Monday, September 3, 2018

No Turning Back, Say Hai to MALAYSIA BARU

Honestly Ai tak percaya Madey, our PM. Setelah lepas 100 hari memerintah, satu habuk pun janji tak ada.... lagi mengancam "keberaadaan Melayu Comel, macam saya ini, adalah" But not to worry saya ini boleh beradaptasi dengan baik. Bahkan lebih sepuluh tahun dulu pun saya sudah membayangkan what is like if people like PH come to power. Jadi, Ai ok-ok aje.

Lagi pun Nabi banyak cerita pasal pemerintahan setelah pemerintahan raja-raja berakhir. Kita akan diperintah oleh non-blue-blood. Orang marhaen. Marhaen ko ingat bila dia dah dapat kuasa dia marhaen lagi ka? Well, our prophet said mereka lagi teruk dari the blue blood.

Kau masih mau kata lepas ni, Imam Mahadi yang memerintah? Wan Azizah tu Siti Khadijah yang selimut Anwar Ibrahim, so that besok dia memerintah, kau aman macam umat zaman Nabi Muhammad? Suit yourselflah he he...

or Kau berangan mengharap geng-geng UMNO sudah pulih. Sedia melanyak puak-puak PH yang liberal itu? Melanyak puak ini harus dijadikan agenda bangsa sebab keliberalan itu boleh membuat bangsa kau terancam. Kau ingat agenda lanyak-melanyak ini  akan bikin orang puji dan jilat UMNO semula? Berhentilah berangan, ya. Saya kira anak-anak muda hari ini sudah tidak rasa pun liberalnya PH, itu mengancam mereka. Lagi mereka suka, adalah tu.

or Kau berangan dengan memberikan sebatan kepada pasangan lesbian sorang 6 sebatan, Tuhan akan merahmati PAS dengan memberi gajaran besar, memerintah Malaysia dalam PRU akan datang? Pergilah sebat lebih banyak lagi Lesbian dan Pondan di Negeri Pemerintahan PAS sana, sepasang je tak cukup tu, dia kena banyak pasang-pasang-ulang-ulang. Barulah kebarangkalian angan jadi nyata, tu besar sikit.

I don't believe in Madey, but semua sepupu-sepupu saya yang baru nak menetas tu,  sangat percaya,kan beliau. Mahathir is their HERO. Kalau Mahathir kata, "sori nenda tak dapat tunai janji buat cucunda sebab Najib dah curi banyak duit dan dah banyak rosakkan ekonomi negara" mereka akan percaya 100% dan tak akan melalak berguling-guling "mana janji-janji mu, Nenda? Argh, nenda pun sama dengan Najib, pencuri juga".

Kau tau sebab apa mereka tak minat menuntut janji-janji tu semua? Mereka ok-ok sahaja.  Each one of them can get as high as RM60 per day waktu cuti sekolah, kerja macam-macam. Seven E, Honda, tolong jiran bikin kueh, macam-macam. Mereka muda, tulang empat keratnya masih kuat. Cerita pasal anggur menganaggur ni memang tak masuk dalam buku,dah.... nak menjerit, berdemo di jalanan memang tak ada masa,lah. Tapi kalau kau nak demo ramai-ramai ajak derang jual air mineral, t-shirt demo warna merah, hijau, kuning, key-chain-demo mungkinlah derang mau kut.

Bukan macam kau, kije kuli-kuli tak nak. Nak kije, serikandi ngubah dunia aje. Nak selimutkan pemimpin korup jadi Nabi, nak Nabi perintah engkau,  nak ngubah bla bla bla...Mereka tidak fikir itu semua. Mereka Happy jer. Kalau mereka macam engkau, memang sampai kesudahlah mereka tidak akan rasa seronok duduk di Malaysia ni yang makin hari, makin mengalahkan omputeh, qualiti akhlak dan kelaku muda-mudinya. Mereka rasa semua benda perlu diperbetulkan. Semua orang perlu dipandaikan. Semua bodoh tak reti berfikir dan dah jadi pengikut Dajjal yang berkonspirasi nak menjatuh, menjahanamkan kau dan keturunan kau. The fact is, everybody is happy. Jadi biarlah Mehdi tidur, dulu, ya sementara Mahathir, Anwar dan koncu-koncu mereka membina legasi bak dewa kayangan dengan hasil keringat engkau sorang. ha ha...

Berbalik pasal terancam tadi. Tak ada apa nak dirisau, nak dipandaikan dan nak diperangkan pun. Yang patut diperangi adalah nafsu dan jahat-jahat sangka kau sendiri. Iya jahatlah tu, bila fikir semua orang nak jatuhkan kau, nak curi duit kau. Kau banyak duit sangat ka? kalau betul Mahathir, Anwar dan koncu-koncu nak mencuri pun mereka curi duit Petronas, duit Khazanah, duit LHDN, duit Kastam, JPJ, FELDA, Tabung Haji, KWSP, PERKESO, PNB dan lain-lain.... Kau kerja pun tidak, ada bayar cukai? (Apa? bayar SST? bukan kau pergi berbelanja pakai duit mak bapak kau ka?) Ada bayar saman? Ada bayar lesen? Ada simpan rete dalam sana, ka? Jadi duit kau ka yang kena curi tu?

Kan, Nabi dah cerita, begitu-begini, jadi ko pependailah guna akal nak adjust mana yang patut agar selamat sampai ke negara abadi. Sibukkanlah diri dengan mencari duit, dari memikir semua orang berduit ini mencuri duit engkau.


No comments: