Thursday, September 13, 2018

Hugh Hefner Malaya Part 2


Nampak tajuk Part2, macam nak sambung membawang lagi. Membawang ni memang perbuatan keji, jahat, tak baik, tapi terapi minda he he... bule? Ntahlah. Kalau tanya mak, mesti dia kata "Mana Bule! Niat tak menghalalkan cara!!!!"

Tapi most of the time kita membawang tak sedar, ka hapa ka, more like nak lepas rasa terbuku di hati. Tak puas hati, marahlah. Contoh pasal Hugh Hefner Malaya ni,  nak panggil Boroi ka, Hefner ea. Panggil Playboy tualah, kan? Memang haru-biru betul cecerita dia ni. Eh semalam membawang kan Dee, hari ini Playboy Tua plak. Dua orang yang berlainan, tapi tajuk sama? tak kisahlah...

Part 2 membawang Playboy, Part 1 membawang Playboy's hater he he....

Sambung bawang. Cerita perjalanan Politik dia memang dahsyat. Rasa macam nak tulis je buku tajuk PM Playboy. Malaysia, Malayu ni memang terkenal dengan sifat perfectionist. Itu tak boleh, ini tak boleh and it hard and boring to be a Malay if you are not like Siti NorHaliza. It so God Damn Hard to be a Malay if your are born like Siti Kassim, or Jamal Sekincan, or Shanaz Ahmad. Semua orang kena streotype, kalau nak jadi penulis kena jadi macam Sri Diah. Ayu Utami tak boleh tak boleh tak boleh. Nak kawen pun besok, pergi cari bini macam Siti Norhaliza, Siti Kassim? tak boleh tak boleh, tak boleh!!!..... Nak berPM, tentula nak dah kene selimut dengan Siti Khadijah. Siti Kassim? TAK BOLEH!!! Eh Siti Kassim pun tak kemaruk nak selimutkan kau. Tapi kalau kau buat cerita Siti Kassim meroyankan PD sebab dia terhegeh-hegeh nak selimutkan kau, kau tolak, tentu ramai peminat kau yang terkujat-kujat seronok mencerna cerita-cerita dalam kain yang begitu, begitu. But I know Playboy world class macam ko takkan tergamak buat cerita bodoh macam itu..

Tak ke teruk? Punyalah sombong nak selimut SITI jer,  akhirnya SITI terserkap Playboy, kan? So terpaksalah pejam mata, buat cerita, reka-reka yang semua itu fitnah. Logiknya fikir sendirilah, kalau pemimpin status Nabi, Allah takkan aibkan sampai telanjang bulat begitu dengan perempuan pelacur. Tapi sebab suka sangat baca Israiliyyaattt…. Memang dalam sana penuh pasal cerita telanjang. Nak apa-apa semua telanjang dulu. Nak kepala orang alim, menari telajang, nak hapus cukai, tunggang kuda telanjang. Itu 2 ajelah yang saya tau.

Jadi apalah nak heran, jika mau jadi PM negara Malaysia yang mistikal ini kena telanjang juga? Sama ada kau nak terima video itu dia atau, clone, penyamaran sahaja, fitna jahat pihak lawan itu kau punya pasalllah. Tapi personally saya percaya Allah tidak akan membenarkan pemimpin pilihan diaibkan sebegitu rupa.

Tak kisahlah sama ada dia itu benar-benar pemimpin Selimut Siti Khadijah atau tidak. Yang pasti dia pemimpin pilihan ramai. Dah 2 kali dia main drama, kosong kerusi, naik kerusi semuanya berjaya. Apakah kali ke tiga ni dia akan berjaya juga? 

Memanglah kita seram sejuk nak terima Pemimpin Playboy.  Eh tak nak panggil Playboy, panggil PM Romantik la kan. Kalau betul jadi PM, sedap sikit dengar. PM Romantik pencinta, tak kira lelaki, wanita. Sedap sikit bunyinya. .Tapi kalau dah itu yang tertulis  di Loh Mahfuz, terima ajelah dengan hati yang terbuka. Kalau Tuhan boleh merahmati Negara Denmark, harapnya Tuhan tidak menterbalikkan Negara yang tercinta ini. Dia yang pandai berdrama, main watak Pak Sheikh bagai. Salah ka jika majority rakyat yang hauskan kepimpinan Pak Sheikh pilihan langit terpedaya dengan lakunan air mata mereka anak beranak?

Habis membawang, kita tunggulah apa kata PORT DICKSON he he….

No comments: