Monday, July 30, 2018

Our Mind

Saya membayangkan Salome hanyalah seorang kanak-kanak yang gemar menari. Tariannya telah mengembirakan hati teman lelaki ibunya lantas baginda berlelucon dengan kanak-kanak tersebut dan berkata “Whatever you ask me, I will give you, even half of my kingdom.”

Lalu kanak-kanak tersebut merujuk pada ibunya. Dia kembali kepada raja dan berkata “I want you to give me at once the head of John the Baptist on a platter.”

Salome dan ibunya adalah watak wanita jahat sezaman dengan Mariam ibu Isa nan suci yang dicerita dalam kitab suci langit. Sejahat dan sebusuk mana, pun wanita di zaman itu, mau pun pada zaman ini, saya tidak sanggup membayangkan pelakuan lucah melampau dimainkan dalam cerita langit.

Saya percaya wanita mau pun lelaki secara fitrahnya bersifat suci, yang ada hanyalah "unethical judgment" yang telah diambil oleh manusia di bawah pengaruh hawa-nafsu. "Bad/ unethical judgement" inilah yang akhirnya membawa kepada tragedi.

Dalam cerita ini ibu Salome dan pamannya telah saling jatuh cinta. Itu satu perkara terlarang dalam masyarakat yang menganut agama langit. Namun pasangan ini telah membuat satu keputusan yang buruk lagi tidak beretikanya kerana terus membaja cinta tersebut. Kisah cinta itu berakhir dengan sangat buruk apabila seorang Nabi penyampai kebenaran mati dalam keadaan yang mengerikan. 

Apa terjadi selepas peristiwa itu? Itu kena tanya ahli sejarahlah.

Kalau tanya saya, saya akan tulis ibu Salome dan buah hatinya mati bunuh diri atau jadi gila sebab menanggung beban rasa bersalah yang teramat dahsyat. he  he 

Kenapalah pula tetiba teringat cerita pasal salome ni? Saya tengok video ni, terus teringatlahh.....


No comments: