa ibu-ibu dan ayah (paklong), serta rakan-rakan yang
menyayangi saya, satu hati nanti saya akan berjaya juga, Insyaallah.
No comments:
Post a Comment