Thursday, October 11, 2018

BERTUAH

Orang Melayu ni memang bertuah. Pemimpinnya bijak-bijak. Tapi sebab cemburu mereka tak pernah puas hati. Pada Mei yang lalu berakhirlah era pemerintahan Melayu, diganti dengan Malaysia baru. Saya tak ada masalah dengan siapa pun yang memerintah, baik Melayu atau Malaysia baru.

Tapi selepas dah lebih 200 hari memerintah, tak nampak apa cerdiknya pun yang diangkat oleh pemimpin Islam Malaysia baru melainkan sibuk mengajar beza antara ruang peribadi dengan ruang awam. Mungkinlah Melayu ni significant dengan budaya membawang dan Menteri nak mendidik agar kita kurangkan membawang, tingkatkan produktiviti.

Di satu hal pula yang non-Muslim tak kurang mengecewakan sungguh juga tu. Sungguh saya tau derang taklah sebijak dan sejujur orang Melayu Islam dalam bab jaga finance gomen berskala besar. Derang langsung tak ada pengalaman pun. Pengalaman menjaga finance korporat tak sama dengan public finance. Cakap pakar, sarjana, tak nak guna, nak guna cara dia juga. Akhirnya kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang teruk jugalah ni.

Tapi saya tak heranlah itu semua sebab Nabi dah cerita, zaman terbaik ialah zaman baginda. Semakin jauh ummat dari zaman baginda, keadaan jadi semakin teruk. Jadi amatlah boleh jadi sakit hati jika mengharap zaman ini akan berubah sebaik zaman baginda, tapi yang jadi Menteri gigih ngajau kita agar "mind your own business". Kalau orang ejek kau tu serupa pungguk rindukan bulan janganlah mengamuk pula, andai besok Bang NON selimut Siti Khadijah yang kau ratib dan puja-puja siang-malam, sebagai pemimpin anughairah Langit jadi PM, masih juga kita ni tak jadi-jadi lagi nak  naik kenderaan awam asing lelaki perempuan. Perempuan masih juga ramai yang berpakaian tapi bertelanjang. Judi, arak dan pelacuran, masih berleluasa dan masjid-masjid masiii juga kosong macam selalu.

Jangan, jangan kita harap yang muluk-muluk. Cuba bayangkan yang terburuk, pula. Unit pencegahan maksiat dikecilkan dek kerana tadi tulah, gomen dah tak cukup duit belanja. Lama-lama tutup terus. Akhlak anak, mak ayah sila jaga iya. Kalau anak nakal, jadi ahli maksiat jangan salahkan gomen sebab tak buat pemantauan dan pencegahan, ya. Pencegahan terbaik datang dari dalam rumah bukan dari Pegawai Pencegah Maksiat dan Ustaz- Ustazah. Harap Maklum.

Dia gitu. Memang akan jadi sangat teruklah sampai ruang peribadi nanti jadi sangat luas. Shopping Mall pun ruang peribadi tu. Tak kisahlah besok kalau nak buat maksiat dalam shopping Mall. Itu gambaran yang diberi oleh ustaz dan ustazah kampung-kampung aje. Ustaz ustazah universiti cakap apa saya tak tahu, sebab saya di Uni belajar kira-kira, kira duit bagai. "ustaz-ustazah" saya cakap nanti besok gomen dah pakai sistem macam sistem komersial, lagi banyaklah make-up boleh bubuh pada financial statement kamu. Kamu sila bersedia dengan segala ilmu yang saya tumpahkan ini ya, jika fraud penyata kewangan akan berjangkit di sektor awam juga. Korupsi, kick-back, asset misappropriation, embezzlement,  bla bla bla.... pun kamu tak hadam lagi, kan, macam manalah kamu ni nak pot pet pot pet pot pet?

Itu "Ustaz-ustazah finance" punya syarahan. Ustaz-ustazah agama, bersyarahkan apa saya tak tahu, ratib puja-puji Pemimpin selimut Siti Khadijah ka? Yang saya tahu ustaz-ustazah kampung ajar, senang je. Nak elak maksiat, kawen. Kalau tak mampu kawen/ atau memang nak kawen tapi tak ada satupun yang berkenan di hati,  selalulah berpuasa. Period. erk, kembiri macam si Bobi, tu bule ka? Tak boleh! Ustaz-ustazah kata dosa tau kembirikan si Bobi. Saya kata, ustaz-ustazah tak kata, "kurung je si Bobi dan kawan-kawan dia dalam kandang berbeza mengikut jantina bagi mengawal mereka dari beranak-pinak banyak-banyak"

No comments: