Tuesday, December 25, 2018

Burung Ka ka ka

Menteri Agama yang baru begitu merasuk fikiran saya. Tak pernah seumur hidup saya ini ada lelaki yang betul-betul bikin saya ongoing berfikirkan tentang mereka. Adakah ini tandanya cinta? ooowwhhhh TIDAAAAKKKKKKK!!!!!

Beliau memiliki sosok sangat bikin kita teruja-uja dan mengkeji dan mengumpat. Kalau rakan bawang saya tu, kan...bukan setakat dibawang-bawangkan sajah, bahkan disumpah laknatnya Pak Menteri itu.

Minggu ni naik-naik cuti hari Natal jak Pak Menteri bikin saya bangkrap lagi. Habis pahala saya baca quran pegi ke dia sebab menulis benda-benda macam ini di sini. eh apa cer? malas nak cer, baca sendirilah. Persoalannya, wajarkah pak menteri menulis warkah yang sebegitu rupa?

dalam hal lain, kawan saya share sesuatu pasal liberisme yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah. being in accounting and auditing profession, bulelah kau nak kata saya ini berada dalam zone liberal. Bidang ini memang agak teruk terjejas dengan skandal, jenayah, perbuatan tak beretika dan macam-macam benda buruk yang boleh menjejaskan profession itu sendiri.

Tapi tak pula memasing dok mengata "alaaa... ini semua fitna / konspirasi nak menjatuhkan saya". Dah jatuh, didapati bersalah, kau duduklah dalam jel sana, kan? Yang kat luar ni semua ambil pengajaran, buat apa-apa yang patut, walau nampak macam suram dan kelam saja.

Tapi itu tidak sedikitpun melunturkan semangat juang, para sarjana untuk mengakaji dan memberi cadangan, solusi kepada kemelut yang melanda. Itu semangat yang saya suka. Saya juga bangga berada dalam sebahagian dari profession ini. 

Tak payahlah nak nulis surat bagai nak rak, nak mencari puteri. erk....sebenarnya sapa yang perlukan puteri tu ea. Rakyat ka burung ka ka ka kau? Dalam aliran liberisme ini semua boleh jadi puteri. Sebagai puteri islam, jika kita gigih mempromosi islam sebagai model terbaik melalui tulisan dan penyelidikan, walau saya separuh bena tak bena, saya percaya yang ianya boleh diterima sebagai sebahagian dari penyelesaian kemelut yang melanda professi ini.

Tuesday, December 18, 2018

Salah siapa...?

Ini sambungan dari cerita ampu mengampu ini. Cerita ni terjadi dalam bulan Oktober, November yang lalu...

Ada sikit konflik di ofis yang dicetuskan oleh si kaki ampu. Kali ini naik darjat saya sebab dijadikan tempat merujuk. Almaklumlah saya kira yang paling tua dari segi umur di kalangan Penolong-penolong pegawai di tempat saya berkerja ini.

Di pendekkan cerita saya beri nasihat yang saya tak pasti if they like it or not, tapi I guess they don't like it but they can't deny the wisdom in the nasihat/judgement saya. Eeh eh eh... perasannya saya, kan?

Okey begini nasihat saya, lebih kuranglah...

"sepatutnya kamu urang rebut balik hati bos kamu. Kalau si pembodek, bodeknya sekati, kamu 3 kati. Dia sorang, kamu bertiga, mustahil kamu urang boleh kamu kalah"

Jawab salah seorang dari mereka, juga lebih kurang begini, almaklumlah dah berbulan berlalu, mana mungkin saya ingat exactly kata mereka, ya?

"masalahnya kak, hati ini sudah terluka, sakit, bertukar menyampah, tengok muka pun tak boleh, macam mana nak bodek berkati-kati!!!"

toinnngg....toinggg.. toooiiingggg.

Lepas tu mereka tak mengadu-ngadu lagi sama saya.

Syukurlah,...

Saya pula sebab nak jaga kepentingan sendiri, cubala tidak mahu bergaduh dengan sipembodek. eh orang macam itu takuuuttt ooiii dia pegang bos-bos besar, sepatah kata dia, bos percaya. Jadi kita memang tak mau cari pasal dengan orang begitu.

Di sini saya ingin tegaskan semula...

Tak salah pembodek juga, like I said before, tak de permintaan dibodek, pembodek takkan wujud,kan? hah! silap hari bulan yang dibodek boleh jadi mereng jika pembodek beralih arah, tak lagi membodek. he he...jadi pada adik-adik yang rasa diri tu baik, jujur, tak punya apa-apa kepentingan & agenda melainkan berkerja demi negara, bangsa & agama, juga sebagai ibadah ikhlas kerana Allah s.w.t., efficient and diligent (yes, you guys memang bagus pun, no doubt) belajar-lajarlah sikit seni bodek-membodek, ini ya, agar bosmu dibodek oleh orang yang berhikmah seperti kamu, bukan orang yang kamu labelkan sebagai "pepat di luar, runcing di dalam" dan menurut rekod kamu sering melakukan onar di sana sini.

****
Di hari yang lain, saya dengan rakan ofis yang lain...duduk-duduk ampai-ampai lunjur-lunjur kaki sementara tunggu kereta pejabat ambil kami.... Al maklum la kompleks kami ni besar, bilik Mesyuaratnya idak lah jauh, tapi dah ada kemudahan drebar nak ambil, apa salahnya guna. Bukan selalu dapat naik kereta pejabat ni, kan? Tetiba lalu seorang rakan kerja di belakang kami. Lepas dia berlalu jauh, kawan berbisik kepada saya...

"Mar, jaga-jaga dia tu pun kuncu-kuncu sibawang juga, ni"

"Owh iya ka? eh gula-gula lelebih pengerusi tadi mana? Mana? Pegi bungkus bagi anak dia."

"hah, bagus tu cepat bungkus. Besok majlis kalau ada banyak lebih pun bungkus siap-siap untuk dia"

(Sktesa di atas tu tipu jak... mana ada bagi gula-gula kat pengerusi... beehon goreng, teh tarik, kopi susu, ada, lah)

Monday, December 17, 2018

Ampu mengampu....

Minggu lepas saya baca feed di FB pasal beza ampu and mampu. Kita memang menyampah pada kaki ampu, ni, kan? Tapi bagaimana pula rasanya kalau kita yang kena ampu he he...

Ntahlah tak berani nak fikir. Mesti lemas,kan? Betul ka yang diampu itu lemas, sebab  kaki ampu selalunya berjaya. Kawan saya kata kaki ampu bahaya sebab kalau yang diampu mampus, dia pun mampus sama. Itu saya tak setuju sebab kalau kau mampus, dia akan cari yang lain untuk diampu. Pendek kata kau janganlah sakit hati jika doa celaka kau terhadap kaki ampu tak dimakbulkan Tuhan. Tak usah sakit hati mengharapkan si kaki ampu jatuh terjerumus, lalu insaf tak jadi kenyataan.

Personally, pengampu dan yang diampu itu macam demand and supply. Kalu kau tak minta diampu, kaki ampu takkan datang. As simple as that. Bila kita berada di bawah, sebolehnya kita tak mau berkonflik dengan yang di atas, jadi seni mengampu ini satu kelebihan jika kita memilikinya. Sikit-sikit ampu itu benda biasa yang semua orang bikin. Bila sudah diampu-ampu, yang diampu jadi ketagih dan penasaran jika tak diampu, itu salah pengampu ka? Mungkin maksud kawan saya ini pengampu tegar, yang mungkin  orang biasa macam saya takkan pernah jumpa. Cuma jumpa di dalam tulisan-tulisan FB kawan-kawan saya yang dah jadi orang-orang besar sahaja., atau dalam cerita-cerita pengajaran kanak-kanak.

Hah! Ingat tak cerita pasal raja yang telanjang, yang kita baca masa kecik-kecik? Kesimpulannya, pengampu tak akan pernah kesusahan, atau dilanda masalah. Yang akan terjerumus dalam masalah besar ialah yang orang yang kena ampu. Punyalah percaya pada pengampu sampai dia jalan bertelanjang. Bahayalah kalau orang-orang besar kita suka kena ampu. Maka tak heranlah satu hari nanti, negara, agama boleh tergadai dek kerana yang berada di atas boleh depress kalau tak dikelilingi oleh kaki-kaki ampu.

Jadi yang patut dinasihati bukanlah pengampu, tapi yang diampu...hihi.




Tuesday, December 11, 2018

Geng Bawang....


Kunun tak nak bawang, tapi bila dah bos ajak bawang, layan ajelah, ya. Kalu tak layan nanti markah kena potong.

For me bos tak membawanglah more on terapi minda. My rakan bawang sedih. Sapa tak sedih, tak pepasal TH kene surrender asset RM19.9b just nak cover short RM4b. Saya pun turut berduka juga. Tapi sesungguhnya saya masih belum tergamak nak doa celaka kat pada sesiapa pun.

Iyalah bila dah jadi macam gini, doa ajelah yang kita mampu, kan. Nak buat apa? Saya berfikir, apa, yang boleh kita buat ea?

eh cop cop cop  Will, belum lagi acquired. Tak boleh ka kita turun beramai2 lagi kat KL macam hari tu tuntut jangan serender?


Dalam pada itu masih ada juga rakan bawang lain yang masih menaruh harapan pada Pakatan Harapan walau terang-terang lagi bersuluh pakatan memang kita semua sama rata, sama saksama, tak suka kalau Melayu Islam ni lebih.

Terang lagi bersuluh....  dalam pembayaran hibbah ini apa masalahnya? TH punya risk appetite tinggi, selama ni TH ok. Mungkin ada yang tak oklah, sikit-sikit. Kalau pasal labur melabur ni, pensyarah cina saya kata busuk-busuk pun paling rendah ko dapat 10% - 11%, tu waktu busuk, kalau waktu wangi? Trader semua tahu, tak de ruginya mereka. Kalau dah dapat 10% -11% hai takkanlah nak bagi 5%-6% pun tak buleh? Apa ke sampai nak menuduh pengurus TH dan Auditor terdahalu dah cook the book dari 2014-2017 sebab nak bagi hibbah kat pendeposit. TH orang Islam, yang sekarang di belakang perancanaan swap RM19.9 with RM4b un prudent reporting tu sapa? Tapi sebab saya sengaja ambil sumber dari Najib, yang betul jadi salah, yang salah jadi betul. Yang kafir diangkat setaraf Khalifah Umar AlKhatab, yang muslim dituduh ajen Yahuddi...

 begitulah ceritanya


Macam gitula bila kita terlalu sangat menaruh harapan dan masih dalam denial, penafian yang kita sudah tersilap pilih. Bos dia sendiri dan kawan dia yang memang sat lagi nak bergraduate dalam bidang forensik accounting, financial statement criminology ni dah cukup pakar, dia ambil entah pakar dari mana dari lidah Dap dap dap dap sebab nak sedapkan hati dia.

Dia sendiri kalau buka hati dan minda pun akan rasa macam yang saya dan bos rasa, tapi dia nak menumpang rasa pada lidah Dap dap dap dap dap, itu pilihan dia.

Saya? saya akan mula belajar beristinja dengan kertas lah. Nanti kalau Dap dap dap dap dapat semua, nak pi soping senang kalau tandas tak air pancut. Jimat air. Cleaner pun tak yah penat-penat lap lantai basah banyak-banyak kali.

Monday, December 10, 2018

TH oh TH

Mujahid buat hal lagi. Hari ni, minggu ni dia attack TH pula. To a certain extend aku rasa dia dah kena candu %&&#!*#!$) (mencarut) ayam DAP dap dap dap agaknya..

Rasa memang geram pun ada. Dulu Rafizi selalu attack TH, ni dia la pula. Tapi bagusla kalau TH kena selalu attack agar pengurusan TH lebih berhati-hati jaga duit pendeposit. Tapi bila serangan macam yang Mujahid cuba bawa hari ni memang aku menyampah. Sebabnya tak ada lainla, sebab dia bukan "ahli". tu je. Kalau Rafizi tu aku ok lagi,lah sebab dia ada back ground account. Lagi satu yang mula buat bising tu PwC. Bukan aku nak kata PwC tak bagus, bila asyik2 TH je kena, mulalah aku paranoid, "ini agenda dengki kita dapat return bagus tetiap tahun, lah ni"

Guna otak kaulah,kan kau simpan bank, aku tanya bank mana bule bagi kau 5%-6% setahun. Kalau dulu lagi best, 12%. hah!!! dengkilah tu. Cubalah jangan dengki sangat, korang, macai--lembu DAP dap dap dap dah dapat lebih banyak habuan duniawi. Kami ni marhaen nak menabung pergi Haji, tolonglah jangan dengki sangat. Apa kau dapat? kau nak write off balik, tahun-tahun akan datang kau nak bayar percent aras-aras bank komersial lain ka? Lepas tu apa kau DAPPPAAATTT????

Dengki!!!....

On separate note,

Yang aku nampak besok yang meruntuhkan Islam ni, yang bukak jalan pada musuh Islam, jadi ajen Yahudi, Freemason, bagai ni, ustaz-ustaz juga akhirnya nanti ni. Itulah "TULA" selalu sangat tuduh orang sekolah sains, sekolah sekular agen yahudi.

Mak aku selalu pesan, kalau nampak sesedara baru balik UK, balik US, dah mula dah nak macam lebih omputeh dari omputeh jangan kutuk-kutuk dah sesat. Butul kata emak bila aku dah umur-umur tua macam ni, ok jak "abang-abang", "kakak-kakak" yang dulu tegedik-gedik lebih omputeh dari omputeh, tu. Biasalah kita Melayu baka ni, memang begitu, bila dah pencen baru nak cari Masjid, sejadah, quran bagai. And derang yang dulu pi UK, US, bila pencen, memang pencen berbaloi-baloi, nak pegi umrah tetiap tahun pun bule. Aji tu aku rasa kalau Saudi tak bagi qouta, harus derang naik Aji tetiap tahun.

Aku? Main dam Aji, pun memang sekali round aku dah "bungkus" tak sempat naik naik Aji, buah aku habis dah kena makan lawan.. he he he

Nak bawak mak gi umrah pun terpaksa ikat-ikat perut. Nak gi Haji pun mengharap dividen tinggi TH.

Thursday, December 6, 2018

Agong Kita, Ketua Agama kita

Agong kita cuti buat treatment, tapi dah heboh kata Agong kita kawen dengan ratu cantik Rusia. Ramai yang kecewa, saya pun rasa kecewa juga tapi biasalah lelaki memang nak pilih perempuan cantik. Ratu cantik luar negara bukan macam ratu cantik kita, zaman kita sekolah-sekolah dulu yang masuk budak-budak tak pass SPM.

Ratu cantik hari ini ramai yang lulusan universiti. Orang kata beauty with brainlah. Apa kau ingat asal lawa jah bodoh? Weh, kat universiti pun melambak perempuan cantik, tau! Tapi itulah stereotype kita, asal cantik bodoh, gitu. Kesia orang cantik yang bijak-bijak.

I rasa I ok jak Agong nak kawen ratu cantik, tapi kalau betul cantik, kalau betul baik, harap cerita-cerita ini hanya fitna saja. Kalau betul pun tak apa, baginda bukan selamanya jadi agong pun, sekejap jer tu. Bila dah balik Kelantan besok, pandai-pandailah Kerajaan Negeri memikiokan apa kekedah nak nampung Permaisuri yang mahal ini.

Ala, apa la yang lorat sangat, George Clooney pun boleh layan Ratu ala-ala Ratu-Raja Fairytale, malulah kalau Sultan tak mampu nak mewahkan Permaisuri macam retis mewahkan pasangan mereka, kan?

Tapi rasa kalau Agong nak jadi Hero Fairy-tale yang kisahnya tak jemu di baca 100 tahun lagi, baik Agong tok sah balik sinilah pi ikut bini duduk  Rusia sana. biar Raja Nazrin pula jadi Agong, jadi Ketua Agama.


Thursday, November 22, 2018

Budak Usrah 2

"She must be crazy already." bila saya baca catatan budak usrah berdebat dengan budak sekular kapir.

Isunya pasal budak usrah kata penawar pada sakit depressi ialah zikir dan baca quran. Saya rasa zikir dan baca quran itulah buat kau lebih depress dan rasa semua orang inayakan kau. Tuhan kau bagi ujian berat pada kau.

Pokok pangkalnya kau rasa berat sebab kau pandang rendah pada semua benda, kau pandang rendah kepada kemanusiaan.

Saya born, kera sumbang, saya tak suka berkawan. kalau berkawan saya asyik nak marah, sebab hai budak-budak ini, itu pun tak reti, ini tak reti, itu tak reti. Reti nak main je. Bila besar sikit, masak pun tak reti, kain baju, kemas rumah pun tak reti nak urus sendiri, tapi pandai pulak nak kawen. bab-bab kawen, buat anak cukup pandai.

But my mom in her special way make me understand yang semua benda susah, ramai orang tak pandai, anak dia sorang aje pandai, tapi kalau anak dia memandai-mandai, cepatlah saja anak dia kena "cili". My mom teach me to beralah. Orang ramai tak pandai kau pandai, kau kena beralah dengan orang tak pandai dan sebenarnya ada banyak benda yang kau boleh belajar dari orang tak pandai.

When I was teen Allah bagi saya sakit. Sakit ini datang bagi membantu mak saya mentarbiahkan saya yang garang dan cepat marah ini agar banyak bersabar pada orang yang tak pandai. Betul dia tak pandai belajar tapi dia pandai mengorat, sebab tu muda belia dah kawen. itu yang saya paling perasanlah.

Ada ramai kawan yang tak pandai, sembahyang tak pandai, jaga maruah pun tak pandai, kerja tak pandai, tapi mengawan pandai. Mak kata kasihanilah mereka. Ramai orang suka kutuk budak perempuan yang tak pandai jaga maruah. Tapi mak marah kalau saya marah. Mak suruh saya mengasihi mereka.

berbalik pasal budak dakwah yang hidupnya penuh dugaan. Dugaan akan jadi ringan kalau dia tak terlalu taksub nak membetulkan kami yang sekular ini. Saya malas nak menyampuk, tapi saya nak aje sampuk dan cakap begini "kau suruhla orang yang memang doktor dah sahkan sebagai depress dan murung untuk baca quran. Ada kemungkinan besar kau kena terajang"

Honestly as a mental patient, i feel like tampar aje budak-budak yang asyik sangat promote baca quran pada pesakit mental. padahal mereka asyik bekeluh-kesah diri diuji tuhan dengan ujian yang sangat berat.

Entah ujian berat apa tah tuhan bagi kat dia, saya pun tak tahulah. Nak kata tak de kerja, ada kerja. Mungkin berat sebab tuhan tak bagi dia laki, lagi kut? Dia ingat dapat laki semua selesai masalah? Hah! Tak de laki lagi tu sebab tuhan tahu kalau dapat laki dia akan lagi menyalak kat tuhan "Tuhan apa ke bangkai jantan dah kau bagi kat aku?"

Honestly juga memang pernah ada budak usrah, jadi sangat berani menyarankan saya berhenti meneruskan perubatan hospital dan menggantinya dengan kembali kepada agama dengan sebenar-benar kembali. Gila!!! saya tidak akan ambil risiko yang sebegitu gila. Lagi satu aish, saya rasa mereka sangat kurang ajar. Mereka lebih pandai dan lebih tahu dari doktor pakar? eh, susah tau kita nak cakap dengan orang yang perasan dia lebih tahu dari pakar.

saya mau juga kasi komen begini "pengajian kamu mungkin tak tertangguh, kamu dah jadi pegawai besar, gaji besar, your dream guy dah convert muslim dan korang dah happily married sekiranya kamu pergi jumpa Dr pakar saya dan ambil ubat anti-deprasi"

atau saya juga rasa compel untuk mengupdate FB saya begini:-

"Mungkin bagi sesetengah kita yang sering bermegah-megah sebagai manusia pilihan Tuhan akan berhenti bermegah jika mereka mendapatkan rawatan kesihatan mental"

atau saya rephrase begini:-

"Ada baiknya anda mendapatkan second opinion dari pakar dari bermegah-megah di med-soc mengaku pilihan tuhan yang hidup sengsara diuji dengan pelbagai ujian berat dari Tuhan"

But I won't do thatlah. It is very mean, kan to write something like that. Biarlah kita ada soc-med jak untuk meluahkan perasaan. Sekurang-kurangnya dia hanya melalak di soc-med sahaja. Dia tidak ambil tindakan pelik-pelik seperti pasang bom kat badan dia dan pergi bom kita semua.

Saya pula melalak dalam blog dan tak ambil tindakan gila pergi "serang" dan kasi satu penampar sama itu budak. hi hi.....

Wednesday, November 21, 2018

Sekolah Agama vs Sekolah Sekular

"aku ingat back ground agama, keliling semua ustaz, lagi baik, le. Ini tidak, baru tak sampai seratus hari dapat pangkat, dah buat hal"

"nanti dia cakaplah, setan dia lagi besar dari setan kau"

"derang ni dulu baik bukan pasai baik sangat pun, baik sebab belum kena uji, bila dah diuji, hah amik ko, jatuh melarah"

"Itulah,kan mulut longkang 24 jam asyik ngata kita orang kewangan ni jahat,kan, makan duit haram, duit riba, sebelah kaki dah masuk dalam neraka, penghalang jalan agama, bla bla bla?"

"hurm, setuju, at least kita kenal, mana riba, mana untung, bila dapat kat derang semua pulun untung"

Itula dia dialog-dialog orang finance, auditing yang sakit hati dengan ustaz-ustaz melampau bila Allah bagi sikit senang. Mudah benar mereka hanyut dan keasyikan duniawi. Memang sakit sangat, bila yang buat perangai ada background agama yang kukuh. Next time bila tengok ustaz turn corporate, kita kena set standard yang lebih rendah dari mereka yang memang back-ground sekular.

Means to say if ustaz jak, set kan tahap risko lebih tinggi more sample, buat more rigorous check. Analoginya macam orang umur dah tua ada pulak sakit itu ini, tapi gatal dah temengandung pulak, misi terus bagi buku merah. Macam gitulah sang ustaz turn corporate, teknokrat, birokrat, kita terus bagi dia buku merah. he he....

Personally I feel, it has nothing to do with your academic background pun, tapi awak tu macam manakah orangnya. Cuma semacam kalau, budak sekolah agama turn, bidang sekular, senang kita nak nampak kalau mereka bermegah-megah dengan kemewahan materi hasil dari kerja jahat menyalah guna-kuasa dan menggunakan wang awam untuk kepentingan peribadi. Orang tua-tua kata, kerna nila setitik, rosak susu sebelanga?

hurm, tapi boleh je buat jejak budak sekolah agama turn sekular ni. Cuba matchkan mereka dengan profile penjawat awam yang ada kes salah-laku kewangan,kan? Berapa ramai rekrut dari sekolah agama, dan berapa peratusan mereka yang pernah, terjebak, dituduh, disabitkan dengan salah laku kewangan. benda tu kita patut bikin sebelum kita terus bagi dia buku merah,kan?

In the mean time, I look into myself, if I ada contribution bikin ex-Imam-Imamah, terovver tunjuk kaya sampai terjebak dengan gejala yang tidak sihat? Well I think, I have...For instants, I don't welcome them that much. "Ko sekolah agama, apsal nyibuk dan buat kerja sekular", gitu. Mungkin juga suara-suara dalaman begitu, bikin mereka nak tunjuk mereka lagi terror dari kita yang pure sekular dengan menunjuk-nunjuk mereka ada lebih banyak duit dari kita, kut?  Mungkin.


Sunday, November 18, 2018

Kesianla pulak, kan?



Hari ni dah 19/11 dah, masihla juga PM kita dari Parti Bunga. Idak tertimbul lagi barisan pemimpin yang ini.

Itula kiranya kalau terlalu bersandarkan impian kat orang lain. Macam-macam mimpi yang keluar. Ada indah, ada ngeri. Bangun pagi kalu ngeri, Alhamdulillah, itu sekadar mimpi sahaja rupanya. Kalau indah, hai-hai sedihnya, bila la mimpi nak jadi nyata.

Ini bukan nak mengejek sesapa, mentertawakan sesapa, cuma sekadar ingatan untuk diri sendiri agar berpijak di bumi nyata.

Tuesday, November 13, 2018

KESIAN PULAK, kan? (jAHATnya Atuk)

Macam biasa tiap-tiap hari kita buka FB, scroll through, feed kengkawan kita. Kengkawan saya mostly peka dan minat dengan perkembangan semasa politik tanah air kita. Kita orang Melayu,kan tak sembang politik kat kedai kopi, sembang dalam Medsoc la pula. Malay just like politik so much. I love politic. We just love it, nak masuk bukan semua yang layak. Jadi kami gebang-gebang-kondem itu-ini dari jauh hi hi hi...

We love politic so much that our politician dah tahap retis dah. Retis dengan politician, politician lebih glemer kengkadang tu. Kalau berskandal, berdrama ngalah retis pun hada. Sapalah yang berskandal dan berdrama mengalahkan retis tu? aik sapa lagi Bang Nonlah, sapa lagi.

Semalam saya tulis kawan saya takut bang Non jadi PM, Malaysia bangkrap sebab bang Non Dumb. Betul ka bang NON dumb? ntah. Ala, CGPA bang Non tak tau berapa. Ntah sistem dedulu macam mana tah tak tau. Dulu kalau 2.8 pun bule jadi JUSA, it must be much lower than that la, One point something kut? So atas dasar CGPA yang sangat rendah bang Non diketegorikan sebagai dumb. Kalau perintah negara takut negara bangkrupt. which I personally tak setujulah. Ramai je orang tak sekolah kaya-raya. Contoh Datuk Alif Syukri, Penyanyi Stacy, ok jak derang tu. Berganda-ganda lagi kaya mereka tu dari korang yang CGPA 4 flat, anugerah Naib Canselor, kan?

Hari ini saya tunjuk satu video kat kawan. Video tukang tilik dari Siam, saaannnaaa.... Tukang tilik tu kata, bang Non tak akan jadi PM No 8 kita. Atuk akan hantar semula bang Non ke Penjara dengan bantuan perisikan dari Jepun. hah! itu hari gi Jepun tu, bukan pasal nak pinjam duit sangat, pasal nak kenakan bang Nonlah tu. Kau sukalah kan, cerita ni. Moga tidur kau lena lepas ni. Tak de orang bodoh perintah negara kau. Nak tau sapa jadi PM? Hai sapa lagi HERO pujaan kau la, Abang Azmin Ali yang hensem tu. suka la tu, sukala tu, kan?

Begitula ceritanya. Haddoooiii saya personally dah tak nak la dengar cerita lubang kunyit ni. Kamon la atuk, kiri kanan orang bersepah dah kongkek lubang kunyit. I am not saying liwat itu benda betul, tapi whyla nak ngintip lubang kain orang sampai begitu sekali sebab nak sumbat dia semula dalam jel, tak nak jadikan dia PM sesangat. Baik ko racun je bang Non tu dari ko jaja lagi cerita dalam kain dia.

Dulu bang Non muda hensem, ok la juga kalau kita semua disajikan dengan video porno bang Non, la ni bang Non dah tua berkedut, tak selera kita nak nengoknya... alahai... atuk, tolonglah berhentikan penderaan visual buat rakyat marhaen ini ya,

sekian sajalah rayuan ku ini. saya tak pandai memujuk rayu, harap atuk faham. Ok la saya sudahi rayuan ini dengan "thank you", atuk. (macam le Atuk baca blog aku ni, he he.... prasan, prasan, prasan tak sudah hi hi)



Monday, November 12, 2018

KESIAN PULAK, kan?

Budak muda kawan saya yang kata abang NON PM tepi, tu sedihlah, bila Bang Non menang. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Why? Why? Why?

Saya kata, sebab ramai percaya Bang Non akan perbetulkan keadaan. She was about to be angry, and I have to told her, "akk cakap ramai percaya, I myself, just like you, tak percaya dia"

"Abeh tu apa kita nak buat sekarang?"

"nothing, LNPT kita tak bawah 50%, apa? Kita dah bertahap tetap dan berpencen, exam semua dah lepas. If that Tony Phua nak kurangkan penjawat awam pun, I don't think we gonna be effected. Besides, dah luluspun kertas kerja yang Price Waterhouse Cooper buat tu, kan? We gonna be so big, there will be 400 of us, instead of currently how many? 125, 150? The chances kita kena tendang dengan Tony Phua is very kecik"

"what if Bang Non was so dumb and the government don't have money to pay our salary?"

OMG, I tak plak terfikir sampai ke situ. he he...

Well, what wrong with bang Non ea yang bule bikin kita jadi bangkrap? Bang Non punya citarasa like Saiful-saiful aje. I don't think Saiful is as expensive as Rosma or Altantuya. In fact, I believe bang Non get Saiful's lubang kunyit for free. Owh, how about those who are close to bang Non, are they as bad as Jho Low, Riza Aziz, Rafidah Aziz, Robert Kwok, or Daim Dzainudin? Well not that we know off. Tak de dengar pun? Sukma who? Darmawan? sapa tu? ada masuk Forbes megazine ka?

Well we hear story about his daughter bedroom's story and bla bla bla. She is so good that her professor give her an A. She also so good, she don't have enuf time to lilit the shawl and with that simple tudung bawal she is still hot janda. So hot that nak lilit shawl pun tak de masa, let alone spending time go shopping? But they say the wife is not so good, that he call her sepat kering, but the sepat kering, defend him fiercely, which make me think bang Non must be so good that she must, still cannot move with her honeymoon memory long-long time ago.

Macam semua di sekeliling bang Non, non artis, non-celebrity. Low cost maintenance jerr... the maintenance becoming so low because every body are dying to touch them. They can get them for free. Not the other way round like macam Jho Low, he was so desperate to be friend with celebrity like Paris Hilton, Miranda Kerr, that he has to "pay" so much, for them with 1MDB's money.

So I told to myself, why worry so much if bang Non don't have friend like Jho Low who love to spend 1MDB money to belanja his celebrity friend?

Sunday, November 11, 2018

Mind our own business



Bila tengok tikus cuba baiki labu, most of us will be very-very angry at the tikus. We pitty the labu. The labu is victimise by the tikus. We are so angry and shouted, "Ini tidak adil, mari cari/tegakkan keadilan" Personally, I find it funny, the scene ( a tikus trying to fix the labu) is too comical for me to get mad, even though I realized that in the end all of us will be somehow at loss. But no worries, I believe All is Well as the loss is bearable, I guess???

It is beyond our control as the labu itself prefer the tikus. Allah makes labu choose tikus. There must be a reason. Perhaps,  He knows  We might end-up broken heart trying to fix it. So broken hearted, that we forget to eat, to drink, to sleep, to pray, to bla bla bla i.e end-up doing thing that is so self destructive. Or perhaps, we are so busy fixing the labu that we forgot/ don't have enuf  "me-time with Allah".

Yurpt, we can't stop laughing looking at the tikus and labu, but it is very bad to laugh at them or sapa-sapa or apa-apa bendalah,kan? Therefore, it is better for us to walk away so that we don't laugh so much that our heart is blinded from seeing more beautiful and wonderful opportunity.

Trust me, I have done it. I believe you can do it too.


Tuesday, November 6, 2018

Budak Dakwah

Makcik bawang memang alergi dengan minah-minah dawah dari zaman school dulu. Dulu menyampah kat deme sebab asyik membawang budak-budak free hair. Masuk school diploma kat universiti prevet lagi lah geli geleman makcik dengan derang ni. taksub benar dengan HERO romatiang derang. Ketua Imam deranglah. Janganle ko cuit pun hero mereka. Harus kau disuruh bertaubat. Aik ini makcik, weh, makcik tegur sebagai anak pun tak boleh? TAK BOLEH ROMANTIANG utusan Tuhan Maksum, taraf nabi, tak ble tegur.

Kat school ada minah dakwah, kat opis pun ada sorang ni, aish geletik geleman makcik dengan dia ni,lah.... gatal is the word? Yeah, apalah yang dia terhegeh sangat dengan kita ni. Puas dibahasa-bahasakan yang kita tak minat dengan lifestyle gaya dakwah derang, pun tak reti-reti bahasa.

La ni megah dia mempromosi pula dengan clean foodla, exerciselah, ala-ala healthy life style omputih. Eh gelinya akuuu.... Makcik ni nak orang kampung hokey, makcik tak makan clean food. Food makcik semua dirty, berminyak bersantan hokey!!! lepas tu makcik bantai tidur 24 jam. Ko jangan la mengada-ngada nak nunjuk-nunjuk clean food kau tu. Brokoli,la, avacadola, kembang tekak aku. Aku makan kangkung, makan pucuk paku, pucuk ubi, ubi rebus, sambal tumis, ikan masin!!!.

Some of us do have to eat clean, due to medical reason and we don't want people to know about it. It is a curse to us. Why we wanna brag about our curse? Do you want to tell everybody that you are  curse thus you have to eat clean food? The answer is NO. I am are very proud of our rendang, nasi lemak, sambal tumis, kari ikan, asam pedas and all. I am very menyampah if you come and brang about your clean food sedangkan I know you cannot "tahan" our dirty food!!!, Selama ni kau membesar, dengan dengan dirty kampung food, hari ni sibuk pula nak berbrokoli, beravacado.

This budak dakwah I always don't understand them, why la dia suka nak nunjuk-nunjuk dia bagus sangat, walhal kalau bagus ko tak keje macai audit macam makcik ni deerrr.... ko dah duduk jadi manager ka, senior audit at least.  Kije macai nak mencacai healthy life style omputeh kunun, memangla mak bawang ni sakit hati.

Ni makcik nak tell u ya budak dakwah sekelian, all food are clean as long as you work clean.

note:

Hapa dia nak lagi ni kat kita ni, tak tau le ya. Dia nak boyfriend kita, kita dah bagi dah. Nak apa lagi???

Sunday, November 4, 2018

Makcik Bawang

Ntah macam mana makcik bertemu geng...jangan memain geng makcik auditor senior tau. he he...

Ceritanya makcik minta bos isi survey master makcik. Ntah macam mana masuk topik bawang 1MDB tu tak tahula...

Makcik-makcik memang tak berkenan dengan kerajaan PH ni. Makcik redho, mak cik lagi satu rasanya idokk... Ceritalah makcik Redho pasal utang RM6billion vs RM1.2 Trillion. Dua kali ganda tu. Makcik kata ini CEO baru buat Big Bath jak ni.... biasala tu CEO baru, saja nak kenakan CEO lama, atas apa-apa masalah yang ada.

Pasal 1MBD both makcik percaya sejahat-jahat pun CEO lama, dia muslim, dia ada tuhan. Bukan nak kata CEO sekarang tak de tuhan. Bukan begitu, at certain point kami tak rasa CEO lama teruk sangat. Tapi PM sekarang semua tahu anti-Raja, anti- ehem ehem...

Kita tunggu PM bang Non. Jangan sampai makcik cakap I told you so udahlah ya? Doalah banyak-banyak yang makcik tak betul. What if makcik betul?


INi yang tak sabar sangat nak tunggu Bang Non jadi PM nih... he he...

Cerita pasal CEO lama, makcik senior auditor kata kadang-kadang muka bini CEO lama nampak macam hantu. Ini membawang pulak pasal bini CEO lama sudah jadi satu icon Halloween baru. Makcik kata... " dulu ada kawan antie saya yang mak mentua tak suka dia, memang jika digambar mukanya macam hantu..."

Kami membawang pasal sapa? Pasal Freemason Rothschild la sapa lagi he he

Monday, October 15, 2018

ABANG PILIH YANG MANA?



Nak kata pantun, ka apa ni, tak taula tapi macam pantun yang terover grammar. Well ditulis oleh seorang Professor yang kerjanya nak memandaikan anak-bangsa, tapi anak bangsa tak pandai-pandai. Kesian. Orang umah Professor merupakan entrepreneur berjaya yang banyak kasi tips macam-macam. Memang couple pandai yang telah mendedikasikan seluruh hidup mereka nak pandaikan orang tapi makin hari orang tak pandai makin ramai.

Apa yang menarik perhatian, pasal pantun ni ialah pasal abang yang tak beradab. Memang ramai biadap la ni. Saya ni kije gomen, pastilah pernah dengar momok bos fail terbang puaka. Pada saya momok jak tu, sebab sepanjang kerja saya di gomen, saya tak pernah jumpa lagi bos macam itu. Ada, memang ada yang mulut puaka, tapi mulut dia ajelah. Sorang tu ajelah. Tapi dia memang tak berani nak memuaka dengan saya. Saya pun heran. Puaka saya lagi besarlah tu mangkali? he he

Pasal orang biadap, memang kita gusar... tapi cuba baca tulisan saya yang sebelum ini. Tak payahla kita gusar, tapi kita seek to understand, kenapa ya, sungguh puaka dan biadappun si Abang, tak semua Adik duka; ada aDIK...happy Abang Ai is HERO, getew, kan. Yang cerita Fail Terbang Puaka tu pun ceritanya, (pada yang pernah kena baling dengan fail terbang puaka ni), tak sikit jua pembaling fail tu perempuan. yang kena baling lelaki, siap nak disepaknya budak lelaki tu.... hah! Hodoh Adik (perempuan) lagi Brutel dari Abang.... Bagi si Adik Puaka ni, bila dia baca pantun ni, mungkin dia pulak berpantun begini;

Bunga lalang bunga dedap
Untuk persembahan Panglima Mulia
Sungguhpun abang tak tahu adab
Biadap ditanggung dengan ceria....


Mau tak cerianya Abang Ai, is HERO, kan....


so

abang pilih yang mana?
Ceria atau pun duka

(sila nyanyi baris di bawah dengan lagu dara ataupun janda)

sungguh la ni ramai orang biadap yang happy, so kenapa anda mau berduka kerna kebiadapan mereka... chill-out dan lakukanlah aktiviti yang menyeronokkan dari berduka lara dengan kerenah manusia. Bak kata Menteri Agama pun "Mind your own business" Apa takut dapat BALA tuhan?

Ntah, lah cerita fail puaka terbang ni dah lama ada. Dari Ai is darjah satu dah dengo. so far so good je.

Thursday, October 11, 2018

BERTUAH

Orang Melayu ni memang bertuah. Pemimpinnya bijak-bijak. Tapi sebab cemburu mereka tak pernah puas hati. Pada Mei yang lalu berakhirlah era pemerintahan Melayu, diganti dengan Malaysia baru. Saya tak ada masalah dengan siapa pun yang memerintah, baik Melayu atau Malaysia baru.

Tapi selepas dah lebih 200 hari memerintah, tak nampak apa cerdiknya pun yang diangkat oleh pemimpin Islam Malaysia baru melainkan sibuk mengajar beza antara ruang peribadi dengan ruang awam. Mungkinlah Melayu ni significant dengan budaya membawang dan Menteri nak mendidik agar kita kurangkan membawang, tingkatkan produktiviti.

Di satu hal pula yang non-Muslim tak kurang mengecewakan sungguh juga tu. Sungguh saya tau derang taklah sebijak dan sejujur orang Melayu Islam dalam bab jaga finance gomen berskala besar. Derang langsung tak ada pengalaman pun. Pengalaman menjaga finance korporat tak sama dengan public finance. Cakap pakar, sarjana, tak nak guna, nak guna cara dia juga. Akhirnya kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang teruk jugalah ni.

Tapi saya tak heranlah itu semua sebab Nabi dah cerita, zaman terbaik ialah zaman baginda. Semakin jauh ummat dari zaman baginda, keadaan jadi semakin teruk. Jadi amatlah boleh jadi sakit hati jika mengharap zaman ini akan berubah sebaik zaman baginda, tapi yang jadi Menteri gigih ngajau kita agar "mind your own business". Kalau orang ejek kau tu serupa pungguk rindukan bulan janganlah mengamuk pula, andai besok Bang NON selimut Siti Khadijah yang kau ratib dan puja-puja siang-malam, sebagai pemimpin anughairah Langit jadi PM, masih juga kita ni tak jadi-jadi lagi nak  naik kenderaan awam asing lelaki perempuan. Perempuan masih juga ramai yang berpakaian tapi bertelanjang. Judi, arak dan pelacuran, masih berleluasa dan masjid-masjid masiii juga kosong macam selalu.

Jangan, jangan kita harap yang muluk-muluk. Cuba bayangkan yang terburuk, pula. Unit pencegahan maksiat dikecilkan dek kerana tadi tulah, gomen dah tak cukup duit belanja. Lama-lama tutup terus. Akhlak anak, mak ayah sila jaga iya. Kalau anak nakal, jadi ahli maksiat jangan salahkan gomen sebab tak buat pemantauan dan pencegahan, ya. Pencegahan terbaik datang dari dalam rumah bukan dari Pegawai Pencegah Maksiat dan Ustaz- Ustazah. Harap Maklum.

Dia gitu. Memang akan jadi sangat teruklah sampai ruang peribadi nanti jadi sangat luas. Shopping Mall pun ruang peribadi tu. Tak kisahlah besok kalau nak buat maksiat dalam shopping Mall. Itu gambaran yang diberi oleh ustaz dan ustazah kampung-kampung aje. Ustaz ustazah universiti cakap apa saya tak tahu, sebab saya di Uni belajar kira-kira, kira duit bagai. "ustaz-ustazah" saya cakap nanti besok gomen dah pakai sistem macam sistem komersial, lagi banyaklah make-up boleh bubuh pada financial statement kamu. Kamu sila bersedia dengan segala ilmu yang saya tumpahkan ini ya, jika fraud penyata kewangan akan berjangkit di sektor awam juga. Korupsi, kick-back, asset misappropriation, embezzlement,  bla bla bla.... pun kamu tak hadam lagi, kan, macam manalah kamu ni nak pot pet pot pet pot pet?

Itu "Ustaz-ustazah finance" punya syarahan. Ustaz-ustazah agama, bersyarahkan apa saya tak tahu, ratib puja-puji Pemimpin selimut Siti Khadijah ka? Yang saya tahu ustaz-ustazah kampung ajar, senang je. Nak elak maksiat, kawen. Kalau tak mampu kawen/ atau memang nak kawen tapi tak ada satupun yang berkenan di hati,  selalulah berpuasa. Period. erk, kembiri macam si Bobi, tu bule ka? Tak boleh! Ustaz-ustazah kata dosa tau kembirikan si Bobi. Saya kata, ustaz-ustazah tak kata, "kurung je si Bobi dan kawan-kawan dia dalam kandang berbeza mengikut jantina bagi mengawal mereka dari beranak-pinak banyak-banyak"

Tuesday, October 2, 2018

Satu Ketika Dulu...

Lama dulu saya ada kawan online dan tengok muka dia dalam paper. Muka sedih poyo tapi comel. Dia cakap dia ahli maksiat. Kat Uni dulu pendebat terbaik.  Orang suka berdebat ni memang banyak buat maksiat, kan? Kalau nak menang debat, nak pula yang sakarstik brutel macam dia tu, memanglah bermaksiat sebab asyik suka bergaduh. Baguskan kawan saya ni? Betapalah hensemnya kawan saya ni, kan? Sebab dia sedo diri dia tu ahli maksiat. Bukan macam kau, tak sudah-sudah perasan nak membetulkan orang macamlah diri kau tu suci sangat tak de dosa walau sekelumit, pun.

Tapi pada saya dengan muka yang comel, kaki gaduh, saya rasa kalau dia masuk politik dia boleh "pergi jauh". Masa tu dia asyiklah nak bergaduh online dengan YB Jeff Oii. Masa tu YB Oii belum masuk politik, cuma tulis kat Malaysia kini. Asyik-asyikla kawan saya ni nak membetulkan YB. Lepas tu tetiba dia meroyan ada Perempuan gila suruh dia masuk politik. Kau tak nak masuk politik kau cakaplah dengan minah tu baik-baik. Tak payahlah marah-marah,kan?

Namun hari ke hari dek kecomelan kawan saya ni, dia tak boleh nak marah dah kalau orang suruh dia masuk bertanding politik. Cuma setakat PRU yang lalu kawan masih tak bertanding lagi, lah. Masih tegar jadi non-politician. Apa yang menghalangnya, saya pun heran. Best apa jadi ahli politik? Boleh jadikan family dan kawan kau kaya raya, apa? Rete wang ringgit, 7 keturunan tak habis makan. Lepas kau mengkayakan kawan-kawan yang kau suka, dosa kau akan terhapus dengan mengkondem Israel kuat-kuat. Bahkan kau akan dinobatkan sebagai pemimpin anugerah pilihan langit.

If you asked me adakah kumpul rete banyak-banyak, kayakan kawan rakan sedara sahabat taulan; semai benih benci itu satu jalan menuju syurgawi, meraih kasih Sang Pencipta Abadi? Ntah. Itu saya tak tahu.

Saya belajar agama dengan Ustaz ustazah kampung aje. So far mereka tak pernah ajar cara masuk syurga melainkan mentauhidkan Allah dan berbuat baik, berakhlak murni sesama makhluk. Tak kiralah manusia, ka haiwan ka, tumbuh-tumbuhan ka, semua kita kena sayang. Ustaz ustazah saya ajar cara nak masuk syurga itu payah. Jalannya berliku. Paling payah ialah untuk tidak membenci. Tapi tu kalau ada short cut, saya masih pilih jalan payah ini, sebab seronok sebenarnya jika kita berjaya membebaskan diri dari benci dan tak amik port sangat nak jadi kaya dan mengkayakan orang yang rapat dengan kita.

Pada kawan/ sahabat baik saya...

Terpulang anda. Ramai sungguh sahabat rakan taulan sedaramu yang berharapkan kamu jadi pemimpin politik mereka. Kalau tanya saya memang saya cakap TAK PAYAH, JANGAN!!! Jadi orang kaya yang kerjanya megondem orang ni sebenarnya penat. Kau kondem orang, orang kondem kau balik.  Lagi satu bila dah kaya, nak jaga rete, yang bertembun tu bukannya senang pun. Tengok ajelah apa dah jadi pada Najib dan Rosmah yang satu masa dulu sangat kaya raya. Semua orang dengki, sampai orang nak penjarakan dia. Kesian dia. Itulah kaya, sangat,kan?

Wednesday, September 19, 2018

Politik Orang Muda-Muda (PM tepi)

Tadi saya bersungut tentang Carta Organisasi KPM yang baru ini. Saya rasa pelik bila saya membuat senarai Edaran untuk panggilan Mesyuarat. Ada 2 PUU, 2 audit dalam, 2, integriti. fuhh, apa macamla ini Kementerian, kan? Kawan-kawan saya  setuju dengan saya dan menokok, "nak gabung, gabunglah betul-betul, biar semua satu"

Saya menjawab begini

"Ndak apalah sebab besok Anwar Ibrahim jadi PM, kalau bercerai balik, senang"

Tidak ku sangka, kawan jadi emosi, yang saya pendekkan, itu semua angan-angan kosong. Fuuhhh mareh, bener dia. katanya itu bukan "PM tapi PM tepi"

Dia pun pot-pot-pet-pot dengan analisa dia, persis pakar politik yang hebat. Saya suruh dia slow down dan minta dia dengar pula cerita saya. Saya kata mungkin saya silap sebab kawan-kawan saya semua orang tua-tua... saya tanya dia berkenaan poster di bawah.


Kata dia, itu semua berangan aje. Tun tak nak pun Anwar tu, Tun nak Azmin. Owh... Azmin la plak? Saya pula kata, susah Anwar nak kalah ka PD. Kita tengok ajelah apa jadi lepas PD. Anak muda harap langsunglah tak de by election, sebab negara tak de duit. She is hoping maybe believed her atuk will do something like that la.

They don't want Anwar, but tak de sapa ble compete dengan Anwar, unless la Tun bule buat magic David Copperfield. PD by election jadi lenyap. Atau Tun ada calon ajaib untuk lawan Anwar. Kalau tengok semangat anak muda, kalu kena cara ada harapan juga Anwar kalah. Tapi siapakah? Dak Dee Pure Shitte tu? Dak Dee tu not bad juga. Memang dia hensem, bole kasi pecah ovari anak dara, tak dara,  mak dara, nek Dara PD/Malaya jugalah dia tu. Alah, geng-geng senang pecah ovari ni pun cita rasanya bukanlah tinggi mana, pun,kan? Pantang nampak lelaki gaya-gaya bos sikit, mulalah ovari pecah.

Owh lupa nak cerita hari tu Dak Dee Post dalam FB, "Si Boroi PM, 99.99%?" Patutnya saya jawab 0.01%, kalau ko jadi calon PD. Ada harapan ko kalahkan Boroi kut?  ha ha....

Kalau Atuk tak de magic, sama-samalah kita berdoa agar emosi kita tak terdera dek gambar Atuk boroi telanjang di Muka Depan Akbar Utama Negara lagi diikuti perbicaraan sekeyen 377B dan 377C kanun kesiksaan yang maha menyiksakan itu. Burit sapalah agaknya yang akan jadi korban, kali ini ya? Susah-susah, apalah kiranya biar sajalah Anwar jadi PM. Manalah tau betul itu ini kalilah memang betul Wan Azizah ada selimut magic Siti Fatimah, no?

Monday, September 17, 2018

Ekspektasi Pesantren

Semalam saya tanya kawan yang lebih saya anggap adik,lah.....

"How do you imagine the sound of Pesantren?"

Dulu dia ada cakap lepas dia habis PhD dia nak pergi memondok di Indonesia sana. Saya memang skeptikal dengan pondok memondok ni. Masa dia cakap imej yang terhidang di mata saya ialah budak-budak kecik bawah umur jadi buruh paksa bena pondok. Tahun-tahun selepas itu saya bila sebut pondok aje terbayang pulak muka Wardina Safiya dan Syed apa tu yang kempen peluk anjing tu, Syed Azmi dan cerita-cerita negetif pasal Pondok.

Itu imejan secara visual. Bagaimana pula audio? Actually perkara yang kami bincangkan adalah bagaimana nak mengira usia yang kian berkurang dari hari ke sehari. I was planning to learn music and play musical instrument, taking care of my greenery and my pets. Since adik saya ni dia macam ketua naqib sekolah sikit, kan? so saya takut la dia tak berapa selesa kalau saya cakap saya nak main musik. he he...

Tu yang I tanya "how do you imagine the sound of pesantren?"

I imagine it is full of music. See pelikkan my imagination? Same thing, tapi bila imagining it visually and audio wise, I got 2 different picture.

Visually I imagine budak-budak buruh bawah umur, Wardina Safiya dan Syed Azmi membela budak kena rogol dengan ustaz, audio, wise saya bayang Khai Bahar & Siti Nurhaliza mendendangkan zikir pipi merah...

How absurd, things can be, sometimes. Macam mana sebenarnya suasana pesentren, kita pun tak tau, tapi kita boleh bina pesantren kita sendiri mengikut acuan, kita, tidakkah begitu? So back to my plan nak belajar musik tu. Kira dia oklah. Budak-budak ustaz ustazah ni memang macam tu, asyik nak marah akak dia aje. Tak sudah-sudah risau kalau akak dia jadi liberal. he he

Thursday, September 13, 2018

Hugh Hefner Malaya Part 2


Nampak tajuk Part2, macam nak sambung membawang lagi. Membawang ni memang perbuatan keji, jahat, tak baik, tapi terapi minda he he... bule? Ntahlah. Kalau tanya mak, mesti dia kata "Mana Bule! Niat tak menghalalkan cara!!!!"

Tapi most of the time kita membawang tak sedar, ka hapa ka, more like nak lepas rasa terbuku di hati. Tak puas hati, marahlah. Contoh pasal Hugh Hefner Malaya ni,  nak panggil Boroi ka, Hefner ea. Panggil Playboy tualah, kan? Memang haru-biru betul cecerita dia ni. Eh semalam membawang kan Dee, hari ini Playboy Tua plak. Dua orang yang berlainan, tapi tajuk sama? tak kisahlah...

Part 2 membawang Playboy, Part 1 membawang Playboy's hater he he....

Sambung bawang. Cerita perjalanan Politik dia memang dahsyat. Rasa macam nak tulis je buku tajuk PM Playboy. Malaysia, Malayu ni memang terkenal dengan sifat perfectionist. Itu tak boleh, ini tak boleh and it hard and boring to be a Malay if you are not like Siti NorHaliza. It so God Damn Hard to be a Malay if your are born like Siti Kassim, or Jamal Sekincan, or Shanaz Ahmad. Semua orang kena streotype, kalau nak jadi penulis kena jadi macam Sri Diah. Ayu Utami tak boleh tak boleh tak boleh. Nak kawen pun besok, pergi cari bini macam Siti Norhaliza, Siti Kassim? tak boleh tak boleh, tak boleh!!!..... Nak berPM, tentula nak dah kene selimut dengan Siti Khadijah. Siti Kassim? TAK BOLEH!!! Eh Siti Kassim pun tak kemaruk nak selimutkan kau. Tapi kalau kau buat cerita Siti Kassim meroyankan PD sebab dia terhegeh-hegeh nak selimutkan kau, kau tolak, tentu ramai peminat kau yang terkujat-kujat seronok mencerna cerita-cerita dalam kain yang begitu, begitu. But I know Playboy world class macam ko takkan tergamak buat cerita bodoh macam itu..

Tak ke teruk? Punyalah sombong nak selimut SITI jer,  akhirnya SITI terserkap Playboy, kan? So terpaksalah pejam mata, buat cerita, reka-reka yang semua itu fitnah. Logiknya fikir sendirilah, kalau pemimpin status Nabi, Allah takkan aibkan sampai telanjang bulat begitu dengan perempuan pelacur. Tapi sebab suka sangat baca Israiliyyaattt…. Memang dalam sana penuh pasal cerita telanjang. Nak apa-apa semua telanjang dulu. Nak kepala orang alim, menari telajang, nak hapus cukai, tunggang kuda telanjang. Itu 2 ajelah yang saya tau.

Jadi apalah nak heran, jika mau jadi PM negara Malaysia yang mistikal ini kena telanjang juga? Sama ada kau nak terima video itu dia atau, clone, penyamaran sahaja, fitna jahat pihak lawan itu kau punya pasalllah. Tapi personally saya percaya Allah tidak akan membenarkan pemimpin pilihan diaibkan sebegitu rupa.

Tak kisahlah sama ada dia itu benar-benar pemimpin Selimut Siti Khadijah atau tidak. Yang pasti dia pemimpin pilihan ramai. Dah 2 kali dia main drama, kosong kerusi, naik kerusi semuanya berjaya. Apakah kali ke tiga ni dia akan berjaya juga? 

Memanglah kita seram sejuk nak terima Pemimpin Playboy.  Eh tak nak panggil Playboy, panggil PM Romantik la kan. Kalau betul jadi PM, sedap sikit dengar. PM Romantik pencinta, tak kira lelaki, wanita. Sedap sikit bunyinya. .Tapi kalau dah itu yang tertulis  di Loh Mahfuz, terima ajelah dengan hati yang terbuka. Kalau Tuhan boleh merahmati Negara Denmark, harapnya Tuhan tidak menterbalikkan Negara yang tercinta ini. Dia yang pandai berdrama, main watak Pak Sheikh bagai. Salah ka jika majority rakyat yang hauskan kepimpinan Pak Sheikh pilihan langit terpedaya dengan lakunan air mata mereka anak beranak?

Habis membawang, kita tunggulah apa kata PORT DICKSON he he….

Wednesday, September 12, 2018

Hugh Hefner Malaya

Hari ini nak membawang sikit kat sini. Membawang pasal siapa? Pasal blogger, cytro kat dalam FB sanalah. Ala kawan masa belajar A Level dulu. I kenal dia, tapi dia tak kenal I. I kenal pun sebab one of my house mate obsess sangat dengan mamat tu, dan cakap macam gini "Saya akan pastikan sebelum tamat belajar di sini, I mesti dapat date dengan dia" Apa yang spesial sangat dengan dia ni. His good look, his charm? NOPE, NO NO NO NO.....

Because he is a Maths genius. Yurpt. Statistician yang hebat. Dia ambil Sains Aktuari, dan semua subject dia borong A+ plus plus. Means that markah Maths dan statistics dia memang tak de satu pun lecturer boleh nak potong.  Bila bertemu dalam blogsphere, social-media, FB, tak sangka pula mamat ni boleh menulis dengan baik.

Back to my house mate obsession, yeah, dia berjaya dan derang bercouple. Such a lovely couple, macam pinang di belah dua. Kira hari ini kira Fazurah-Fatah Amin, kolejlah derang tu. Tapi  last-last I dunno what happened, tak kawen pun depa dua tu. Ex-house mate I kawen dengan Tuan Syed. So jadilah mamat ni Pure Shitteee je dalam blog Land. hihi. Off course le dia tak ngaku dia budak ALevel sesaing kami dulu. Lantaklah dia, kan jika dia tak nak guna identiti sebenar dan lebih suka dikenali dengan apa-apa nama tah,kan?

Ok mari teruslah kita membawang, yuk yuk....

Mamat ni as Pure Shittee dia sembang kencang, serang habis pembangkang, pada mulanya. Tapi bila Tun tubuh parti Bunga, dia pun membunga, sampailah Bunga kembang mekar dan berjaya rampas kuasa dari UMNO. Masa ni dia dah tak Shitteee dah, tapi guna nama Sat Dee dalam FB. Masa dia Sat Sat, ni, dia serang 1MDB-Najib-Jho Low-Rosma kaw, kaw punya. So bila akhirnya UMNO tewas dek kerana skandal 1MDB ni, dia berehatlah. I was thinking, either dah tak de dragon nak di pancung, atau tunggu arahan Bos, dragon mana lagi perlu di"pancung"....

Dan setelah 100 hari diam, dia pun berbunyi semula. This time around dia kena pancung pesona yang dia panggil -si-Boroi. What a name, kan? he he... then it sudah jelas, sapa tuan si Dee ni. Sapalah lagi, kalau Boroi lawannya Boboi,lah, kan? Itu pun saya nak kena beri tahu juga,ka? 

I pun saja bakar darah macai si Boboi ni. Fefeeling yang I ni macai si Boroi he he....menyamar je. Boroi tak bagi I satu sen, pun. saja suka-suka nyakat once the best student of THE COLLEGE,kan? Ex Boyfriend my housemate,kan? But not so menyakat,lah. My honest feeling about si Boroi and my honest advice for my ex college mate walau dia mungkin tak perasan kewujudan I kat Kolej, itu, pun

Dia begini;

Boroi, Hugh Hefner Malaya. Boboi? Boboi who? owh that anak Daddy Malaya, tu, kan? Sapalah di Boboi tu kalau nak dibandingkan dengan si Boroi, itu, kan? Dah taraf Hugh Hefner, dah si Boroi tu. Memang world classlah.

for those yang taksub percaya Dia tak Boroi!!!.... they all boleh bermimpi, berdelusi, yang pemimpin mereka maksum, itu semua fitnah. Mereka tetap kata pemimpin mereka tak Boroi!!! itu semua fitnah!!! Beside, kalau hari ni boroi, besok boleh aje tak boroi, apa susah, duit banyak, boleh sedut lemak apa? Karang dia bukak baju tayang perut dia tak boroi, tapi six pack lagi???? hah! So u better don't waste time try to teach this idotla...

As, for Non-Idiot like me, I tak kisah berPM,kan Hugh Hafner Malaya, pun. He is good what, jantan, betina, semua maukan dia, so what???!!! hihi....Yang kau plak, pura-pura alim, bermaruah-berintegriti lagi bodoh sibuk nak tengok video dia. Kau fikir video macam itu boleh hancurkan LEGASI Politik Boroi?  My logic is, pantat dan burit tak mendatang mudharat pada Perbendaharaan Negara, kalau ia datang at free will. Tengok ajelah Denmark tu ok jer. Yang bermasalah kalau ia jadi barang komoditi, kick-back,  untuk memeras-ugut pemimpin dan sebagainya. Kalau suka-suka macam Hugh Hefner, tu, adakah late Mr Hefner perlu "bayar" apa-apa? Betina-betina bodoh dan jantan bangang macam kawan-kawan kau yang ketagih tengok benda lucah dan kau juga yang konon tak lucah tapi suka membawang benda-benda lucah, (iyalah kau tak minat tapi kau bagi iklan percuma bila kau membawang) itulah yang sebenarnya mem"bayar" empayar/legasi Hefner. 

So, ini fe feeeling kalau si Dee tu baca tulisan I. I nak cakap gini pada Dee. Akceli dah cakap pun dalam FB tadi. tapi nak ulang lagi lah kat sini. Eh, benda ulang-ulang ni memang sedap tau!!! krik krik

My Dearest Dee,

I don't mind having Hugh Hefner as our PM..Infact, I is teruja nak tengok apa yang our own Mr Hefner can do for our economy. Tak sabar nak tunggu bapak Boboi berundur. eh TerminatorTUn, tu, , boringlah, dah usang. "Archaic!!! Archaic!!!" quote & unquote, hah! I nak tengok barang baru!

Ok malas nak cakap banyak-banyak, as I believe you faham maksud I, so I'd better pen-off.

ta ta and take care Dee,

Yours sincerely

Maddy. 

Monday, September 3, 2018

No Turning Back, Say Hai to MALAYSIA BARU

Honestly Ai tak percaya Madey, our PM. Setelah lepas 100 hari memerintah, satu habuk pun janji tak ada.... lagi mengancam "keberaadaan Melayu Comel, macam saya ini, adalah" But not to worry saya ini boleh beradaptasi dengan baik. Bahkan lebih sepuluh tahun dulu pun saya sudah membayangkan what is like if people like PH come to power. Jadi, Ai ok-ok aje.

Lagi pun Nabi banyak cerita pasal pemerintahan setelah pemerintahan raja-raja berakhir. Kita akan diperintah oleh non-blue-blood. Orang marhaen. Marhaen ko ingat bila dia dah dapat kuasa dia marhaen lagi ka? Well, our prophet said mereka lagi teruk dari the blue blood.

Kau masih mau kata lepas ni, Imam Mahadi yang memerintah? Wan Azizah tu Siti Khadijah yang selimut Anwar Ibrahim, so that besok dia memerintah, kau aman macam umat zaman Nabi Muhammad? Suit yourselflah he he...

or Kau berangan mengharap geng-geng UMNO sudah pulih. Sedia melanyak puak-puak PH yang liberal itu? Melanyak puak ini harus dijadikan agenda bangsa sebab keliberalan itu boleh membuat bangsa kau terancam. Kau ingat agenda lanyak-melanyak ini  akan bikin orang puji dan jilat UMNO semula? Berhentilah berangan, ya. Saya kira anak-anak muda hari ini sudah tidak rasa pun liberalnya PH, itu mengancam mereka. Lagi mereka suka, adalah tu.

or Kau berangan dengan memberikan sebatan kepada pasangan lesbian sorang 6 sebatan, Tuhan akan merahmati PAS dengan memberi gajaran besar, memerintah Malaysia dalam PRU akan datang? Pergilah sebat lebih banyak lagi Lesbian dan Pondan di Negeri Pemerintahan PAS sana, sepasang je tak cukup tu, dia kena banyak pasang-pasang-ulang-ulang. Barulah kebarangkalian angan jadi nyata, tu besar sikit.

I don't believe in Madey, but semua sepupu-sepupu saya yang baru nak menetas tu,  sangat percaya,kan beliau. Mahathir is their HERO. Kalau Mahathir kata, "sori nenda tak dapat tunai janji buat cucunda sebab Najib dah curi banyak duit dan dah banyak rosakkan ekonomi negara" mereka akan percaya 100% dan tak akan melalak berguling-guling "mana janji-janji mu, Nenda? Argh, nenda pun sama dengan Najib, pencuri juga".

Kau tau sebab apa mereka tak minat menuntut janji-janji tu semua? Mereka ok-ok sahaja.  Each one of them can get as high as RM60 per day waktu cuti sekolah, kerja macam-macam. Seven E, Honda, tolong jiran bikin kueh, macam-macam. Mereka muda, tulang empat keratnya masih kuat. Cerita pasal anggur menganaggur ni memang tak masuk dalam buku,dah.... nak menjerit, berdemo di jalanan memang tak ada masa,lah. Tapi kalau kau nak demo ramai-ramai ajak derang jual air mineral, t-shirt demo warna merah, hijau, kuning, key-chain-demo mungkinlah derang mau kut.

Bukan macam kau, kije kuli-kuli tak nak. Nak kije, serikandi ngubah dunia aje. Nak selimutkan pemimpin korup jadi Nabi, nak Nabi perintah engkau,  nak ngubah bla bla bla...Mereka tidak fikir itu semua. Mereka Happy jer. Kalau mereka macam engkau, memang sampai kesudahlah mereka tidak akan rasa seronok duduk di Malaysia ni yang makin hari, makin mengalahkan omputeh, qualiti akhlak dan kelaku muda-mudinya. Mereka rasa semua benda perlu diperbetulkan. Semua orang perlu dipandaikan. Semua bodoh tak reti berfikir dan dah jadi pengikut Dajjal yang berkonspirasi nak menjatuh, menjahanamkan kau dan keturunan kau. The fact is, everybody is happy. Jadi biarlah Mehdi tidur, dulu, ya sementara Mahathir, Anwar dan koncu-koncu mereka membina legasi bak dewa kayangan dengan hasil keringat engkau sorang. ha ha...

Berbalik pasal terancam tadi. Tak ada apa nak dirisau, nak dipandaikan dan nak diperangkan pun. Yang patut diperangi adalah nafsu dan jahat-jahat sangka kau sendiri. Iya jahatlah tu, bila fikir semua orang nak jatuhkan kau, nak curi duit kau. Kau banyak duit sangat ka? kalau betul Mahathir, Anwar dan koncu-koncu nak mencuri pun mereka curi duit Petronas, duit Khazanah, duit LHDN, duit Kastam, JPJ, FELDA, Tabung Haji, KWSP, PERKESO, PNB dan lain-lain.... Kau kerja pun tidak, ada bayar cukai? (Apa? bayar SST? bukan kau pergi berbelanja pakai duit mak bapak kau ka?) Ada bayar saman? Ada bayar lesen? Ada simpan rete dalam sana, ka? Jadi duit kau ka yang kena curi tu?

Kan, Nabi dah cerita, begitu-begini, jadi ko pependailah guna akal nak adjust mana yang patut agar selamat sampai ke negara abadi. Sibukkanlah diri dengan mencari duit, dari memikir semua orang berduit ini mencuri duit engkau.


Monday, August 27, 2018

Me, Penulis???

Kawan baik saya yang saya kenali dari laman sosial sastera, ada juga menggalakkan saya menulis untuk majalah keluaran tempat dia bekerja.... cerita pasal menulis ni bermula di A Level. Saya dapat pujian dari guru bahasa saya. Katanya tulisan saya unik walau grammar saya berterabur.

Grammar wise sampai hari ini pun saya main tibai, saja. Saya langgar semua rule. Masuk tahun pertama, pensyarah saya menasihati agar saya amalkan menulis sekurang-kurangnya satu paragraf sehari. Sudah tentula pasal seni bina, sebab masa tu saya belajar seni bina.

Tapi tu semua-semua tu, saya tak buat sebab tak lama selepas itu saya sakit mental. Bila ada blog bagai, saya gatal tinggal komen kat blog orang sampai saya "kena-sound" untuk tulis blog sendiri. Blog lama saya tu teruk jugalah saya kena belasah. Sapa yang belasah, atau dari pihak mana saya tak periksa. Ai tak kecik ati sebab Ai tulis untuk suka-suka aje.

Lepas tu ada pula cakap-cakap pasal penulis mesti berfikir. Pemikir bla bla bla....Menyelamat dunia dengan mata-penalah, apa-apalah yang menglorify kan kerjaya penulis, ini,kan? Saya cakap dalam hati, hurm kerja kerani akaun ok juga. Tuhan tak kata pun kalau kau jadi penulis, kau gerenti masuk syurga. Ada juga kejadian tulis-tulis dapat dosa. Contohnya tulis kontot-kontot, jelik, beremosi, bersifat paranoid menghasut ada maki-maki, mencarut, tulis novel, cerita lucah, erotis, porno-semi-porno... hah! Baik jadi kuli gomen jeeerrr... kalau nak meingkatkan ilmu, kerjaya ka-pun, biarlah dalam bidang ini (kewangan) juga. Kita "jaga" bidang sendiri dari menyibukkan bidang orang, iya dop? Apa jadahnya  nak tukar bidang sastera-penulisan, nak jadi sasterawan seksi, jaguh penyelamat sastera Negara? Kau punya bidangpun tak terkawal, haru-biru dengan skandal sana- skandal sini, merata-rata, seantero dunia.

Minat menulis, ada idea unik, boleh bikin orang gelak guling-guling, pada masa yang sama dia guling-happy, ada pulak terbako-berapi, tak semestinya jadi penulis, kan? Kau nak dengar sorak guling, ka? Atau dengar bunyi gunung berapi meletoooppp? Akhirnya saya pilih untuk dengar cakap yang dah terbako berapi. Sebab saya tahu, tulis kontot berapi frinjan akan menjadi kegilaan pada masa akan datang. Ramai nanti tu orang nak tulis frinjan-seksi yang kontot-kontot. Tak payahlah saya pun sama sibuk nak menambah bilangan mereka. Orang nak tulis comel-comel-lembut, berhemah, kurang. Saya nak tulis comel, tak reti. Jadi tak usahlah mengada-ngada berangan nak jadi "Ayu Utami Malaya", kakak marhaban kampung, weehhhh!

Dalam entri semalam saya ada cerita,kan, saya masih lagi terbayang marah kawan pasal penulis-sekerat belut-sekerat ular (menulis menggunakan bahasa rojak)? Hah, pagi ni saya bukak FB saya baca pesan penulis/wartawan tersohor negara agar ilmuan menjaga kelaku dan kata-kata. Saya bukan ilmuan,pun, cuma kuli-kuli saja. Tapi saya nak feeling sekejap, kononla lepas master ni saya amik Ph.D, tak lama pastu, pangkal nama saya ada Dr. Hesh! orang feeeling aje, lah. Ko ingat saya rajin nak sambung Ph.D!!!. Cukuplah Master ni. Dah nak putus urat perut, membaca, menulis, salah tulis,tulis balik, rasa macam orang gila. Nak sambung Ph.D? eeeiiii ya ampun. Saya nak juga relek-relek, jalan-jalan, bercuti, travelling, kan? Dah la tu enuf berangan keras menulis.

Berbalik pasal nasihat kepada orang berilmu ni, tak tahu sapa yang ditujukan. Lagi berilmu, lagilah kena jaga rukun Negara ke 5 iaitu kesopanan dan kesusilaan. Kalau budak tak sekolah tinggi, school or college/ uni dropout bolehlah kut buat perangai celupar dan lepas laku. Cubalah bayangkan kalau dah level menteri, Associate Professor, full Professor, buat perangai serupa.

Kita memang tak boleh halang orang, waima Professor atau Pak Menteri, nak berimej celupar, "menanggal, membiar baju keilmuan busuk tak berbasuh atau dikotori mulut dan tangan dari menaburkata tanpa sempadan" saya quote and unquote kata penulis terkenal tersebut.

Pada masa yang sama adalah amat absurd juga jika saya, kuli-kuli sahaja merasakan diri ini serikandi yang dianugerahi mata pena bermukjizat yang wajib diguna untuk menyelamat dunia dari ntah apa-petaka tah, (bab petaka tu kau name-it-lah sahaja, ya, sebab kau lagi expert, pakar). Jadi baik pakai imej biasa-biasa tapi mesra masyarakat timur. Macam-macam boleh pakai, contohnya Kakak Marhaban, pengurus kumpulan baca Yassin taman/kampung, Makcik geng-bikin kueh, bikin kek orang "mengaji" kat surau, or ketua pot-luck pejabat dan lain-lain.

Imej-imej ini tidak kalahpun dengan imej serikandi penyelamat itu-ini. Walau sederhana, kekampungan, sekadar di pinggiran, jika istiqamah-jaga adab, dan budaya wanita timur, itu juga tanda kekentalan dan semangat juang perempuan Melayu dalam mendepani arus zaman yang penuh pancaroba ini. Pendek kata tak apalah kecil, sederhana, tidak didendang, asal berterusan sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Sunday, August 26, 2018

WTF am I doing?

Cerita menteri saya lagi opss, kami....

Kecoh lagi mamat tu. Kali ni pasal akronim CERTOT....

Memang tak pernah terlintas di fikiran bahawa certot  yang berasal dari akronim Cerita  + Kontot ini pernah jadi polemik rupanya. Tak kisah. Yang penting sekarang menteri dah guna perkataan tu, esok lusa bule masuk kamus...

Bila cakap pasal kontot kontot ini tak tahula kenapa benda kontot sangat apa ea, sensitif dan menjadi isu pada sesetengah orang. Mujurlah kontot is not a big issue in finance, auditing and accounting. Kami ini lagi kontot lagi bagus, as long as apa yang mau disampaikan tak lari.

In another word

"If you can write same massages and I can understand the whole thing without any point, missed in lesser word, then you are a genius"...

ok enuf pasal kontot, mari kita cerita pasal sekerat belut sekerat ular....

Saya pernah kena marah sebab online best buddy saya suka tulis sekerat Melayu sekerat English. Itu saya fahamlah sebab pemarah betul-betul meledak kan emosinya bak gunung Pinatubo yang tengah meletus... Saya cakap dalam hati owh tak bule rupanya cakap separuh English separuh Malay. Owh takutnya saya!!!.Apapasal pulak kawan mengular-belut, saya yang kena? Dia nak marah kawan, dia tak kenal, jadi dia sampaikan rasa marah dan kecewanya pada saya. Dia pesan/ AMARAN "jangan sampai kau jadi macam kawan kau itu!!!" Aku telan liur, budak sekolah sains jumpa another budak skola sains, biasa aarrr cakap ular-belut, kan?...Masalahnya kami bercakap online, orang pandang tak bule padam... kalau cakap berdepan, itu tidak mengapa. lepas cakap hilang, lepas cakap hilang. Kalau online tak hilang-hilang, bimbang nanti merosakkan bahasa.

Soon after that another friend kata "buleh bah kalau kau mau belut-belut ular-ular itu, tapi ko bikinla dalam conversation"

Pulak dah? Rupanya mereka berseminar, berbahas bagai pasal benda alah ini....Mereka panggil benda alah ni sebagai "Fenomena Bahasa Rojak". Tak kisahlah apa keputusan rojak ini. Pada masa itu saya sudah mula bersekolah. Bahasa rojak bukanlah masalah besar bagi saya, sebab saya sudah mula mendisplinkan diri untuk menulis dalam satu bahasa sahaja. Takut saya terhadap kawan yang marah rojak juga masih bersisa. Ayat "jangan sampai kau jadi macam kawan kau tu!!!" masih terngiang-ngiang lagi.

Bila CERTOT ini keluar semula, saya fikir begini, kau nak ular, nak belut, kalau idea sampai, kau tulis lah haja... hari ini mungkin menyakitkan hati ramai orang, mana tau besok lusa ada menteri suka berular berbelut, well then, pasti ular belut sudah tidak jadi issue lagi.

Sempena meraikan bagaimana CERTOT naik ke kamus, saya nak berpantun ular-belutlah pula, atau mereka kata rojak... soo... jom merojak:-

Bunga baby breath, bunga seroja
Dibikin corsages semat di dada
Kami ini manis-manis aja
Tak punya musuh, senjata pun teda

Dibikin corsages semat di dada
Untuk dipakai gadis rupawan
Tak punya musuh, senjata pun teda
Cuma tak sengaja ter"bako darah" kawan

Untuk dipakai gadis rupawan
Bertugas  meng"usher" pemimpin berusia
Cuma tak sengaja ter"bako darah" kawan
Janganlah tuan, amik port sangat, ya?




Thursday, August 16, 2018

The Roots

Antara cerita TV yang mak akak suka ialah kunta-kinte.... Mak kata cerita ini berdasarkan novel the roots. Saya tak follow pun cerita tu sebab ditayangkan agak lewat malam dan ada sekali follow, asyik orang sebat orang aje. Saya tak suka cerita macam itu.

Bila sebut Roots mean akar kita, bangsa kita. Mak pot pet pot, ghairah benar dia bercerita.... Yurp mak memang passionate orangnya, berbeza sangat-sangat dengan saya yang super cool, super slow, macam sloth  sampai mak risau dan saya pernah kena marah begini "kau ni kalau ulo, tidur sebelah kau pun ko sayangkan tidur, kau, kan!!!!"

Semalam saya agak sedih bila tau yang ramai kawan saya dah tak makan nasi. Saya pun dah berapa hari dah tak makan nasi. Sebabnya saya malas nak masak nasi. Saya makan roti whole meal aje. Lagi pun saya dapati berat badan saya akan cepat naik kalau makan nasi.

Saya teringat masa kecil-kecil, my grandmother will fuss over me about eating my rice. Once my mom even threaten me not to cook for the rest of my life if I refuse to eat rice for lunch. How rice was so important to our lives before. But now we are no longer needed rice as we lives a sedated lives.

Begitula saya lihat yang saya sudah jauh dari akar saya. Becoming ntah apa tah. Agile is the word? Yeah may be? Perjuangan kita untuk terus bertahan dalam dunia yang jauh berbeza dari zaman kanak-kanak kita. Bagaimana kita yang berasal dari petani, berubah ntah jadi apa tah? Nenek bertani hingga akhir hayatnya, half through of my life, my mom kije kilang to support the family. To bring me to school. "Harapkan bertani memang tak cukup belanja" kata emak.

And then, me kije pejabat, kije gomen. Sepupu-sepupu saya, ada jadi cikgu ada jadi pegawai, ada kije dengan gomen, ada kije swasta, macam-macam. Non of us jadi petani macam nenek. Hari ini masing-masing dah tua, yang dah nak pencen pulang semula ke desa. Kesian tengok anak-anak. Nak panjat pokok pun pakai tangga. Alahai....

Begitulah...

One of my cousin dari sebelah ibu, sedang bertani, keadah fertigasi. Wah kemain sedih lagi ibunya. Nasib baik ibunya tak macam mak saya. Hurmmm... kalau tak mental budak tu jadinya. Dulu, dengan bertanilah mak ayah sekolahkan kami, anak-anak kampung sampai ada yang belajar ke luar negara. Hari ini bertani jadi satu pekerjaan yang orang tak pandang, pun.

Ada jiran kami yang bertani, tanam sayur-sayuran. Mak ada juga membawang sikit-sikit. Iyalah, ko tu belajar sampai masuk universiti, tapi kerja tanam sayur, bukan mak kata nak kaya. Mak kesian dia kerja susah-susah, kata mak. Saya kata pula, biar lah asal badan dia sihat, boleh makan nasi banyak-banyak, tak payah pergi gym, jogging bagai. Buang duit je.

Tapi mak-mak kami sedih bila adik-adik bertani. Kesian dia, penat. Ya mak-mak kata mereka semua pernah merasa bertani, penat gileerrr, duit tak seberapa. Kerja kilang penat juga, tapi duit masuk. Jadi suri rumah pun penat juga tapi tak payah berpanas berhujan macam kerja di ladang, di sawah.

Itula ceritanya. Saya simpati dengan sepupu saya yang memilih bertani itu. Saya harap dia berjaya. Besok pencen bolehlah saya tolong petik cili. Tapi ntahlah kalu semua orang perempuan dalam rumah (kecuali saya) asyik pot pet pot pet sama dia, berapa lamalah tu dia akan bertahan agaknya, ya?



   Saya mendedikasikan kesedihan dengan karya terbaru saya "simple, basic aquaponics"...

Wednesday, August 15, 2018

Lagi lagi Menteri kamiiiiiiiii, juga.

oh lagi satu, sambung lagi cerita yang lepas...

Disamping itu, pengadu, sempat juga mengata semacam warning, "Menteri adalah ahli politik, dan dia akan laksanakan manifesto PH". Bila dah semacam ada nada warning tu, saya faham manisfesto yang mana satu. Takkanlah manifesto, tangguh bayar PTPTN sampai gaji RM4,000.00, itu, kan?

Ditambah pula dengan mukadimah di awalan cerita yang tidak ada pembaharuan baru pun dibawa menteri, bikin 'my auditor's sceptical mind' berkata begini:-

"eish,...Pegawai ni mengadu hal/bercerita, untuk mengadu hal atau, ini satu agenda pihak tertentu untuk menghasut kakitangan bawahan agar membenci Menteri?"

Tapi 'my sesama muslim berkasih-kasihan mind' menyangkalnya dengan berbaik sangka bahawa cerita negetif yang dibawanya itu bersifat peribadi. Jadi mari saya tambah lagi rasa meluat pegawai terhadap menteri. Ala, apa yang baru yang dibawanya? Membaca?.. kempen membaca, dari dulu lagi pun dah ada perkara tu.

Gersang, kontang idea sangatkah Menteri kami, tu?

Sebenarnya penyakit Menteri, bos tak guna ini memang tak ada black hidden agenda-menghasut benci-Menteri dari pihat tertinggi lain. Memang peribadi sesetengah penjawat awam yang  begitu--dari hawa-nafsu dia sendirilah tu.  Kementerian lain saya tak perasan sebab saya banyak di Pendidikan, dari PPD sampailah Audit Dalam. Lebih dari separuh perkhidmatan saya yang selama 18 tahun ini dihabiskan di Pendidikan, bersama guru-guru "turn" pentadbir, ahli birokrat.

Yang saya perati pada kebanyakkan mereka, tak ada satu pun bos yang baik. Semua tak baik sampai saya rasa pelik kalau tak baik macam mana boleh jadi ketua?

Tak kisahlah, budaya memperlecehkan bos sendiri, patut kita buang jauh-jauh. Manalah ada manusia yang sampurna. Kalau dicari yang buruk, maka yang buruklah akan terpancar. Bila dah buruk, mesti kita rasa tak best nak pergi kerja, stress sana, stress sini. Cubalah lihat the positive side of your leader. Mesti ada kelebihannya yang membawa dia menjadi bos kita, bukan kita jadi bos dia.

Macam Dr Maszlee ini dia ada PhD. Betul tak semua benda yang PhD holder tahu. Bukan bererti kau ada PhD semua benda kau tahu. Agak-agak kalau ajak dia tanam coral, ntah-ntah, berenang pun dia tak tahu, suruh naik bot pun dia dah mabuk laut. he he. Tapi tu, Umur belum 50 sudah tulis 60 buku. Itu satu pencapaian yang sangat luar biasa. Kau yang dok kata menteri tak ada idea baru tu, dah berapa buah buku yang kau tulis?

Point ke dua saya:-

Like I said before, he went to UK to study governance, and I am looking forward for the improvement that he will introduce in improving public sector governance??? or shall I say it is more likely;- promoting, advocating good governance in Malaysian Public Sector.  I guess we should read his paper, or if reading an academic paper is difficult, for some of us, let invite him to talk about what he has written.

Let deviate our mind from overthinking, or worrying so much about PH "perceived dangerous" manifesto, by listening what he has said/written on governance. I've study corporate governance last semester. My lecturer, an Assc. Prof, Deputy Dean (research and innovation) of Accounting faculty  used to call it as capstone-course. Though, what I've learnt in previous semester only cover corporate governance, surely public sector governance will be adding colour/enriching the topic. I believe it is the topic that close to an auditor's heart and governance is the topic that we would love to hear. Maybe some of us has a different view on governance looking from auditors' point of view.

Tak kenal, maka tak cinta. Kalau kawan mengadu kita dengar, ada baiknya kita ajak kawan untuk mengenal dan mencintai, dari terikut-ikut dengan emosi negetif dia. Kalau dia kata NO, atas apa alasannya sekali,pun. Yang nak berkerja kita. Seronok ka kalau kita termakan hasutan kawan? Seronok ka jika bekerja dengan perasaan "terbuku"/"bengkek" di hati terhadap orang atasan kita?

Monday, August 13, 2018

Post PRU---MENTERI KITA MENTERI MESRA SOC-MED

Saya memang dah jangka kalau PH menang memang ada orang yang akan bising, walau sebelum tu dia juga yang pangkah PH sebab bengang dengan BN, atau lebih tepat NAJIB. Asal bukan Najib.

Semalam pun ada cerita off-record pasal our new Menteri. Begitu, begini, bla bla bla. Ada pegawai dah terasa yang Menteri "tak pandang" unit dia, tak pandang itu ini. Dia mengeluh, la ni menteri main karangkraf, Astro Awani jak. Astro, Karangkraf oklah juga, Malaysiakini tu? Bayangkanlah once most hated media, kini jadi darling, tak berpeluh ko nak cium-molot dengan "dia" yang ko ludah-ludah satu masa dulu?

Lagi satu, kena belajar layan tweeter, layan soc-med. Hah! Yang ini, kalau saya kena pun, aku rela letak jawatan dari jadi pegawai tweeter.

"Menteri tu muda lagi, kita patut ajar menteri pasal protokol" ujar salah seorang dari kami. Tapi pencerita berkata begini;

"Bila dia cakap tuan jangan layan sangat tweeter"

Menteri jawab "saya pernah berada di kedudukan pengadu. Saya tahu apa rasanya jika tidak dilayan"

Haiiii hai mujurlah kami ini Juruaudit yang memang dalam ByLaw ada Auditor independence. Independence, of mind and appearance. Jika tidak, haru juga nak melayan rungutan dan sungutan rakyat. Sebagai auditor, tukar gomen pun kami tak perlula nak agile, nak bermesra-mesraan sangat ngejas itu ini. Polite tu memang kena, tapi nak berdarling-darling sana-sini, itu tidak perlu.

Pada pegawai yang itu, memang saya simpati dengan nasibnya. Kesian, dah nak puluh tahun dia belajar untuk buat pekak, kini dia kena ambil cakna, belajar berkicau, sana-sini, Ya Allah... syukur sangat-sangat dengan kerjaya yang Engkau tetapkan untuk hambamu ini.

Saya ada masa untuk fikir pasal what will I do when I pencen..... ya saya berangan nak tanam coral. But before that saya kenalah ada lesen menyelam. Cerita lesen tu mati macam ini jerk ek... eh tak buleh jadi ni. Saya perlu turun ke kolam.

Gitulah dia, sekali ko berenti turun, ko nak turun balik memang sekseeee, tau!


Thursday, August 9, 2018

MENTERI dan KETUA MENTERI KITE

Lepas PH menang ni macam-macam lah kita dengar ada Ketua Menteri Syiah, Menteri Wahabi Liberal, macam-macam. Yang tak siok Ketua Menterinya Ketua Menteri Melaka. Saya orang Melaka. Menterinya pulak Menteri Pendidikan. KPM tempat kerja saya. Apalah suwehnya iya saya berketua Menteri dan berMenterikan orang macam ini, ya? Sedangkan dalam PRU yang lalu saya tak pangkah pun PH.

Begitulah ceritanya bila kita dah kalah. Namun tak pula la saya rasa stress, nak berenti kerja, nak migrate bagai, sebab so far keadaan tetap macam biasa aje. Macam itu juga. Kata GST dah hapus, barang turun, idak juga turun lagu tu juga sebab sebelum turun pun most of barang keperluan saya adalah zero GST. Orang-orang kaya tu mungkinlah derang rasa barang turun bila tak ada 6% GST.

Kata gaji RM4,000.00 baru bayar PTPTN pun tak jadi apa. Begitulah tak ada apa yang berubah sebenarnya, kita tetap macam ini, cuma kita makin rimas orang mengata menteri kita, ketua menteri kita begitu begini.

Mujurlah saya baru lepas belajar Islamic Finance dan saya rasa apa yang berlaku dalam Islamic Finance samalah macam menteri dan ketua menteri saya. Ketua Menteri saya tak ada masa nak skodeng sangat. Menteri ni sebab dia fames, buku tulisan, youtube dia melambak, senanglah saya nak "baca".... Saya kata dia sama macam berbalahan kata mengata yang berlaku dalam dunia Islamic Finance, sebab dia memang sama. Sebermulanya dari Sacred Intention. Kalau dalam Islamic Finance Sacred Intention(SI)nya nak riba-free financial product, dalam cerita menteri, pula SI nak mesra warga dunia. Menteri kita ni asalnya pendakwah, senang cerita dia ustazlah, yang bersyarah di Universiti Islam Antarabangsa kita. Nak mesra dunia dia pun pergilah buat PhD dalam bidang Governance di UK sana....lepas tu masuk politik, menang dan jadilah dia Menteri Pendidikan. Itulah cerita dia.

Cuma saya tak pasti para pengkritik menteri ada tulis akademik paper yang tunjuk bukti bahawa, SI untuk menjadi mesra warga dunia telah lari dari landasannya Islamiyah nan-suci. Punyalah nak mesra sampai bukan setakat laga-laga gelas minuman, cium-molot jah, telanjang bulat pun sudaaaa....., skin tu skin tak de barrier, barulah mesra. Hah dia gituuuhhh. Nak mesra punya pasal,kan. Ada tak video yang macam-macam itu? Kalau dalam Islamic Finance tu memang dia tunjuk satu persatu betapa sudah larinya kita dari SI kita yang tak nak makan ribaaaa.

Macam itulah,kan.

Tapi tak kisahlah, lari ka tak lari, kita jangan pulak jadi golongan "takfiri" yang sibuk kafir mengakafirkan orang.

Saya teringat kawan baik saya di Sabah sana yang beragama Kristian, kata dia dalam bible ada cakap

"sayangilah musuh anda seperti anda menyayangi diri anda sendiri"

Sohih ka idak tak kisahlah. The gist of it nak sayang menyayang, kita janganlah sakitkan hati orang. Tak ada apa yang lebih sakit atau pedih selain dari dituduh kafir, kan?

Kita nak jadi macam Syria, ka? Asal kafir aje kita kena bunuh, rogol walau jiran baik kita yang banyak tolong kita? Awak nak jadi pembunuh, perogol? Nauzubillah.


Onar Marina Part2...

Sambung cerita semalam....

wah masih viral, masih hangat lagi pasal perjuangan Datin Marina Mahathir ni. Baguskan ada Datin macam ini, sekurang-kurangnya kita bercakap pasal ini dari mendiamkannya diam-diam sahaja tanpa pembelaan.

Sekurang-kurangnya orang mau bercakap dan bercerita. Cerita agak sedih....

baca di sini....

kan? Kalau tak ada Datin, belum tentu cerita begini sampai ke mata kita untuk dibaca.

Cerita-cerita pasal LGBT, kan saya ada satu cerita yang diceritakan oleh ofismate saya. Cerita pasal kawan baik suaminya.....

Kawan baik suami offismate saya memang hensem tapi masih single sampai sini. Kalau dah hensem, kerjaya pula tu stabil ramailah mulut yang bertanya,kan. Susah hati kita kalau kawan kita yang macam itu masih menyendiri.

Tapi kawan cool tak kawen-kawen sampai kini. Pada sahabat baiknya dia meluahkan rasa hati yang dia memang tak ada nafsu kat perempuan. Kalau dengan lelaki seronoklah pula rasanya. Dia cakap dia lebih suka tengok lelaki dari perempuan. Pun begitu, idakla pula dia mengunyit.

Saya tak tahulah if cerita ini betul, atau rekaan ofismate saya aje. Tapi saya tulis atas apa yang dia ceritakan pada saya. Mungkin bila cerita Marina ni hangat, ada individu-individu suci sebegini boleh tampil bercerita.

Dengar cerita orang memang best, tapi malaslah nak dengar cerita viral LGBT ni, kan. Dari zaman Nabi Luth lagi dah ada cerita derang, eeeiii tak boring ka dengar cerita sama ulang-ulang...

Saya lebih suka tengok video macam ini. Hari ini saya tengok besok lusa harap dapat join usah-usaha sebegini.

Tuesday, August 7, 2018

Onar MARINA???

Tanjat gugurlz bila buka FB tetiba ada mamat marah-marah dalam sana. Hoiiyooo marah betul dia pada pepuak LGBT ni. Kenapa dia marah sangat? hurmmm pasal gempa di Lombok.. Target sasarannya adalah anak Perdana Menteri kita. Apa pasal gempa di sana Marina yang kena marah?

Well, jalan fikir mamat itu begini,

eh memang saya tak boleh baca jalan fikirnya. Apa kaitan perjuangan Marina membela kaum LGBT ini dengan gempa di Lombok.

Tapi mamat tu kata, Lombok dah gempa, sikit hari tak mustahil nanti Malaysia ini akan terbelah dua dek gara-gara Marina. Haloooooo adakah gempa di Lombok disebabkan oleh kaum ini? Setahu saya Negara barat sana semua ok dengan LGBT. Ada negara yang berPMkan lelaki gay, ok jak tak gempa pun.

Hensem tak Isteri Aiiii?

Di Malaysia ini pun saya kira LGBT dah lama berkembang pesat. Saya tak menyokong perjuangan Marina. Tapi cuba kita fikir begini. Jika Marina berjaya, apa akan jadi? Malaysia kan terbelah dua? Nauzubillah. Kita doa yang terbaik. Kalau Allah boleh beri ehsan kepada Laxembourg yang berPMkan lelaki gay, kenapa tidak DIA yang Maha Pemurah ini memberi perlindungan pada Negara yang kita cintai ini?

Hopefully Allah tidak hukum kita macam Allah hukum penduduk sodom. Jika semua ok aje, tiada gempa jika Marina berjaya. Apa akan jadi? More lelaki yang selama ini hidup berpura-pura akan "come out of their closet". Ini akan menyelamatkan banyak orang. Menyelamatkan wanita tak berdosa dari mendapat penyakit kepada lelaki dua alam ini. Wanita pula akan jadi Lesbian? Saya ok jerrr...berapa ramai kawan-kawan saya yang pondan, saya tidak pula terdorong nak jadi pengkid pun. Yang dah jadi pondan memang kita nampaklah, yang pakai kawan saya? Don't tell me ko naif sangat fikir derang menaji sesama sendiri, NO! Pasangan mereka adalah lelaki yang kita nampak normal hokey??? ko tengoklah teman lelaki si Sajat dan si Saffee tu... sikit punya macho.

Ok berbalik pasal pertanyaan bila lelakinya sudah pondan adakah wanita akan bertukar jadi peng-kid? Marilah kita ajarkan kepada wanita-wanita kita untuk meletakkan sex sebagai salah satu cara mencapai self acutualisation. Bukan macam kawan-kawan lelaki saya yang tak ada selera dengan perempuan, atau dua-dua belah aku "makan". Bila ianya salah satu cara aje, jadi banyak lagi cara lain untuk kita sampai kepada self-actualisation itu. Kita perempuankan nafsunya 9. Satu kena blok ada 8 lagi. Kau hadooo?

oh btw saya, sebenarnya nak membawang pasal mamat yang marah-marah dalam FB tu. Di akhir video tu dia cakap dengan penuh emosinya, "jangan sampai anak-anak kita kena taji"

Dalam hati saya membawang begini, kalau anak engkaulah orang gerenti tak berani taji. Anak kau yang menaji tu mungkinlah. Kena taji??? Hurmmm pening sat memikiokannya.

"****

Dalam pada itu melintas pula poster yang tertulis begini....

     Masing-masing sibuk tuntut hak sehingga lupa akhlak....

Betul tu kalau kita menuntut hak kita memang kadang-kadang macam-macam yang terselak sampai akhlak dikesampingkan.

Dalam hal LGBT ini, saya rasa saya pun ada hak untuk menuntut lelaki saya yang sudah jadi pondan itu. Tapi berhak ka saya? Saya rasa dari saya menuntut dia baik saya fokus pada pelajaran. Kita perempuan kan nafsu 9, satu kena rejek ada lapan lagi.

Well, Einstein ada kata "However rare true love may be, it is less so then true friendship"

haip!!! adik jangan perasan, akak mengata adik. Zaman akak lagi dah ada pondan tau! Lagi cantik dari Safie dan Sajat.



Wednesday, August 1, 2018

Hobbi apa eaa....?

Ada kenalan yang komen begini "kalau kau kurus sikit, ko pakai shawal, barulah ramai orang like"

"So kalau saya kurus cantik lawa bergaya, dapat banyak like adakah saya akan lebih berbahagia?" soal saya dalam hati...

Hati saya sedikit mencebik dan berkata

"sekarang ni aku tengok pun, aku ini lagi terurus dan berbahagia dari kau. Kau yang kurus cantik bergaya, banyak dapat online like pun haru-biru, ntah apa-apa tah. Kepala kau asyik berserabut memikirkan apa yang orang kata pasal engkau. Dalam talian ko popular, luar talian di bumi nyata, kau tak habis-habis komplen semua orang benci kau. Ko dah kurus nak kurus lagi. Cer, tengok saya ni gemuk-gedempol, relex jah, walau orang memaki-tak tak puas hati hospital sesak, belanja kesihatan negara naik sebab orang gemuk". Online off line saya sama ja, tak ramai kawan, tak ramai orang kenal, jadi tak adalah rasa semua orang tak sukakan aku. Kalau ada pun, orang yang cakap so & so itu musuh ketat saya, ada saya kisah? Sebab saya kenal gitu-gitu je dengan dia pun.

Tips dari saya, agar kepala tak serabut memikir apa orang kata pasal kau, senang saja:

1.  Jangan sibuk berburuk sangkat terhadap orang lebih-lebih lagi kawan sendiri,
2. Terima kawan seadanya. Jangan sibuk nak ubah kawan jadi kurus keding macam kau juga
3.  Sibukkan diri dengan berhobby , seperti membaca, memasak dan bercucuk tanam

I believe one should have a hobby. Dan kau kata "Hobby saya shopping dan melaram dalam insta!" Shopping dan online-melaram itu hobby ka? Ok let say it is a hobby, but a bad one, if pendapatan kau so so aje. Melaram dan mengisnta ok, tapi lepas kau melaram ada orang meroyan keluar parang tuduh kau nak rampas laki dia, susah juga, itu, kan, atau lepas kau melaram-laram, suami jiran kau ajak sex dengan dia, macam mana tu? Samalah macam hobi membaca, hobi yang sangat terpuji tapi kalau hobi baca novel lucah, baca majalah gossip artis???

Maksud sini hobi terpuji yang tak tambah serabut kepala dan syahwat kamu. Hobi yang boleh bikin "up-esteem" kamu. Orang tengok pun ooohhhh baiknya. Gitu. Mana ada orang suka orang kata dia orang jahat, orang tak senonohkan?

"ops, tanya sikitla makcik, hobby saya makan durian dan selfie dengan durian"

"Ok la juga tu, tersangatlah oknya, yang tak ok, lepas kenduri durian, kau meroyan ada orang jeles kat kau, kau calon ahli nereka sebab suka riak. semua orang bencikan  kau dan berkomplot mau tikam kau dari belakang he he...makcik rasa hobi kau bukan mendurian, tapi meroyan. Hobby baru rakyat Malaysia, "meroyan atas talian-ada konspirasi merosakkan saya dan keturunan saya"....

Hobi meroyan online ni bagus sebenarnya, sebab dalam sana memang ramai orang suka meroyan dan dah ada macam satu komuniti, kalau kau bernasib baik kau boleh jadi selebriti meroyan, ada ramai followers, kau boleh bukukan royanan-royanan kau dan suruh mereka beli. Boleh tambah duit poket dan jadi femes.

Tuesday, July 31, 2018

Realiti atau fantasi?

Sana-sini demam "HUSNA" watak jahat dalam drama "Jangan Benci Cintaku". Husna sangat cintakan seorang laki orang, cintanya memang telah menyakitkan hati banyak peminat drama tanah air. Sampai orang serius pun mengomen yang saya tulis dalam bahasa gedik-mengada-menyampah saya sebagai begini " eleh, sajalah tu puak dajjal ni nak mengambarkan orang pakai tudung jahat, orang free hair baik - pot-pet-pot-pet-pot-pet. Hah! nampak tak black hidden agenda puak ini?"

Ntahlah, ada black hidden agenda ka? Sapa yang menulis cerita itu? Orang kita juga yang beragama Islam. Kenapa dia buat macam itu? Adakah dia berkomplot dengan dajjal? Atau itu sebenarnya realiti. Orang berpakaian syariah compliance busuk hati, berfikiran sempit, orang non-syariah compliance baik hati, lagi berfikiran terbuka dan berlapang dada?

Personally, saya percaya karya kreatif merupakan cerminan masyarakat. As a muslimah yang bolehlah saya kata berpakaian syariah-compliance, memang ada orang komplen saya jahat, saya haters. Nak kata mereka salah pun tak juga. Memang saya menyampah dengan banyak benda pun.

Rumah saya memang tak ada TV pun, sebab tengok TV, tengok gelagat retis je saya menyampah dan mula bercakap, sampai kena marah dengan mak "kau ini dah apa pasal, orang tu dah tentu kaya dapat duit banyak, yang ko dapat benci".

Masyarakat hari ini memang macam itulah mereka, perangai ntah apa-apa-tah. So the best memang patut buat rumah kat dalam hutan, pun, tok sah campur-campur orang??? Tapi itulah kita nak duit banyak juga, nak ada pencen banyak, bla bla bla, so kena tahan hati agar tak jadi lebih fitnah lagi pada imej Islam yang tersarung dibatang tubuh kita.

'***


Monday, July 30, 2018

Our Mind

Saya membayangkan Salome hanyalah seorang kanak-kanak yang gemar menari. Tariannya telah mengembirakan hati teman lelaki ibunya lantas baginda berlelucon dengan kanak-kanak tersebut dan berkata “Whatever you ask me, I will give you, even half of my kingdom.”

Lalu kanak-kanak tersebut merujuk pada ibunya. Dia kembali kepada raja dan berkata “I want you to give me at once the head of John the Baptist on a platter.”

Salome dan ibunya adalah watak wanita jahat sezaman dengan Mariam ibu Isa nan suci yang dicerita dalam kitab suci langit. Sejahat dan sebusuk mana, pun wanita di zaman itu, mau pun pada zaman ini, saya tidak sanggup membayangkan pelakuan lucah melampau dimainkan dalam cerita langit.

Saya percaya wanita mau pun lelaki secara fitrahnya bersifat suci, yang ada hanyalah "unethical judgment" yang telah diambil oleh manusia di bawah pengaruh hawa-nafsu. "Bad/ unethical judgement" inilah yang akhirnya membawa kepada tragedi.

Dalam cerita ini ibu Salome dan pamannya telah saling jatuh cinta. Itu satu perkara terlarang dalam masyarakat yang menganut agama langit. Namun pasangan ini telah membuat satu keputusan yang buruk lagi tidak beretikanya kerana terus membaja cinta tersebut. Kisah cinta itu berakhir dengan sangat buruk apabila seorang Nabi penyampai kebenaran mati dalam keadaan yang mengerikan. 

Apa terjadi selepas peristiwa itu? Itu kena tanya ahli sejarahlah.

Kalau tanya saya, saya akan tulis ibu Salome dan buah hatinya mati bunuh diri atau jadi gila sebab menanggung beban rasa bersalah yang teramat dahsyat. he  he 

Kenapalah pula tetiba teringat cerita pasal salome ni? Saya tengok video ni, terus teringatlahh.....