Tuesday, October 2, 2018

Satu Ketika Dulu...

Lama dulu saya ada kawan online dan tengok muka dia dalam paper. Muka sedih poyo tapi comel. Dia cakap dia ahli maksiat. Kat Uni dulu pendebat terbaik.  Orang suka berdebat ni memang banyak buat maksiat, kan? Kalau nak menang debat, nak pula yang sakarstik brutel macam dia tu, memanglah bermaksiat sebab asyik suka bergaduh. Baguskan kawan saya ni? Betapalah hensemnya kawan saya ni, kan? Sebab dia sedo diri dia tu ahli maksiat. Bukan macam kau, tak sudah-sudah perasan nak membetulkan orang macamlah diri kau tu suci sangat tak de dosa walau sekelumit, pun.

Tapi pada saya dengan muka yang comel, kaki gaduh, saya rasa kalau dia masuk politik dia boleh "pergi jauh". Masa tu dia asyiklah nak bergaduh online dengan YB Jeff Oii. Masa tu YB Oii belum masuk politik, cuma tulis kat Malaysia kini. Asyik-asyikla kawan saya ni nak membetulkan YB. Lepas tu tetiba dia meroyan ada Perempuan gila suruh dia masuk politik. Kau tak nak masuk politik kau cakaplah dengan minah tu baik-baik. Tak payahlah marah-marah,kan?

Namun hari ke hari dek kecomelan kawan saya ni, dia tak boleh nak marah dah kalau orang suruh dia masuk bertanding politik. Cuma setakat PRU yang lalu kawan masih tak bertanding lagi, lah. Masih tegar jadi non-politician. Apa yang menghalangnya, saya pun heran. Best apa jadi ahli politik? Boleh jadikan family dan kawan kau kaya raya, apa? Rete wang ringgit, 7 keturunan tak habis makan. Lepas kau mengkayakan kawan-kawan yang kau suka, dosa kau akan terhapus dengan mengkondem Israel kuat-kuat. Bahkan kau akan dinobatkan sebagai pemimpin anugerah pilihan langit.

If you asked me adakah kumpul rete banyak-banyak, kayakan kawan rakan sedara sahabat taulan; semai benih benci itu satu jalan menuju syurgawi, meraih kasih Sang Pencipta Abadi? Ntah. Itu saya tak tahu.

Saya belajar agama dengan Ustaz ustazah kampung aje. So far mereka tak pernah ajar cara masuk syurga melainkan mentauhidkan Allah dan berbuat baik, berakhlak murni sesama makhluk. Tak kiralah manusia, ka haiwan ka, tumbuh-tumbuhan ka, semua kita kena sayang. Ustaz ustazah saya ajar cara nak masuk syurga itu payah. Jalannya berliku. Paling payah ialah untuk tidak membenci. Tapi tu kalau ada short cut, saya masih pilih jalan payah ini, sebab seronok sebenarnya jika kita berjaya membebaskan diri dari benci dan tak amik port sangat nak jadi kaya dan mengkayakan orang yang rapat dengan kita.

Pada kawan/ sahabat baik saya...

Terpulang anda. Ramai sungguh sahabat rakan taulan sedaramu yang berharapkan kamu jadi pemimpin politik mereka. Kalau tanya saya memang saya cakap TAK PAYAH, JANGAN!!! Jadi orang kaya yang kerjanya megondem orang ni sebenarnya penat. Kau kondem orang, orang kondem kau balik.  Lagi satu bila dah kaya, nak jaga rete, yang bertembun tu bukannya senang pun. Tengok ajelah apa dah jadi pada Najib dan Rosmah yang satu masa dulu sangat kaya raya. Semua orang dengki, sampai orang nak penjarakan dia. Kesian dia. Itulah kaya, sangat,kan?

No comments: