Pendirian, pendekatan, pandangan kita tentang satu perkara
itu boleh sahaja berubah-ubah. Misalnya saya yang satu ketika dulu macam orang
gila yang kesarukan, kununlah menyumpah seseorang kerana ketidak cukupan info,
ketakutan yang tak sepatutnya saya takuti.
Apa yang sangat saya takutkan itu? Well the revival of
communism. Hai bukanlah saya tak belajar dalam ekonomi pun pasal natural
monopolistic yang menyebabkan mengharta-milikkan sumber itu pada kerajaan
merupakan satu-satu cara terbaik dalam pengurusannya. Tak payah saya nak cakap
panjang2 pasal ini, saya percaya pembaca blog ni tau, malah lebih arif lagi
bab-bab yang oppose kepada kapatalis ini.
Pada masa tu, saya lebih pandang kalau komunis aje
anti-tuhan, bintang 3 yang sangat ganas itu. “agama itu candu” Iya orang yang
melantunkan slogan tadi harus dibunuh. Apa dia dah mati? Iyalah memang dah lama
mati, saya tau, maksud saya, dalam masa ini, sapa-sapalah yang cuba nak
menghidupkan kembali slogan itu harus di bunuh jika enggan bertaubat nasuhah.
Amboi-amboi garangnya, kan. Sehinggalah saya ditegur oleh
rakan online secara bijak. Rakan saya ni back ground sastera, jadi cara mereka,
cara orang sastera memang menusuk habislah. Rakan bawa cerita pasal perjalanan
pulang nabi dari Taif, ala, yang pasal malaikat offer baginda untuk musnahkan
kampung itu kerana mencaci-cerca nabi. Itu nabi, kata saya pada mulanya dengan
penuh egoistic sekali.
Perjalanan hidup saya diteruskan, tapi dengan pertambahan
usia, mungkin saya sedikit mellow dan mula memahami cerita kawan tadi.
Pandangan saya sedikit-sedikit berubah. Saya diperkenalkan oleh rakan lain dengan
Mathama Gandi, Rumi, dan segala macam mamat jiwang-jiwang karatlah. Cerita-cerita
pasal semua pasal jiwang-jiwang, dah indah-indah belaka. Aik dia orang lelaki
pun sikit punya lembut, yang ko perempuan apa ke halnya,kan nak garang-garang.
Kemudian mellow, mellow, mellow dan sedikit sebanyak saya mula faham apa yang
dimaksudkan sebagai “agama itu candu”
Saya mula terima komunism? Sosialis, dah masuk partai PRM
dah? Tak saya masih macam dulu. Masih percaya juga dengan momokan Melayu ini
tak macam orang barat. Melayu perlu pembentung. Kata mereka bulat air kerana
pembentung. Pun begitu buat masa ini kita memang Nampak lagi pembentung dari
kerabat elitis berdarah suci keturunan dewa-dewi dari kayangan yang akan
membulatkan air ke arah pro orang marhaen. Semua macam gian aje nak mengejar
status Negara berpendapatan tinggi, gaji mesti
at least by the year 2020, RM4,000.00 sebulan.
Tak kisahlah semua itu. Kalau kita ikut acuan barat kalau
rasa boros sangat, RM4000.00 tak cukup. iya saya akui, saya memanglah seorang
yang agak boros….saya boleh saja cari Negara yang “standard of living”nya masih
rendah. No, saya tidak akan terikut-ikut dengan gerakan ubah Negara, sebab apa
eh…sebab saya rasa mencapai RM4,000 sebulan by the year 2020, itu lebih
realistik, dari laburkan masa, waima secara part time, pun dengan anarki,
guling kerajaan yang belum tentu terguling, kalau terguling, pun belum tentu
lagi dan-dan tu juga harga barang semua turun.
Cuma saya tidaklah lagi akan meroyan macam orang gila, (sehingga
melayakkan saya mendapat gelaran psiko kuat berangan) dengan orang yang percaya
jika pemilikan syarikat-syarikat besar dapat dirampas, kita tolak unsur untung
dari perkiraan kos pengeluaran maka harga barang automatic akan jatuh. Saya
mula memandang penuh hormat dengan tokoh-tokoh yang punya keupayaan untuk tarik
orang ke jalanan menyertai program-program berbentuk pemberontakan, luahan
suara rakyat marhaen ini.
Bukanlah bererti saya kini dah taksub yang pemilikan Negara akan
jadikan harga barang jatuh, dan sedang bersedia berjogging, fitkan badan untuk
menyertai rally protes kerajaan di jalanan, tak, saya memang sukar nak percaya
semua itu. Itu semua bullshit. Cuma saya rasa kalau Mathama Ghandi masih hidup,
dia tidak akan mencemuh apatah lagi cuba mengajar/memberi pencerahan akan
kewujudan “the better way of living/managing your life” kepada orang yang
mendedekasikan seluruh hidupnya dengan kegiatan protes di jalanan.
No comments:
Post a Comment