Kawan baik saya yang saya kenali dari laman sosial sastera, ada juga menggalakkan saya menulis untuk majalah keluaran tempat dia bekerja.... cerita pasal menulis ni bermula di A Level. Saya dapat pujian dari guru bahasa saya. Katanya tulisan saya unik walau grammar saya berterabur.
Grammar wise sampai hari ini pun saya main tibai, saja. Saya langgar semua rule. Masuk tahun pertama, pensyarah saya menasihati agar saya amalkan menulis sekurang-kurangnya satu paragraf sehari. Sudah tentula pasal seni bina, sebab masa tu saya belajar seni bina.
Tapi tu semua-semua tu, saya tak buat sebab tak lama selepas itu saya sakit mental. Bila ada blog bagai, saya gatal tinggal komen kat blog orang sampai saya "kena-sound" untuk tulis blog sendiri. Blog lama saya tu teruk jugalah saya kena belasah. Sapa yang belasah, atau dari pihak mana saya tak periksa. Ai tak kecik ati sebab Ai tulis untuk suka-suka aje.
Lepas tu ada pula cakap-cakap pasal penulis mesti berfikir. Pemikir bla bla bla....Menyelamat dunia dengan mata-penalah, apa-apalah yang menglorify kan kerjaya penulis, ini,kan? Saya cakap dalam hati, hurm kerja kerani akaun ok juga. Tuhan tak kata pun kalau kau jadi penulis, kau gerenti masuk syurga. Ada juga kejadian tulis-tulis dapat dosa. Contohnya tulis kontot-kontot, jelik, beremosi, bersifat paranoid menghasut ada maki-maki, mencarut, tulis novel, cerita lucah, erotis, porno-semi-porno... hah! Baik jadi kuli gomen jeeerrr... kalau nak meingkatkan ilmu, kerjaya ka-pun, biarlah dalam bidang ini (kewangan) juga. Kita "jaga" bidang sendiri dari menyibukkan bidang orang, iya dop? Apa jadahnya nak tukar bidang sastera-penulisan, nak jadi sasterawan seksi, jaguh penyelamat sastera Negara? Kau punya bidangpun tak terkawal, haru-biru dengan skandal sana- skandal sini, merata-rata, seantero dunia.
Minat menulis, ada idea unik, boleh bikin orang gelak guling-guling, pada masa yang sama dia guling-happy, ada pulak terbako-berapi, tak semestinya jadi penulis, kan? Kau nak dengar sorak guling, ka? Atau dengar bunyi gunung berapi meletoooppp? Akhirnya saya pilih untuk dengar cakap yang dah terbako berapi. Sebab saya tahu, tulis kontot berapi frinjan akan menjadi kegilaan pada masa akan datang. Ramai nanti tu orang nak tulis frinjan-seksi yang kontot-kontot. Tak payahlah saya pun sama sibuk nak menambah bilangan mereka. Orang nak tulis comel-comel-lembut, berhemah, kurang. Saya nak tulis comel, tak reti. Jadi tak usahlah mengada-ngada berangan nak jadi "Ayu Utami Malaya", kakak marhaban kampung, weehhhh!
Dalam entri semalam saya ada cerita,kan, saya masih lagi terbayang marah kawan pasal penulis-sekerat belut-sekerat ular (menulis menggunakan bahasa rojak)? Hah, pagi ni saya bukak FB saya baca pesan penulis/wartawan tersohor negara agar ilmuan menjaga kelaku dan kata-kata. Saya bukan ilmuan,pun, cuma kuli-kuli saja. Tapi saya nak feeling sekejap, kononla lepas master ni saya amik Ph.D, tak lama pastu, pangkal nama saya ada Dr. Hesh! orang feeeling aje, lah. Ko ingat saya rajin nak sambung Ph.D!!!. Cukuplah Master ni. Dah nak putus urat perut, membaca, menulis, salah tulis,tulis balik, rasa macam orang gila. Nak sambung Ph.D? eeeiiii ya ampun. Saya nak juga relek-relek, jalan-jalan, bercuti, travelling, kan? Dah la tu enuf berangan keras menulis.
Berbalik pasal nasihat kepada orang berilmu ni, tak tahu sapa yang ditujukan. Lagi berilmu, lagilah kena jaga rukun Negara ke 5 iaitu kesopanan dan kesusilaan. Kalau budak tak sekolah tinggi, school or college/ uni dropout bolehlah kut buat perangai celupar dan lepas laku. Cubalah bayangkan kalau dah level menteri, Associate Professor, full Professor, buat perangai serupa.
Kita memang tak boleh halang orang, waima Professor atau Pak Menteri, nak berimej celupar, "menanggal, membiar baju keilmuan busuk tak berbasuh atau dikotori mulut dan tangan dari menaburkata tanpa sempadan" saya quote and unquote kata penulis terkenal tersebut.
Pada masa yang sama adalah amat absurd juga jika saya, kuli-kuli sahaja merasakan diri ini serikandi yang dianugerahi mata pena bermukjizat yang wajib diguna untuk menyelamat dunia dari ntah apa-petaka tah, (bab petaka tu kau name-it-lah sahaja, ya, sebab kau lagi expert, pakar). Jadi baik pakai imej biasa-biasa tapi mesra masyarakat timur. Macam-macam boleh pakai, contohnya Kakak Marhaban, pengurus kumpulan baca Yassin taman/kampung, Makcik geng-bikin kueh, bikin kek orang "mengaji" kat surau, or ketua pot-luck pejabat dan lain-lain.
Imej-imej ini tidak kalahpun dengan imej serikandi penyelamat itu-ini. Walau sederhana, kekampungan, sekadar di pinggiran, jika istiqamah-jaga adab, dan budaya wanita timur, itu juga tanda kekentalan dan semangat juang perempuan Melayu dalam mendepani arus zaman yang penuh pancaroba ini. Pendek kata tak apalah kecil, sederhana, tidak didendang, asal berterusan sehingga hembusan nafas yang terakhir.
No comments:
Post a Comment