Ada kenalan yang komen begini "kalau kau kurus sikit, ko pakai shawal, barulah ramai orang like"
"So kalau saya kurus cantik lawa bergaya, dapat banyak like adakah saya akan lebih berbahagia?" soal saya dalam hati...
Hati saya sedikit mencebik dan berkata
"sekarang ni aku tengok pun, aku ini lagi terurus dan berbahagia dari kau. Kau yang kurus cantik bergaya, banyak dapat online like pun haru-biru, ntah apa-apa tah. Kepala kau asyik berserabut memikirkan apa yang orang kata pasal engkau. Dalam talian ko popular, luar talian di bumi nyata, kau tak habis-habis komplen semua orang benci kau. Ko dah kurus nak kurus lagi. Cer, tengok saya ni gemuk-gedempol, relex jah, walau orang memaki-tak tak puas hati hospital sesak, belanja kesihatan negara naik sebab orang gemuk". Online off line saya sama ja, tak ramai kawan, tak ramai orang kenal, jadi tak adalah rasa semua orang tak sukakan aku. Kalau ada pun, orang yang cakap so & so itu musuh ketat saya, ada saya kisah? Sebab saya kenal gitu-gitu je dengan dia pun.
Tips dari saya, agar kepala tak serabut memikir apa orang kata pasal kau, senang saja:
1. Jangan sibuk berburuk sangkat terhadap orang lebih-lebih lagi kawan sendiri,
2. Terima kawan seadanya. Jangan sibuk nak ubah kawan jadi kurus keding macam kau juga
3. Sibukkan diri dengan berhobby , seperti membaca, memasak dan bercucuk tanam
I believe one should have a hobby. Dan kau kata "Hobby saya shopping dan melaram dalam insta!" Shopping dan online-melaram itu hobby ka? Ok let say it is a hobby, but a bad one, if pendapatan kau so so aje. Melaram dan mengisnta ok, tapi lepas kau melaram ada orang meroyan keluar parang tuduh kau nak rampas laki dia, susah juga, itu, kan, atau lepas kau melaram-laram, suami jiran kau ajak sex dengan dia, macam mana tu? Samalah macam hobi membaca, hobi yang sangat terpuji tapi kalau hobi baca novel lucah, baca majalah gossip artis???
Maksud sini hobi terpuji yang tak tambah serabut kepala dan syahwat kamu. Hobi yang boleh bikin "up-esteem" kamu. Orang tengok pun ooohhhh baiknya. Gitu. Mana ada orang suka orang kata dia orang jahat, orang tak senonohkan?
"ops, tanya sikitla makcik, hobby saya makan durian dan selfie dengan durian"
"Ok la juga tu, tersangatlah oknya, yang tak ok, lepas kenduri durian, kau meroyan ada orang jeles kat kau, kau calon ahli nereka sebab suka riak. semua orang bencikan kau dan berkomplot mau tikam kau dari belakang he he...makcik rasa hobi kau bukan mendurian, tapi meroyan. Hobby baru rakyat Malaysia, "meroyan atas talian-ada konspirasi merosakkan saya dan keturunan saya"....
Hobi meroyan online ni bagus sebenarnya, sebab dalam sana memang ramai orang suka meroyan dan dah ada macam satu komuniti, kalau kau bernasib baik kau boleh jadi selebriti meroyan, ada ramai followers, kau boleh bukukan royanan-royanan kau dan suruh mereka beli. Boleh tambah duit poket dan jadi femes.
No comments:
Post a Comment