Tuesday, October 21, 2014

BERANGAN GILER

Ketika perjalanan pulang dari Kuala Selangor, bas yang kami naiki melintasi satu pekan (bandar baru kecil) yang ada sort of like tempat awam berhimpun... macam dewan, ada pentas, tapi ia terbuka, pentas sahaja yang berbumbung, bendera PKR memang besar, ala,tak lah besar sangat, tapi biasalah besar saiz bendera yang kita naikkan masa perhimpunan pagi kat sekolah masa kita kecik-kecik dulu-dulu tu. Terpacak-pacak, dalam barisan. Adalah 4 , 5 ke gitu, dan ada gambar menteri besar Selangor digantung jadi back drop pentas.

Saya pun bercakap begini "kesian Wan Azizah tak  dapat dia jadi MB ye. Kalau tak, kita dah dapat MB wanita pertama di Malaysia." Go go girl POWER he he he...

Saya berangan yang sayalah penganalisis tersohor negara, dan mula membikin analisa sewel yang mengatakan jika Sultan Selangor tak single  pasti baginda tak kisah Dr Wan jadi MB dan terus bertanyakan begini "kenapalah Sultan tu tak kawen-kawen lagi?"

Kawan saya, dek kerana bimbang barangkali, atau sakit hati, meluat, menyampah dengan kata-kata saya (oh kawan saya tu iPROUMNO, you, dan seorang perempuan) berkata seperti di bawah dengan nada sakit hati tapi suaranya masih terkawal, hanya boleh didengar saya sahaja, mungkin juga pegawai yang ada di hadapan, belakang, dan sebelah kanan kami...menang tak kuat tapi nadanya sangat mengancam, memberikan arahan agar berhenti membuat spekulasi-spekulasi, ramalan yang mengarut-ngarut pasal politik. Dia geli, dia benci dengar nama Dr One & d'familia:-

"dia tunggu akaklah!....hah tak sudah-sudah Selangor, Selangor, Selangor. Minat sangat dengan politik Selangor!"

Marah dia. Tapi kenapa....WHY WHY WHY.....keji sangat ka politik Selangor tu, politikkan memang begitu, lagi keji, lagilah kita suka...hmmm.Salahka I minat benda keji? I bukan nak jadi macam diaorang pun, I suka jah tengok dia orang tu.

oh sorilah prof politik ni terpaksa berhenti berangan  dan suruh pemandu bas pasang video...Dan Video pilihan pegawai IT kami setelah dapat kelulusan dari wakil unit Pendidikan Islam ialah LAKI-LAKI.




No comments: