Monday, January 30, 2012

Politik & Lobi


Kalu anda kerja kewangan lobi-melobi benda biasa. Pelanggan anda lobi anda, anda pula naik ke peringkat negeri dan dari negeri naik ke Federal /Putrajaya. Yang paling pandai melobi, dialah dapat peruntukan lebih…betul ka macam itu? Ntahlah saya pun tak tau. Itu kerja bos-bos. Kerja saya hanya mengakaun. Betulka ada kegiatan macam ini, memang sungguh, saya tidak ambil port. Kau rajin lobi ko naik ke atas itu usaha ko. Ko main lobi kotor pun aku tak kisah, itu urusan ko sama tuhan.

Begitu juga dengan kenaikkan pangkat, pun katanya macam itu juga. Ntah betul, ntah tidak saya pun tak pernah pusing mau ambil tau. Kisah catur-mencatur nak kerja dengan orang yang kita suka aje pun saya tak ambil port nak tau. Ko nak catur macam mana pun ko caturlah selagi ko boleh. Ko boleh bersuarakan sesuatu yang ntah-apa-apa tah, ntah betul, ntah tidak berlandaskan perasaan dan persepsi ko. Dalam ko heboh kata ko terinaya, tak mustahil, ko dalam drama dan sedu-sedan ko juga menginaya, ko tak perasan. Ko fikir bengan ko aje, bengang orang lain, ko tak tau, sebab ko rasa ko yang terbaik ko yang 100% perfect tiada cela.

 Apa saya merapik panjang-panjang ini. Ntahlah saya hanya mau berdoa dalam saya minta dilindungi dari fitna, saya  mau  minta juga tuhan jadikan apa yang keluar dari mulut kita ini sesuatu yang benar dan tidak menginaya orang lain. Kadang kita tak tau apa yang kita tuturkan boleh memberi kesan yang melukakan/menyusahkan pada orang lain. Kadang tu cuma andaian-andaian kita aje. Ntah betul-ntah tidak, kita pun tak tau apa-apa.

Saturday, January 28, 2012

Jalan-jalan, cari idea


Saya melawat blog-blog kepunyaan penulis yang satu ketika dulu macam pernah saya bengang, atau saya bikin mereka bengang, sapa bikin sapa bengang dulu, tak kisahlah… Ceritanya sikit-sikit macam ini, saya berkawan dengan seorang penulis itu, penulis kreatif, adalah satu insiden (fitna/salah-faham) telah berlaku dan saya bersimpati dengan beliau.

Ceritanya lagi begini, ia kisah penulis pop yang sedang pop-pop sehingga seperti DBP iaitu sebuah badan yang diberi amanah menjaga hal tulis-tulis karya tinggi Negara, turut terpop-pop menjemput penulis pop-pop yang penulis tinggi kelaskan sebagai pelacur Negara ke majlis mereka. Terpop-poplah cerita kunun si kawan ini berpakat dengan pop-pop ini dalam agenda melacurkan kerja tulis-tulis Negara. Pendek cerita itu hanya halusinasi sang penulis aje. Kawan saya tak kenal pun si pop-pop itu dan tidak ada sebarang transaksi tunai telah bertukar tangan demi sebuah artikel yang ditulis oleh penulis import dalam memperbetulkan sikit keparanoian  yang sedang melanda komunitas pemimpin kerja tulis-tulis bina Negara Bangsa.

Ok enuf pasal Paranoia senduk pengacau import, sambung pasal kisah saya merayap ke blog-blog penulis suci yang satu dulu pernah melompat terpop-pop dek kerana kegatalan DBP menjemput penulis pelacur anjing kapitalis pop-pop ini ke majlis mereka. Saya melawat blog-blog dewa,( dewi-dewinya semua dah mampus agaknya kena mamah anjing/serigala  kapitalis ganas) penyelamat bangsa ini kerana saya nak tengok apa reaksi mereka pasal politik kita. Tak ramai ada 2,3 aje yang masih aktif.

Saya agak kecewa sebab mereka lebih suka pasal nostalgia kampung, zaman kecik-keciklah, atau membalun ombak-ombak rindu yang mereka anggap satu masterpiece untuk orang bodoh, dungu, IQ rendah dalam industry seni-seni ini. Maknanya kita orang Melayu ini masih berada di bawah paras dungu dalam menilai kerja seni. Usahlah risau sangat kalau dilabel bute seni, bab lain kita cerdik dan celik. Buta seni tak menyebabkan kita kena buang kerja dan hilang mata pencarian. Jadi untuk kesekian kalinya saya mengingatkan diri sendiri agar usah risau kalau buta seni.

Kalau dulu yeah, mereka tak segan-segan membalun ahli politik, hari ini mereka senyap bila orang politik yang mereka rasa sepatutnya memerintah, tapi tak dapat memerintah, bila mana akhirnya dapat juga  mengusai beberapa negeri pada pilihan-raya umum yang lalu tidak memerintah seperti mana yang mereka impikan. Kedai arak, lessen benda-benda maksiat masih macam dulu, hudud jauh panggang dari apilah, yang teruknya bukan sahaja pelacur yang main felem lucah, ketua pemerintah umum yang satu masa dulu mereka sanjung pula jadi actor terlaris dalam video lucah tanah air kita.

Adalah sekali tu saya terperasan yang  seorang dari mereka menulis yang beliau  dimarahi oleh rakannya bila dia buka mulut dan menulis pasal benda yang selama ini dia suka iaitu politik.  Demi hati kawan, agaknya, penulis tersebut tulislah cerita-cerita masa dia kecik-kecik aje.

Saya bukan nak menghasut, nak share, pengalaman bila saya bersimpati dengan pop-pop dan cuba menerangkan yang ianya hanya satu khilaf yang tidak akan diulang, bukan gerakan halus mau kuasa pentas DBP, saya juga rasa “sakit” kena tinggal dan kena ganyang kaw-kaw oleh orang yang saya anggap sebagai kawan, tapi saya terus tulis dan tulis, tulis, tulis, saya tak peduli. Dalam pada itu saya temui kawan dan set of lifestyle yang baru yang tak memerlukan kita berpolemik, mendedah dan menjaja aib kawan hanya kerana tak mau orang lain MENANG membangkang kita.

Tapi itulah orang kata life goes on, kalau rakan kita sanggup menganyang kita sehingga ketahap mempertaruhkan cerita dalam kain kita, (ie kata orang intelek pun, berpolemik instead of berdebat), buat bodo dan teruslah saja menulis benda yang kita tulis, walau benda itu menyakitkan hati kawan kita. Tapi kalau menyakitkan hati teman tidur kita, saya nasihatkan agar jangan tulis. Masjid yang dibina itu lebih utama untuk dipertahankan dari benda lain dalam dunia ini.  Hah, tulis ajelah cerita pengalaman kecil-kecil kamu, atau cerita kopi pahit rakan kamu yang dihimpit bukan sahaja penulis pop-pop, tapi juga penulis luar sastera yang lebih cerdik dan tinggi IQ dalam menguasai/memonopoli peruntukan kerajaan yang disalur melalui  program-program DBP.

Akhir sekali, satu aje saya nak cakap, banyak kebencian yang ada di dunia ini yang tidak semistinya diakhiri dengan kematian. Jika kita mengharap akan matinya individu/perbuatan atau aktivitinya yang kita benci, kematian akan melingkari kita dan kematian yang paling dahsyat bagi seorang penulis ialah kematian ilham.

Saya ambil kata-kata tadi bukan dari buku-buku falsafah, atau kata-kata pensyarah saya di Universiti, tapi dari pembikin syiar Syaitani (mengambil label yang diberikan oleh intelek agama yang memilih untuk berselisahan pendapat dengan Oardhawi dalam hal wanita dan hiburan) Saya ambil dari cerita felem yang diberi kelas sebagai 18SG yang ditayangkan dikaca TV sempena tahun Baru Cina yang lalu. 

Tuesday, January 24, 2012

Bila tak cukup duit, angin pun meroyan datang


Incase kalau ada yang merasakan saya paranoia atau berhalusinasi bila saya kata ada orang dah meroyan mengata Hal Agama itu membazir kerana sifatnya hanya ceremonial cuba klik sini dan sini. Tak taulah nak komen apa. Dalam keadaan the ever blotting of government operating expenditure, closing down one or two ineffective department pun solution juga tu, buang Exco, buang sekali anak-anak buah, organisasi yang menjaga hal-hal agama. Orang Kristian pun dah lama sakit jiwa nengok  Islam yang ada Organisasi Khas tak mampu mengekang penganutnya untuk murtad. Baik tak ada dari ada.  Semalam Jepun yang kita rasa gergasi pun dah bising dan risau pasal Defisit fiskal yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.  Kita pun kalau tak betul-betul  kesitulah kita, senasib dengan Jepun juga.

Satu ketika dulu pun ada orang tak senang dengan aktiviti intip-mengintip pasangan berkhalwat. Ia tak ya juga, ko bikin operasi cegah khalwat, orang tetap khalwat juga, fail mahkamah syariah bertimbun, macam-macam. Bayangkan jika operasi ini dihentikan, berapa banyak agaknya duit pembayar cukai boleh diselamatkan. Orang yang mau kerja  intip-mengintip ini dihentikan bukannya orang tak sekolah tinggi. Beliau ada rational yang disandarkan kepada kesyumulan Islam dalam mengusulkan isu ini.

Apapunkita sama-sama doa yang Akauntan, pemikir kita dikurnai ilham dalam memikiri solusi yang tak memerlu mana-mana organisasi ditutup dalam mendepani masalah perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat.

Monday, January 23, 2012

Jagalah baik hatinya


Topik yang saya ambil untuk tugasan Islamic Studies ialah “Entertainment, Humor, Sport and Music In Islam” dan saya banyak menggunakan Yusof Qardhawi as my first opinion leader dalam tugasan tersebut.

Diakhir kertas kerja saya menyarankan agar lebih ramai anak muda yang mempunyai pengetahuan Islam yang mantap untuk berani terjun dalam industry ini sebagai cabaran mendepani masalah hiburan yang agak kebaratan dan tidak begitu ‘ngam’ dengan nilai leluhur citra peribadi kita sebagai orang timur. Dalam kata lain berperanan menyediakan produk-produk hiburan yang syariah-compliance sebagai memenuhi permintaan pasaran.

Semalam saya terduduk lama mengikuti video kuliah dari satu ustaz, yang ntah sapa nama, tapi ustaz ini replacement for ustadz Fathul Bari yang glemer lagi kontroversi ini dalam topik apa kebendanya tah, pasal fitna dikalangan Agamawan sikit lebih kurang gitulah. Dan ustadz tersebut, melalui pengamatan, dan pandangan ulamak-ulamak muktabar, memilih untuk berbeza pendapat dalam beberapa pandanggan yang dikemukakan oleh Qardhawi.

Apa yang saya nak share kat sini ialah statement yang ‘agak’ power bila ustad melabelkan dakwah dalam bidang  suka-suka ini sebagai “syiaar ahli maksiat” No such thing as berdakwah sambil berhibur. Jika itu dibenarkan, nauzubillah, tak ada bezanyalah kita mukminin, mukminat sekelian dengan orang yang (well I hate to put this,  but I put juga) kafir.

Memang sebagai orang yang lahir dalam keluarga yang agak konservertif, memang kadang tu berjoget juga taik telinga kita bila orang-orang seni ini, keluar statement dalam surat khabar “ini cara kami berdakwah”. Lama-lama kita jadi biasa dan tak sensitive/tersinggung lagi dengan statement yang sedemikian.

Mungkin ada yang akan melenting-lenting jika saya kata “puisi, lagu, syair, pantun dan seloka adalah syiaar ahli Maksiat”, tapi anggaplah kata-kata keras ini hanya sebagai sebuah kata-kata yang tidak memiliki apa-apa konotasi melainkan setelah ada tindak balas berlaku.

Mesti ada yang sedih, marah dan defensive kalau tengok video ustad tadi. Kadang kita ini sensitive sangat pasal istilah dan perkataan negetif, namun kalau diperhalusi betul-betul, memang kita dalam zaman canggih hari ini, bila dikurniai bakat seni, kalau ahli agama nak kata kita dekat dengan maksiat memang kita patut berlapang dada dan iayakan aje cakap mereka. It is up to us untuk membuang, membenamkan terus bakat yang dikurnai Allah, atau berusaha untuk terus menggilapnya dan menggunakannya ke arah kebaikan.

As far as apa orang Agama nak kata bahawa dakwah itu hak eksklusif mereka. Mereka ada rasional untuk tidak membenarkan daie Islamiah dicampur adukkan dengan unsur-unsur seni yang berlebihan seperti music dan puisi yang berpaksikan maki-hamun-carut-mencarut,kata-kata (well eish bencinya aku nak nulisnya disini) romantis, straightforward lucah yang membangkitkan syahwat.

Mereka ada tugas mereka untuk memandu kita semua agar tidak terus tersesat jalan. Percayalah tugas yang digalaskan kebahu mereka adalah amat berat, dan janganlah kita nak bangkang-bangkang cakap mereka, sebab apa tujuanannya kita memaki-maki dan berkata-kata romantis itu, hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. Adakah hati kita sudah menjadi pendendam kepada manusiawi yang kita anggap telah mati digilis zaman sehingga niat kita digantung semata-mata melihat keruntuhan dan kemusnahan hanya kita dan Allah sahaja juga yang tahu.  

Semuanya bergantung atas niat. Niat yang baik terbit dari hati yang luhur insyaallah akan meninggalkan impak yang membina. Niat yang selfish terbit dari hati yang sakit, waima dialas kata-kata manis, bebas  unsur-unsur SX18, SGSX  dan disanggulkan dengan hadis-hadis dan ayat Al-Quran, berkemungkinan membawa hal yang tak mendatangkan apa-apa kearah membina ketamadunan manusia.  Mengabeh boreh lai, adalah…sampai dek kerana tak ada kesan, ada yang dah meroyan-royan  kata fortfolio agama ni ceremonial aje, letak beruk dan monyet pun tak apa.

Pendek kata semuanya bermula dari hati. Jagalah hati baik-baik, jagalah hati orang tua kita baik-baik. Saya sendiri sedang belajar menjaga hati, walau susah dan kadang itu meletihkan.  Honestly belajar matematik yang korang kata susah itu lebih mudah dari belajar jaga hati orang tau! Banyak hati nak kena jaga, situ nak jaga, sini nak jaga, jadi letih.

Sunday, January 22, 2012

Release tension pepagi Buta...

(ai baru aku tulis sabar itu separuh dari iman, tapi lepas tu dah membebel balik, apa ni, cakap tak serupa bikin daaa)


Komplen, komplen, komplen. Nak duit, nak duit nak duit, kata tak pandang duit, tapi kalau duit kurang sikit wah, macam nak runtuh satu dunia dibuatnya. Itulah dia manusia ntah apa nak kata yang berlegar-legar disekitar orang kewangan. Yang bikin orang kewangan semput kalau tak kuat iman rasa mau terjun laut tau!

Apa yang pagi-pagi buta membebel macam perempuan gila ni? Well raya-raya Cina ni pakat sembang dengan sepupu sepapat yang di luar kerajaan dan soalan yang diajukan ialah, kerajaan cukup duit ka nak tampung kenaikkan gaji penjawatnya melalui system SBPA ini?

Mereka yang suka shopping tu dah takut agaknya nak kena bayar VAT atau service tax. Satu system percukaian yang  berasaskan spending. “you shop more, you pay more”.  Mungkin, namun saya  nampak kaedah lain iaitu “accrual accounting” tapi ia masih diperingkat “awareness” dan this tool as I see it is a very powerful tools, tapi kalau silap bawak boleh bangkrap macam Amerika. Tapi kalu nak layan rakyat yang semakin lama semakin cerdik dan demanding itulah dia, gunung emas pun boleh habis licin dengan sekelip mata. Produktiviti macam siput, bayar mesti mau lebih.

Well we wait & seelah. Saya pun tak mau tulis lebih-lebih. Tunggu hingga saya lulus my professional. Bila nak lulusnya pun entah, Degree pun tak enroll-enroll lagi. Tengah mencongak-congak nak blajar kat UKM ka open U. Benda sikit punya senang macam ni pun saya kena nak dapat advise dari orang. Terukkan saya ini. Dah besar panjang dan tua ganyutpun masih takut nak buat keputusan sendiri.  

Saturday, January 21, 2012

Sabar itu separuh daripada IMAN


Beberapa minggu yang lepas sesiapa yang memang minat politik dan mengikuti perkembangan politik melalui alam maya, pasti terkejut dengan video sekumpulan muslimah yang berkelakuan agak memalukan di perkarangan letak kereta berdekatan dengan mahkamah tempat DSAI dibicarakan dengan kes liwat.

Dari kita terus-terusan mengutuk perbuatan Muslimah-muslimah PAS, saya lebih suka melihat apa rasionalnya disebalik perbuatan yang nyata tidak rasional. Dan sememanganya beliau ada kisah sedih untuk dicerita bagi membenarkan tidakan yang telah mencemar imej organisasi yang beliau wakili. Pemimpin Muslimah PAS Dr Mariah pun sudah menyatakan sokongan 100% tidak berbelah bagi dalam mempertahankan perbuatan Muslimah yang kita kira agak mengerunkan itu jika diukur dari pandangan kita orang timur yang terkawal, skema dan kaya dengan adab sopan ini.

Jadi saya fikir isu MUSLIMAH melampau ini sudah selesai. Pokok bicara pada hari ini, selepas berlalunya insiden yang tak patut itu ialah kita orang perempuan, terutamanya perempuan Melayu tak kira dari parti mana, sokong parti pun mau kelihatan tenang dan sabar. Kita mau mengembalikan jati-diri, adab kebiasaan orang timur yang kian hari kian terhakis? Kita mau betah tinggal di Bumi Malaya nan indah ini, nah sedih pun sabar, marah pun sabar, apatah lagi tika menerima berita gembira, harus juga sabar. Tapi kalau orang nak rampas hak yang 100% kita pasti memang ditakdirkan Allah untuk berada dalam jagaan kita, janganlah kita sabar. Kita Lawan balik! Lawan jangan tak lawan. Lawan guna akal bukan guna emo.

Walau saya bukanlah seorang yang pandai bersosial dan sabar dengan kerenah manusia yang saya lihat ntah-apa-apa tah itu, (bebulu biji mata den mandang eh) tapi kita semua mestilah belajar macam mana nak letak lidah di hati, bukan meletak hati di mulut. Mengambil kata pegawai di tempat saya berkerja ini pun. “Simpan sikit dalam hati, bukan lepas gitu-gitu aje. Untuk langkah pertama jadi sabar, kenalah tahu apakah perkara-perkara yang boleh menghakis sabar dalam diri kita;

 Pertama:-
Tergesa-gesa.

Kedua:-
Marah

Ketiga:-
Rendah diri

Seterusnya, kita banyakkanlah membaca buku-buku motivasi mendengar ceramah bimbingan kerjaya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang tips bagaimana kita sikit-sikit boleh kurangkanlah perkara-perkara yang boleh menghakis sifat sabar dalam diri. 

Friday, January 20, 2012

TENTANG liwat & zina


Isu gay dan lesbian ini sudah menarik minat saya seawal sekolah menengah lagi. Mungkin dek kerana tak dapat masuk sekolah berasrama penuh berprestij, ada dikalangan kami mereka-mereka cerita kununnya gelaja lesbian berlaku di sekolah-sekolah elit yang tak payahlah saya sebut nama sekolahnya.  Oh ya saya sekolah menegah perempuan, tingkatan 3 baru masuk sekolah asrama elit gred B yang keadaannya co ed.

Sama ada benar aktitivi yang tidak sihat ini menular dikalangan pelajar-pelajar pintar ini, tidaklah kita ketahuan secara sohihnya. Bila saya sudah menginjak usia masuk pra-universiti pun ada cerita pasal-pasal ini. Kununnya budak-budak lelaki lembut akan pandai-pandai tukar apartment agar semua lembut duduk sama-sama mereka aje. Pada hujung minggu mereka akan bersolek persis wanita dan menjemput kawan-kawan lelaki yang berminat untuk menjalani parti-orgy di tempat kediaman mereka.

Cerita-cerita sensi macam ini memang sedap didengar. Mana taknya pelajar tajaan JPA terlibat dalam aktiviti tak senonoh yang melanggar norma kehidupan masyarakat timur? Suka hati kita nak percaya atau tidak, dan saya lebih suka untuk menpercayai bahawa ini hanyalah sebuah urban tale yang tak dapat kita pastikan fakta dan kebenaranya.

Namun hari ini bila ada pemimpin kita yang marah-marah dengan seksyen 377 kanun kesiksaan dan minta ianya dikaji semula, kalau kita rasa tak kecut perut, tak tahulah kita. Bererti tidak ada sapa di Malaysia ini akan menafikan kewujudan mereka dalam kalangan dari golongan elit, pembuat dasar dan pemegang ‘key-post’ dalam syarikat-syarikat di Negara ini.i.e kewujudan mereka dalam kelumpuk manusia yang ada suara membentuk dasar dan halatuju Negara. So far dalam perkhidmatan Awam memang kita tak dengar lagi cerita gila ini dan berharap ianya kalau ada pun, masih berada diperingkat yang terkawal. Terkawal disini, kalau benar ada, mereka masih duduk dalam kerahsian, belum mau lagi orang tau yang mereka ini orientasi seks tak sama dengan manusia  normal.

Persoalannya kini sebagai pengundi kita nak lihat apa yang Pakatan Rakyat dan BN “has to offer” dalam mendepani golongan yang kini kian berani dan daring menunjukkan belang mereka dan mula menuntut apa-apa yang mereka rasakan perlu dituntut.

Kalau kita lihat, PR menawarkan penyelesaian yang lebih lunak, iaitu mendidik. Macam-mana mereka nak didik golongan ini? Sudah tentulah PR yang kita yakini ditunjangi oleh orang-orang yang bijak pandai dan professional ada keadah penyelesaian mereka yang tersendiri. Mungkin juga pendirian Magnus Hirschfeld iaitu “Better scientific understanding of homesexuality would eliminate hostility towards homosexual”  mengispirasikan mereka dalam mendepani isu GLBT. Iaitu, mari kita selesaikan ikut kaedah penyelesaian saintifik dan pendidikan.

Bagi BN yang selalu kita fahami sebagai golongan yang kurang cerdik lagi tidak pandai mendidik mereka tentu tak ada saintis yang ada banyak masa mau develop projek slamatkan Nyah-Negara. Walau tak ada saintis berwibawa dan berbakat tak perlulah tergubra dan termembazir duit rakyat menggaji saintis buka lab itu ini untuk turut sama menari dengan tarian yang ditarikan oleh lawan mereka itu. BN sudah seksyen 377.  Usahlah malu dan rasa rendah diri untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang yang konon sedang di canang-canangkan ke seluruh dunia sebagai archaic lagi punitive. Kita pernah melalui hari-hari sukar menerima ejekan, tekanan antarabangsa terutama Australi, bila mendaulatkan hukum mandatori bagi kesalahan mengedar dadah, tidak perlu rasa malu bila undang-undang kita dikata-kata sebagai lapuk dan sudah tidak lagi releven.

Secara peribadinya walau saya tidak suka pendekatan yang keras, namun sebagai umat Islam saya harus akur dengan ketentuan majlis bijak pandai agama yang mengkiaskan liwat dengan zina. Hukum liwat ini ada macam-macam, tapi yang kita guna secara meluas di sini itulah gitulah, kalau tak kawen sebat, kalau dah kawen rejam sampai mati. Sebagai seorang Islam untuk memandai-mandai meminta pendekatan yang lebih lunak, atau menidakkan yang liwat itu sesuatu perbuatan keji yang perlu dihukum, akan menyebabkan berlaku kegelinciran akidah. Nuzubillah. Itulah dia pandangan terbaharu berhubung dengan isu liwat ini.

.* saya sengaja bubuh GLBT, walau saya dah lama sedat itu tak betul. Yang betulnya LGBT.

Ombak Rindu--- versi Mardhiah


Bayangkan kekasih gelap Hariz (Ombak Rindu) bukan Izzah, tapi seorang lelaki cute yang bernama Izzat. Mila yang sakit hati dengan kedua-dua Hariz dan Izzat mula merancang rancangan jahat untuk menyiksa kedua-dua kekasih tadi untuk memuaskan hati dan mengangkat semula egonya yang hebat tercalar kerana ditolak mentah-mentah oleh Hariz.

Bayangkan Mila pelakon pujaan ramai ditolak begitu sahaja oleh suaminya sendiri hanya kerana lelaki comel yang bernama Izzat.  Dengan bantuan Datuk Sufiah, Mila memasang kamera canggih yang bila dalam gelap pun nampak terang, dimana-mana tempat yang mereka rasakan stratergik. Mulanya Mila kata pada Datuk hanya nak “ajar” Izzat dengan harapan Izzat malu bawa diri atau lagi bagus bunuh diri, sahaja, kalau tak nak bunuh diri, Mila akan bikin seolah Izzat bunuh diri.

Tapi entah macam mana dia terfikir pula kalau dia padam muka Hariz dan biar muka Izzat sahaja, takut pula Hariz, akan bagi moral support 100% agar  Izzat boleh  men”gena”kan dia semula kerana jenayah mengup-load video lucah diinternet..Habislah reputasinya sebagai artis akan tercemar kerana terlibat dengan jenayah mengedar video lucahlah pula. Silap-silap hari bulan orang fikir dia pun 2x5 bermasalah macam Britney Spears yang liar itu. Dia tak mau diari kerjayanya sebagai public figure dari golongan aristocrat dicemari dengan unsur-unsur lucah pun! Dia mau jadi DIVA contoh.

Maka dengan bukti rakaman video aksi terlarang yang melampau, Mila fikir dia mau bawa kes ini mahkamah. Bukan, bukan mahkamah syariah, tapi mahkamah biasa. Sebab syariah, hukuman setakat denda aje, hah kalau mahkamah biasa biar dua-dua kena rotan pun tak apalah, fikir Mila. Pada Mila tindakannya itu betul. Bagi menyelamatkan umat, menyelamatkan institusi perkahwinan yang sihat lagi boleh membiakkan keturunan manusia cara normal, tak payah belanja lebih-lebih cari ibu tumpang, cari pakar bidan membiak keturunan manusia dalam tabung uji.

Niat Mila bercampur baik dan jahat. Mila keliru. Sebagai artis, yang perpelajaran tinggi dan menghormati hak asasi dan hak privasi orang lain, Mila pun mau juga hak ruang lingkup peribadinya dilindungi undang-undang, sedangkan dia telah menceroboh ruang lingkup hak milik peribadi Hariz dan Izzat. Mila tak pasti adakah perbuatan dia memasang kemera intipan itu boleh jatuh juga sebagai perbuatan jenayah mengaib dan menceroboh privasi orang lain.

Lalu menghubungi peguamnya, untuk mendapatkan nasihat. Antara soalan yang akan diajukan Mila ialah,  bolehkah dia menang dalam kes ini? Dia ada locus standi ka nak bawa kes ni ke Mahkamah? Atau yang lebih menakutkan beliau, kalau-kalau sepanjang beliau belajar di luar Negara, Malaysia ini sudah maju dan sudah mengubal undang-undang baru, anti-pengintipan yang keras bagi melindungi orang-orang kaya raya dari dimalukan dan diinayakan dengan video-video terlampau. Al maklum semasa beliau diluar Negara ada juga video macam itu berlegaran di internet dan boleh dicapai dengan mudah sekali. Beliau takut juga, silap-silap hari bulan beliau pula yang akan kena sebat dan penjara, atau di denda ribuan ringgit kerana menceroboh ruang lingkup peribadi Hariz dan Izzat.

Monday, January 16, 2012

Maaflah kalu ko rasa aku provok/mengejek ko


Saya berfikir semula yang mungkin selama ni, kawan saya tidak pernah bermaksud mau provoke saya pun, tapi dia fikir saya pun fikir macam dia juga (percaya masalah yang melanda Malaysia akan selesai jika UMNO MAMPUS) disebabkan pakaian saya. Kalu pakai macam ustazah, tapi tak ada hati nak lihat UMNO MAMPUS tu dah ada benda yang dah tak kenalah tu. Dah definitely GILA, perhaps. Dalam pada masa yang sama mungkin ada perkataan saya yang  mereka tanggap sebagai provokasi dari pihak saya terhadap mereka. Saya mengejek-ejek mereka.

Keseronokkan saya dengan tajuk muka depan Utusan, Isnin 16 Januari, semalam mungkin dianggap sebagai provokasi dari pihak saya sebab kawanku yang cepat hangin ini tak senang dengan muka saya yang berseri-seri menatap utusan sambil bercakap padan muka dia, dah pi India dan cakap satu dunia dia nak kaji semula undang-undang lapuk tu. 

Saya pula terkejut bila kawan saya marah dan bercakap denagan nada yang tinggi macam ini, “ko baca, utusan, NST, Berita, itu semua-semua bukannya betul pun! Cubalah ko baca Internet, baca Malaysiakini tu” Marah betul dia sebab saya memang tak baca Malaysiakini. Saya ada terlepas cakap ka yang saya tak baca Malaysiakini dan semua orang kat opis tu tau ka saya tak baca Malaysiakini??? Alamak. Tak baca Malaysiakini pun sudah jadi satu kesalahan gituh. Begitukah standard orang muda pada hari ini? Makna kalu ko tak baca Malaysiakini, ko jangan pandai-pandai nak  kondem Anwarlah, pantang tau tok nenek dia, 7 keturunan. Gitu-gitulah

 Walaupun saya tak baca Malaysiakini, saya mengikuti apa yang kenalan maya yang kuat menyokong Anwar dan parti pembangkang tulis. Dan dalam hal pembebasan Anwar memang mereka senyap. Bila Anwar ditemuramah di India, dan berharap “the punitive law yang archival” itu dikaji semula memang tak ada yang berani berbunyi. Semua faham the said archaic law itu merujuk kepada seksyen 377 yang terkandung dalam kanun kesiksaan Negara kita dan tak berani komen apa-apa.

Namun dalam menghadapi kawan yang dah angin ini, saya mengajak dia keluar dari sudut politik dan melihatnya dari sudut perundangan dan pergerakkan GLBT. I’m not touching/condemning your DEWA ok. Saya bawa dia ke German. Perkara 175 undang-undang sana yang kini sudah luput dan juga pasal Nazi dan pembunuhan puak-puak yang kini, betapa akhirnya setelah disiksa dan dibunuh,  berjaya juga menjadikan German salah satu Negara di Eropah yang sangat liberal dalam melayan kerenah  golongan GLBT ini.

Kawan pun ok dan taklah marah sangat pasal saya tak baca Malaysiakini. Nazi memang bagus dan kita patut serahkan Negara ini pada orang Agama, kata dia. Saya mengajak kawan saya realistic. Saya ajak dia melihat dari konteks perundangan Malaysia dan berharap dia tak salah anggap yang bukan-bukan jika saya tidak pasti untuk setuju yang Hitler Nazi itu bagus.  Saya hanya mau menjadi pemerhati yang dormant sahaja. I just wanted to see if the GLBT in Malaysia is strong enuf to lift out section 377 from our criminal law. Bukanlah saya akan melalak-lalak macam orang gila, atau terus jadi gila if any of my kenalan gay kena bunuh kalau Hitler alaf-21 benar-benar muncul di bumi Malaya ini. Dia orang kena bunuh pun, ada aku kisah? Bohonglah kalau saya kata saya langsung tak sedih tapi idakla sedih tu tahap, terkeciwa dan langsung murung dan membawa kepada masuknya wad gila untuk kesekian kalinya.

So, untuk dia tak fikir aku takut nanti aku akan jatuh gila seandainya mamat-mamat gay tu kena bunuh dengan Hitler, I terpaksalah berpura-pura as if aku ni percaya Anwar tu innocent dan diperdaya oleh puak-puak yang bertuankan nafsu ini supaya kita semua percaya yang Anwar menyokong idealisme dan dan bersama perjuangan mereka.  Rasa indeed macam siyal hari nih. Itulah dia Melayu, bila kita nak tarik rambut dalam tepung, terkadang itu rasa teruk yang teramat sebab rasa diri ini macam talam dua muka itu memang ada.

Sunday, January 15, 2012

Moving Forward


Semua orang, waima penyokong Anwar sendiri tak sangka yang beliau didapati tidak bersalah dalam kes liwat dengan pembantu peribadinya yang dibacakan pada 9 Januari yang lalu. Dipihak tertuduh beliau terus ke India dan dari sana beliau telah ditemuramah oleh stesen TV antarabangsa yang antra lainnya beliau bersungguh-sungguh mengatakan bahawa system kehakiman kita tidak bebas dan berada di bawah cengkaman kerjaan yang memerintah.

Sebagai pengamat kes ini, saya tidak minat betul ka ada konspirasi atau tidak sebab sudah jelas dalam kedua-dua kes pun hakim mendapati memang ada bukti bahawa kejadian liwat memang berlaku. Namun yang saya lebih berminat untuk memerhatikan adakah system kehakiman kita sekarang ini perlu “clearly define” adakah seksyen 377 itu merangkumi juga perbuatan suka sama suka, atau hanya melibatkan kes yang ada unsur-unsur paksaan.

Jika kita ikut acuan barat besar kemungkinan seksyen ini akan dipinda, mungkin juga kes Anwar boleh dijadikan referral point pada kes liwat pada masa akan datang bagi memastikan keadilan saksama diberikan kepada kaum yang mendukung gerakan GLBT ini. Setiap kejadian liwat haruslah disertai bukti kukuh akan wujudnya elemen paksaan bagi membolehkan hakim mensabitkan kesalah jenayah liwat telah berlaku.

Agak mustahil juga jika undang-undang sivil kita akan dimundurkan kebelakang(mengikut kacamata pejuang-pejuang hak asasi acuan barat) dengan memasukkan satu lagi seksyen yang turut tidak membenarkan seks suka sama suka antara lelaki dan perempuan. Jadi saya melihat kemungkinan seksyen 377 itu diperkemaskan lagi untuk memahamkan kita semua bahawa seks suka sama suka tak kira apa jantina tidaklah dikira sebagai satu jenayah dimana pelakunya boleh didakwa dibawah kanun kesiksaan.

Rasionalnya, bagi menjamin insan-insan terinaya seperti Anwar dari dikenakan hukuman yang tidak adil. Fitrahnya Anwar mencintai semua kaum, sedangkan mereka yang mencintai kaum berlawanan jenis tidak dikenakan hukuman jika mereka mengekspresikan cinta mereka terhadap satu sama lain melalui kaedah hubungan intim tanpa ikatan yang sah di sisi undang-undang. Jadi, kenapa harus mereka yang mengekspresikan cinta terhadap kaum sejenis melalui hubungan kelamin tanpa nikah ini harus dihukum?

Ini rasional bagi orang yang kita pun tak tau apa masalah. Mungkin masalah berpunca dari kita orang perempuan jugalah yang salah ni, gatal garit nak berkerjaya, berlumba-lumba nak masuk U juga macam orang lelaki, sampai dah reti cara macam mana  nak dapatkan kenikmatan dan kesenangan dari orang lelaki.

Eh, apa pasal lunak sangat dengan GLBT Bff , confidante  ko gay ka? Sekadar putting & reputting thing into different perspective agar hati tak sakit, otak tak jadi KERO kalu benar-benar undang2 kita akan menyebelahi puak-puak ini. 

Wednesday, January 11, 2012

Reverse Psychology


Saya memang tak suka pendekatan psikologi. Pada saya ia satu manupulasi yang menjijikkan. Saya lebih suka pendekatan berterus-terang. Psiko-psiko ni saya tak reti.  Ini bukan nak cerita pasal kena psiko, atau menpsiko, tapi cerita pasal reverse psychology. Ntah apa jadah reverse psychology ini pun saya tak tau, tapi saya terkejut bila ada yang mengucap tahniah yang taktik saya berjaya, sedangkan saya tidak berniat untuk menpsycho orang pun.

Ceritanya begini, saya mempunyai seorang sepupu yang baru berusia 7 tahun tapi punya banyak hal. Kami pergi bershopping bersama mak dan mak saya ter’sangkut’ di kedai tudung. Kami semua keletihan dan mau cepat pulang. Tapi saya yang sudah masak dengan perangai mak memang  tak kisah tunggu dia lama-lama pun, janji ada tempat untuk melabuhkan punggung.

Namun adik-adik sepupu saya sudah resah. Ntah apa silapnya mereka mula bergaduh sesama mereka dan sikecil yang banyak hal dan cry baby ini mula mencebik dan menangis sikit-sikit. Si Abang mula gubra. Saya menyuruh si kecil nagis kuat-kuat agar mak yang ada di dalam kedai cepat keluar dan cepat pulang jika tangisan sikecil ini cukup kuat untuk menyedarkan dia dari terus membelek tudung-tudung kesayangannya.

Cis hampeh sungguh, sekecil terus menahan tangisnya, mungkin kerana malu agaknya. Dan si abang memuji-muji yang saya berjaya memperaktikkan apa yang dia kata sebagai “reverse psychology” untuk menenangkan sikecil. Saya pun hanya tersenyum-senyum sumbing. Alahai lain yang aku harapkan, lain pula jadinya.  Aku memang nak ko nagis, yang ko senyap kenapa?

So kalau saya kata nangis, saya mau kamu nangis, kalau saya kata mencarut, memang sesungguhnya saya suka kamu mencarut, tak de reverse-reverse psychologynya. Anyway, apa jadahnya nak benda lain, cakap benda lain, walau perkara itu boleh mendatangkan kesan yang kita maukan?

Sunday, January 8, 2012

Provokasi 1


Suka hatilah kita nak rasa apa. Nak rasa system kita dah korup, dah diserang virus politik, tidak telus dan tidak relevant lagi reliable, itu rasa hati kitalah. Secara peribadi saya lebih suka bersangka baik, walau pun mungkin, iayeah mungkin system kita udah dijangkiti virus. Saya lebih suka bersama mencari penawar virus  dari  mencari jalan untuk memusnahkan system yang sedia ada.

Orang kata musnahkan dulu nanti kemudian kita bina baru. Itu kerja orang muda, orang intelek, genius, berbakat, masih kuat dan rajin, bolehla korang fikir-fikir, namun sebelum gian memusnahkan yang ada, sila pastikan system yang baru nanti lebih baik dari yang ada kini. Buat apa ada nak rontokkan yang ada, jika masih kabur akan keberkesanan dan keboleh-suian barang baru dalam system geopolitik kita yang agak unik ini?

Saya senentiasa menghormati kawan-kawan yang sudah luntur keyakinannya dengan system secular Melayu warisan british yang kita guna pakai pada hari ini dan ghairah untuk merai sebuah system baru yang kunun dakwanya  lebih Islami dan adil. Namun saya harap kawan-kawan perlu juga hormati orang yang masih menaruh harapan terhadap system yang sedia ada boleh diMelayu-Islamkan kerana skeptical dengan kebolehan menyelami perasaan-nurani-Melayu yang ada pada think-tank system baru nanti.

Saya tidak pernah mendoakan TULAH atau sebagainya pada kalian kerana membenci system yang sedia, justeru besarlah harapan saya agar kalian juga bersabar dengan saya dan tidak mendoakan celaka TULAH terhadap saya.

Sebetulnya saya upset bila kamu kata saya mau dapat TULAH bila saya kata “saya adalah seorang yang taat dan bukan seperti kamu yang suka membangkang” Saya percaya tidak ada TULAHnya mendengar pesan pemimpin yang kamu dakwa-dakwa sebagai korup dan bebal lagi tidak punya pelajaran yang tinggi, almaklumlah setakat kerja kerani, rajin membodek, dapat jadi Menteri Besar, Alkisah riwayatnya latar-blakang akedemik CM yang sering diuar-uarkan. Yang jadi TULAH bila kita mengikut perbuatan pemimpin yang korup. Pemimpin rahsuah mereka tak akan suruh kita rahsuah, malah mereka berhabis duit buat iklan “jangan rahsuah”. Pemimpin yang tak sekolah, tak berpelajaran tinggi tak pernah suruh orang tak sekolah sama, bahkan diberikan peluang, ruang dan bantuan intensif kewangan untuk membolehkan kita belajar setinggi termampu walau sudah berkerja.

Di mata dan minda saya, pemimpin yang kamu suka, berpesan agar benci-membenci, jatuh-menjatuh, sedangkan pemimpin yang diberi mandat memerintah, berpesan, belajar elok-elok, kerja rajin-rajin, moga bila Negara jadi Negara berpendapatan tinggi, kamu tidak susah, dan sudah bersedia akan sebarang kemungkinan dan cabaran yang mendatang. Saya tidak suka dengar apa yang pemimpin kamu yang kamu suka dan puja-puja itu cakapkan. Saya juga tidak suka kamu sering memburuk-burukkan pemimpin yang sedia ada walau saya tahu pemimpin sedia ada tidaklah seislami, seintelek, semaksum pemimpin pujaan kamu. Tapi pernahkah saya marah dan menengking serta meminta TULAH kepada kamu?

Iya saya tau saya lebih muda dari kamu, tapi cukup-cukuplah menyebar virus benci di hadapan saya. Carilah orang yang memang sudah sedia benci untuk kamu sama-sama kutuk-maki-hamun sapa-sapa sahaja yang kamu tak suka itu.

--****

Saya pilih sahut cabaran 2020 dengan belajar, kamu sahutnya dengan meng”ajar”. Pilihan sapa-betul-sapa-salah bukan pokok dan isu utama yang boleh menyebabkan saya berduka-rasa bersalah, kerana bertegang-urat leher dengan kamu yang boleh saya panggil bapa untuk membuktikan sapa betul-sapa-salah.  Kita sepatutnya berbaik dan saling menghormati antara satu sama-lain. Dah tau saya tak suka membenci, membangkang jangan provoke saya dengan ajakan-ajakan benci dan bangkang, OKEYYY!!!

Saturday, January 7, 2012

New Year Update


Kadang-kadang cakap-cakap orang bikin kita depress. Tapi blog ini dah 2 minggu tidak berupdate bukan sebab saya depress atau dah kena tahan wad sakit mental, tak saya masih waras dan ok. Cuma akhir-akhir ini saya sibuk dengan penutupan akaun dan dalam kesibukan tersebut saya tidak sihat sehingga diberikan cuti sakit selama 3 hari, bersambung2 dengan krismas dan tahun baru, seminggu jugalah saya, terlantar??? Sort off jugalah sakit, suspect batu karang, tapi alhamdullilah ujian x-ray pada 5/1 yang lepas menunjukkan negetif batu karang. Hanya jangkitan kuman, tapi kuman bacteria yang nakal telah menyebabkan saya ‘tumbang’ semasa ‘closing period’ pada tahun ini. Bukan pasal stress kerja, stress nak close account ya, tapi pasal kuman, bacteria. Doctor prescribe me with antibiotic and pain killer not anti-depressant dose.  In fact, dah masuk minggu terakhir ‘closing’ pun saya masih lagi 'on antibiotic'.

Namun dengan semangat kerja berpasukan, pada Khamis yang lepas, Penolong Pengarah Kewangan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka sendiri mengucapkan tahniah kerana berjaya menutup akaun dengan cantiknya… Cantik tu  bolehlah kata cantik kalau sendiri mau siok sendiri. Nak kata tip-top cantik, melampau tu. Ada juga terdapat terlebih belanja dan bertanda minus, dek kerana perkara yang di luar factor kawalan kami. Ucapan tahniah dari Penolong Pengarah, walau masih ‘premature’ belum ada ‘signature true & fair view’ dari Audit Negara lagi, itu sudah cukup menggembirakan. Itu tanda appresiasi/ approval dari pihak atasan yang mengatakan  ‘that we are on the right track’ walau sikit-sikit memang kalu nak perfact habis tu, nanti tahun depan dah tak adalah lagi penambah-baikkan, kan. Memang sengaja kasi sikit2 koyaklah, jangan nampak perfect sangat, nanti orang lain cemburu, ada yang fitna kita budak kewangan PPD Jasin, upah toyol, upah hantu buat closing karang susah juga tu.

Ok enuf about account and closing period yang tak akan sudah bikin kami stress dan berdebar. Life kalau langsung tak ada stress pun tak bule juga tuh.  Mari cerita pasal stress lain. Kalu dah umur macam saya bohonglah kalu kata langsung tak stress sebab masih single. Lainlah kalu saya ini sami atau paderi perempuan, kan. Kita orang Islam memang kalau kita tak stress, ahli keluarga kita tak stress dok layan cakap-cakap orang, memang usah ngaku kita Islamlah, baik ngaku sami lagi baik.

I dunno if my mother stress ka tidak, tapi rasanya dia stress, tapi dia boleh kawal sebab mak saya memang saya ‘masak’ benar, kalu stress dia berada pada tahap tak terkawal, dia akan lepaskan pada sapa lagi kalu tak saya. Dia boleh kawal stress sebab bila saya di diagnoss bipolar/schitzofrenia, dia memang tak letak ekspektasi yang saya akan berkeluarga dan beranak-pinak. Bila kita tak letak apa-apa ekepektasi kita taklah stress sangat. Sebenarnya banyak benda yang stressful sangat sehingga hilang punca adalah bersebabkan dari ekpektasi kita juga. Contoh? Tak yah bagi contohlah, kalau tulis contoh karang ada orang terasa yang kita sindir dialah pulak.

Berbalik pasal mak, dia memang  boleh kawal stress kalu adik dia, adik saudara dia, saya, atau anak saudara dia tak kawen-kawen langsung pun tak apa. One thing is because she know kami jenis yang tak reti merenyeh tapi mempunyai IQ yang rata-rata, bolehlah bawa sampai kalau nak phd pun bule, tapi masing-masing komited dengan kerja, komited nak tanggung adik-adik, maka setakat Ijazah pun dah syukur alhamdullillah. Kalu kami dari keluarga berada, harus yang tak kawen-kawen lagi ni, semua ada phd nih. Sebab tak kaya, takat SRP dapat kerja kilang, diploma dapat jadi cikgu pun dah syukur.

Ada orang memandang alangkah ruginya sibijak pandai ini kekal tidak membiak, dan ada juga yang skeptical dan sinis melempar kata “eloklah, dia tak membiak, kalau membiak tu, akal geliga macam  Yahudi, habis nanti dibunuh kita semua nanti”

Apa pun, sebab musabab kami tak mempunyai anak seperti kelaziman perempuan  lain, hanya dalam pengetahuan Allah. Pada kamu, yang elok itu berkeluarga dan berkembang, tapi yang terbaik yang telah ditentukan Allah pada kami adalah kekal membujang dan tidak mempunyai zuriat.

Orang bijak-agama ada cakap, bila mati anak Adam itu terputuslah segalanya melainkan, doa anak soleh, pahala bersedekah dan ilmunya yang dimanafaat sejagat-raya. Bila satu ruang dah tertutup, kenapa harus diserbutkan fikiran, berdukacita dan berputus asa sehingga memandang sepi akan dua peluang lain itu? Hidup sebagai Muslim adalah berbakti kepada Allah.

Benar kita mungkin mendukacitakan Rasulluhallah kerana tak mampu menambah bilangan umatnya, tapi dah alang-alang tak berzuriat, jadikanlah diri sendiri, umat yang berjaya dan cemerlang, insan yang membantu dalam menyelesaikan masalah, bukan manusia yang menambah-kusutkan lagi masalah yang telah sedia ada ini.