Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Perkongsian Ilmu malam-malam Jumaat nih




Hari tu, dah lama dah, 21.01.2013 hari saya, pinjam sebuah buku dari perpustakaan berjudul “Law for Journalists” karya Frances Quinn.  Ada tajuk defamation.  

Saya tertarik dengan section Defamation and Malicious Falsehood. Yang saya faham, kalau seseorang mengada-adakan cerita buruk tentang kamu, kamu belum tentu boleh menang jika kamu saman dia. Kerana undang2 defamation ni bukan pasal sangat dengan perasaan orang yang difitna, tapi lebih kepada reaksi, respond orang lain terhadap fitna tersebut.

Contoh:-
A kata B pondan yang suka berzina dengan lelaki macho yang lain.  B ada business spa dan saloon. Dek kerana cerita A, business B tetap macam biasa juga, pelanggan tak pernah ambil pusing, B tidur dengan jantan ka, betina.  Bahkan tak kurang  pelanggan perempuan B yang menaruh hati sama B dan ada juga yang berani mengorat-ngorat B. B’s Life sokmo happening. B sangat popular dan disukai ramai. Kehidupan B tak pernah terjejas dek cerita-cerita A. Cuma B sahaja yang selalu menangis seorang diri bila dikata-kata mengamalkan zina.

Seperti yang saya faham dalam buku karangan Frances Qiunn ini, B tak boleh masuk court mengadu-ngadu yang dia sedih dan minta A ganti-rugi sebab bikin dia sedih, sebab yang diambil kira, bukan perasaan B, tapi perasaan dan penerimaan pelanggan dan kawan-kawan B. Lainlah kalau sebab cerita si A, business B lingkup, pelanggan habis lari.

Dan, jika A ada bukti yang melangkaui “reasonable doubt” ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah, sekali lagi B tak boleh saman A, sebab A bukan memfitna, tapi A menyatakan perkara yang benar dan hak kebebasan bersuara, melindungi A dari disaman oleh B.

Sekian ajelah ceramah undang-undang kita kali ini. 

Friday, December 28, 2012

Eish, ini ada yang kena saman ni, juga.

DISCLAIMER: All statements denoted with 'question mark' (?) are meant to be rhetorical questions; not accusations. Think before you sue.
 (disclaimer ini saya jumpa dalam facebook....cute, kan)

Dalam tulis-menulis, di dunia maya satu aspek yang orang lupa fikir ialah perundangan. Betul di Malaysia ini, undang-undang sibernya memang kita tak tau duduknya di mana. Namun tak satu perkara yang boleh dijangka, jika terus-terusan ada rungutan dari rakyat, orang awam, tak mustahil satu hari nanti kita boleh ada  Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes "kerosakan/kehancuran/kebinasaan" atau omputeh kata damage & loss, juga jenayah yang berlaku di alam maya. Membicarakannya dan memutuskan akan apakah denda yang patut dikenakan kepada sipelaku kerosakan atau jenayah siber tersebut.

Dulu, orang sibuk-sibuk pasal pencemaran Alam. Hari ini kita sudah ada Mahkamah Khas untuk itu. Memang mengambil masa, tapi lama-kelamaan ia menjadi. Hari ini kalau kita melanggar peraturan, membikin kecoh, membikin suasana jadi haru-biru di dalam internet, di ruang blog dan sebagainya, kita mungkin tak akan dikenakan apa-apa tindakan. Itu bukanlah bererti kita bebas berbuat apa sahaja dalam dunia maya.Cuma  dari segi perundangan (rasa macam dah ada), penguatkuasaannya, belum nampak lagi. Oh ya tak ya itu suruhanjaya siber malaysia tu, ntah apa tah kerjanya ya? agaknya lebih kepada isu-perdaganganlah-penipuan perbankan,  isu/demi kepentingan pelanggan korperat yang besar-besar...isu-isu ko gaduh dengan jiran ko, ko cyber-stalk jiran ko, jiran ko cyber-stalk ko balik, itu isu kecik deme tak mainla isu-isu macam tu. Buang karen aje layan cerita ko tuh.

Itu yang membikin seolah kita rasa kita boleh berbuat sesuka hati di ruang maya ini. Kita rasa di Malaysia ini tak ada undang-undang. Kita boleh sesuka hati nak tepek gambar kita telanjang, beromen dalam blog kita, walhal kalau kita buat macam tu di tempat awam kita boleh dikenakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita juga boleh sesuka hati mengintip/mengendap orang lain, walhal kalau kita mengendap/mengintip orang di tempat biasa, dalam kampung, dalam kawasan kejiranan,...walau paling kuat pun polis, rukun tetangga buat rondaan aje tak adanya  kena masuk jel, pun. tapi insyaallah kalu tak kena pukul kasi lebam satu badan, kena marah, kena maki, polis tak jelkan orang yang pukul atau maki kita itu .

Dan, satu isu yang bikin PANAS di internet ini ialah fitna-memfitna. Cara kita mengelak dari dikenakan tindakan undang-undang yang sedemikian ialah meletakkan tanda soal (?). Itu pasallah la agaknya hari ini surat khabar meletakkan tanda soal selepas satu tajuk besar. Tanda soal bermaksud macam ini, kita tanya eh iye keee? Aku tak kata ko lembu, aku tanya betul ka ko lembu? Jadi boleh ka, orang yang terasa dirinya terhina-fitna sebagai lembu, menyaman orang yang difikirnya telah membuat dirinya merana, sehingga mungkin menyebabkan dia tidak boleh fokus dalam kerjaya dan  hilang mata pencarian atau sebagainya? Maksud sini sebab ko, aku dah rugi, jadi ko kena bayar balik rugi itu pada aku, boleh macam itu? i.e. kes saman sivil... so & so vs so & so. Bukan denda  jenayah ya dimana so&so vs the people of Malaysia. Boleh, kita pakat nak saman penanya itu? ko jawab sendirilah, kan. Kalu ko rasa ko Lembu memang ko Lembulah, kalau tak, tak,lah. Aku tak kata. Aku tanya aje.

Iya, benar, undang-undang adalah satu bentuk hmmm hukuman yang berbentuk pencegahan, pengawalan??? ntah benda keras? menakutkan? demi sebuah keamanan dan kesentosaan dalam sebuah negara.  Namun begitu berundang-undangan dengan orang seni adalah sesuatu yang memeningkan lagi menyakitkan hati, tak gitu?

Tuesday, October 25, 2011

Ayat-ayat Jampi- Mentera Perang Cyber


Memandang macam PRU macam dah nak dekat, yang akan jadi perhatian dan menarik ialah gladiator-gladiator di alam maya. Memang fitrahlah tu kita ni manusia suka tengok orang berlaga. Trooper pembangkang ini mereka memang agrasif dan memang suka tak suka mereka kena akui yang mereka ini memang ada sikit tidak beretika.

So fellow friends, budak-budak macam ini memang bangsat tahap gaban dan tidak berperikemanusiaan dia itu kalau menyerang orang. Jika mereka berjaya bikin kamu fikir  benda negetif, almaklumlah kita di alam blog ni bukan semua ada sijil, pengalaman dan kelayakan kewartawanan. Jadi ini saya kongsikan ayat-ayat counter attack yang pernah saya rakamkan di minda semasa saya berhadapan dengan seorang  budak blogger serikandi penerus pejuang ayahanda tercinta yang telah menuduh saya yang ntah-apa-apa-tah:-

If you feel the whole world says to you that you are not ok
 Tell yourself back indeed I am not ok, but I am managing fine.
(orang gila aje yang ok kalau di uwek-uwek, dikata-kata taik, dilemparkan kata-kata kesat)

You are stress, you need a rest
Stress is indeed beneficial in motivating us to keep on going and as long as I can perform solat, selawat, dzikir, tasbih & tahmid I guess my stress is insyaallah in a manageable range. If you ask me to recite Quran and I can recite it quite well, why should I rest?

You are a looser
Ok I admit it I don’t have anything as I am nobody, but that doesn’t mean I am a looser as I don’t have anything to lose.

C’on admit it you are a looser!
 Wat is it to loose, kan I dah bilang banyak kali I tak ada apa-apa! Bengap/ bodoh ke hapa korang ini semua, huh!

If, if korang rasa tertekan sangat dengan ayat-ayat bangsat trooper lawan ini, korang tukar baju sukan dan beriadahlah. Kalau rasa serangan itu berlaku pada waktu yang tak sepatutnya, tengah malam ka, takkan tetengah malam korang nak pergi joggingkan, ambik air sembahyang, bulelah baca quran. Tapi saya suggest korang lakukan senaman, on youtube ikutlah apa-apa semanrobik yang banyak bersepah dalam youtube itu. Menggerak-gerakkan badan itu lebih baik dan segar dan menceriakan. Lagi menjamin anda dapat tidur yang baik.

Last but no least, be humble, know your own access capacity before you go on blog. Don’t pretend to be some one that you are not. If you are kerani cabuk, admit it you are kerani, talk like a kerani’s talking. Don’t go out there and talk like professor atau bos bos.

Monday, October 17, 2011

Kecik besar tak kisah, janji selamat


One of the subjek yang saya suka tapi tak score ialah Management Accounting II, the only account paper yang saya dapat B. Salah saya juga tak serius dalam assingment dan tak banyak buat latih tubi. The only paper yang saya sampai hari ini saya rasa ralat sesangat sebab tak dapat A. A- pun tak sangkut. Eish…

But I learn something that I think worth to pen down in this blog. It about pricing, to increase production/ to make or to buy option. It is about analysing the access capacity in a decision making. Nampak simple aje stepnya, tapi pengetahuan yang simple ini sangat bernilai dan kalu tak dianalisa dengan betul, boleh menyebabkan satu-satu business itu gulung tikar.

Ada diselitkan cerita yang saya nak tulis dalam versi kefahaman saya…ia kisah Wallmart yang membunuh usahawan-usahawan kecil. Kisahnya begini. Wallmart akan iklan tender nak beli itu dan ini dalam dalam quatiti yang banyak dan bagi pembekal kecil yang menang tender, akan cakap wah bagus, aku tak payah cari pelanggan lain, cukup dengan wallmart satu ini. Malangnya mereka tidak membuat analisa “acess capacity” ini sebelum menandatangani apa-apa kontrak/perjanjian yang menyusul selepas itu.

Disebabkan itu mereka terperangkap sebab tidak dapat membekalkan barangan dengan quatiti yang dijanjikan, wallmart kata…ok selama sekian-sekian bulan ko tak dapat bekalkan barang itu sebanyak yang aku mau, aku tak akan bayar satu sen pun kat engkau. Wallmart kejam??? Memanglah tak berhati perut, sebab Wallmart ni dia bukan manusia, dia adalah satu entiti yang dilahirkan dari hasil kaedah-keadah perundangan yang tertentu. Dia mana ada hati dan perasaan dan maaf-maaf, aku bayar sparuh eh kat ko, kita pejam mata ajelah apa yang kita dah janji dulu.

Tak de separuh-separuh, nyawa-nyawa ikan pun tak de, jerut terus. Strick ikut apa dia janji. Ko tak dapat bekalkan barang dalam kuantiti yang ko janji, ko tanggunglah akibatnya…Nasib baikla benda ni deal kafir sama kafir dan berlaku di Amerika, kalau kafir sama Islam, berlaku di Malaysia pula, hai tak ka jadi isu hangat lagi boleh dipolitikkan. Sapa salah, salah usahawan itulah yang tak mengkaji kekuatan diri sebelum menerima apa-apa tawaran dari the big boys. Kita nak kata Wallmart ni pun satu tak ada perikemanusia ka, dah kena giliskan kemanusiaan Wallmart??? Kan saya dah kata Wallmart tu bukannya orang dia mana ada hati dan perasaan.

The moral of the story before u accept the offer from the big boys, analyse yourself first. Boleh tak aku ni. Aku masih ada access capacity tak? It is better to run small and safely reach the destination then to be big, but drop dead before you reach the finishing line.