Monday, October 15, 2018
ABANG PILIH YANG MANA?
Nak kata pantun, ka apa ni, tak taula tapi macam pantun yang terover grammar. Well ditulis oleh seorang Professor yang kerjanya nak memandaikan anak-bangsa, tapi anak bangsa tak pandai-pandai. Kesian. Orang umah Professor merupakan entrepreneur berjaya yang banyak kasi tips macam-macam. Memang couple pandai yang telah mendedikasikan seluruh hidup mereka nak pandaikan orang tapi makin hari orang tak pandai makin ramai.
Apa yang menarik perhatian, pasal pantun ni ialah pasal abang yang tak beradab. Memang ramai biadap la ni. Saya ni kije gomen, pastilah pernah dengar momok bos fail terbang puaka. Pada saya momok jak tu, sebab sepanjang kerja saya di gomen, saya tak pernah jumpa lagi bos macam itu. Ada, memang ada yang mulut puaka, tapi mulut dia ajelah. Sorang tu ajelah. Tapi dia memang tak berani nak memuaka dengan saya. Saya pun heran. Puaka saya lagi besarlah tu mangkali? he he
Pasal orang biadap, memang kita gusar... tapi cuba baca tulisan saya yang sebelum ini. Tak payahla kita gusar, tapi kita seek to understand, kenapa ya, sungguh puaka dan biadappun si Abang, tak semua Adik duka; ada aDIK...happy Abang Ai is HERO, getew, kan. Yang cerita Fail Terbang Puaka tu pun ceritanya, (pada yang pernah kena baling dengan fail terbang puaka ni), tak sikit jua pembaling fail tu perempuan. yang kena baling lelaki, siap nak disepaknya budak lelaki tu.... hah! Hodoh Adik (perempuan) lagi Brutel dari Abang.... Bagi si Adik Puaka ni, bila dia baca pantun ni, mungkin dia pulak berpantun begini;
Bunga lalang bunga dedap
Untuk persembahan Panglima Mulia
Sungguhpun abang tak tahu adab
Biadap ditanggung dengan ceria....
Mau tak cerianya Abang Ai, is HERO, kan....
so
abang pilih yang mana?
Ceria atau pun duka
(sila nyanyi baris di bawah dengan lagu dara ataupun janda)
sungguh la ni ramai orang biadap yang happy, so kenapa anda mau berduka kerna kebiadapan mereka... chill-out dan lakukanlah aktiviti yang menyeronokkan dari berduka lara dengan kerenah manusia. Bak kata Menteri Agama pun "Mind your own business" Apa takut dapat BALA tuhan?
Ntah, lah cerita fail puaka terbang ni dah lama ada. Dari Ai is darjah satu dah dengo. so far so good je.
Labels:
merapu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment